Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KISAH CINTA RAHSIA WANITA MELAYU MURTAD

Kisah ini adalah sebuah kisah lama, pernah hangat pada satu ketika dahulu…tahun 2006. Saja aku letakknya kembali memandangkan ianya seperti semakin menjadi-jadi akhir ini. Dengan kehangatan video Benjamin Stephen yang berkali-kali “dishare” dalam laman sosial facebook dan kelantangan golongan melayu murtad di laman-laman web, blog dan komen-komen di banyak laman sesawang sejak akhir ini, sememangnya sungguh menggerunkan. Golongan ini semakin lama semakin berani bersuara. Harap semua umat islam di Malaysia, kukuhkan iman dan kuatkan semangat serta berpegang teguh pada agama Islam. Baca kisah ini di bawah…..

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan kehidupan orang-orang Melayu yang murtad di Malaysia.

Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta Disiarkan pada 28/06/2006 http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/article /muslim_women_who_share_a_secret_love/

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka. Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina, dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia – iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. “Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,” katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn). Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor – yang tidak lagi menetap di Malaysia – benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian. Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan Islam’ pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut, bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan, tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah – mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah apabila hakim berkata , ‘ Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islamsehinggalah dia mati’.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. “Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam”. Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. “ Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia”, menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan.Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan – dan ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang Islam yang lain. Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam”, menurut wanita muda tadi. “Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah.” Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya”, kata Kamariah. Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup – seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia – bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. “Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap”, menurut Kamariah. “Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya – dan itu adalah tidak baik dalam Islam.”

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. “Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai,” katanya lagi. “Doa dia dijawab. Doa saya tidak.” Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di rumah. “Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga”, katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. “Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.”

p/s – Sungguh bahaya…harap semua berhati-hati, jangan sampai bertukar agama!

12 Respons

  1. aku betul2 rsa trhina membiarkan saudara islam ku murtad. semoga ALLAH memberi petunjuk & hidayah kepada mereka. ALLAHUAKBAR,ASTAGHFIRULLAHALAZIM.

    November 29, 2010 at 2:29 pm

  2. best cerita tu

    Februari 21, 2011 at 10:52 am

  3. banyakan ilmu ugama, dan baca buku, ini satu perkara yang bahaya, ramai tak murtad tetapi mengamalkan gaya hidup jahiliah

    Mei 9, 2011 at 2:11 am

  4. ramai mengamalkan hidup seperti orang murtad,

    Mei 19, 2011 at 2:11 am

  5. alice

    khdupan sndri,,,tw la nti…ok la jg..

    September 8, 2011 at 3:38 am

  6. Astaghfirullah…

    Disember 27, 2011 at 12:45 pm

  7. b0y ryan

    Terbukti dunia sudah tua dan sudah akhir zaman… Astagfirullahala’zim..

    Februari 6, 2012 at 1:18 pm

  8. libra

    semuanya kerana cinta…..buta mata hati…

    Februari 9, 2012 at 6:50 am

  9. intan

    hmm… doakan saja mereka2 ini diberi petunjuk & hidayah supaya bertaubat, allah lebih mengetahui yg tsurat & tsirat, jgnlah dihina & dikecam jadilah sbg teladan bagi kta & umat islam yg lain, titik beratkan ajaran agama, sedih jugak byk org melayu kta yg kecundang & tak kurang jugak bsyukur org bkn islam mmeluk agama islam, alhamdulillah…..

    Mac 19, 2012 at 10:41 am

  10. nauzubillah..semoga kita dijauhkan daripada terpesong akidah kerana itu kita dituntut untuk saling menjaga antara umat islam.KITA bersaudara.Golongan ini amat memerlukan bantuan kita untuk menyemai akidah dan iman.Jgn lepaskan tangan dlm kes ini

    Mac 23, 2012 at 4:15 am

  11. abdul hamid bin abdul syukur

    kalau menurut Hudud mamposlah mereka2 ini…..semoga Allah mempercepatkan tampuk pemerintahan Malaysia ini ke tangan puak2 yg cintakan Agama Allah secara total

    Mei 20, 2012 at 3:24 pm

  12. nurul hana

    sampai hati dia kuar islam hnya krana doanya tdk dmakbulkan Allah..kesalnya baca artikel ni tpi mmg tdk dpt dnafikan lgi terlalu rmai org melayu kta msuk kristian..diorang tak rsa bersalah ke kuar agama?? tak takut ke dgn blasan Allah nanti…sya pown bknlah baik sngt..tpi bab kuar agama ni mmg dah jdi kes berat..harap sapa2 yg terpikir nak kuar agama tu jgnlah..penat mak bapak kta bela kta smpai besar dah besar tawu pasal agama lain ha mlalah nak cubalah krna cnta lah…ingatlah!!!!! penat nabi kita nabi Muhammad S.W.T. sebarkan agama islam ni dlu..tpi knapa kta x nak toleh ke blakg dan cuba fikir btapa payahnya islam nak berkembang??? kita sepatutnya mempertahankan akidah kta…bkan membiarkan bangsa lain gelakkan kta hnya krana iman kta x kuat….wahai umat islam bangkitlah..jgn malukan agama sendiri…sesungguhnya agama ISLAM lah agama yg pling INDAH sekali dlam dunia ni…..

    p/s SAYANGILAH AGAMA ISLAM KERANA ISLAM ITU INDAH….

    Mei 27, 2012 at 4:00 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers