Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEDIKIT NOTA KECIL BUAT PENGUSAHA SKIM CEPAT KAYA

Entri kali ini…iklan Skim Cepat Kaya Scam. Aku pernah menulis menganai hal sebegini pada entri yang lepas…dah lama..mungkin kamu boleh merujuk di sini. Entri kali ini agak panjang dan tiada gambar. Agak serius penulisan aku pada malam ini. Serius!

Ape yang kamu tahu pasal skim ini? Berpengalaman tentang dunia pelaburan internet? Pernah kamu mencuba dan teringin nak mencuba? High risk, high return? Atau, multiply, multiply dan multiply. Atau…$$$$$$$….dan gandakan$$$$ hingga kaya raya, duit tak akan habis malah akan bertambah!

Cukuplah wahai skim cepat kaya, cukuplah dari menipu masyarakat yang masih buta akan hal ini. Kenapa kamju perlu menggunakan duit orang lain untuk kaya raya? Aku bukan mahu dengki, bukan mahu pandang hina dan serong, aku bukan mahu membenci..cuma aku loya dan meluat dengan modus operandi kamu. Sudah berapa ramai kawan-kawan aku dan sahabat aku terkena dengan dan sanggup berhutang gara-gara skim sebegini. Mereka yang “tertipu’ akan kehalusan seni tipu dan pukau oleh skim ini akan mudah terpedaya dengan kata-kata atau “testimoni palsu” dan “bukti-bukti palsu” yang digarap secantik mungkin untuk menjadikan skim ini nampak “real” dan meyakinkan.

Lihat sahaja gambar wanita atau lelaki yang memegang duit berkepuk malah berkoyan-koyan, mungkin sejumlah 25k..mata kamu yang terpandang gambar tersbut secepat mungkin akan menghantar maklumat ke kepala otak, akal fikiran dan naluri kamu dengan membawa pelbagai persoalan dan keinginan. Yang pastinya perasaan ingin tahu kamu melonjak-lonjak dan meluap-luap seperti mahu mengetahui program apakah ini, hingga membawa pulangan yang sangat lumayan dan mengkagumkan! Ditambah dengan ayat-ayat manis yang pasti membuat kamu tersangatlah teruja dan terkesima seolah-olah terpukau…ayatnya berbunyi begini..

Ayat 1

“SiApA yg
nk wAt duit rAyA…$$$..AlAng2 wAt duit rAyA..kitA wAt sAmpAi kAyArAyA…dgn
teknik OPM, OPS,OPT…kitA wAt duit…pemegAng kAdkredit….1/2 jAm
blh dpt 35k..multiply…10k dlm 1minggu…multiply lg…6 bulAn
penuhkn ASB 200k..yg bestnyA… blh … dpt 30%…dividen…kAmi
tunjukkn….pdA yg serius sAhAjA…pm to …inbox”

Nota – Konsep Other People’s Money (OPM) ini memang popular dilakukan dalam perniagaan internet. Selalunya OPM ini sangat bergantung kepada tahap kepercayaan orang kepada kita, pembinaan kredibiliti dan bentuk pengalaman yang dapat kita tawarkan. Semua ini menjadi rencah rangkaian dan kerjasama dengan pelaburnya. Bagi pendapat aku, selalu mana dapat gunakan OPM dalam membina bisnes berdasarkan pendekatan Win-Win-Win (Menang untuk diri, menang untuk pemberi dan menang untuk pelanggan) maka teruskan.Wang kita adalah simpanan pelan luar jangka.

“Aku pasti ramai yang telah membaca buku Rich Dad poor Dad tulisan Robert Kiyosaki. Satu konsep yang aku minat dan tertarik (dan gunakan) dari Rich Dad Poor dad adalah membeli sesuatu, dengan “wang orang lain” (other people’s money / OPM). Contoh yang ditunjukkan adalah, Robert ingin membeli kereta idamannya iaitu sebuah Porche. Untuk membeli kereta idamannya itu, beliau tidak menggunakan wangnya sendiri. Apa yang digunakan adalah wang orang lain. Beliau membeli sebuah bilik/ruang kosong kemudian, menyewakannya menjadi tempat penyimpanan barang (Storage facility). Jadi, Keuntungan dari perniagaan kecil storage facilitynya itu setiap bulan membayar pinjaman bulanan kereta idaman Porche itu. Dalam kata lain, wang dari orang lain membiayai kereta idaman! Tetapi, kamu perasan atau tidak, teknik OPM ini masih memerlukan modal dan usaha, yakni Robert telah “mengeluarkan modal” untuk membeli sebuah bilik/ruang kosong.”

