Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MASJID SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN A.K.A MASJID BESI

Sebenarnya sudah beberapa kali jugak aku cuba untuk menulis tentang Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau pun lebih dikenali sebagai “Masjid Besi” di kalangan pengunjung, tetapi sering terhalang. Unruk pengetahuan kamu semua, hampir setiap kali solat Jumaat, aku dan rakan-rakan sepejabat akan bersolat di masjid ini. Walaupun agak jauh dari pejabat tapi agak berbaloi untuk ke sana maklumlah dengan persekitaran yang unik dan “segar” bersolat di situ akan lebih bermakna. Sebentar tadi, aku dan keluarga sempat bersolat di sana dan pada ketika itu begitu ramai muslimin dan muslimat bersolat bersama secara jemaah tidak kira pengunjung tempatan dan luar negara.

Cuma aku agak terkilan sedikit dengan faktor keselamatan pengunjung dan juga dari segi kebebasan ruang bersolat antara lelaki dan perempuan. Ruang solat bagi perempuan bercampur dengan lelaki dan ada juga pengunjung perempuan yang masuk ke masjid dengan tidak mematuhi etika pemakaian. Ada yang tidak bertudung, ada juga yang berseluar jeans ketat paras bawah lutut, ada juga yang memakai baju sendat dan ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Sewajibnya, rumah ibadat seperti itu perlulah dikawal dan dijaga rapi. Selain itu, dari segi etika pemakaian, ramai pengunjung yang tidak mematuhi etika pemakaian dan tidak menutup aurat. Mereka perlulah diberikan jubah khusus sebelum dibenarkan memasuki masjid atau ke dewan solat utama.

Pengawal juga tidak kelihatan di setiap pintu utama masjid, persoalannya…kemanakah mereka semua? Dari segi kebersihan tandas…walaupun masjid ini baru sahaja dirasmikan oleh DYMM Sultan pada Jumaat yang lepas tanggal 11 Jun 2010 tetapi tandas seperti tidak dijaga rapi, agak kotor dan berbau…adakah tandas ini tidak diselia dan diselenggara dengan baik? Di tempat wudhu’ lelaki pula, kelihatan banyak kepala-kepala paip yang tertanggal, begitu mudah sejakali ianya rosak. Aku sering terfikir, adakah pengguna kita ini ganas atau kepala paip itu adalah dari bahan yang tidak berkualiti? Errrr…mungkin juga ada unsur-unsur rasuah?? Seharusnya pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.

Cukup dengan sedikit komen aku terhadap masjid ini, di sini juga aku nak selitkan info-info mengenai masjid besi ini seperti hal ehwal pembinaan, struktur dan lain-lain.

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  (JAKIM) pada 19 Ogos 2009. Masjid ini terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau “Palace Of Justice”. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkankan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

Masjid ini boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa. Masjid yang bernilai RM 200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakann 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan “Kiblat Walk” iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan masjid ini.

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan “teknologi gas penyejuk udara” atau “Gas District Cooling”. Berhampiran ruang utama turut dikelilingi kolam air yang sudah tentumembuatkan para pengunjungdapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman. Rekabentuk dalaman yang unik masjid ini, dengan tulisan ayat-ayat Al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilankan ayat 40-47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148-153 surah Al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ayat 80 surah Al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi nama Asma’Ul-Husna.

Kubah masjid ini diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingin dengan marshrabiyah screen yang terdiri daripada “lattice” dan “architectural” metallic wailling screen yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini menggunakan teknologi ultrasonic sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid. Kesemua ini, menjadikan masjid besi ini mempunyai identiti tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikuti senireka Arab sebaliknya campuran senibina dari Jerman dan China. Idea seni yang memperlihatkan kalimah ” ALLAH”  daripada pandangan bawah bahagian dalam kubah. Selain itu, masjid ini tidak mempunyai menara berbanding dengan mana-mana masjid.

p/s – Selepas bersolat berjemaah, kami sekeluarga pergi ke kedai makan untuk menyambut hari bapa. Sebelum berkunjung ke masjid kami sekeluarga ke majlis perkahwinan saudara di Daerah Kuala Pilah. Credit photo to Ahmad Sharidan.

Selamat Hari Bapa, ayah!!

About these ads

2 responses

  1. Mutakhir ini banyak permasalahan rumah tangga terjadi bermula di alam cyber, revolusi facebook dan lain-lain laman sosial telah memberi satu phenomena dan gelombamg baru serta impak yang sangat ketara dalam sistem rangkaian persahabatan manusia. Ianya telah mengubah cara pergaulan dengan jangkauan persahabatan yang lebih luas, cepat dan penuh rahsia. Banyak skandal rumah tangga telah berlaku melalui laman sosial ini secara lansung, tak lansung, rahsia, dan terbuka. Isteri orang mempunyai kekasih gelap, isteri mempunyai rakan lesbian, suami ada isteri orang sebagai perempuan simpanan, menyertai kelab bertukar pasangan (terdapat banyak kelab tukar pasangan eklusif untuk melayu di KL ## swinging club – kelab bertukar pasangan suami isteri dengan rela hati untuk kegiatan sex), dan pelbagai lagi penyakit sosial yang timbul disini. Saya dengan penuh rendah hati ingin menawarkan khidmat kaunselling dan nasihat kepada pasangan pasangan yang bermasalah dalam hal ini. Khidmat nasihat adalah percuma, hubungi saya di marzelina.marzuki@yahoo.com, segala khidmat kaunselling adalah percuma, ikhlas arina putrajaya

    Februari 23, 2011 at 2:52 am

  2. muazzim

    masjid yang cntk

    Mac 6, 2011 at 2:14 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 817 other followers