Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MENCARI ‘RAMUAN TERBAIK’ MENANGANI KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Berdasarkan entri aku sebelum ini, keruntuhan moral remaja atau di kalangan pelajar memang tidak dapat dinafikan. Tidak dapat tidak, akhlak di kalangan remaja jauh lebih teruk kini, dengan kecanggihan teknologi, kemudahan itu telah di salah gunakan. Telefon bimbit moden yang dilengkapi kamera, pemain musick, pemain video dan sebagainya sebagai contoh dijadikan medium untuk melempiaskan nafsu. Dari situ, mereka boleh memuat turun video-video lucah 3gp, ber”sms” lucah, berbual tentang seks, menonton gambar-gambar lucah dan lain-lain. Paling teruk perbuatan di kalangan remaja atau pelajar sekolah adalah menonton video lucah secara “berjemaah” atau beramai-ramai di kelas! Satu perbuatan yang menjijikkan! Tambahan pula, video-video seperti amat mudah di dapati untuk di muat turun..semudah ABC..hanya perlu ke komputer, pastikan mempunyai talian internet, cari di pelayar internet apa video yang kamu mahu menggunakan software atau perisian tertentu, kemudian..muat turun. Siap!

Dalam konteks gejala sosial dan jenayah yang cukup kronik masa kini, semua pihak sering menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan ’ramuan terbaik’ untuk mengurangkan dan sekaligus menyelesaikan permasalahan yang wujud. ’Ramuan terbaik’ itu  tak lain dan tak bukan hanyalah kembali kepada Islam.

Kementerian pendidikan perlu menghasilkan ’formula’ terbaik silibus pendidikan supaya anak-anak ini dikenalkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mewujudkan lebih banyak program kesedaran yang mengunakan ’ramuan terbaik’ mengikut acuan Islam agar ibu bapa dapat diterangkan tentang peranan mereka mendidik anak-anak mengikut kaedah Islam.

Kementerian Belia dan Sukan perlu memikirkan ’resepi’ yang berlandaskan syarak’ bagi menarik remaja untuk aktif dalam aktiviti sukan dan kesenian. Apa yang kita lihat masa kini, remaja-remaja kita bergaul bebas dalam aktiviti sukan dan hiburan yang melampau. Majoriti remaja masa kini telah sesat jalan dan adanya yang telah rosak aqidah kerana hilangnya pegangan tentang ajaran agama.

Kementerian Penerangan perlu memastikan program-program hiburan yang dipaparkan tidak menggalakkan anak-anak remaja ke arah perlakuan maksiat. Banyak program-program hari ini mendedahkan kehidupan bebas remaja yang mengikut trend semasa  dan majoriti ’idol’ yang ditonjolkan sama sekali tidak mengikut cara hidup Islam yang betul. Selain itu, anak-anak sekarang lebih dimomokkan untuk takut dengan ’hantu’ melalui drama-drama seram dan ngeri berbanding takutkan Allah dan Pencipta mereka. Remaja sekarang lebih mudah percaya apa yang ada di kaca TV daripada percaya dengan nasihat ibu bapa dan guru.

Jika semua pihak menjadikan Islam sebagai POLISI atau DASAR dalam perlaksanaan sesuatu program, aktiviti dan pelan tindakan;  maka sudah pastinya gejala sosial dan jenayah yang menghantui kita selama ini dapat dikurangkan dan seterusnya dibasmi sebaik mungkin.

Lantaran itu, saya menyeru kepada semua pihak sama ada ibu bapa, pemimpin, pihak berkuasa dan masyarakat agar menjadikan ISLAM sebagai ’formula’ atau ’ramuan terbaik’ mengatasi sebarang masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Marilah kita sama-sama membawa anak-anak kita, remaja kita yang telah sesat jalan untuk kembali menghati ajaran Islam.

p/s – Ingatlah dan renungkanlah pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w buat ummatnya “Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

About these ads

One response

  1. Mutakhir ini banyak permasalahan rumah tangga terjadi bermula di alam cyber, revolusi facebook dan lain-lain laman sosial telah memberi satu phenomena dan gelombamg baru serta impak yang sangat ketara dalam sistem rangkaian persahabatan manusia. Ianya telah mengubah cara pergaulan dengan jangkauan persahabatan yang lebih luas, cepat dan penuh rahsia. Banyak skandal rumah tangga telah berlaku melalui laman sosial ini secara lansung, tak lansung, rahsia, dan terbuka. Isteri orang mempunyai kekasih gelap, isteri mempunyai rakan lesbian, suami ada isteri orang sebagai perempuan simpanan, menyertai kelab bertukar pasangan (terdapat banyak kelab tukar pasangan eklusif untuk melayu di KL ## swinging club – kelab bertukar pasangan suami isteri dengan rela hati untuk kegiatan sex), dan pelbagai lagi penyakit sosial yang timbul disini. Saya dengan penuh rendah hati ingin menawarkan khidmat kaunselling dan nasihat kepada pasangan pasangan yang bermasalah dalam hal ini. Khidmat nasihat adalah percuma, hubungi saya di marzelina.marzuki@yahoo.com, segala khidmat kaunselling adalah percuma, ikhlas arina putrajaya

    Februari 23, 2011 at 2:44 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 818 other followers