Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RINGKASAN BAJET 2011; APA INTIPATINYA?

Tema – “Transformasi ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”

Perdana Menteri Malaysia: Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membentangkan Bajet 2011, belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dalam usaha Malaysia bergerak ke arah mencapai negara maju menjelang 2020. Bajet itu yang menyaksikan peruntukan keseluruhan kerajaan berjumlah RM212 bilion, menggariskan pelan strategi dan projek- projek utama ke arah mentransformasi negara mencapai sasarannya.

“Bajet 2011 mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk memandu hala tuju negara, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi pula menjadi peta panduan.

“Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya, pula membentuk kerangka kerja ke arah hala tuju tersebut dan akan diterjemah melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11),’’ katanya.

*Cadangan peruntukan yang dibuat itu berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan pada 2010.

*RM162.8 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM49.2 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

*Tumpuan diberikan ke arah memenuhi keperluan rakyat dan juga memberikan insentif dan melaksanakan projek yang mampu merancakkan lagi ekonomi negara.

*Usaha membangunkan modal insan, tumpuan pada pendidikan dan kepentingan kebajikan kakitangan awam termasuk pemberian bantuan khas kewangan.

*Bajet 2011 juga mementingkan peningkatan kualiti hidup ketika negara bergerak untuk memantapkan ekonomi yang telah berkembang dengan baik.

Menurut Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi yang baik telah menyaksikan kerajaan menyemak semula kadar berkenaan bagi tahun ini kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelum ini. Tambah beliau, angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding negatif 1.7 peratus pada tahun 2009.

Najib berkata, prestasi ekonomi akan terus diupaya oleh peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan 6.5 peratus dan pembiayaan 4.9 peratus, manakala perbelanjaan pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing 15.2 peratus dan 6.7 peratus serta eksport 11.6 peratus. Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan, berkembang 6.7 peratus dan perkhidmatan 5.3 peratus. Menurut Perdana Menteri, penunjuk utama ke arah pengukuhan ekonomi domestik adalah lonjakan Indeks Komposit Bursa Malaysia kepada 1,496 mata pada 14 Oktober lalu yang merupakan antara tertinggi sejak Februari 2008.

- – - – - – PPPfftttt – - – - – -

Bajet yang effisien bakal menjadikan sebuah negara maju, aman, stabil dan “tenteram”

Menurut Perdana Menteri, Bajet ini akan memberi tumpuan kepada mentransformasi negara Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif, dengan pertumbuhan mapan dengan diterajui sektor swasta dengan mendahulukan kesejahteraan rakyat. Bajet 2011 menumpukan kepada empat startegi utama berikut;

1- Membudaya kembali pelaburan swasta

  • Melalui inisiatif pembangunan projek awam-swasta
  • Pembangunan Strategi berimpak tinggi
  • Mencergaskan pasaran modal
  • Pasaran modal islam
  • Mempergiat industri modal teroka
  • Skim Amanah Hartanah Bumiputera
  • Dana pencen swasta
  • Meningkatkan industri elektrik dan elektronik
  • Mencergaskan industri minyak, gas dan tenaga
  • Memajukan industri hijau
  • Menyuburkan industri pertanian
  • Merancakkan industri pelancongan
  • Memangkin industri minyak sawit dan berkaitan
  • Meningkatkan prestasi industri teknologi maklumat dan ICT
  • Menggalakkkan sektor perkhidmatan perniagaan
  • Pembangunan koridor dan wilayah
  • Menggalakkan industri R&D&C
  • Menambah baik perundangan Insolvensi
  • Memajukan lagi industri kreatif
  • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara

2- Membangunkan modal insan;

  • Mempergiat usaha menarik bakat
  • Tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti
  • Memperlua akses kepada pendidikan berkualiti
  • Memperkasa pendidikan awal
  • Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah
  • Memperkasa pengajian tinggi
  • Mempergiat program latihan dan kemahiran
  • Program latihan 1Malaysia
  • Meningkatkan produntiviti kerja
  • Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi
  • Pembangunan sukan negara

3-Mensejahterakan hidup rakyat

  • Membantu golongan kurang bernasib baik
  • Meningkatkan pemilikan rumah
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
  • Meringankan bebanan hidup rakyat
  • Menghargai sumbangan pemimpin masyarakat
  • Pembangunan orang asli dan pribumi
  • Mengurangkan kos pengangkutan
  • Memperluas perkhidmatan kesihatan awam
  • Membenteras jenayag, menjamin kesejahteraan awam
  • Memperkasa peranan badan bukan kerajaan (NGO)
  • Pemuliharaan alam sekitar
  • Tangggungjawab sosial koporat

4-Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

  • Mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan
  • Memperkemas sistem penilaian prestasi
  • Menghargai sumbangan penjawat awam

- – - – - – PPPPffttttt – - – - – -

Sekadar gambar hiasan

Berikut adalah intipati Bajet 2011; ini berdasarkan kepada empat strategi yang telah dinyatakan di atas.

* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan “Portal 1Malaysia Pengguna Bijak”.

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

- – - – - – PPPfftttt – - – - – - -

Sekadar gambar hiasan; kakitangan awam merupakan pelaksana bagi dasar-dasar kerajaan

Ini sekadar ringkasan dari Bajet 2011 sahaja, dan ianya telah di dapati dari sumber-sumber MOF dan akhbar-akhbar utama. Aku cuma nak mengulas berkaitan Strategi ke-empat, iaitu memperkasa perkhidmatan awam. Agak terkilan kenapa tidak ada peruntukan bajet kepada kakitangan awam yang sedang berkhidmat di dalam agensi kerajaan atau jabatan kerajaan atau di bawah Kementerian yang sehingga kini masih berjawatan kontrak, sementara atau dibawah skim khidmat singkat. Mereka juga adalah penggerak dan juga sebagai pelaksana kepada dasar-dasar kerajaan sama seperti kakitangan awam yang berstautus tetap lain. Tetapi kebanyakkan mereka tidak memperolehi keistimewaan seperti kakaitangan yang berstatus tetap dan sah jawatannya. Ada di kalangan mereka memiliki ijazah, master tetapi membuat kerja-kerja pengkeranian bergred 17 di bawah skim kontrak atau khidmat singkat, malah tidak segan aku katakan ada dikalangan mereka walaupun menjawat jawatan sebagai Pegawai bergred 41 tetapi masih berstatus kontrak walaupun sudah berkhidmat lebih dari 5 tahun!

Jadi, bagi aku adalah wajar pihak Kerajaan meneliti setiap aspek berkaitan hal ini, memandangkan isu ini adalah satu isu yang agak kritikal buat masa kini. Ini kerana, setiap daripada mereka (baca; kakitangan kontrak/sementara/khidmat singkat) merasa tidak selamat dari segi kewangan, masa hadapan dan juga untuk membuat sebarang pinjaman serta lain-lain. Keadaan seperti ini akan merendahkan moral mereka untuk bekerja dan oleh kerana itu kadar keluar-masuk dalam sesuatu jabatan kerajaan adalah tinggi dan ini adalah satu masalah juga kepada sesuatu agensi kerajaan kerana bakal kehilangan kakitangan yang berkemahiran serta sudah faham akan sistem prosidur kerja yang ditetapkan (baca; brain drain). Jika pengambilan kakitangan baru dilakukan, ianya bakal melibatkan kos kembali dari segi masa untuk memberi latihan kepada kakitangan baru bagi memahamkan segala skop kerja dan prosidurnya.

Ramai di kalangan kakitangan ini (baca; kakitangan kontrak/sementara/ khidmat singkat) ini adalah bekas graduan IPT yang meminjam PTPTN. Pinjaman ini perlu dibayar dan yang menjadi isu sekarang, bagaimana mereka hendak membuat bayaran balik sedangkan pekerjaan yang mereka dapat cuma berstatus kontrak dan tiada satu “klausa” atau jaminan kepada mereka akan kekal dalam perkhidmatan itu selama beberapa tahun lagi. Kebanyakan kakitangan seperti ini jika diterima bekerja akan menandatangani borang perjanjian dengan agensi kerajaan atau kementerian atau jabatan kerajaan mengenai perjanjian perkhidamatan mereka. Ada klausa dalam perjanjian tersebut menyatakan seperti berikut.

Perkhidmatan tuan boleh ditamatkan atau diberhentikan oleh agensi ini pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab melalui surat bertulis dan akan dibayar dengan sebulan gaji” (Penyataan ini adalah sekadar contoh sahaja akan tetapi ianya memang wujud…bagi mereka yang menjawat jawatan sebagai penjawat kontrak/sementara/khidmat singkat pasti pernah membaca ayat seperti ini)

p/s – Justru, bagaimana jika tiba-tiba mereka diberhentikan? Apa sumber lain yang akan mereka perolehi untuk membayar kembali pinjaman PTPTN? Ini sekadar satu isu sahaja, dan banyak lagi isu berkaitan hal ini boleh diketengahkan. Mungkin di lain entri akan aku kupaskan. Terlampau panjang entri kali ini. Bersambung….

About these ads

5 gerakbalas-gerakbalas

  1. yg menurut perintah!

    Alangkah baiknya jika entri ini dibaca oleh mereka2 yang menyediakan bajet! Aku juga amat bersetuju dgn kenyataan yg diutarakan oleh kau. Untuk makluman kau, ada juga kakitangan di agensi lain telah berkhidmat berbelas tahun dgn berstatus kontrak! Harapan aku semoga Cuepacs terus memperjuangkan nasib pekerja kontrak.

    Oktober 16, 2010 at 12:02 pm

  2. CT

    salam 1malaysia..
    Andainya ada ruang dan peluang untuk sektor perguruan bagi guru sandaran tidak terlatih alangkah baiknya.Apatah lagi,seperti golongan kami yang dipertanggungjawabkan mendidik di dalam bidang Pendidikan Islam.Harap rezeki sentiasa mencurah.Amin…

    Oktober 16, 2010 at 5:37 pm

  3. mia

    betul tu kan bagus kalau pihak yang berwajib sendiri dengar keluhan nasib pekerja kontrak….memang bersyukur kerajaan bagi peluang untuk berkerja di sektor awam dgn gaji yang alhamdulillah boleh dikatakan cukup…tapi status kontrak yang tiada kepastian memang sangat menyukarkan saya ….sangat sangat menyukarkan…..

    November 5, 2010 at 11:17 pm

  4. ADY

    WAH SENANGNYA NAK DAPAT WARGANEGARA MALAYSIA NI, 5 TAHUN JE DAH BOLE APPLY PR, HMMMMMMMM, AP NI

    Oktober 6, 2011 at 7:09 am

  5. SAM

    hurrmmm!! untung laa saper yang keje dalam sektor kerajaan..ader jugak skit2 imbuhan yg dapat kan…yg sektor swasta ni korang kena ketengahkan jugak…stiap hujung tahun..tunggu bajet jer tahu nyerrrr…kami di pihak SWASTA…pihak company suker2 jer wat statement ngarot…so kalau rasa anda ada masalah…orang yg keje sektor swasta ni lagi bertambah-tambah masalah….biler2 jer bleh kena buang kerjaa…so…bersyukurlah aper yg anda ada skrg…banyak lagi negara yg bermasalah…bukan senang semua masalah boleh di settlekan dalam semua bajet… nak majukan..nak tolong..nak bantu…nak itu nak ini…biasalaa kan…rakyat malaysia…daa bagi apa yg ada…takkan memuaskan hati mereka…cuber fikirkan byak2…..ukur badan dgn perbelanjaan sendiri and gaji bulanan…org swasta lebih padah dgn masalah…biler ada masalah betol2…abis kenaikan gaji langsung tak der…anak bini terpaksa itu ini…orang kerajaan..ada yg sesetengah too..time rehat…yg lebih masa pon ada kan…halal ker klu digajikan dgn apa yg tak di syukur dan tak bertanggung jwab lakukan kerjaa….ahahaha…kiter org ni sektor swasta..korang ader kesah ker…hu2…soooo keje kerajaan menjamin sgt katerkan…yg keje kerajaan pon meraung nak itu ini…sure 100% aku ckap…kalau bg gaji semua org kerajaan minima RM3000.00 takkan puas hatinyer…ahahahaa gaji tinggi…kemahuan nak tinggi…tak fikir nak cukop2 bg bnda lain mudah…sooooo pikiak laaa habisan…massage FROM Pekerja SEKTOR SWASTA…(^_^)

    Oktober 7, 2011 at 6:18 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 817 other followers