Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for November, 2010

PERANG KOREA; APAKAH NASIB KEPADA SUPER JUNIORS DAN WONDERGIRLS???

Topik agak berat dibincangkan pada waktu petang, sekitar jam 4;40 petang. Waktu-waktu yang tersangatlah efisien membuat kerja-kerja pejabat. Jadi, untuk meredakan ke-efisienan membuat kerja-kerja yang teramatlah banyak itu, kami bercadang mahu rehat seketika dan berbual-bual yang ada “isi”.

Perang Korea…..

Yaaa…semua tahu, yang dunia kini sedang memerhati ke sudut timur. Perang Korea yang entah ke berapa kali akan dan bakal meletus pada bila-bila masa. Dua negara yang pada asalnya adalah dari satu negara yang sama, satu kaum dan ras yang sama, agama yang mungkin juga sama berpecah dua oleh kerana berbeza ideologi dan fahaman politik. Satu berpihak kepada barat dan satu lagi menyebelahi blok timur. Jadi, berpecahlah mereka atas dasar itu. Sehingga kini, tiada pengisytiharan atau deklarasi yang rasmi menyatakan kedua-dua negara itu telah menamatkan perang.

Baru-baru ini Pyongyang melancarkan berpuluh-puluh roket dan serangan meriam ke pulau Yeonpyeong, di sempadan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara enam hari lalu, yang meragut nyawa dua orang awam dan dua anggota marin, selain menyebabkan 18 lagi cedera. Sejurus selepas itu, Armada perang Amerika terus tiba ke Korea dan mengadakan “latihan” perang. Kini, Amerika dan Korea Selatan memulakan hari kedua latihan ketenteraan bagi mempamerkan kekuatan dan kelengkapan perang.

Jadi, itulah topik yang didiskusikan oleh kami. Hinggalah terpacul sesuatu dari mulut kawan aku ni.

“Elok jugak kalau diorang ni berperang!”

“Wei, kenapa pulak wei….kao ni…jangan…itu hari baru je tembak beberapa butir bom, saham di kebanyakkan papan-papan utama dunia jatuh merudum wei, efek ekonomi kita nanti!”

“Tapi aku suka…aku puas kalao di Korea Utara dapat jatuhkan Bom Nuklear kat tengah-tengah Bandar Seoul tu!”

“Sebab apa wei?”

“Sebab, aku benci dengan artis-artis Korea! lagi-lagi K-POP!…aku harap semua artis-artis K-POP habis musnah termasuklah dengan K-POP tu sendiri! aku benci dengan K-POP…”

“Wah….bukan main lagi kao ni ye…apa salah K-POP dan artis-artis Korea wei?”

“Artis-artis K-POP dah buat salah besar kat aku dan juga pendengar-pendengar radio dan pencinta irama dan artis tempatan…Adakah kao rela gegendang telinga kao dinodai dengan suara sumbang dari Super Juniors? Adakah kao mahu gegendang telinga kao dilacur dan dinodai dengan suara “gemersik yang tak berapa sedap” tapi seksi lebih dari Wondergirls? Aku tak rela! Justru….aku rela mereka semua hancur luluh dibom dengan Taepo Dong 1 (baca; peluru berpandu berkuasa Nukluear Korea Utara)!”

“Wahhhh!!! betul jugak cakap kao ni!”

Jadi…perang Korea ni, ada eloknya jugak! Jadi…selamat musnah irama K-POP!

p/s – Musnahkan irama K-POP! Marilah sokong artis tempatan!


CINA MUSLIM DAN AGAMA ISLAM

Sejuk dan dingin sekali suasana di dalam “kawasan” ini. Iyalah, pendingin hawa yang besar di pasang, sejuk hingga ke tulang sum-sum!

Aku tidak ambil peduli semua itu. Oh!! di sebelah aku seorang cina muslim. Aku perasan semasa beliau sedang duduk di sebelahku tadi. Katanya baru sahaja 3 bulan memeluk Islam. Tertarik dengan keindahan dan cara hidup Islam yang menenangkan dan menyamankan. Oleh sebab itu, tanpa fikir panjang dan oleh kerana telah menerima Hidayah dari Allah S.W.T, beliau terus memeluk Islam bersama-sama dengan isterinya yang juga berketurunan Tiong Hua.

Alhamdullilah aku kata dalam hati. Senyum dan bangga dengan agama yang aku anuti ini. Benarlah kata orang…

“Islam, the way of Life”

*Untuk makluman kamu semua, walaupun Islam menjadi satu kebencian di Amerika, tapi masih ramai yang tersangkut dan jatuh hati dengan Islam. Kalau tidak silap aku, jumlah mereka yang memeluk Islam telah meningkat dengan mendadak selepas serangan 11 September! Menurut sumber pembacaan aku dari majalah Al-Islam (tidak ingat keluaran mana), dalam enam bulan pertama pada tahun yang sama lebih 70,000 orang memeluk Islam!!!

Aku biarkan sahaja apek muslim di sebelahku. Khusyuk mendengar sesuatu yang baru, mungkin baru beberapa kali menghadiri “majlis” ini. Sungguh tekun sekali beliau mendengar apa jua yang dibicarakan oleh sang Imam di atas mimbar. Tidak seperti sesetangah yang lain, terlentuk layu, tersungkur menyembah bumi tidak mendengar apa-apa. Jika mereka berniat Iktikaf, tidak mengapa juga…tetapi, bagaimana pula jika tidak?

- – - – - PPPfffttttt – - – - – -

Aku hanya memerhati…

Tidak lama kemudian, kesemua jemaah bangun mengikut rentak Imam. Apa sahaja yang Imam buat, kami semua turuti. Tiba-tiba…….

“Kring…..kring….” (nada telefon bimbit)

Telefon bimbit si apek muslim ni berbunyi secara tidak sengaja dan agak kuat hingga boleh menggangu ibadat jemaah yang lain.

dan tiba-tiba juga…..

“Helo…helo…saya tengah sembahyang Jumaat ni…telefon nanti ya!!”

Aku di sebelah dah hampir nak tergelak…dalam hati hanya mampu beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah. Mungkin beliau tidak faham lagi agaknya, fikirku di dalam benak hati.

Usai solat, aku bercakap padanya…

“Tuan, waktu solat tak boleh cakap oooo….batal oooo”

“Ya ka!! Aiyak….sulah salah ka tadi kawan?”

“Yalaa….tak pa, nanti you rujuklah dengan Tuan Imam ya? Dia ada kat depan tu”

“Ok…kawan…terima kasih, Assalammualaikum!

“Waalaikumussalam…..”

p/s – Beringat-ingat dan berpesan-pesanlah!

 


FILEM DUA ALAM; NAH! INILAH KUTIPANNYA!

Ini cerita mengenai kisah “gebang besar” Dato’ Dr. Rozmey atau panggilan manjanya DDR. Lihat gambar di bawah.

Jadi, apa pandangan kamu?

Di sini aku selitkan juga artikel dari Utusan Malaysia, hasil tulisan Syazwan Zakariah.

BANYAK pertanyaan yang bermain di fikiran saya sesudah menyaksikan 2 Alam. Hampir kesemuanya bermula dengan ‘kenapa’, baik dari segi jalan cerita dan pengarahan, sampailah kepada tahap keyakinan Dr. Rozmey bahawa filem ini mampu mengutip RM40 juta. Tidakkah dia sendiri menontonnya?

Filem 2 Alam memfokuskan kisah seorang penyanyi terkenal, Amy semasa hidup dan matinya. Dia sebenarnya seorang lelaki bernama Adam yang mengubah jantina semasa belajar di luar negara. Kehidupannya digambarkan penuh jahil dan maksiat, manakala apabila mati, jenazahnya berdepan azab tidak diterima bumi.

Seringkas sinopsis tadi, semudah itulah 2 Alam digarap. Bukan niat untuk memperkecil-kecilkan usaha Ed Zarith dan Hairie Othman, tetapi hanya inikah yang mampu dipersembahkan oleh dua orang pengarah? Seawal pembukaan, momentum filem ini sudah dibunuh. Penonton disogokkan dengan pembentangan slaid ala Microsoft Power Point yang bertanyakan bermacam soalan selama lebih dua minit!

Maaf Dr. Rozmey, kaedah untuk menjual ubat kurus tidak sama dengan cara bercerita di layar perak. ‘Zaman kegelapan’ Amy ditonjolkan berselang-seli dengan adegan persiapan mengkebumikan mayatnya. Tidak dinafikan sinematografi untuk babak-babak di kampung dihasilkan dengan dramatik dan teliti, tetapi sayangnya kosong tanpa isi.

