Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR A.K.A JMF

Di Malaysia ini, ada banyak perkara yang dirahsiakan dari umum terutamnya hal ehwal ketenteraan dan kekuatannya dan sehingga kini, walaupun banyak aset dan inventori Angkatan Tentera Malaysia telah diketahui jumlahnya oleh umum akan tetapi masyarakat masih lagi tidak mengetahui kekuatan “angkatan tentera yang satu ini”. Seperti kampung Konoha di negara api, begitu juga Angkatan tentera ini. Ianya hanya dioperasikan oleh satu-satunya negeri di Malaysia, malah tertubuhnya ketumbukan militer ini adalah terlebih dahulu dari Angkatan Tentera Malaysia. Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih tercari-cari sumber sahih akan kekuatan ketumbukan tentera ini, tidak kira dari kelengkapan perangnya, askar operasi khusus (Special Operations Forces) dan lain-lain.

Itulah Angkatan Timbalan Setia Johor .

Aku dari dahulu lagi masih terfikir-fikir kenapa hanya Johor sahaja memiliki tentera sendiri dan kenapa ianya masih kekal sehingga kini. Apa signifikannya dan apa logiknya? Ada logiknya, oleh kerana Johor adalah negeri yang paling hampir dengan Singapura yang sering bermain api dengan Malaysia, kemungkinan kewujudan angakatan tentera ini sungguh releven. Jika tercetus perkara-perkara yang tidak diingini dengan negara jiran itu (yang selama ini begitu rapat dengan negara Israel) angkatan tentera ini boleh digerakkan sebagai pasukan pertama yang akan membela selatan tanah air dari diserang sementara menanti ketumbukan utama Angkatan Tentera Malaysia menyerang balas. Dengan doktrin negara jiran yang meniru teknik peperangan negara haram Israel iaitu “Pre-emptive strike” mereka menyasarkan dan menjangkakan dapat menawan Bandar Batu Pahat kurang dari 24 jam.Untuk mengekalkan tahap kerahsiaan operasi dan pengurusan tentera yang begitu tinggi, sehingga kini kekuatan ketumbukan Askar Timbalan Setia Johor masih dirahsiakan dan tidak pernah ada liputan yang menyeluruh mengenai sistem persenjataan mereka.

- – – – – – – PPPPfffttttt – – – – – – – -

Gambar hiasan; Buku JMF 100 tahun

Askar Timbalan Setia Johor atau JMF ( Johore Military Forces ) telah ditubuhkan pada 1885. Angkatan ini merupakan angkatan bersenjata milik Sultan Johor. Umumnya bagi penduduk di Johor, angkatan ini juga dikenali sebagai “Askar Tuanku”. Penubuhan angkatan ini terlaksana semasa Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar menjadi Sultan Johor. Baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi Institusi Diraja dan juga bumi Johor. Oleh itu pada peringkat awal penubuhan, angkatan JMF terdiri daripada 60 orang askar Melayu dan 20 orang askar Punjabi. Askar Melayu JMF dilatih sebagai infantri manakala askar Punjabi dilatih dalam unit artileri.

Ketika di dalam Perbarisan

Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Great Britain Queen Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor. Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.

Pada peringkat awalnya Komandan pertama yang dilantik adalah dari kalangan pegawai British iaitu Kapten Newland dan kemudiannya diserahkan kepada Kapten Daud Sulaiman sebaik ditauliahkan. Setelah itu, ketumbukan askar ini telah dipimpin oleh Syed Mohamed bin Nong Yahya dan Mejar Daud bin Sulaiman sebagai orang melayu yang pertama menjadi pegawai pemerintah. Pada tahun 1895, Sultan Ibrahim telah menjadi kolonel pemerintah Timbalan Setia Negeri. Baginda memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatannya bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriah dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

Ketika Perang Dunia Pertama tercetus, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura dalam tahun 1915. . Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.

Tanpa kita sedari, banyak jasa Askar Timbalan Setia Johor yang terpahat dalam lipatan sejarah kemerdekaan tanah air khususnya dalam negeri Johor. Misalnya pada tahun 1915, iaitu semasa perang dunia pertama, ketumbukan tentera ini telah menyekat dan menghentikan pemberontakan pasukan tentera India dari Fifth Light Infantry di Singapura. Askar Timbalan Setia Johor berjaya menahan tentera pemberontak yang berjaya membolosi sempadan ke Johor dalam usaha mereka melepaskan diri dari terus menjadi Tentera British. Pasukan ini juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.

