Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEJARAH RINGKAS POLIS DIRAJA MALAYSIA

Tulisan serba ringkas ini adalah dari nukilan sebuah buku….ianya berkaitan perjuangan Polid DiRaja Malaysia di dalam memperjuangkan keamanan semasa pra merdeka dan pasca merdeka. Perjuangan PDRM sudah menjangkau melebihi 200 tahun! Menakjubkan! Jadi, silakan baca.

Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam tersebut menjadi asas kepada peraturan dan undang-undang yang jelas kepada pihak yang dipertanggungjawab menyelenggarakannya dan menandakan bermulanya penubuhan pasukan polis pertama yang moden di negara ini.

Perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu telah membawa perubahan pada pasukan polis. Sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali mengalami perubahan sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbirannya di bawah Panji-Panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963. Selepas Tanah Melayu bebas dari pemerintahan Jepun, pada 1 April 1946 Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union di mana pemerintahan pasukan berpusat di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1948, pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis di Malaya. Bagi menghadapi ancaman itu, Kerajaan telah mengisytiharkan “Darurat” pada 16 Jun 1948. Semasa perjuangan menentang pengganas komunis selama 12 tahun, seramai 1,246 orang pegawai dan anggota polis telah terkorban serta 1,447 orang lagi cedera. Berpunca daripada tindakan berani anggota polis ini seramai 6,711 orang pengganas telah dihapuskan dan 1,289 lagi berjaya ditawan.

Bagi menghalang orang-orang Asli dipengaruhi oleh anasir komunis, Pasukan Senoi Praaq yang terdiri dari pemuda Orang Asli telah ditubuhkan pada Mei 1956. Sebagai menghargai kerjasama dan jasa yang diberikan oleh Senoi Praaq, pasukan Rejiman ke 22, British Special Air Service (SAS) telah mentauliahkan “Beret Merah” mereka kepada Senoi Praaq. Beret ini masih menjadi kebangaan Senoi Praaq sehingga kini.

Perjuangan dan pengorbanan serta hikmat bakti anggota polis dalam mempertahankan negara dari ancaman dan pemberontakan bersenjata pengganas komunis semasa “Darurat 1948 -1960” telah membawa kepada penganugerahan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.

Pada 11 November 1961, Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong III, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail telah berkenan pula menganugerahkan Panji-Panji DiRaja kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pada 16 September 1963, Pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia dengan diperintah oleh seorang Ketua Polis Negara.

Pada 2 Disember 1989 Perjanjian Damai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditandatangani di Haadyai, Thailand. Dengan termeterainya perjanjian tersebut PKM telah meletakkan senjata dan berakhirlah perjuangan parti tersebut. Pada 17 Oktober 1990 pula Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga telah ditandatangani di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata oleh Biro Ke -2 PKKU di Sarawak.

Dengan perletakkan senjata kedua-dua parti komunis tersebut, Malaysia kini bebas daripada ancaman komunis, yang sering menggugat keamanan dan keselamatan negara ini, perhatian kini lebih banyak ditumpukan terhadap isu-isu pembangunan.

Polis Diraja Malaysia kini bergerak selari dengan wawasan kerajaan dengan memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah dan dadah. Di samping itu PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras lanun dan pemeliharaan alam sekitar seperti mencegah pembalakan haram. Pasukan polis juga bertanggungjawab dalam menentukan jalinan mesra dengan orang ramai terus dipelihara agar kerjasama di antara kedua pihak berjalan lancar di samping menonjolkan imej polis sebagai sahabat yang mesra dan bertimbang rasa.

Penutup

Pelbagai onak dan duri besulamkan keringat dan air mata terpaksa dilalui oleh anggota pasukan polis dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keharmonian rakyat pelabagai kaum dan kemakmuran Negara dipertahankan.

Kini, pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menginjak usia dua abad meneruskan kesinambungan usahanya dengan menumpukan perhatian kepada usaha membenteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan umat sejagat.

Selari dengan peredaran masa dan globalisasi, pasukan polis kini telah dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani sebarang permasalahan bagi mendukung tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman Negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, segala perjuangan dan pengorbanan anggota pasukan polis dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan akan tetap terus dikenang dan dijulang sebagai wira-wira penegak undang-undang negara.

p/s – Salam merdeka!

Sumber: Buku ‘Perjuangan PDRM Dalam Mencapai dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara’

About these ads

10 gerakbalas-gerakbalas

  1. cita-cita saya hendak jadi polis.

    April 9, 2012 at 7:34 am

    • muhammad syafiq bin arfan salleh areef

      kenapa anda nak jadi polis??????

      Mei 13, 2012 at 3:38 am

    • fira

      ^_^…hebat,semoga menjd polis yang bertaqwa. saya anak polis..mak ayah polis. ^_^

      Jun 29, 2012 at 7:55 am

    • k"roll

      SAYA SOKONG DGN CITA2 ARINAH.TP JANGAN D SEBABKAN PANGKAT ATAU KUASA.TP UNTUK MENJAGA KEAMANAN NEGARA DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.I LOVE MALAYSIA

      Julai 4, 2012 at 1:11 pm

  2. syafiq

    cita2 yg bagus

    Mei 13, 2012 at 3:39 am

  3. syafiq

    cita-cita saya hendak jadi guru

    Mei 19, 2012 at 2:42 am

    • fira

      bagus..smoga menjadi cikgu yang mendidik dan membentuk pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat~

      Jun 29, 2012 at 7:48 am

  4. fira

    salam, saya cari buku ‘‘Perjuangan PDRM Dalam Mencapai dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara’ tapi xjump. saya nak buat assigmnt tentang polis. ^_^ blh x send nama pengarang pada sy? ^_^ trima ksh.

    Jun 24, 2012 at 3:00 pm

  5. meharja

    jangan jadi gur.try jadi doctor

    Jun 26, 2012 at 3:08 am

  6. kalau arwah ayh aku masih hidup pasti dia akn ceritakan tentang kehebatannya menentang kominis zaman dia dulu srj abdul bin chu 19PPH KROH PERAK al fatihah …..

    September 27, 2012 at 4:19 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 817 other followers