Keindahan syot-syot itu tidak dibantu dengan dialog yang kuat. Kalau ada pun, bunyinya sangat klise dan pernah didengar dalam drama televisyen era 1980an. Sebagai contoh, “Sabarlah, ini takdir Tuhan. Sebagai orang Islam, kita harus terima qada’ dan qadar”.

Filem 2 Alam membulatkan sesuatu perkara dengan dangkal dan terus menghukum. ‘Dunia’ kampung digambarkan seputih-putihnya menerusi watak Ustaz, graduan dari Mesir. Dunia kota ditunjukkan sehitam-hitamnya dan penuh noda menerusi watak Amy, lulusan universiti di London.

Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.

Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik? Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak. Bercakap mengenai video muzik, terdapat satu adegan yang membuatkan saya keliru, sama ada mahu ketawa atau menggeleng-gelengkan kepala.

Ketika itu Amy dan kekasihnya, Juan baru berpisah. Kedua-duanya berjalan mengikut alunan irama perlahan sebelum bertembung, kemudian masuk ke dalam kolam renang dan menyelam. Apakah maksud dan kepentingan adegan ini?

Persembahan lakonan sangat menjengkelkan, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan pun jika skripnya sama taraf. Sebagai contoh, “Aku betul-betul tak sangka kita dapat rogol penyanyi popular!” dan “Memang you takkan jumpa lelaki yang handsome macam I dalam dunia”. Sebagai bintang utama, Suhailah Salam lebih banyak menangis daripada bercakap. Dia juga asyik berpesta dan berpeleseran; tidak kiralah di dalam tab mandi, kereta atau di atas katil.

Mana adegan yang membuktikan dia seorang penyanyi popular? Mana adegan yang menunjukkan dia dulunya seorang lelaki?

Mengapa konflik jiwa Amy/Adam tidak diselam?

Mengapa Amy mengamuk dan mahu bunuh diri bila akhbar mendedahkan dia tukar jantina, walhal apa yang terpampang di muka depan ialah “Pengakuan Amy: Saya seorang lelaki”?

Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja.

Penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian. Ada baiknya saya berhenti di sini. Saya tidak mahu disalahkan nanti jika ulasan ini boleh membantutkan impian Dr. Rozmey mencatat jumlah kutipan yang luar biasa.

p/s – DDR, baik kamu fokus pada JUS MATE 5 kamu…Tidak perlu masuk ke dalam bidang hiburan. Itu nasihat aku.


SEDARKAH KITA WAHAI ANAK MELAYU

Hak keistimewaan itu syarat penubuhan Malaysia.. tu telah di setuju oleh nenek moyang kamu.. dia mesti boleh fikir ma dari awal lagi tentang keburukan perjanjian ini.. tapi dia masih setuju.. kerana apa.. mereka bersetuju untuk bernaung di bawah melayu dan mereka tahu siapa ada hak sebenar. tau tak apa sebab kaum cina di bawa masuk ke dalam malaya?

Golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam ‘inner circle’ supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik ‘Divide and Rule’ dapat dilaksanakan!

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di ‘Semenanjung Tanduk Emas’ yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati ‘Ordo Ab Chao’ iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil ‘secret societies’ Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR.Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.

India misalnya, raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan. INGAT RAJA-RAJA MELAYU! FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU. Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan ‘muzium hidup’ di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal. Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, hanya Hong Kong dijajah British).

Di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai ‘negeri naungan Ratu Inggeris’.Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran ‘Sultan’ atau ‘Pemerintah’ walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah ‘masterpiece’ yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?APA RAHSIANYA?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam ‘Holy Scriptures’.

“Cepat cari bangsa itu,Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!”

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah ‘rezeki terpijak’ dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.

Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka ‘habis madu sepah dibuang’).Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.SEbab itu Inggeris lebih ‘beradab’ melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di’manjakan’ Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM ‘HOLY SCRIPTURES’ SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui ‘secret societies’ di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

Kongsi-kongsi Gelap Cina

Sekadar gambar hiasan; Yap Ah Loy

Sekadar gambar hiasan; Triad soeciety Master Diploma

Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.

Gambar hiasan; Pemerintah Empayar Manchu

Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan ‘secret societies’ di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama ‘The Hidden Hand’ mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan ‘pawn of the game’ dalam usaha ‘The Hidden Hand’ mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat ‘counter attack’.

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan ‘psycho’.Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan ‘amok’ dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan ‘amuk’ dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris ‘menculik’ rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang ‘innocent’ tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

p/s – Entri kali ini diperolehi dari seorang yang amat aku hormati, Y. Bhg Dato’ Seri Paduka Ayahanda Jaafar Shaari (Paduka Ayah Paq Putrajaya). Beliau adalah Pengasas Utama Pewaris Malaysia bertindak bersama-sama dengan Paduka Ayahanda Dato’ Paduka Hj Ab Malek Ranting dan Paduka Ayahanda Hj Malek Omar. Menyatukan semua jemaah TS SeMalaysia dan secara amnya berhasrat semuga Bangsa Melayu dapat disatukan tanpa ideologi JEMAAH CENTRIC atau politik yang ketara.


PECAH PANGGUNG 2 ALAM, REALITI ATAU FANTASIA BULAN MADU?

Filem 2 Alam sudah pun di tayangkan pada 18 November yang lalu. Jadi, apa pendapat anda? Pasti ada di antara kamu menggigil-gigil dengan keterujaan fenomena 2 alam yang tidak henti-henti di pukul canang oleh pemegang label dR. Rozmey, siapa lagi kalu bukan Datuk Dr. Rozmey Che Din atau lebih terkenal dengan nama manjanya DDR. Aku menulis entri ini bukan semata-mata hendak merendah-rendahkan martabat seorang usahawan ini, jauh sekali mengkejinya. Tapi, masih ingatkah kamu dengan beberapa ketika dahulu, marketing strategy yang digunakan olehnya untuk mempomosi filem “konon-konon kotak pejabat” pada tahun ini?

Lihat gambar besar di atas, dan fikir kembali secara bermonolog dalaman. Tanya diri kamu sendiri. Mahu tonton filem itu? Terujakah kamu? Menggigilkah kamu?

Kembali kepada strategi pemasaran DDR, aku mahu recall sedikit tentang iklan-iklan yang pernah di siarkan tidak lama dahulu. Adakah kamu masih ingat? Tidak ingat? Mari aku ingatkan sedikit…Lihat gambar dibawah…

Ok, apa yang tergambar di kotak fikiran kamu semua? Aku tidak ingat bila DDR mula pukul canang untuk mendapat kutipan sehingga 40 juta ni, tapi seingat aku, di awal usaha untuk mepromosikan filem ini kutipan yang dijangkakan adalah sebanyak 4 juta, meningkat kepada 8 juta, 10 juta hingga 20 juta dan akhirnya hinggalah 40 juta. Jika diperhatikan promosi filem ini telah pun dilakukan lebih dari 3 bulan dengan banyak iklan-iklan promosinya di dada-dada akhbar terutamanya Kosmo! Terkesankah cara DDR ini untuk menarik ramai penonton ke pewagam dengan berkongsi keterujaaan menonton filem pecah panggung (baca; pecah punggung)?

Tidak lama sebelum penayangan filem ini di panggung-panggung, DDR sudah pun mengumumkan “pelancaran” filem tersebut dengan memberi titah ala-ala penyimpan mohor-mohor besar ketika mengumumkan kedatangan syawal dan aidiladha.

Dr. Rozmey buat ucapan, “berbesar hati mewartakan & memuktamadkan tarikh tayangan filem 2 Alam serentak ke 83 pawagam seluruh negara 18 November 2010 bersamaan dengan 11 Zulhijjah…” Klik di sini jika mahu tengok dan ketawa.

Aku tidak pasti dengan kesahihan ini. Tapi menurut beberapa sumber dari Internet dan lain-lain pembacaan dari akhbar arus perdana. Aku yakin, ini hanyalah satu lagi teknik pemasaran yang diimplementasikan oleh DDR. Menurut satu blog hiburan terkenal, Ohbulan! siap dengan kajian tapak bagi memastikan kesahihan dakwaan DDR tersebut, ternyata ianya hanyalah sebuah gimik dari DDR. Boleh dikatakan tidak sampai 20 orang yang menonton filem 2 alam pada satu-satu masa! Ini dikukuhkan lagi dengan paparan screen shot susun atur bilik pawagam yang ternyata kosong! Kajian tapak ini dijalankan di pawagam-pawagam sekitar Lembah Klang. Mahu tahu berita lanjut, klik sahaja Ohbulan!