Apa pandangan kamu dengan ayat sebegini? maksud akau ayat yang di atas tadi, bukan yang melibatkan nota ya!. Kamu mungkin akan terpengaruh dan akan mengambil langkah seterusnya iaitu memberi mesej kepada si pemunya iklan dan bertanya apakah program yang sanagt menarik ini. (bagi kamu yang tiada pengalaman). Tapi kamu pasti akan rasa toya dan jelek akan iklan sebegini dan terus buat tidak endah malah akan mencebik terus-terusan (kepada mereka yang punya pengalaman dan pernah merasa kesengsaraan menyertai program sebegini pada masa lalu).

Aku juga punya pengalaman sebegini, semasa di zaman siswazah satu masa dahulu…dan aku juga pernah menjadi agen untuk sesuatu perniagaan internet ini. Tapi itu semua masa lampau dan aku telah menghadapi semua ini, pahit dan manisnya..lebih kepada pahit. Benarlah kata orang tua-tua..pengalaman mematangkan kita dan dari pengalaman kita akan belajar sesuatu sama ada yang baik atau yang buruk. Pengalaman tidak dapat diajar oleh guru-guru di sekolah malah, tiada juga dalam sukatan pembelajaran di sekolah, IPTA, IPTS. Dari sekecil-kecil program ke sebesar-besar program aku pernah merasa, justru itu aku tidak mudah tertipu lagi sekiranya aku diajak untuk menyertai program itu dan ini. Insaf. Kita pun tidak dapat pulangan seperti yang dijanjikan, cuma mengkayakan orang atasan kita sahaja, tidak lebih dari itu.

Aku tidak anti dan bersikap anti-semetik kepada skim sebegini. Bagi kamu-kamu yang masih dalam bidang ini..aku doakan kamu semoga kaya raya, dan hidup dalam keadaan tenang dan selamat. Aku bukan nak kata apa, dahulu upline aku atau orang atas aku, budak kembar…yang sorang memandu kereta mewah jika tak silap aku Mers, BMW, Fair lady…yang seorang lagi menunggang superbike. Oleh kerana “kebijakan” merekalah, kedua-dua mereka “kaya-raya” hinggakan mereka lupa..mereka menjadi “kaya-raya” disebabkan orang bawahan mereka, duit orang bawahan mereka yang bergolok gadai, berhutang dan menjual apa sahaja aset yang mereka ada. Dari semiskin-miskin umat ke pangkat dato’ telah menyertai program ini. Yang pentingnya, kedua-dua mereka masih belajar! Mahu beli kereta seperti beli air tin di 7E. Pergi kedai, pilih dan bayar. Jadi…apa yang kamu jangkakan dari mereka sekarang? Mungkin kamu beranggapan mereka masih kaya raya? Tidak…kamu silap.

Mereka sudah jatuh miskin, dikejar along dan salah seorang dari mereka terkena penyakit jantung. Sakit yang kronik. Kereta-kereta mewah mereka ditarik dan ada yang digadai. Dulu hidup mewah, sekarang papa kedana. Mereka juga tidak tamat pengajian. Lihatlah ini lah balasan bagi mereka yang menipu, dan dimakan sumpah seranah oleh orang-orang bawahan mereka. Keluarga aku sendiri sudah menyumbang lebih 50k ke program ini, termasuklah ibu bapa, aku dan adik ku. Membazir dan tidak pulang modal! Hanya satu malam sahaja, si kembar sudah dapat 50k Cash! What tha fuck!Ini baru satu program, belum dengan program-program yang lain. Forex trading, Swiss cash, Remnoclub, Offshore Investment dan lain-lain.

Jadi, kamu-kamu diluar sana berhati-hati. Kalau mahu invest, sila ke tempat yang betul dan selamat serta menjanjikan pulangan yang baik walaupun jangka masanya lambat. Bukan senang mahu dapat duit tanpa berusaha, ini kan pula boleh double, triple, multiply dalam masa setengah jam dengan mendapat 35k…Gila! Kamu ingat senang-senang boleh dapat duit, kamu fikir duit jatuh dari langit atau kamu ingat kamu ini Bank Negara Malaysia si pengecop duit, BNM pun mahu cop duit ada nisbah-nosbah tertuntu, bukan sesuka hati mahu multiply, double dan sebaginya. Kamu lihat Tan Sri Syed Mokhtar, Kamu lihat pengasas Genting Highland, Tan Sri Lim Goh Tong dan lain-lain pernah baca mengenai kisah pahit maung mereka dalam membina empayar perniagaan, pernah kamu bayangkan betapa peritnya jatuh bangun ahli perniagaan tersohor ini? Ianya tidak semudah yang disangka! Semuanya perlukan usaha, keringat dan kudrat. Bukan dengan goyang kaki dan tunggu duit beranak! Jutawan Internet Malaysia Irfan Khairi yang menjadi jutawan pada usia muda seawal 18 tahun, pun menggunakan pelbagai usaha dan keringat untuk mengembangkan perniagaanya. Bukan hanya duduk diam sahaja. Beliau sebuk menulis buku, membuat ceramah-ceramah motivasi tentang usahawan dan perniagaan internet, malah beliau pernah dijemput untuk memberi ceramah selama 20 minit dengan tidak dibayar ketika di awal kemunculannya di kaca tv!

p/s – Setiap perniagaan perlukan usaha, setiap pelaburan perlukan pulangan, jadi pilih lah dengan bijak, jangan sampai tersilap langkah, nanti menyesal tak sudah!

About these ads

6 responses

  1. mat85

    aku juga tertarik untuk memperkatakan tentang skim cepat kaya ini…melalui pengalaman aku cara skim ni tk r seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak dan bank negara..bukan aku kata skim ini betul atau salah,,aku cm nk perbetulkan tanggapan pihak yang bertanggungjawab dan menegaskan punca permasaalahan “kenapa skim ini terkubur”

    1-permasaalahan ini sebenarnya berpunca daripada sesetengah leader yan tk bertanggungjawab dan amanah..hal ini keran,penciptaan skim ini untuk membantu org pada dasarnya(yang betul2 punya(yang menjadi masalah berpuca dan teramat sgt2 adalah kepada leader yang mengebas dan mencuri dit downline yang ingin menyertai skim ini..secara tidak langsung menjejaskan image company skim ini dan kerajaan hanya akn bertindak apabila terdapat aduan tentang penipuan ini…..so my main point here is,the leader that stole our money should be blame,,but,,due to some weak eloberation and weakness of our national law, the action can only be taken to that skim..sebelum leadre inin yg mencacatkan perjalanan skim ini,semua peserta dibayar dg jayanya….skim sangkut tapi leader atau org yg bertanggungjawap menipu org lain terlepas disebabkan oleh korupsi dan rasuah dalam kerajaan kita.

    2-bank negara….bank negara sebolehnya mencari alasan utk menutup skim ini dari pberoperasi dan bertapak di malysia kerana bank negara tidak mendapat 1 sen pon dr skim ni,so sebab tamak bank negara menyekat perjalanan skim in…… untuk pengetahuan tuan dan puan,,segala saham dan pellaburan internet ini masih boleh diakses dan berjalan seperti biasa kecuali di malaysia,,,fikir2 kan lah…kalau nk dikatakan sangkut, mana ada buss melayu tidak di kacau dan jatuh dgn tindakan kerajaan ni,,,,,,,

    3-sabotaj dari pihak yang mencemburui dan dengki denan kejayaan sesetengah org

    4-kalu nk kata kan pelaburan ini haram,,fikirkan kembali,,kita diyakinkan setiap pelaburan inter ini ada bidang pelaburannya seperti minyak dan sebagainya..so kenapa kita nk pertikaikan lg sumbernya..kalau nk korek dalam2,semua pendapatan kita didunia ini tidak kira datang dari negara islam, kafir atau kerajaan sendiri pon akan kita tahu haram,,so tk payah kita korek dalam22,cukup sekadar diats shj.

    .,,,,,pelaburan ini masih aktif diluar sana …kenapa???????????
    fikir2kan lah.

    pandangan ikhlas dari pihak berkecuali dan berpengetahuan

    Julai 20, 2010 at 2:13 pm

  2. bontot

    Setakat berjaya dengan modal org bawahan buat apa… bagi duit bekepoi-kepoi pastu org atas yang suka…..teruih lupa org bawahan nih…

    memang la banyak duit tuh tapiiiii asasnya duit tuh boleh ka guna utk harian…. lain la kalu bisnes ini based on jualan barang xpala dia makan untung atas barang… nih jual barang pun x, product apa pun xda jual… depa guna duit tuh invest kemana ???? hmmm ntahleee memang la best tengok ampa pegang duit banyak2 pastu bawak BMW la BMX la hehehe eh silap… BMX la pulak tu basikal aku pi skolah dulu hehehe…

    KoMe labur 35k dalam masa seminggu dah boleh 10k dalam masa sebulan dah dapat modal hehehe… bestnya kalu mcm tuh dah lama semua org brenti keja just buat bisnes mcm nih jaaa hehehe….esok2 dah abis xtau cari org downline… penin la org2 bawah tuh yg atas xpa duit dah begunung-gunung…

    xbleh salahkan bank negara jugak.. All bisnes kena didaftarkan mana boleh lanyak mcm tuh jaaa john… Mengkalaukata nak menega aYaQ tebu pun kena daftar jugak hehehehe inikan pula international hehehe negara kita ada undang2 sendiri… aku pun penah tekena dgn koperasi nih dia kata dah daftar… skali dah labur baru ja dapat modal 50% dah kena hold dengan Bank Negara hehehe…. nasib laaa tu la risk meniaga… risk dia kena tipu dengan org pastu modal xdpt la balik…

    So dah ada otak yg sihat diberi oleh Allah SWT.. tuh boleh la fikirkan yg mana baik yg mana buruk… yg dah bejaya tuh tahniah laaa jaga baik2 org2 kamu tuh jgn dah senang lepas semua tanggungjawab anda… Tanggungjawab terhadap aGama BanGsa n Negara pun kena ingat jugak….. :)

    the uLtra Boys..Kerajaan Langit…Geng PecaH panGgung… menentang kaum2 bonToT hahahaha…

    Julai 21, 2010 at 1:58 am

  3. desperadol

    hehe….beh2.aku sokong kamu si empunya blog.
    meh2 nak tolong jawab untuk en mat85 di atas:

    1)leader mlm jadi tamak kerana skim mlm itu sendiri yg mendidik ahli2nya jadi tamak.cr duit banyak2, cepat kaya, materialistik, splastik, bombastik tp sebenarnya plastik.hehe..moto mlm senang je.pentingkan diri sendiri, amik duit downline sebanyak mungkin..

    2)knape bank negara nk kacau mlm.sbb negara nak cukai drpd bisnes yg dijalankan di negara 1MALAYSIA ni..cube fikir sekolah, jalan raya, hospital yang en pergi 2 dibina dr hasil apa?bukan ke hasil cukai?dan salah satu cukainya adalah daripada perniagaan.so apa alasan perniagaan mlm boleh lari dari cukai?org ml xpergi sekolah ke?xpergi hospital ke?xguna jalan raya ke?
    -yang ke2nya sebab bank negara bertanggungjawab memastikan rakyat malaysia tidak ditipu oleh bisnes2 yg menipu ni.bank negara rakyat malaysia kena tipu.
    -yang ke3nya, bank negara xnk pengaliran keluar wang dr negara ni.(itupun kalo betullah mlm ni bisnes international) hehe..cam bukan je.

