Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA MERDEKA KE-53

Hanya tinggal beberapa hari Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yakni bebas dari pemerintahan Kolonial British. Tahun ini, tanggal 31 Ogos 2010 kita bakal menyambut kemerdekaan kali yang ke-53 dengan tema 1 Malaysia Menjana Transformasi. Ok, aku tidak mahu bicara banyak mengenai kemerdekaan cuma akan menyentuh sedikit tentang sejarah merdeka dan sebagainya..di sini, di dalam ruang yang tidak seberapa ini, aku mahu membuka minda kamu-kamu semua mengenai penjajahan ke atas Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia ini.

Tahu sejak bila kita dijajah? Tarikhnya? dan sudah berapa tahun kita dijajah? Siapa penjajah yang penah menakluki negara ini? Ok, kita dijajah sejak dari tahun 1511 dan ini bermakna sehingga tahun 1957 kita telah dijajah selama 446 tahun! Kita telah dijajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun.

Selepas Jepun menyerah kalah dalam peperangan dengan Amerika Syarikat (Jepun telah dipaksa untuk menyerah kalah oleh Amerika dengan pelbagai cara, akan tetapi akibat kedegilan Jepun untuk mengaku kalah…pihak Amerika telah menggunakan bom atom yang pada ketika itu merupakan satu senjata sulit yang berjaya dicipta oleh saintis Amerika diketuai oleh salah seorang Jeneral perangĀ  serta pada masa yang sama memegang portfolio jurutera di dalam angkatan tentera …hasilnya bom ataom dengan kod nama “Fat Man” dan “Little Boy” telah berjaya dicipta manakala tanah Hiroshima dan Nagasaki telah dipilih sebagai tempat untuk meledakkan bom berkenaan..akhirnya, Jepun menyerah kalah dengan diisytiharkan oleh Maharaja Jepun pada ketika itu) Jepun telah berundur dari Malaya dan pemerintahan Malaya telah diserahkan kembali kepada pihak British. Pada ketika itu Malayan Union telah ditubuhkan. Tidak lama kemudian negara ini telah mengecapi kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957.

Selepas dari kemerdekaan yang kita kecapi dan corak pemerintahan telah dikuasai penuh oleh rakyat tempatan, negara telah berdepan dengan pelbagai situasi yang menggoyahkan dimulakan dengan konfrontasi Indonesia dan Filipina, kemerdekaan Singapura, Komunis, Tragedi 13 Mei, kedatangan pengganas Tentera Merah Jepun di Menara AIA dan lain-lain. Pelbagai ancaman dan dugaan telah dihadapai dihadapi semasa pasca kemerdekaan.

Saban tahun kita digembar-gemburkan dengan tema-tema kemerdekaan yang penuh “dramatik” dan jika tidak silap, tema-tema ini telah dimulakan sejak tahun 1970 lagi. Persoalannya, adakah kita betul-betul menjiwai tema-tema kemerdekaan yang dicanang-canangkan oleh kerajaan. Adakah tema-tema yang dicipta ini hanya cuma tempelan untuk menyedapkan halwa telinga rakyat jelata? Bagi aku jika dilihat dari akar umbi..sejujurnya, tema-tema ini tidak seperti melekat ke dalam hati sanubari rakyat jelata. Tidak pasti kenapa. Apa yang pasti sesuatu harus dilakukan supaya rakyat negara ini terus mempunyai semangat bagi mencintai tanah air ini dan sanggup mati untuknya.

Kini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 dan berdasarkan fakta sejarah negara ini dijajah selama 446 tahun, masih ada baki 393 tahun lagi dari baki penjajahan…jadi,mampukah negara kita bebas dari penjajahan pada masa hadapan dan adakah kita mampu mempertahankan kemerdekaan selama ratusan tahun lagi?

p/s – Pertahankan kemerdekaan negara kita! Cintailah negara kita!

About these ads

7 responses

  1. bulussan

    Portugal dude, portugis tu masyarakat.
    selamat hari kemerdekaan!

    Ogos 29, 2010 at 4:57 pm

    • faerrin

      aku berpandukan tulisan buku sejarah bulus…hehehe..ok, selamat hari merdeka!!

      Ogos 30, 2010 at 12:48 am

  2. nice post…….menyedarkan saya tentang pengorbanan rakyat zaman dulu

    Jun 26, 2011 at 3:19 pm

  3. bangga jadi rakyat malaysia <3

    Ogos 31, 2012 at 5:52 am

  4. nur hannah binti norhisam

    i like it…..:D

    September 6, 2012 at 1:48 pm

  5. adha naim

    i like it…….:D

    September 22, 2012 at 11:42 am

  6. Najmuddin

    hehe

    Februari 12, 2014 at 12:05 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 818 other followers