Sebelum itu terdapat juga ura-ura mengatakan tarikan utama bagi filem 2 alam adalah adegan panas pelakon wanita dalam filem tersebut, Suhaillah Salam. Lihat gambar ini.

Adakah ini salah satu tarikan untuk menonton filem ini?

- – - – - – - PPPffttttt- – - – - – -

Tidak salah jika kita berfikir secara radikal dan di luar kotak fikiran untuk cara mempromosikan filem tersebut, tetapi kita perlulah waras dan bersandarkan kepada logik akal dan situsi serta iklim semasa, sosio-politik tempatan. Lihat jumlah penduduk Malaysia secara total, sudah capikah 30 juta orang? Jadi, secara relatifnya, adakah jumlah yang sekecil ini, mampu mendokong kutipan tiket tayanagan yang tinggi? Ini bukan USA, kamu letak sahaja cerita/filem/lagu atau apa sahaja, pasti ianya akan WALLA! dan BOMBASTIK!! Setakat kutipan USD 40 juta, senang-senang sahaja boleh dapat. Mungkin DDR perlu melakukan pengkajian yang lebih mendalam tentang targetnya pada masa akan datang, sekiranya menerbitkan filem. Kualitatif dan Kuantitif metod boleh di ambil kira sekiranya mahu menjalankan kajian.

Mula-mula bila aku terbaca artikel berkaitan promonya, aku beranggapan bahawa dR. Rozmey hanya bermimpi di siang hari kerana untuk mencapai kutipan setinggi itu adalah satu perkara yang mustahil tetapi yang sebenarnya apabila difikirkan semula, mungkin jugak beliau mampu untuk meraih kutipan setinggi itu memandangkan tiada perkara yang mustahil diatas muka bumi ini asalkan mendapat keizinan daripada ALLAH SWT… Aku perhatikan sejak kebelakangan ini, sudah semakin ramai peminat-peminat filem Melayu ke pawagam-pawagam untuk memberikan sokongan kepada penerbit-penerbit filem tempatan yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan filemfilem tempatan yang bermutu untuk dijadikan sajian istimewa buat para penonton setia filem Melayu…

Menurut DDR, beliau mempunyai resepi yang tersendiri untuk melonjakkan filem 2 ALAM untuk menjadikan impian atau target beliau bagi mencapai kutipan RM40 juta itu satu kenyataan dan apa yang aku rasa, kemungkinan besar dR. Romzey akan menggunakan populariti beliau untuk dijadikan sebagai di antara point yang penting untuk ke arah itu. Benar, walau di mana-mana sahaja waima di setiap akhbar, majalah, dan lain-lain medium kamu akan ternampak tanda DDR berposing sambil menunjukkan tanda bagus.

Ketika DDR menetapkan sasaran untuk memperolehi sekitar 10 juta, aku tidak berapa kisah, iyalah…Adnan Sempit pun boleh mencecah 8 juta, jadi tidaklah mustahil untuk memecah tembok halangan itu untuk mencapai 10 juta. Tapi, bila DDR sudah mula lupa diri dan berkata besar dengan menggandakan sasaran jumlah kutipan. Aku sudah mula bersikap pesimis, anti-semetik dan berubah arah, lalu aku terfikir, mampukah?

Tapi, aku sedikit suka akan semangat dan kekentalan usahawan ini, cuma kadang-kadang aku akan tergelak juga akan caranya. Apa-apa pun semoga berjaya DDR!!!

p/s  -  Sedang menggigil!!!


 


ENTRI MEREPEK BIL.1;SIAPA KATA MENULIS PERLUKAN PENGKAJIAN MENDALAM?

Mengantuknya!! Sudah pukul 12:30 pagi dan aku baru dapat teks ringkas…

“Sedang berkaroke ni, dengan family!”

Wahh….”mengkagumkan!” aku kata. Aku tutup Tv Astro Arena yang tertayang dari tadi tanpa aku sedar. Rashid Salleh pengacara. Penat juga badan ni, baik aku tidur sahaja. Masuk bilik, pasang pendingin beku dan “on” kan Tv….dan Ya!!! Lap top. Hari ini belum menulis. Aku fikir, sebelum aku beradu di perbaringan adalah wajar dan elok untuk melontarkan sesuatu yang terbuku di lubuk hati ini agar ianya tidak terpendam, menjadi dendam lalu berubah fizikalnya dengan bermutasi sel-selnya hingga menyebabkan kanser!

Sekali lagi hajat mahu tidur tertangguh. Apa mahu tulis? Apa isu hari ini? Ada bahan menarikkha yang boleh dikongsikan bersama? Macam tak de…jadi, apa lagi difikirkan? Tidur sahaja!

Terdiam, terpana dan terbata. Kaku.

Mahu sahaja aku menulis mengenai Sukan Asia yang sedang rancak berlangsung. Mula aku terfikir, jika aku menulis dengan rancak berkaintan acara sukan itu, sudah pasti tiada siapa yang mahu tontotn Astro Arena dan Siaran Sukan di Tv1. Jadi, mereka mahu makan apa? sekali lagi aku fikir mahu tulis apa….dan…

Ya!! aku dapat….

Laju sekali jari-jemari ini menulis, seolah-olah sedang laju menari di lantai tarian”Sehati Berdansa”. Begitu menarik aksi jari-jemari seperti di gelanggan Raja Lawak hingga mengamit keterujaan orang ramai seolah-olah di pentas Akademi Fantasia!

Lalu, lahirlah entri murahan yang sedang kamu baca ini.

Mudah bukan…so, siapa kata menulis perlukan idea-idea yang berat. Tulis sahaja, dan lihat apa yang minda kamu terjemahkan melalui bicara tinta keyboard. Lihat reaksi massa tentang ini dan duduk sambil goyang kaki berbekalkan susu kambing Hi-Goat panas!

p/s – Jika kamu ada hobi yang mahal, aku syorkan kamu satu hobi yang murah, mudah dan praktikal. Apa itu?…..

TIDO! Kesimpulannya, wahai sang penulis, silalah lelapkan matamu dan beradulah di dalam hawa dingin York si Raja Pembeku!!!


RUANG PEJABAT YANG SUPER KOOL!!!

Pernah mengimpikan suasana kerja atau ruang pejabat yang menarik dan kool? Aku rasa di Malaysia tidak mungkin ada suasana kerja yang kool selain dari tekanan kerja yang melambak, ruang kerja atau workspace yang sempit dan kecil lagi menyesakkan dan juga KPI-KPI yang perlu dikejar pada setiap hujung bulan, setiap enam bulan atau setiap hujung tahun! Malah, dengan leteran bos yang memeningkan kepala akan menjadikan kepala pusing dan berputar ligat!

Jadi, mahu tahu antara ruang kerja yang kool dan wallla!!!

Lihat bawah ini….

Pixar

Pernah lihat si Nemo yang berlari-lari rinang di laut dalam yang serba cantik dan menyejukkan mata memandang? Lihatlah ruang kerja di Pixar Studio..Menarik, tertarik memnag terbaik!! Kalau ini, macam punya layout workspace aku sumpah tak mahu tukar kerja dah!

pixar2 pixar3 pixar1

Inilah antara ruang kerja di HQ Pixar. Ibarat pejabatku, syurgaku!

Kathy Sierra’s trailer

Kathy Sierra adalah seorang penulis yang tersohor dan ini adalah ruang kerja beliau!

trailer1 trailer2 trailer3

Lihat cara Kathy mewujudkan keindahan dan “enjoyment” di dalam ruang kerjanya. Menarik!

Red Bull London

Ini antara ruang kerja Red Bull di London, Bersinar dan berkilau!

redbull1 redbull2 redbull3

 

Mindlab

Siapa cakap pejabat Kerajaan membosankan? Lihat Pejabat Kementerian Ekonomi dan Perniagaan di Copenhagen, Denmark yang menyediakan ruang “riang-ria” kepada kakitangannya. Meriah, cantik dan menyenangkan kepala yang sedang berserabut. Jika di Malaysia, makmal komputer yang juga digunakan oleh kakitangan lain untuk mengakses internet juga menempatkan pegawai IT dan lain-lain peralatan komputer, sesak, sempit, tiada privasi sebagai pegawai. Bagaimana mahu buat kerja jika mempunyai bilik yang begitu rupa? Lihat contoh di bawah wahai “pakar-pakar” pembangun pejabat kerajaan.

mindlab1 mindlab2
mindlab3 mindlab4

Bilik berupa telur membujur itu adalah bilik perbincangan yang menempatkan papan putih. Jika ada sebarang perbincangan, kakitangan boleh menconteng, menulis dan melukis sebarang idea dan isi-isi ketika perbincangan dijalankan. Rekaan ruang pejabat ini telah direka oleh Bosch & Fjord. Malah setiap meeting yang dibuat adalah santai.

The Happy At Work Project

Di The Happy at Work Project, mereka mahukan sebuah tempat kerja yang sederhana, simple, riang, felksibel dan praktikal. Lihat, mereka menyediakan ruang kerja yang amat praktikal dan fleksible untuk kakitangan mereka. Lihat sahaja meja bulat yang boleh memuatkan 3 orang ketika perbincangan itu. Kita boleh berdiri atau duduk di kerusi jika mahu ketika perbincangan dijalankan. Meja ini boleh memuatkan sehingga 8 orang dalam satu-satu masa. Kesemua barang di dalam pejabat ini adalah diperolehi daripada IKEA.

haw2 haw3 haw1

Di pejabat ini, walaupun ianya tidak begitu “riang” seperti di pejabat Pixar mahupun Google, tetapi setidak-tidaknya majikan amat mengerti permasalahan kakitangan yang mahukan sebuah ruang kerja yang begitu fleksible dan menarik. Ini secara tidak langsung dapat memotivasikan kakitangan ketika bekerja.

Conference bike

conferencebike conferencebike2

Yang ini aku tidak pasti di pejabat mana yang praktikal benda yang pelik tetapi agak menarik untuk diimplementasikan. Conference Bike ini digunakan untuk meeting mahupun perbincangan. Tapi perlu diberitahu jika mahu buat sebarang perbincangan perlulah di kawasan yang selamat!

Menlo Innovations

Menlo Innovations adalah sebuah syarikat pembangun software di Ann Arbor Michigan. Mereka menjalankan pemabungan sistem yang begitu ekstrim dan berteknologi tinggi. Walaupun ruang pejabat mereka tidaklah begitu menarik, akan tetapi mereka masih menerapkan elemen-elemen yang mampu memberi kesenangan kepada perkerja untuk bekerja.

Menlo Innovations Menlo Innovations Menlo Innovations

Ter;etak di nadi bandar, mereka (pihak pengurusan mahupun pegawai kanan) boleh menjalankan meeting sama ada di dalam pejabat mahupun di luar pejabat! Lihat dengan cara ini mereka dapat mencipta suasana yang menarik, inovatif tetapi tidak menggunakan peruntukan yang tinggi!

What If? Innovation

What If? Innovation boleh dikatakan sebagai satu tempat kerja (mungkin majikan) yang paling kool, mereka telah pun dianugerahkan dengan pelbagai award bagi kategori itu pada tahun 2004 dan 2005.

What If? Innovation

Lihat sahaja di celahan jendela mereka, boleh dilihat ruang penyambut tetamu dan ruang perbincangan diletakkan dalam tempat yang sama! Ini antara satu idea yang menarik pernah digarapkan dan diterjemahkan di dalam ruang kerja!

What If? Innovation

Pujian kepada kakitangan mereka diletakkan di dinding-dinding dengan gaya yang abstrak.

What If? Innovation What If? Innovation
Ruang perbincangan labah-labah dan lembu. Hahaha!!

VW Phaeton plant

Kita telah melihat pelbagai ruang pejabat yang menarik di atas, tapi tergambarkah kamu ruang pejabat di sektor perindustrian? Mari kita lihat di Volkswagen Phaeton, Dresden, Jerman.

VW plant in Dresden VW plant in Dresden VW plant in Dresden

Siapa kata kilang itu kotor dan bersepah dengan pelbagai mesin-mesin berat? Lihat sahaja kilang Vw ini, cantik, kemas dan teratur! Kilang Proton macam ini tak?

Google

Yaaa….ramai sudah tahu, inilah ruang kerja antara paling kool di dunia. Umpama syurga, aku jamin kakitangan Google tak kan balik rumah dan sanggup kerja lebih masa untuk kemajuan Google!Untuk makluman, Google juga memberikan makanan secara percuma tiga kali sehari kepada setiap kakitangan mereka. Sememangnya majikan yang terbaik! Lihat sahaja gambar di bawah bangunan Googleplex yang kreatif dan kool!

The Googleplex The Googleplex The Googleplex The Googleplex

- – - – - -PPPffftttttt – - – - – - -

Ramai majikan di dunia malah di Malaysia sendiri (firma dan kerajaan) tidak menitik beratkan ruang fizikal atau layout sesuatu kawasan atau ruang kerja pejabat sebagai satu yang keutamaan untuk mencipta satu suasana kerja yang mantap menjurus kepada kemantapan sebuah organisasi. Aku tidak mengharap kesemua idea-idea yang digunpakai oleh syarikat-syarikat di atas di implementasikan di ruang pejabat di Malaysia, tapi sebenarnya setiap organisasi boleh menggerakkan ke arah itu sedikit demi sedikit dalam usaha menambah baik ruang kerja yang sangat tipikal di Malaysia (baca; sempit, sesak dan bersepah). Apa yang perlu diharapkan pihak pengurusan tertinggi seharusnya menunjukkan perancangan yang baik dengan mencipta suasana yang kool dan terbaik kepada setiap kakitangan. Janganlah apabila, KPI tidak dicapai, kakitangan yang dimarah. Tapi, pernahkah pihak atasan terfikir akan ruang kerja kakitangan mereka yang amat hodoh dan mengerikan itu? Sempit, sesak dan tiada ruang bernafas dengan fail yang bertimbun-timbun apabila dibandingkan dengan ruang bilik bos-bos besar yang amatlah cantik seperti mahligai.

p/s -  Ruang pejabat di Malaysia umpamanya pejabat-pejabat kerajaan perlu diberikan perhatian untuk memberi motivasi dan moral kepada kakitangannya.


TV ALHIJRAH, MEDIA BARU MALAYSIA

Ramai antara rakyat Malaysia yang masih tidak tahu akan kewujudan media baru yang mengkhusus kepada program-program bercorak kerohanian. TV Alhijrah. Sebagai sesi pengenalan, stesen televisyen kerohanian, TV Alhijrah yang pernah diperkatakan sebelum ini akan mula beroperasi mulai jam 3 petang ini sehingga 12 tengah malam.

Selepas hampir dua tahun diperkatakan mengenai kewujudan stesen ini, TV Alhijrah operasi siaran sepenuhnya pada Disember yang akan menyajikan pelbagai program berbeza dengan memberikan perspektif Islam. TV Alhijrah ditubuhkan sebagai syarikat yang dikenali sebagai Alhijrah Media Corporation dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta diletakkan di bawah penguasaan Jabatan Perdana Menteri (JPN).  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.

“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam saluran TV ini juga turut meliputi drama, filem, ehwal semasa, dokumentari, berita, animasi dan hiburan yang menjanjikan kelainan. Bagi golongan bukan Islam, TV Alhijrah akan memperincikan mengenai Islam sebagai agama yang menggalakkan melakukan kebaikan, keadilan dan perpaduan. TV Alhijrah yang juga stesen televisyen percuma (FTA) akan berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur.

TV Alhijrah juga bakal ditonton melalui siaran Astro dan melalui medium baru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi bersedia memancarkan siaran di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Ini mencakupi 55 peratus penonton di negara ini. 11 syarikat penerbitan diberikan penghargaan untuk membekalkan kandungan untuk TV Alhjirah iaitu Nissay Ventures Sdn Bhd, Zeel Production Sdn Bhd, KL Motion Sdn Bhd, Miracle Media Sdn Bhd, Rumah Karya Citra, Karyawan Bestari Sdn Bhd, Wayang Studios Intl, Ezar Sdn Bhd Manjafilm Sdn Bhd, dan Les Copaque Production.

- – - – - PPPfftttt – - – - – -

Untuk menikmati rancangan menarik yang disusun oleh TV Alhijrah, penonton hanya perlu menekan alat kawalan jauh set televisyen bagi mendapat siaran seperti berikut;

frekuensi
Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam. Sepanjang tempoh percubaan siaran TV Alhijrah pada November ini, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan pembikinan atau “the making of” program-program TV Alhijrah yang akan mula disiarkan sepenuhnya pada Disember kelak. Antaranya ialah rancangan Kenduri Kendara, Menu Alam, Nak Ke Mana Tu, Ketika Cinta Bertasbih, Misteri Alam Melayu, Nota Al Zahra dan Sinar Baru.

TV Alhijrah turut mengetengahkan terbitan secara penuh di dalam siaran percubaan ini.  RancanganKapsul Khas “Laporan Haji” merupakan siaran pertama di Malaysia yang membawa laporan dari Tanah Suci di dalam rangkuman khas setiap hari. Siaran ini menyediakan liputan mengenai ibadah Haji musim ini yang meliputi berita terkini jemaah Haji Malaysia, jadual penerbangan perkembangan semasa sempena musim haji. Kapsul Khas “Laporan Haji” turut menjadi pemangkin kepada  program pertama yang seumpamanya di Malaysia yang membawa lintas lansung dari Makkah. Siaran lintas lansung ini akan member peluang kepada jemaah haji Malaysia untuk menyampaikan ucapan kepada keluarga di tanahair selain turut membantu penonton dalam usaha memahami konsep dan makna perkataan Haji itu sendiri.

Pihak TV Alhijrah turut menyiarkan beberapa rancangan utama sepenuhnya walaupun masih diperingkat percubaan siaran. Antaranya, sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang mendapat pengiktirafan di Amerika, Kanada, Korea, Turki dan banyak lagi. Program ini dikenali sebagai The Dr. Oz Show. Keunikan rancangan bual bicara santai  ini terletak pada pilihan  topik-topik perubatan dan kesihatan oleh seorang Doktor Islam. Dr Oz akan membincangkan pelbagai topik kesihatan serta gaya hidup secara langsung dengan penonton di studio.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre  program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam. Kesemua program yang ditayangkan memberi didikan berkonsep universal yang menekankan pelaksanaan Islam, sesuai serta releven untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa. TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif.

Antara siaran-siaran yang ditawarkan di TV Alhijrah….

- – - – - – - PPPfffttttt – - – - – - -

Dengan wujudnya media baru malah berteraskan keislaman dan memupuk budaya dan cara hidup islam, aku berharap usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat muslim Malaysia dari segi pengajaran dan pembelajaran budaya islam secara tidak langsung. Iyalah, untuk ke tempat ceramah-ceramah, aku yakin ramai di kalangan rakyat Muslim Malaysia malas dan tidak ada masa untuk hadir ke majlis-majlis ilmu seumpama itu kerana kesibukan kerja. Jadi, dengan adanya media baru ini ianya dapat juga mendidik umat islam Malaysia yang akhir-akhir ini hanyut di bawa arus dan tenggelam dalam lautan nafsu duniawi.

Apa yang aku harapkan, dengan terwujudnya siaran islamik ini, budaya-budaya hendonisme yang terlalu banyak di media arus perdana sedia ada dapat dikurangkan. Terapkan cara hidup islam yang sejati dengan pelbagai program-program dakwah yang lebih interaktif dan tidak membosankan serta pada masa yang sama dapat mengajak kepada kebenaran dan meninggalkan kemungkaran. Budaya berpesan-pesan dan saling ingat-mengingati juga harsu diterapkan dari pelbagai aspek penyiaran dan program-program yang ditonjolkan juga seharusnya membawa mesej-mesej yang murni.

Jika pada masa akan datang ada program-program realiti yang diterbitkan oleh TV Alhijrah, aku amat-amat berharap janganlah ada lagi program-program mencungkil bakat seni diwujudkan. Bagi aku, cukup-cukuplah program-program yang tidak berfaedah kepada pembangunan ummah yang sedia ada diterbitkan dari pelbagai media arus perdana mahu pun steyen berbayar ini dihentikan. Adalah lebih elok jika pelbagai program seperti Akademi Al-Quran, Akademi Imam atau lain-lain yang berupaya membangun dan menguatkan ummah diterbitkan. Porgram-program realiti bercorak perniagaan seperti mana “The Apperntice” perlu ditonjolkan, tetapi dalam versi Islam. Juga, program-program bercorak kepimpinan, tokoh-tokoh islam di Nusantara dan budaya islam cemerlang juga perlu ditonjolkan, malah program-program seperti dokumentari Jejak Rasul juga perlu ditayangkan dari semasa ke samasa agar muslim Malaysia sentiasa “aware” dengan siasah para anbiya, nabi dan rasul pada masa lalu. Program-program bimbingan keluarga bahagia melalui slot-slot drama juga perlu disiarkan, ini sedikit sebanyak dapat memberikan bimbingan yang terbaik kepada keluarga muslim dan non-muslim untuk membentuk keluarga bahagia memandangkan kes-kes penceraian dan lain-lain kes yang membawa kecelakaan dalam keluarga akhir-akhir ini semakin kritikal.

Jadi, apa tunggu lagi…mari tonton TV Alhijrah! Mungkin media baru ini akan dapat memberi sedikit kelainan kepada selera kita yang selama ini di”ajinamoto”kan oleh Astro dan Media Prima!

p/s – Walaupun kos penyiaran TV ini dibiyai sepenuhnya oleh kerajaan, adalah diharapkan TV ini tidak dijadikan salah satu agenda Kerajaan seperti mana TV1,TV2, dan Media Prima sudahlah. Kang, tak habis-habis ada saja muka Pak Jib dan Mak Mah. Hehe.

Sumber; Akhbar arus perdana, web TV Alhijrah


IBADAH KORBAN DI BDR. RINCHING, SEMENYIH DAN SEJARAHNYA

Ini entri berkaitan korban, dan sedikit gambar-gambar ibadah korban di Masjid Kariah Bandar Rinching, Masjid Al-Mustaqim.


Pagi tadi ibadah suci ini dimulakan dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran yang Maha Esa. Seterusnya solat sunat Aidiladha dijalankan dan kemudian selepas siap-siap tukar baju, kami (baca; aku dan adik-beradik lelaki yang lain) ke masjid semula untuk melakukan ibadah korban. Ramai jemaah dan penduduk yang hadir bersama-sama mengerjakan ibadah suci ini. 5 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah dikorbankan dan aku rasa ini adalah yang paling besar setakat ini dilakukan di masjid kariah ini.

Cuaca di awal pagi membawa ke siang agak cerah dan panas dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup hinggalah ibadah korban hari ini selesai pada jam 12 tengah hari. Tiba-tiba hujan yang agak lebat turun membasahi bumi. Rahmat dari Nya barangkali. Aku yang ketika itu agak lapar dan sedang menunggu sup kambing yang dari tadi di masak oleh kaum ibu, terus menyerbu kawasan masakan dan terus mengambil makanan.

Pergghhh….memang mantap tak terkata. Terangkat beb! Panas-panas, pedas-pedas….lazat!!

Sup kambing, sambal kicap dan sambal belacan yang masih panas-panas dengan di luar masjid cuaca hujan lebat. Kewl!

- – - – - - PPPfffttttt – - – - – - - –

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

p/s -  Di kala kemuliaan Aidiladha ini tiba dan ibadah korban ini dijalankan pada siang harinya, masih ada lagi umat islam yang sedang bergembira dan leka dengan nikmat dunia. Ada yang menonton wayang, terkinja-kinja di pusat hiburan di malam Aidiladha di kala lain-lain umat islam sedang bertahmid dan memuji kebesaran yang Maha Esa. Ada yang belum bangun pagi lagi tatkala lain-lain umat islam sedang menunaikan solat sunat Aidiladha. Apalah nak jadi…..ish…

Salam Aidiladha!!!


ENDIK BIL. 4; BANGUN AWAL

Ohhh….sudah pagi 10 Zulhijjah. Tetibe jam aku dah berbunyi-bunyi mengejutku bangun. Seperti biasa alarm memang aku setting pukul 6 pagi pada tiap-tiap hari. Memandangkan hari ini, Aidiladha, aku pun tanpa lengah terus masuk ke bilik air dan mandi. Bersiap-siap mahu ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha.

Carik baju melayu, pakai baju melayu dan samping…..songkok siap sekali.

Terdetik dalam benak hati…

“Eh, kenapa senyap sunyi je rumah aku ni? Lain-lain tak bangun lagi…lupe ke hari ni, raya?”

- – - – - PPPffftttt – - – - – -

Aku tengok jam….

“Demn!!! baru pukul 4 pagi! apsal la bangun awal-awal!!!”

Bukak baju dan menuju ke katil semula.

“Aku mahu melunaskan “kerja-kerja” yang terteangguh!”

Tido!

p/s – Cilanat, macam mana boleh set alarm pukul 4 tadi! cis!


SALAM AIDILADHA…

Sudah terlalu banyak isu berat dan kritikal yang aku lontarkan di sini sejak akhir-akhir ini. Bukan apa, iyalah..kalau di awal penulisan dan keterlibatan aku berblog di awal 2004 dahulu lebih berkisar kehidupan sebagai seorang student dan kadang-kadang entri-entri yang merepek aku tulis, misalnya kisah sponge bob dan rakan-rakan. Tapi kini, sudah dewasa barangkali. Maka, bentuk penulisan dan isinya juga berlainan. Seiring dengan kedewasaan, kematangan dan kewarasan yang meningkat…jadi,hormon-hormon penulisan juga akan lebih kearah kematangan dan kedewasaan! Mungkinlaaa….apa pendapat kamu?

Sudah terlalu ramai blogger yang lahir hari ke hari. Ada yang menulis tentang diri, ada yang menulis tentang orang lain, ada yang menulis isu politik dan tidak kurang ada juga yang merepek! Tapi tidak apa, itu warna-warni kehidupan seorang bloggers dan itu juga kehendak hati mereka. Apa yang mereka tulis adalah hak mereka dan suara mereka, sebenarnya itulah kejujuran yang lahir dari lubuk hati seorang bloggers dan ianya tidak usah disekat kerana akan membantutkan proses demokrasi di kalangan rakyat Malaysia. Aku tidak mahu mengharap aliran informasi dari arus perdana sahaja terutamanya media-media mainstream yang rata-ratanya berat sebelah!

- – - – - – - PPPffftttt – - – - – - – - -

Esok sudah Hari Raya Aidiladha, dan jatuh pula pada hari Rabu. Betul-betul di tengah minggu. Jadi, cuti cuma satu hari sahaja. Bagi mereka yang bekerja dan kampung halaman begitu jauh dari kota raya mungkin ini akan menyusahkan mereka kerana jika mahu bercuti mereka perlu memohon untuk dua hari (Khamis dan Jumaat). Tapi, alangkah elok dan manis nikmat berhari raya di kampung sambil menolong keluarga dan orang kampung melapah lembu dan kambing yang dikorbankan jika Kerajaan Malaysia memberi cuti tambahan pada hari Khamis (cuti sudah menjadi 2 hari). Bukankah itu satu yang manis dan indah? Bukankah juga takbir Aidiladha berlangsung selama 3 hari? sewajarnya juga cuti perlu dipanjangkan sekurang-kurangnya daripada 1 hari kepada 2 hari.

Apa yang aku hairan juga, kenapa Aidiladha tidak meriah seperti Aidilfitri? Malahan tiada satu pun lagu-lagu Aidiladha yang direka khusus untuk menyambut kedatangan hari yang mulia ini (baca; lagu-lagu aidiladha boleh diselitkan dengan elemen-elemen ketuhanan yang berentak irama nasyid memandangkan Aidiladha berlangsung ketika umat islam sedang bertawaf mengelilingi Kaabah). Juga, iklan-iklan bersempena Aidiladha langsung tidak diketengahkan. Kenapa? Mesej-mesej berkaitan Aidiladha juga amat sedikit aku lihat, jika Aidilfitri bertalu-talu ruang iklan di akhbar-akhbar disewa ole syarikat-syarikat gergasi tempatan untuk  menyiarkan mesej-mesej ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin tapi kenapa tiada ketika Aidiladha?

- – - – - – - PPPfftttttt – - – - – - – -

Dikesempatan ini, aku mahu memohon ribuan kemaafan andai ada tersilap kata dan tersalah tulis mahupun kesilapan info-info yang diberikan di sini. Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

p/s – Besok siapa yang aku mahu korbankan???


RUMAH TERMAHAL DI DUNIA;MUKESH AMBANI

Ini cerita lama, saja aku mao letak di sini. Refresh sikit…pasal si Ambani.

Mukesh Ambani (lahir di Yaman, 19 April 1957; berumur 53 tahun) adalah seorang ahli perniagaan dan billionaire yang  berasal dari India. Ia menjabat sebagai pemimpin, pengarah,pengelola, dan pemilik saham terbesar (sebanyak 48%) di Reliance Industries, perusahaan swasta terbesar di India yang termasuk dalam perusahaan Fortune 500.

Forbes menganggarkan Ambani memiliki harta kekayaan sebesar US43 billion, beliau kini di posisi sebagai orang India kedua terkaya, di bawah pengusaha baja Lakshmi Mittal. Mukesh dan adiknya Anil adalah anak dari pendiri perusahaan Reliance Industries, Dhirubhai Ambani.

Rumah Billionaire jutawan India

KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. ‘Istana’ yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.

Rumah termahal dunia

Mukesh Ambani bakal menggaji 600 pekerja bagi membersih dan menyelenggara kediaman mewah 27 tingkat

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles.

Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan.

Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008.

Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya.

“Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya,” kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.

Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan.

Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.

Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan.

Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.

Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India. Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang ‘menjalar’ hingga ke sinki.

‘Health level’, aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.

Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia.

Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk ‘W’ mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.

Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh.

Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai. Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya.

Di sebalik nama Antilla

Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya.

Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, “Pulau Naga”, disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab.

Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik.

Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.

Fakta Menarik Antilla

  • Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
  • Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.
  • Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
  • Dua tingkat di atas ‘health level’ menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.
  • Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan ‘ruang udara’ berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

p/s -  Manusia jika terlebih-lebih rezeki, beginilah jadinya!


NABIL RAJA LAWAK BERCIUM?LU PIKIRLAH SENDIRI!!

Walaupun ini bukan blog gosip artis, tapi jika ada cerita hot dan panas aku akan kongsikan bersama tapi menurut pandangan dan “view” dari aku sendiri sambil di kukuhkan lagi dari beberapa sumber.

- – - – - – PPPPffttttt – - – - – - -

Artis yang cukup terkenal dalam arena lawak-melawak ni masih buat hal. Tidak tahulah kali ini adakah ianya cerita betol atau tidak, yang pastinya bila aku teliti gambar ni nampak macam betul. Seperti biasa, pasti isu ini akan jadi isu panas dan mungkin akan masuk ke “segmen terjah” Melodi atau, mungkin juga akan ditulis di dalam BPop Berita Harian. Apa yang pastinya, hal-hal macam ni dah lama berlaku dalam industri hiburan tanah air ni. Masih ingat dengan gambar yang kononya dikatakan sebagai super impose oleh Edry KRU dahulu? Apa yang menghairankan aku, seperti biasa para artis ini pasti akan menyalahkan teknologi ICT terkni. Seperti biasa jawapan balas apabila ditanyakan oleh wartawan.

“Adakah itu kao dalam gambar tersebut”

“Aku nafikan, itu bukan aku..itu teknik super impose terkini yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap karier seni saya”

Itulah dia jawapan super-duper tipikal mereka. Aku masih berpandangan skeptikal terhadap mereka. Tapi adakah itu Nabil dan Qasha?

“Lu Pikir Lah Sendiri!”

- – - – - – - PPPffttttt – - – - – -

Petikan berita ini aku ambil sepenuhnya dari Berita Harian, dan gambar-gambar adalah dari pelbagai sumber di Internet.

Lihat dengan teliti wajahnya saling tak tumpah seperti pelawak itu!

Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.

Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini. Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.

Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.

Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.

Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan. Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.

Ini ulasan dari Nabil…..

Bekas juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, mendakwa ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga. Sambil menafikan gambar aksi bercium mulut itu dirinya serta wanita itu Nik Zarith Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, Nabil menganggap apa yang berlaku mungkin balasan Tuhan ke atas dirinya yang semakin lalai.
“Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.
“Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki,” katanya ketika dihubungi semalam. Nabil bagaimanapun belum membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: Komen Nabil Raja Lawak Mengenai Isu Bercium | MalaysiaSensasi.Net

p/s- Aku bosan bila dengar depa ni dok nafikan dan asyik-asyik menyalahkan teknik super impose. chait!! Baru malam tadi aku tengok mamat ni berlakon…”Semua gred “A” je…lol~

Aku pakai Photoshop CS5!


PIRAMID, ALL-SEING-EYES, OKULTISME SATU PENDEDAHAN

Piramid dan All-Seings-Eye’s adalah satu fakta yang paling menarik perhatian di dalam pengkajian simbol dalam teori konspirasi. Lihat sahaja pada wang kertas dolar Amerika ianya adalah fakta “ultimate” bagi teori konspirasi. Dengan itu, kita ada alasan yang baik untuk kita buktikan kepada masyarakat dunia tentang kewujudannya dan pada masa yang sama mereka mendedahkan siapa konspirator atau diri mereka sendiri, di mana mereka berada dan ke mana mereka ingin pergi. Fakta bahawa “Great Seal” adalah sebuah kitab kultus dan Masonik agung, terbukti dengan tulisan-tulisan para Paderi Besar sendiri dan telah didokumentasikan. Mari kita lihat makna esoteris dan penggunaannya dalam logo syarikat dan juga erti di sebalik penciptaan dan penggunaanya di seluruh dunia.


Tidak ada simbol lain yang terwujud begitu sempurna dari “Ocult” yang berakar umbi di Amerika. Piramid Agung dan “All seing Eye” dicetak tepat di mata wang dan digunakan dalam banyak logo syarikat. Hal ini dapat memberi kamu gambaran mengenai siapa yang mengawal dunia kewangan.

Pertubuhan Sulit dan peranannya di Amerika Syarikat

Pertubuhan Sulit (iaitu Rosicrucian, Freemason dan Illuminati) hidup dengan ideal dalam demokrasi barat melalui Abad Pertengahan dan diam-diam merancang kebangkitan di dunia Barat melalui pertauran untuk mewujudkan “New World Order”.

Baca penyataan di bwah ini.

“For more than three thousand years, secret societies have labored to create the background of knowledge necessary to the establishment of  an enlightened democracy among the nations of the world.”
-Manly P. Hall, Secret Destiny of America -Manly P. Hall, Secret Destiny of America

Sir Francis Bacon, seorang ahli falsafah Inggeris, negarawan, ilmuwan, peguam, ahli undang-undang, penulis dan merupakan Grand Master Freemason moden pertama telah menulis pada tahun 1623 “Atlantis Baru” di mana ia membayangkan Amerika sebagai tanah yang ditetapkan dan diperintah oleh falsafah Rosicrucian. Buku ini menghuraikan kesucian tanah di mana institusi-institusi ilmiah dan falsafah akan didirikan dan pusat memerintah berteraskan konsep kefalsafahan bertunjangkan satu arah (menyongsang) akan diwujudkan.

Dalam bentuk sebuah perjalanan khayalan, lembaga Bacon petanda Amerika banyak dipengaruhi oleh falsafah ghaib.

Bangsa Amerika baru (moden) juga di bawah pengaruh Illuminati, pemerintah okultisme Eropah iaitu Winston Churchill dianggap kekuatan tersembunyi di balik Revolusi Perancis. George Washington membahas pengaruh mereka di Amerika di sebuah surat yang ditulis pada tahun 1798.


Surat yang ditulis oleh George Washington tentang Pertubuhan rahsia di Amerika

Transkrip:

Mount Vernon, 24 Oktober 1798.

Revd Sir: I have your favor of the 17th. Revd Sir: Saya punya bantuan anda 17. instant before me; and my only motive to trouble you with the receipt of this letter, is to explain, and correct a mistake which I perceive the hurry in which I am obliged, often, to write letters, have led you into. It was not my intention to doubt that, the Doctrines of the Illuminati, and principles of Jacobinism had not spread in the United States. On the contrary, no one is more truly satisfied of this fact than I am.

Seperti yang boleh kita lihat, George Washington mengakui pengaruh rahsia dari Illuminati dalam membentuk Amerika Syarikat dan menyatakan bahawa “tidak ada yang benar-benar puas dari sumber fakta ini” selain daripada dia. Ini seharusnya tidak mengejutkan, perlu diingat bahawa Washington dianggap salah seorang Freemason paling penting dalam sejarah Amerika.

“Washington sebagai seorang Freemason”

Perhatikan All-Seings-Eye dari “Artifak Agung”

Banyak “pelakon-pelakon” lain dalam revolusi Amerika yang berdiri di sebalik Mason. Lihat senarai nama di bawah

20 NAMA BESRA REVOLUSI AMERIKA

  • John Adams –Bercakap baik Freemasonry – pernah menyertai
  • Samuel Adams – (Prinsip persatuan Hancock, Revere & Mason lain
  • Ethan Allen – Mason
  • Edmund Burke –Mason
  • John Claypoole – Mason
  • William Daws – Mason
  • Benjamin Franklin – Mason
  • Nathan Hale – Tidak ada bukti Sambungan Masonik
  • John Hancock – Mason
  • Benjamin Harrison – Tidak ada bukti Sambungan Masonik
  • Patrick Henry –Tidak ada bukti Sambungan Masonik
  • Thomas Jefferson
  • John Paul Jones –Mason
  • Francis Scott Key – Mason
  • James Madison – Beberapa bukti keahlian Masonik
  • Thomas Paine
  • Paul Revere –Mason
  • Colonel Benjamin Tupper –Mason
  • George Washington –Mason
  • Daniel Webster –Beberapa bukti dari Sambungan Masonik

- Al Dager, A Masonic History of America -

Seperti yang dapat kamu lihat pada senarai di atas, Benjamin Franklin juga seorang Mason terkenal. Pengaruhnya dalam perkembangan Amerika seperti yang kita tahu itu adalah sangat besar dalam pemerintahan Amerika dan pengaruh dunia.

“Lelaki terikat dengan sumpah rahsia untuk tenaga kerja di punca demokrasi dunia memutuskan bahawa di tanah jajahan-jajahan Amerika, mereka akan menanam akar dari cara hidup baru. Persaudaraan ditubuhkan untuk bertemu diam-diam, dan mereka tenang dan giat dikondisikan Amerika untuk takdir untuk kepimpinan di dunia yang tidak … Benjamin Franklin dilaksanakan pengaruh psikologi yang sangat besar dalam politik Kolonial dilantik sebagai juru bicara para ahli falsafah diketahui; ia tidak membuat undang-undang, namun kata-katanya menjadi undang-undang. “
-Manly P. Hall, Secret Destiny of America -Manly P. Hall, Secret Destiny of America

Dengan fakta-fakta di atas tadi, kita dapat lebih memahami asal-usul masonik dari “Great Seal” adalah berasal dari Amerika Syarikat.

Tangan Misteri dikendalikan dalam pembentukan kerajaan baru, untuk tanda tangan Misteri masih boleh dilihat pada Seal Besar Amerika Syarikat. analisis hati-hati yang dimeterai mendedahkan suatu massa dan simbol Masonik ghaib. “
-Manly P. Hall, Secret Teachings of All Ages -Manly P. Hall, Ajaran Rahasia Semua Umur

Tanda Tangan Masonik

Rekabentuk Lambang perlu melalui tiga jawatankuasa di mana banyak idea diajukan untuk mendapat pengesahan. Berikut adalah contoh-contoh draf lambang yang digunakan bagi mendapat “approval” pihak atasan freemason pada sebelum ini dan pada peringkat akhir hanya menggunakan lambang kini digunapakai, “piramid dan mata”. Ini adalah satu dokumen pada peringkat yang sangat terahsia dan menurut seorang ahli mason degree 33 (Manly P. Hall Mason) mengatakan kebocoran fail-fail sulit mason ke peringkat awam adalah seperti disengajakan bagi memberi signal akan kewujudan “New World Order”. Ini sebenanrnya sebagai satu cara menularkan kepercayaan mason kepada masyarakat umum agar mudah dimanipulasi pada sesuatu peringkat.

Du Simitiere’s diajukan pada jawatankuasa pertama”The Eye of Providence di Segitiga bercahaya Kemuliaan yang membentang di atas Shield dan luar Angka”

Hopkinson piramid pada 1778. “Perrennis” bermaksud “Melalui usia”

Barton usulan – Jawatankuasa Ketiga

Elemen yang dipilih dari tiga jawatankuasa dipilih dan digabungkan untuk mencipta seal rasmi yang secara rasmi digunapakai hingga kini:

Seal rasmi

Piramid di atas masing-masing mengandungi 13 langkah. Sementara mereka dikatakan untuk mewakili Amerika yang pada asalnya mempunyai tiga belas koloni, nombor 13 juga dikenakan signifikansi yang  penting: Ini adalah salah satu angka suci Freemasonry dan tokoh penting di dalam kultus dan ocult.

“Maksud dari nombor 13 yang mistikal, angka yang sering muncul pada Big Seal Amerika Syarikat, tidak terbatas pada jumlah tanah jajahan asli. Lambang suci para inisiat kuno, di sini terdiri dari 13 bintang, juga muncul di atas kepala, mengandungi 13 huruf “helang.” Cengkaman “helang” di cakar kanan sebuah bantalan cabang dengan 13 daun dan 13 buah dan dalam Surat meninggalkan seberkas 13 panah. Wajah itu, piramid eksklusif dan panel yang mengandungi tarikh, terdiri daripada 72 batu disusun dalam 13 baris. “
-Hunt, History of the Seal of the United States -Hunt, Sejarah Seal Amerika Syarikat

The All Seing Eye dan piramid adalah simbol masonik khas dan ia boleh didapati dalam pelbagai kes dan di mana-mana di setiap sudut dunia.

Masonik monumen di Israel dengan All-Seeing Eye di atas piramid

All-Seeing Eye di dalam segi tiga


Dua mata di dalam dua segitiga dalam simbol masonik kuno

Maksud di sebalik Coeptis Annuit

Annuit bererti persetujuan mengangguk, untuk menyokong, tersenyum atas.

Coeptis bererti usaha, usaha, awal.