    3)bukan org sabotaj atau dengki.tp org lain kesian kat ahli2 mlm yang kena tipu.begolok begadai, buat pinjaman konon nk cepat kaya tp kene tipu. so sebagai rakyat 1MALAYSIA yang prihatin, kami menasihatkan org lain supaya tak tertipu.bukan dengki..tp sayang..hehe.kurang2 lepas jugak tanggungjawab bila dah nasihat or pesan kwn supaya x ditipu.

    4)sy xberani nk cakap mlm ni haram. kalo yg ade produk btol2 tu mungkin ok sket la.contoh cam cni, shaklee, hai-o 2..tp yg len 2 cam musykil je.meragukan..tp yg sah2 nya meniaga duit atas duit 2 haram!!!gharar.takde dlm perniagaan cara islam. so kalo rasa ragu2 tu lebih baik la jgn masuk.daftar facebook dpt duit?jual paekebendenye 2?hehe…

    so kesimpulannya xyah join jela senang..menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian hilang pendapatan..hehe.xbaik idup menipu org ni.bg mkn anak bini lak tu.baik g jual goreng pisang tepi jln, dah tentu halal.halalan toiban lagi.dpt duit sambil bg mkn org lain…* udah le yop, renti2kan lah..xbaik benor..meh tolong mak buat karipap ni.pasni boley juai kat kantin sekolah kamu nuu..

    salam..

    Julai 22, 2010 at 1:06 am

  4. mat85

    thank 4 respond,,by the way MLM and Skim cepat kaya ni datang dari jenis perniagaan yang berbeza..

    “””””kalu mlm , semua melibatkan perniagaan yang mempunyai produk dan marketing plan..kalu tk de produk dan marketing plan,,bukan mlm namanya,,,””””””

    aku tk kata skim cepat kaya ni betul..aku cuma mengupas pasal leader yang jahanam..tk kira r wat business ape2 pon,,kalu peniaga(dalam konteks ni, leader) yang buat taik..smu pon lingkup..sok yg kaya si jahanam ni,,yg melopong nya org lain,,,

    pasal bank negara pulak,,aku cuma timbulkan persoalan kenapa lambat bertindak???skim ni kalu tk silap aku dh almost 3 years baru kena cekup,,dengan alsan tk de org buat aduan..memang dh terang2 salah,,tk yah r tunggu org kena tipu(buat aduan ) baru nk nertindak…

    for mlm lg,,kalu mlm sudah diragui pendapatangnya, tk yah kita nk korek dalam2 sb nt kita yang tk nk duk malaysia g sbb takut makan dr sumber(punca) yang diragui walaupun kita berkerja dgn cara yg halal…

    so,,as conclusion,,mlm hanya melibatkan penjualan barang dan ada marketing plan,,selain dari 2, bukan mlm,,so jgn r diragui pendapatannya lg kerana segala perjalan mlm ni di pantau dari sudt undang2 malaysia( conventional dan syariah) melalui akta jualan langsung ,,,anything wrong,they will take action,

    so,jgn ki

    Julai 22, 2010 at 10:58 am

  5. desperadol

    salam..dengan izin tuan empunya blog…hehe

    sila rujuk jawapan ketiga (3)saya di atas. sy telah menyatakan pandangan saya yg mlm yg ade produk sy rase xde masalah n marketing 2 sendiri adalah satu care dorg marketkn produk diorg..

    but satu persoalan untuk en. mat85, adeke skim cepat kaye menggelar diri mereka skim cepat kaye?mereka berlindung disebalik nama MLM.ini lah yg membuatkan org tertipu..kata mlm tp buat skim cepat kaya.

    satu lg, camne lak ngan mlm yg ade produk tp produknya just untuk mengaburi org ramai n utk dpt lesen direct selling je?bayar 35k dpt set mandi ngn ubat je.xmenipu namenye tu?

    tipah jugak yg tertipu.kesian tipah..hehe

    salam

    Julai 22, 2010 at 12:13 pm

  6. kawin la dengan orang kaya

    Mac 14, 2011 at 9:28 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 818 other followers