Gambar hiasan

Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang (kini menjadi pangkalan utama Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia)

Ketika di Perang Dunia Kedua tercetus, Askar Timbalan Setia Johor tidak dikerahkan oleh Markas Gerakan Tanah Melayu di bawah pimpinan Lt. Jen. A. E. Percival sebagai sebahagian daripada pasukan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Apabila pasukan Tentera Jepun memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan Askar Timbalan Setia tidak memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang Tentera Jepun.

Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :

  1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail – Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
  2. Tun Hussein Onn – Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
  3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail – Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
  4. Dato Onn Jaafar.
  5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926

p/s – Bangga menjadi anak muda berketurunan Johor! Teringin sekali untuk berkhidmat di bawah panji-panji angkatan tentera ini.

About these ads

29 responses

  1. arif

    aku ingin sekali menceburi bidang askr ne tp tak thu cara memasuki rekruit ne

    November 12, 2010 at 8:12 am

    • faerrin

      boleh rujuk pada pejabat kerajaan negeri johor, mungkin boleh bertanya di sana.

      November 13, 2010 at 3:02 pm

  2. thamrong

    Correction.
    1. TSJ is not a fighting unit to provide the first line of defense against incursion from the South. It is only a private army for the sultan and explicitly for ceremonial purposes.
    2. It should not exist and should be disbanded because it contradict to the Federal Constitution. Its present existence is only at the pleasure of the federal govt.
    3. Under the Constitutional Amendment the government considered to disband the unit because of abuses and injuries inflicted by members of TSJ to the members of the public.
    4. The unit was dissolved prior to the coming of Japanese troops into JB because the sultan has no stomach to face the Japanese. In returned the Japanese gave the sultan and family members safe passage away from JB before the fireworks started.

    November 24, 2010 at 4:04 pm

  3. Muhammad Nur Fariq Bin Mohd Hazabullah

    Assalammualaikum, saya ni dilahirkan di kuala lumpur tapi saya amat berminat utk menyertai Angkatan Tentera DiRaja Johor. Soalan saya adakah saya yang bukan anak kelahiran Johor ini boleh utk menyertai Angkatan Tentera DiRaja Johor? Dan bagaimana pula cara utk menyertainya? Terima kasih.

    November 1, 2011 at 8:30 am

    • faerrin

      Wsalam tuan, Untuk makluman, hanya keturunan melayu islam yang layak menyertai angkatan tentera ini dan berhubung bukan anak kelahiran johor saya tidak pasti pula dan tuan bolehlah berhubung terus dengan pejabat menteri besar johor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Lagipun segala informasi berkaitan kekuatan, latihan dan sebagainya amatlah tertutup. Mungkin untuk mengekalkan tahap kerahsiaanya yang tertinggi dari segala anasir-anasir luar.

      November 1, 2011 at 1:06 pm

  4. SalAM….btul 2 sy sokong 1-0-0 prATUS….
    SY Na tANYE SDKT SOalAN.,…SY Da dAPat surAT YG SY LayAK UNTK PMILIHan seterusnyA OLEH asKar timbALan setiA NI…..BOLEH Ta u bg tAU apekAH SOalAN YG akn dtANYakn smASE PEMILIHan peringkAT KEEDUa nANTI?SY MMNG MNGHarAPKN SNGat dAPAt dserAPKN DalAM askAR TIMBalAN SETIa ini…..bANTULah sy…..

    November 20, 2011 at 3:21 pm

    • tiong batu

      salam…
      encik…da dpt ke keje di JMF tu??
      boleh tahu dr mana encik tahu ade kekosongan??
      adik saya berminat untuk menyertai..
      tapi memandangkan agak privacy sgt kumpulan ini..
      susah nk tahu bila ada pengambilan

      minta jasa..balas secepat mgkin ye

      Disember 25, 2011 at 1:56 am

    • ady

      salam…sy baru sje lpas rekrut jmf nie,,adew spew2 nk nk tnye soalan tntg jmf..? sy bolh jwb..

      Februari 10, 2012 at 11:54 am

    • naz

      salam. .askar timbalan setia ni prlu kptusn spm ke ?klau pmr bole x ?

      Mei 16, 2012 at 1:31 pm

    • RIDZUAN

      sy berminat mnyertai JMF… blh x bgth sy cara2 nk mohon JMF… klu bkn rakyat johor blh mohon x…???

      Julai 2, 2012 at 6:49 am

    • saudara bagaimana saudara mohon untuk jawatan ini…adik sy berminat ?? mohon saudara tunjukan cara memohon

      September 3, 2012 at 6:57 am

  5. Jalalludin

    Pembetulan fakta sejarah penubuhan JMF iaitu askar kabul dan bukan punjabi.

    November 22, 2011 at 2:05 pm

    • roy

      brape umur yg layak dan ap kelulusan yg dikehendaki untuk join JMF

      Mac 27, 2012 at 10:02 am

  6. KEMEQ

    Disember 1, 2011 at 10:23 am

  7. mohamad idrus bin mohd ghazali

    rabu ni saya harap sangat layar..umur dah 23,cita2 belum tercapai lagi..nanti makin lama makin gemuk dah susah..camane ni…dapat ke tak ye?saya berharap sangat2..thun depan dah masuk 24thun,msti dah x boleh interview lagi kalau rabu ni fail…niat saya ingin sambung khidmat arwah atok saya yang pernah berkhidmat mendjadi driver sultan dahulunya..sekurangnya saya dapat la berjaya di temuduga final ni nanti..aminn….

    Disember 1, 2011 at 3:19 pm

    • roy

      salam,,umur 24 thn da xbley join ke?

      Mac 27, 2012 at 10:04 am

  8. apa ha??? ary rabu ker????

    Disember 3, 2011 at 1:50 pm

  9. risaunye bsok mcm mne ea dpt ke x..brdoa je la mdh2 mrh rzeki…

    Disember 6, 2011 at 4:06 pm

  10. Anak Jati JOHOR

    Salam..

    Apa yg saya tahu tentera JMF sama Seperti yang ada di british iaitu BMF. Kelayakan bagi yg ingin menyertai mestilah pandai membaca jawi, menulis jawi dan anak jati johor.. Bulan lepas saya ada dengar iklan tentang pengambilan JMF di stesen radio best104. (Radio swasta JOHOR)Maaf kalau saya silap.

    Disember 25, 2011 at 8:46 pm

  11. bgi spa yg brjye sesi tmudge trakhir da dpt surat ke lum.

    Disember 26, 2011 at 5:20 am

  12. fiena

    salam… boleh sy tau apa mksud JDC askar johor kl x slp tp nk tau mksd dia….

    Januari 16, 2012 at 5:20 am

  13. min

    macam mana nak masuk askar timbalan setia ni ek?kawan saya nak masuk ni.harap dapat beri maklum balas secepat mungkin

    April 3, 2012 at 3:13 pm

  14. naz

    salam. .tlong la cpe2 jwb soaln sy..kwn sy nk sgt msok askar ni. .

    Mei 18, 2012 at 3:50 pm

  15. naz

    salam..askar ni prlukn spm ke?klau pmr boleh tk?

    Mei 21, 2012 at 6:46 am

  16. AIZUDIN

    salam…sy nk tnye la…sy ank klhiran johor..soalan nye skang sy brkhdmat dgn tldm dn dlm 2015 sy akn bsara awl..pada masa itu umur sy sdah 35 thun..jd blh x sy join JMF

    Jun 30, 2012 at 1:59 pm

  17. lkpl zulfifi

    salam sy lkpl zulfifi dari 103 kor polis tentera di raja di kem mempaga Pahang…saya anak jati johor ingin bertanya kepada tuan..sy masok tentera pada mei 2008 dan berhenti pada november 2010 atas sebab kesihatan…sekarang saya ingin memohon JMF di johor bahru bagaimana tuan?

    September 12, 2012 at 4:33 pm

  18. shameel

    nk kna sjil drjh khas ke nk msuk nie

    September 15, 2012 at 6:29 am

  19. muhammad fauzan bin lagimin

    Assalamualaikum..tumpang bertnye..kalau ATM nk transfer JMF blh x n mcm mana care nye..tlg info..

    Februari 2, 2014 at 2:32 pm

  20. zafrol jiwa

    “Tanpa kita sedari, banyak jasa Askar Timbalan Setia Johor yang terpahat dalam lipatan sejarah kemerdekaan tanah air khususnya dalam negeri Johor. Misalnya pada tahun 1915, iaitu semasa perang dunia pertama, ketumbukan tentera ini telah menyekat dan menghentikan pemberontakan pasukan tentera India dari Fifth Light Infantry di Singapura”

    admin tolong check balik… rase patut dikeluarkan bende nie dr senarai jasa… pemberontakan tentera “india” tuh ade kaitan dengan empayar uthmaniah… kebanyakan muslim yg bangkit menentang british atas seruan khalifah…

    September 23, 2014 at 3:21 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 818 other followers