Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KERUNTUHAN AKHLAK PELAJAR SEKOLAH

Isu yang agak berat aku mahu utarakan pada kali ini. Keruntuhan moral dan akhlak remaja..dan..ya!!! sms berunsur seks lucah di kalangan pelajar kita.

Apa nak jadi dengan pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang? Jika diperhatikan dari segi moral dan akhlak pelajar sekolah kini seolah-olah hidup di negara barat, pegi ke sekolah berdua-duaan, berpegangan tangan lelaki dan perempuan tanpa ada rasa segan dan silu. Lihat saja di keliling kamu semua, gejala keruntuhan moral dan akhlak pelajar sekolah kini seperti membimbangkan. Seawal pagi ibu dan bapa keluar kerja, sebelum itu dicium tangan ibu dan bapa, di dalam hati mereka…mudah-mudahan berkatlah apa yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah nanti. Itu jauh di sudut hati mereka, di lambaikan tangan ke arah anak mereka. Tanpa di perhatikan oleh kedua-dua orang tua, si anak terusĀ  ke sekolah tidak jauh dari rumah..bersama “rakan” sambil berpegangan tangan.’ Keadaan ini boleh menjurus pelajar kita ke arah yang negatif, contoh..seks luar nikah, sms lucah, gejala buang anak dan sebagainya.

Sampai ke tahap mana agaknya gejala keruntuhan moral pelajar-pelajar kita?

Baru-baru seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Seremban, Negeri Sembilan apabila membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit milik seorang pelajar yang dirampas di sekolah, baru-baru ini. “Baby dah buka bra ke belum?” adalah SMS pertama diikuti SMS kedua yang bertulis “Kalau dah buka bra jgn lupa buka spender, mcm mana nak masuk…”

Itulah antara dua mesej yang dihantar oleh pelajar lelaki tingkatan empat di sekolah itu yang ditemui dalam telefon bimbitnya.

Mesej itu dihantar kepada teman wanitanya, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya usia dengannya tapi bukan dari sekolah itu. Pelajar lelaki itu telah dikenakan tindakan oleh sekolah atas dua kesalahan iaitu membawa telefon bimbit ke sekolah selain menyimpan mesej yang berbaur lucah.Adakah ini menjadi satu kebanggaan buat kita? Seorang pelajar berusia 16 tahun yang sepatutnya belajar bersungguh-sungguh menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia tahun depan, menghantar mesej sedemikian rupa kepada teman sebayanya.

Walaupun bukan semua pelajar seperti pelajar lelaki yang ‘matang cepat’ itu, setidak-tidaknya ia membuka minda bahawa remaja di Malaysia kini kian terdedah kepada pergaulan terbuka tanpa batasan, seterusnya mampu menjurus ke arah perbuatan maksiat – zina, hamil anak luar nikah dan buang atau bunuh bayi. Mereka begitu banyak dihidangkan dengan hiburan berunsur seks, gambar-gambar seksi sama ada di majalah-majalah, televisyen ataupun yang terbaru kemudahan Internet.

Pelajar kini boleh membuka ‘YouTube’ untuk mencari aksi-aksi lucah tempatan dan luar negara. Mereka boleh melihat aksi remaja Melayu berbogel yang dirakamkan menerusi telefon bimbit lalu dihantar ke laman itu. Sedikit sebanyak, ia akan mempengaruhi remaja di Malaysia untuk terbuka mendapat pengetahuan mengenai seks. Tanpa Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) sekalipun yang kini diperkenalkan di sekolah-sekolah, ramai pelajar kita yang lebih arif tentang hal-hal berkaitan seksualiti.

Kita sepatutnya bimbang dengan senario ini. Pelajar menyalahgunakan pengetahuan mereka tentang seks untuk jalan yang tidak sepatutnya. Sebagai bukti, lihat apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini. Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun melahirkan bayi lelaki hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi berusia 19 tahun. Bayi lelaki itu yang dipercayai mati kemudian ditanam di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru, Batu Berendam.

Penyakit sosial seperti buang bayi ini dilihat semakin parah. Tidak mustahil ia berpunca daripada pengaruh-pengaruh negatif berunsur seks yang kini mendominasi jiwa para remaja. Sikap ingin mencuba tanpa mengetahui kesan yang bakal dihadapi juga membuatkan remaja kini semakin banyak terlibat dalam kes buang bayi. Di sinilah letaknya tanggungjawab kerajaan untuk bersama-sama pihak guru dan ibu bapa mendidik anak-anak bangsa supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkembangan kemajuan masa kini.

Bagi ibu bapa pula, janganlah pula hanya meletakkan beban mengajar anak-anak ini di bahu guru. Sesekali, jengoklah telefon bimbit mereka, dan lihatlah apa kandungan SMS yang dihantar kepada rakan sebayanya.

About these ads

5 gerakbalas-gerakbalas

  1. budak2 zaman sekarang memang..

    ada sekali tu aku tengok, couple ni siap main cium tangan dan pipi masa nak berpisah. dah macam laki bini.

    yang laki sedap la, yg pompuan? kau jgn ingat boyfriend kau tu sayang sangat dengan kau. nanti jumpa yg lagi cun, kau pun kena tendang.

    Mei 19, 2010 at 11:18 am

    • jiejiey

      Aq sokong kau, remaja kta rmai dah derita

      Julai 13, 2010 at 9:12 am

  2. kelly

    pelajar di melaka,sgguh memalukan aku,i like most of ur entries,smuanya interesting to read.good job bro ;)

    Mei 19, 2010 at 11:26 am

  3. alfa.seremban

    tlong la laki,perngai 2 bia la elk skit…igt la pmpn brhti-hti ngn bf krang..jgn sia2 kn hdup krang

    Mei 21, 2010 at 5:58 am

  4. eyra shaheyra

    bdak zaman skarang ni mna peduli yg mna bruk yg mna baik………..x tau yg dya buat 2 dosa ke x ?????

    Julai 9, 2012 at 2:47 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers