Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KAD KAHWIN MASIH RELEVEN PADA MASA KINI

“Majlis Walaimatulurus”

Di penghujung-penghujung tahun ini sudah pasti ramai yang akan mendirikan masjid, maka akan timbul satu persamaan linear yang jelas dan kuat seperti ini:

Cuti sekolah + Hujung tahun = Majlis Walaimatulurus

Majlis seumpama ini yang lebih dikenali sebagai Majlis Raja Sehari pasti akan mendambakan kepada satu-satunya “metodologi tradisional” sebagai satu simbol “mengwar-warkan” secara khusus  kepada para tetamu untuk undangan ke sesuatu majlis. Itulah “Kad Jemputan”.

Kad jemputan dan majlis kahwin di Malaysia sudah seperti satu kewajipan. Bagai Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Safa dan Marwah sesuatau majlis kahwin, tanpa kad jemputan kahwin adalah janggal dan cacat.Iyalah, tanpa kad jemputan kahwin, bagaimana kita mahu menjemput para tetamu-tetamu ke majlis Raja Sehari? dan tanpa kad undangan kahwin yang “formal” sudah pasti ramai masyarakat di luar sana tidak akan hadir ke majlis perkahwinan tersebut. Ini kerana, sudah menjadi satu resam dan budaya masyarakat kita dengan cara menjemput tetamu dengan menggunakan kad jemputan tersebut. Itulah kod etikanya.

Bermula dengan hanya menggunakan kertas A4 yang digelek dengan mesin gelek tulisan ketika di pada awal pasca kemerdekaan negara, hingga menggunkan e-kad atau plak (kad jemputan plak digunakan oleh Dato’ Dr. Sheikh Muzafar Shukor sebagai kad jemputannya) pada zaman ini ianya masih mempunyai satu tujuan yang sama. Dari berharga kurang RM 0.10 hingga bernilai ribuan ringgit ianya tetap mempunyai objektif yang sama. “Menjemput tetamu” untuk menerima undangan ke sesuatu majlis, itulah fungsnya.

Walaupun cara hidup kita di Malaysia dalam keadaan yang serba moden dan canggih, tambahan pula rangkaian jalur lebar dan talian tanpa wayar yang baik (walaupun masih ada lagi insan yang hidup sukar) telah diimplementasikan maka dengan itu,  banyak metod-metod lain yang boleh diadaptasikan sebagai satu cara untuk menggantikan metod lama iaitu Kad Jemputan. Sebagai contoh, e-mail. Bukan sahaja mudah, murah dan pantas serta tidak mengundang sebarang kos yang tinggi (hanya melibatkan kos sewa internet) tetapi opsyen ini seperti tidak boleh diterima pakai oleh kerana ianya bagaikan satu undangan perkahwinan yang tidak rasmi dan dan tidak formal. Sms, penggilan telefon  dan jemputan melalui percakapan atau perbualan juga boleh dikatakan sebagai satu cara yang juga agak baik untuk diimplementasikan dalam acara mengundangan masyarakat umum ke majlis undangan perkahwianan.Tetapi, atas faktor “unformality” ianya jarang diguna pakai untuk tujuan tersebut.

Teknik terbaru, yang sedang hangat digunakan ialah teknik “tagging” di facebook. Aku dapati teknik semi-konvensional ini semakin hari semakin popular di kalangan mereka-mereka yang agak malas untuk menulis alamat-alamat rumah rakan-rakan jemputan mereka serta dapat menjimatkan kos.Teknik tagging ini, walaubagaimanapun telah menggabungkan elemen-elemen “lama dan baru” dalam proses menjemput dan mengundang tetamu ke majlis perkahwinan. Kenapa aku menulis “lama dan baru” .”Lama” bermaksud kita masih menggunakan kad jemputan sebagai satiu metod undangan. “Baru” pula dari segi kad jemputan yang telah discan dan disave di dalam folder dengan format Jpeg, selain itu ia juga melibatkan penggunaan It, cara proses upload foto kad jemputan dalam profile FB, proses tagging nama rakan-rakan untuk menghadiri jemputan dan begitulah seterusnya.

Juga, terdapat satu lagi cara yang boleh digunakan untuk mengundang tetamu ke majlis resepsi dan ini juga terdapat di dalam facebook. Penggunaan tools “event” yang terdapat di dalam facebook amat membantu. Para tetamu yang bakal diundang bakal menerima “notification” daripada email atau dari simbol “notification” yang terdapat di facebook. Oleh itu, bagi mereka yang diundang cuma perlu reespons kepada undangan tersebut. Mudah, jimat dan senang!

Akan tetapi, walau secanggih mana teknologi….walau berpuluh tahun akan datang….pastinya kad kahwin menjadi pilihan. Lihatlah…Ini bermakna Kad Jemputan kahwin masih lagi diperlukan dan releven pada masa kini. Tidak seperti kad ucapan hari raya yang semakin dilupakan.

- – – -PPfffttttt – – – -

Semakin lama, semakin hampir pula  hari kebesaran aku. Bulan 12 tidak lama lagi. Sikit demi sikit  barang-barang perkahwinan sudah dibeli. Cuma satu je yang belum ok lagi.

“Kad kahwin!”

p/s – Cis, aku bab-bab nak melukis plan ke rumah ni…lemah betol!

About these ads

4 gerakbalas-gerakbalas

  1. pegh.. lepas kawin, adakah kau akan terus berblogging lagi?

    Oktober 10, 2010 at 4:08 pm

    • faerrin

      Sudah pasti wahai rakan “sejartatanku”

      Oktober 10, 2010 at 11:17 pm

  2. wah.lama tak jenguk dah nak kawin.tahniah tahniah.

    Oktober 11, 2010 at 8:20 am

    • faerrin

      hAHAHAHAHAHA….ada lagi rupanya? masih menulis? nanti kad dah siap..akan ku pos kepada mu!! hehehehe…mahu?? alamat bak sini…

      Oktober 11, 2010 at 9:23 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers