Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HOBI MEMELIHARA IKAN DAPAT MEREHATKAN MINDA

Satu benda yang boleh releasekan tensi dan stress aku adalah dengan melihat ikan peliharaan aku. Kekadang dengan memandang ikan-ikan itu, ianya dapat mengubat masalah “dalaman” kita secara tak langsung sebagai contoh, tekanan kerja, gaduh dengan awek atau tunang dan tensi akibat Argentina diterajanga keluar dari Piala Dunia. Aku sebenarnya dah terjebak dengan hobi memelihara ikan ini sejak dari kecil lagi. Aku punya ayah yang amat meminati hobi ini dan aku juga “dipengaruh” dan didedahkan oleh ayah aku secara tidak sengaja untuk terjebak dengan hobi ini. Kini di rumah aku sendiri, sudah ada lima buah akuarium dan dihuni oleh pelbagai jenis ikan air tawar dan pokok-pokok air tawar. Dengan dihiasi dan didekorasi dengan pasir-pasir halus, ikan yang kecil tapi memliki corak yang pelbagai dari berwarna merah, biru, kuning dan warna-warna pelangi membuatkan dunia ikan di dalam akuarium itu sendiri meriah dan penuh warna-warni.

Mendekorasi akuarium dengan membuat lay-outnya dan susun atur tumbuhan-tumbuhan, batu-bata dan pasir sungai yang dipanggil aquascaping boleh dikatakan sesuatu yang menyeronokkan. Apa yang diperlukan hanya sedikit kreativiti dan pemikiran kritikal tetapi terbuka dalam memnbuat landscape hidupan sungai ini. Kamu juga perlu bersedia untuk membasahkan tangan kamu, dan jika tidak segala yang difikirkan di dalam benak fikiran kamu akan luput begitu sahaja dan tidak akan berhasil, lagi-lagi jika kamu seorang yang penakut air dan penggeli kepada ikan-ikan comel ini.

Kebiasaannya kita akan membuat aquascaping ini di rumah kita sendiri selepas barang-barang yang diperlukan sudah tersedia dan lengkap setelah dibeli dari kedai. Komuniti akuarium adalah satu jenis akuarium atau boleh diumpamakan sebagai rumah kepada pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis tumbuhan, pelbagai jenis batu-bata dan kayu-kayu. Dari hasil penyelidikan yang di perolehi dan dibuat, ikan-ikan ini lebih suka untuk tinggal di dalam akuarium yang sama dengan habitat asalnya.

Antara spesis ikan yang dipelihara dan senang dipelihara adalah dari jeni Tetra, seperti neon tetra, black tetra, cardinal tetra, rummynose tetra dan lain-lain tetra. Ikan jenis ini senang untuk hidup berkomuniti dan senang dipelihara. Kamu juga boleh mencampurkan ikan-ikan ini dengan ikan guppy yang beraneka warna dan menjadikan akuarium kamu bertambah menarik. Antara jenis yang lain ialah ikan dari spesis platty, bettas dan gourami. Ada di antara sepesis ikan ini agak mudah untuk bertelur dan mengawan hingga menghasilkan anak-anak ikan yang banyak di dalam akuarium contohnya dari spesis guppy. Ini sudah pasti mengujakan! Tetapi kamu perlu berwaspada kerana ikan-ikan yang lebih besar akan menjadikan anak-anak ikan yang baru menetas ini sebagai makanan mereka, oleh itu agak elok jika di dalam akuarium kamu perlu sediakan tumbuhan-tumbuhan dan lain-lain tempat menyorok bagi ikan-ikan yang lebih kecil. Pastikan juga di dalam akuarium kamu perlu letakkan sekali ikan dari spesis “ikan bandaraya”, walaupun ikan dari spesis ini agak hodoh dan tidak cantik tetapi ianya amat membantu untuk membersihkan akuarium.

Hobi memelihara ikan ini bagi aku adalah satu hobi yang unik, mudah dan tidak berbelanja mahal. Kamu cuma perlu “bersusah-payah”  hanya diketika proses membasuh akuarium sahaja dan selepas itu biarkan selama 2-3 bulan untuk membasuhnya semula. Tetapi pastikan, akuarium kamu sudah mempunyai water filter, oksigen pump dan sedikit pencahayaan yang baik. Lagi satu, kamu juga tidak perlu berbelanja mahal untuk makanan ikan, dan ianya mudah didapati di mana-mana kedai akuarium ikan. Rumah juga tidak berbau, ini agak berlainan jika kamu memelihara kucing . Lain-lain info mengenai spesis-spesis ikan yang aku pelihara aku akan update kemudian.

