Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

CERITA LUCAH

Tidak sukar untuk mendapatkan pembaca di ruang blogosfera ini. Kadang-kadang jalan cerita yang kosong dan hening juga boleh menangkap perhatian pelayar di internet untuk singgah seketika dan lepak-lepak di halaman blog tersebut. Bagi aku dunia blogosfera atau “jartatan” yang membawa erti “jaringan catatan” (perkataan ini pertama kali terpacul selepas diskusi bersama rakan-rakan penulis blog ketika di zaman pembelajaran di Universiti tidak lama dahulu, sekitar tahun 2006-2007) ini adalah sanagt luas, bebas dan telus. Kamu boleh tulis apa yang kamu suka, kamu boleh cerita mengenai kamu, keluarga kamu, haiwan peliharaan kamu, kehidupan kamu yang mungkin bosan dan menjengkelkan dan lain-lain lagi. Ada juga yang menulis berkaitan hobi mereka, sosial, politik dan pelbagai lagi. Ada juga berkisarkan kisah percintaan mereka, hal-hal agama dan pelbagai lagi. Sememangnya ini adalah satu dunia yang lain…lain dari segi kebebasan untuk bersuara , kebebasan untuk menyuarakan apa hak kamu, juga kebebasan dari pelbagai kos. Ya! untuk menulis di jartatan ini, mudah..tidak perlu kos penerbitan, kos percetakan, kos penghantaran, kos itu dan kos ini. Yang kamu hanya perlu cuma internet, komputer dan kosmetik barangkali!

Ok, apa itu blog? Aku pasti ada antara kamu yang menulis blog tetapi tidak tahu apa yang diertikan sebagai blog. Bagi istilah aku blog adalah jaratatan dan jartatan adalah blog. Mudah bukan? Blog boleh didefiniskan…

*Blog, secara bahasa merupakan singkatan dari Weblog. Weblog sendiri merupakan singkatan dari “Logging The Web”. Asal-usul dari istilah “Logging The Web” adalah memasuki web dan menuliskan ‘kesimpulan link-link mana yang menarik‘ dan memberikan pendapat tentang link tersebut di jurnal online mereka.*

atau

*Blog adalah website dengan konten (konten bisa berupa teks, gambar, link, audio atau video) yang di-update secara berkala serta mewakili dan berdasarkan sudut pandang ‘karakter’ tertentu yang menjadikan kontennya khas (umumnya menggunakan sudut pandang personal). Standardnya, konten blog diurutkan secara kronologis terbalik (konten baru di depan, konten lama di belakang) dan dapat dikomentari.*

Jadi kamu sudah faham mengenai apa itu blog? Jadi, apa yang membuatkan sesuatu blog itu begitu hit? maksud aku dalam konteks ini, begitu cepat popularitinya, begitu ramai pembacanya dan ratingnya begitu cepat naik sehinggakan satu hari sahaja jumlah pembaca melebihi 200-300 orang! Kita kecualikan blog-blog yang mempunyai unsur-unsur politik kerana blog jenis ini begitu memikat ramai pelayar di internet untuk membacanya. Banyak isu, banyak cerita malahan hari-hari pasti ada isu panas untuk dituliskan dan penulisan dalam bentuk politik ini juga perlukan fakta yang tepat dan lengkap serta bukti seperti video, gambar dan lain-lain. Menarik, tertarik, blog politik memang Da Bom! Politik ini ibarat gula, semakin dinikmati semakin sedap tetapi di hujung hari..penyakit yang menanti!

Jadi, dari pemerhatian aku, tajuk blog itu amatlah penting untk menarik perhatian pembaca. Isi dan jalan cerita belakang kira. Tajuk yang mungkin boleh masuk akal, dan boleh diterima minda serta amat mudah untuk memikat pembaca atau pelayar internet terutamanya lelaki hidung belang, sudah pastinya tajuk-tajuk yang berunsur lucah. Letak lah tajuk sebegini..”Payudara tembam dan gebu untuk lelaki” atau “Pantat Wanita yang tembam untuk ditonton” atau “Gambar kemaluan wanita yang perlu dilihat lelaki” atau mungkin juga “Pengakuan ke-enakan seks berat Ariel Peterporn dan Cut Tari”. Contoh-contoh tajuk sebegini sudah pastinya menggamit para pengunjung di alam maya untuk terus ke laman blog tersebut dan yang pastinya kecur air liur dan jantung berdegup-degup kerana di dalam kepala otak dan minda si pelayar (lelaki kebanyakkanya) telah berimaginasi tentang gambar-gambar yang bukan-bukan!.

Aku bukan tidak bersetuju tentang hal ini, tetapi untuk menulis kita perlukan etika, dan etika itu penting kerana si pembaca mungkin adalah terdiri daripada daripada kanak-kanak dan awal remaja dan ini pastinya tidak elok untuk mereka kerana telah didedahkan dengan hal-hal sebegini. Tetapi, apa boleh buat ini adalah laman maya di mana kamu bebas menulis apa sahaja. Ikut suka kamulah.

p/s – Teruskan menulis kepada penulis-penulis di jartatanasfera!

Ok, aku letak tajuk di atas “Cerita Lucah” yang tidak ada kena mengena sangat pun dengan isi cerita seluruh entri kali ini, mungkin bakal memikat ramai pembaca barangkali..mari kita lihat berapa ramai pembaca!

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 818 other followers