Selamat berakuarium!

p/s – Aku syorkan kamu-kamu memiliki akuarium di rumah kerana ianya satu yang menyeronokkan dan aku pasti kamu akan leka di depan akuarium hingga sejam lamanya oleh sebab asyik memerhatikan keletah dan pergerakan ikan di dalam akuarium!

7 responses

  1. ajarkan sy bela ikan dalam akuarium yg kecil…….
    sy tertarik bela ikan,,selepas agak payah bela kucing……

    November 21, 2011 at 7:01 am

    • faerrin

      Bela ikan tidaklah sesukar bela haiwan darat sebagai contohnya kucing. Malahan, ikan hiasan juga low maintanancenya!

      Ok, mahu bela ikan senang sahaja. Memula, kena pikir ikan apa yang nak dibela…adakah ikan kecil-kecil atau ikan besar-besar seperti ikan kaloi, ikan kelisa. Biasanya mahu mudah, lebih baik bela ikan hiasan yang kecil-kecil atau dari jenis fresh water terutamanya Guppy kerana kosnya yang murah dan juga ianya senang dijaga dan mudah membeiak. Jika sudah expert, boleh berjinak-jinak ke salt water fish.

      Perlu sediakan peralatan berikut.

      1-akuarium
      2-anti-chlorine
      2-garam
      4-hiasan untuk aquascapping (batu-batu, pasir, tumbuhan hidup/palsu)
      5-Lain-lain aksesori akuarium (O2 pump (untuk bekalan oksigen ikan-ikan, CO2 pump (untuk tumbuhan hidup, kos ini mahal sedikit), water filter (untuk pembersihan akuarium-najis2 ikan akan disedut dan ditapis melalui mesin ini, pencahayaan-lampu akuarium biasanya disertakan sekali dengan akurium cap)

      Untuk setting akuarium

      1-Kemudian, bolehlah dekorasi ruang dalaman akuarium, lapiskan pasir dahulu (pasir halus dr jenis pasir sungai-perlu dibasuh bersih dahulu). Jika mahu letak tumbuhan hidup, lapiskan dengan tanah dahulu (tanah harus dibeli di kedai akuarium kerana komposisi tanah yang dijual adalah lebih sesuai untuk ikan).

      2.Susunkan tumbuhan2, batu-batu atau lain-lain dekorasi.

      3- Masukkan air separuh dahulu, masukkan garam sedikit (kuantiti mengikut saiz akuarium), masukkan antichlorine. Biarkan sebati dahulu. Pada masa ini bolehlah juga setting lain-lain equipment sbg contohnya water filter, O2 pump dan CO2 pump dan biarkan hidup supaya lebih memudahkan proses kitaran air yang lebih baik di dalam akuarium.

      4-Tambah air hingga penuh (tapi jangan sampai melimpah)

      5-Biarkan dahulu buat setengah jam.

      6-Bila air dah stabil bolehlah masukkan ikan terus ke dalam akuarium (dengan cara masukkan bag plastik ke dalam akuarium dan lepaskan ikan perlahan-lahan

      7-Sedia untuk dinikmati dan hilangkan stress anda!

      Ingat, jangan campurkan sebarang ikan ke dalam akuarium yang sama kerana ada ikan yang makan ikan lain. Sebagai contoh, jangan campurkan ikan guppy dengan ikan laga. Alamatnya habislah ke semua guppy dikerjakan dek ikan laga tu!

      Juga, pastikan makanan yang diberi tidak teralu banyak, ianya akan merosakkan kualiti air dan juga boleh mengakibatkan ikan mati.

      Juga air perlu diganti baru setiap 3 bulan sekali. Jika air di dalam akuarium berkurang, perlu ditambah dengan air baru bagi mengekalkan mutu kualiti air tersebut (macam air sungai yang sentiasa mengalir)

      Enjoy!

      p/s – Berdasarkan pengalaman saya.

      November 21, 2011 at 10:37 am

  2. ana

    sya bela ikan kecik2 je, tp tiap kali basuh akuarium ada je yg mati. nape ye

    Mac 15, 2012 at 4:12 am

    • hairulzi

      mgkin ikan tu mati sbb air ikan asal tu dh buang sume…ikan tu x bise dgn air y baru…tukar air..air y lame tgglkan 1 /3 ..kmudian slebihnya tmbh ngn air baru n letak anti klorin..

      November 10, 2012 at 12:18 pm

  3. neo

    Neon Tetra kalau x pakai oksigen boleh x?

    Jun 25, 2012 at 9:33 am

  4. izin kan saya tag dalam facebook

    Oktober 16, 2012 at 4:19 pm

  5. Bro, reti jawab komen ke tak ni? Tolong la jawab orang dah tanya. Blog tempat berkongsi. Tak kan nak syok sendiri je bro tulis post.

    Tq. Harap dapat kerjasama.

    Oktober 17, 2012 at 3:21 pm

Tinggalkan komen