Annuit coeptis bermaksud “nikmat (lit., memberikan mengangguk untuk) usaha.” The verb Para annuit (verbs) boleh diertikan dapat berupa, hadir tegang atau perfect tense kerana itu terjemahan yang tepat dari moto adalah: “Providence nikmat usaha kita” atau “Takdir telah menganugerahi usaha kita.” (Kata “kami” diberikan.)

(Ini juga telah diterjemahkan sebagai: “Dia nikmat usaha kita” atau “Dia telah makmur usaha kita.”)
Sumber: http://www.greatseal.com/mottoes/coeptis.html

Perwakilan dari Tuhan sebagai satu mata ini jelas di alam ghaib dan mengambil akar di Mesir sebagai simbolisme Mata Horus.

Di zaman Mesir Purba, Mata Horus juga mewakili Matahari, Dewa Agung

Lambang di imej Syarikat dunia yang terkenal

Banyak syarikat menggabungkan simbol atau banyak Lambang dalam logo syarikat mereka. Ini adalah beberapa contoh:

Piramid dengan batu penjuru berasingan / diterangi

Eye dalam segi tiga

Beberapa jenis deathray keluar dari Mata Providence. Mungkin mimpi buruk terburuk teori konspirasi

Mata dalam segitiga + Masonik kompas dan persegi semua dalam satu logo

All- Seing Eye yang besar

All-Seing-Eye dan satu yang kelihatan seperti telinga atau All-Earing-Eye

p/s – Pendedahan demi pendedahan mengenai mason ini telah dilakukan oleh ramai para perungkai teroi konspirasi. Diharapkan supaya seluruh umat muslim di dunia sentiasa awas dan berhati-hati dengan sebarang pergerakan mereka.


ENDEK BIL. 3; KAJI

Sunyi dan senyap seketika…sedang buat kajian sikit.

Pasal freemason, nanti aku akan tuliskan di sini.

Sedikit sahaja lagi.

p/s – Tebal la pulak buku ni, bila lah nak habis aku baca!


UPSR, UPSR, UPSR…

“Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A. Ketua Pengarah pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat dan merupakan terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN)”

Ok, apa yang kamu baca di atas adalah satu penyataan tentang sudah ramai keputusan UPSR yang kini semakin lama semakin ramai pula pelajar cemerlang. Boleh kita lihat saban tahun, puluhan ribu yang mendapat 5A penuh, ini belum dicampur lagi puluhan ribu yang mendapat 4A, 3A dan lain-lain. Aku kehairanan dan berasa sedikit gusar dengan sistem peperiksaan awam kini. Adakah peperiksaan kini semakin senang untuk diduduki dan semakin mudah untuk menjawab soalan-soalan yang digubal oleh pakar-pakar penggubal soalan, atau adakah budak-budak sekarang semakin pandai atau adakah ada sedikit “percaturan dan permainan” dengan graf peperiksaan ? Effect susu Dugro kah?

Aku tidak berasan hasad, jauh sekali iri hati malah rasa amat bersyukur dengan kejayaan budak-budak zaman sekarang yang mana, mereka kini semakin bijak dan pandai, malah lebih berani untuk bercakap dan tampil ke depan dalam melontarkan sesuatu bicara dan buah fikiran. Baguslah…. Tapi, yang menjadi semakin hairan dan pelik wal ajaib apabila, ada jugak budak-budak yang “tak berapa nak pandai”, kantoi pulak percubaan, boleh jugak mendapat 5A penuh. Apa cerita? Rezeki Allah? Yaaa….memang itu semua rezeki yang tertulis dan diaturkan, tapi adakah ini menunjukkan skala kertas soalan peperiksaan awam sekarang semakin senang untuk dijawab malah semakin mudah untuk dirungkaikan berbandingkan dengan kertas peperiksaan percubaan?

Sebelum ini pun aku sudah menulis berkaitan hal ini di entri yang lepas bertajuk “UPSR SEPERTI TIADA MAKNA LAGI (DALAM KONTEKS AKU)”, Sila klik jika mahu baca.

Biasanya ada kesan buruk dan baik. Apa yang baiknya dan apa pula yang buruk?

Baik. Semakin ramai rakyat Malaysia yang pandai, maka semakin ramailah ahli bijak pandai dan profesional pelapis negara yang dapat dilahirkan.

Buruk. Semakin ramai yang dapat 5A, semakin ramailah yang dapat masuk Asrama penuh, MRSM, Sekolah Sains dan yang sewaktu dengannya. Jadi, semakin ramailah yang akan dapat 8A semasa PMR dan semakin ramai yang mendapat 12 A semasa SPM. Silap-silap lepas ni ada yang dapat 45A1 dalam SPM!

Bila dah ramai yang dapat “straight A” dalam SPM, maka ramailah pula yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat Ijazah, Master dan Phd. Jadi, semakin ramilah graduan yang bakal bergraduasi dihasilkan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Maka, semakin ramilah yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di mana-mana sektor perkerjaan awam dan swasta. Tapi, adakah mereka semua akan mendapat tempat dengan situasi semasa kini, masih ramai yang menganggur. Malah, yang bekerja di pelbagai sektor terutamanya di dalam sektor awam masih berstatus kontrak dan sementara pula!Ini menunjukkan lebihan penawaran dalam permintaan, justru tiada kesimbangan. Maka, ramailah pula yang memliki Ijazah Sarjana Muda kini beralih arah menjadi pekebun moden dengan hasil tanaman yang paling besar adalah buah anggur! (Menganggur)

Juga, kelayakan bagi sesuatu jawatan pula semakin tinggi. Jika dahulu, “tiket” seperti SPM sudah memadai untuk mendapat jawatan yang agak besar, tapi kini…ada juga yang memliki Ijazah Sarjana yang melakukan kerja-kerja sebagai kerani. Entah esok atau lusa, Phd itu akan hanya di pandang enteng!

p/s – Apa bakal terjadi jika Phd pun satu hari nanti sudah tidak laku?


PERTUBUHAN SULIT

Pertubuhan sulit ada di mana-mana. Pertubuhan-pertubuhan rahsia dan bawah tanah ini juga terdapat di setiap pelusuk dunia. Lihat sahaja di Amerika ada MS13, begitu juga di sini, Malaysia juga ada pelbagai pertubuhan-pertubuhan rahsia yang bergerak secara senyap dan gelap. Jika diikutkan pelbagai pertubuhan rahsia berteraskan kaum ada di sini. Namakan sahaja, pasti ada. Kita lihat pergerakan pertubuhan rahsia masyarakat Cina, di mana ada masyarakat ini…pasti ada pertubuhan itu dan dipercayai ianya berlaku sejak dari awal abad ke 18 lagi melalui penghijrahan orang-orang cina dari wilayah provinsi Kwantung dan Cnatonese. Adalah dipercayai, ibu pejabat yang pertama menempatkan pusat pergerakan pertubuhan sulit ini adalah bertempat di Melaka atau Penang.

Lihat, ini bermakna sudah begitu lama pertubuhan yang bergerak secara diam dan mempunyai budaya, kod etika dan tata cara kehidupan yang agak “secretive” ini bertapak dan berakar umbi di Tanah Melayu ini.

Tapi, bukan isu pertubuhan sulit Cina yang aku mahu tulis, ini berkaitan kaum India pula. Aku terbaca di laman blognya. Bahasa Inggeris, jadi aku salin semula dan terjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Ini adalah pendedahan seorang rakyat Malaysia berketurunan India mengenai perkembangan penularan Geg Hindu di Malaysia. http://ragedindian.com/2008/04/04/indian-gangs-in-malaysia-deep-down/

Indian Gangs In Malaysia -Deep Down India Gangs Di Malaysia

Pertubuhan Rahsia di Malaysia. Mana saja kita pergi, kita bergerak, kita menyusun perjalanan pertubuhan rahsia ada. Siapa yang sebenarnya memulakan semua ini masih belum diketahui. Apa ertinya semua ini pada kita semua? Dengan masa terhad yang kita miliki, saya akan menjelaskan sejarah Pertubuhan India di Malaysia dan bagaimana semuanya bermula.

Biasanya sekumpulan lelaki India akan berkumpul di hentian bas setiap hari. Biasanya mereka mungkin ponteng sekolah jika mereka masih belajar bahkan akan selalu ada masa untuk menyertai dalam sesi berkeliaran dan beberapa aktiviti yang kurang sehat. Bersama dengan mereka akan ada beberapa bungkus rokok, air minuman keras dan gaya-gaya ganas konon-kononnya kool. Sekarang, hari demi hari, rakan-rakan mereka akan bertambah dan kumpulan mereka semakin membesar. Mereka membeli semburan warna berharga RM5, dan kemudian sembur di kawasan itu dengan pelbagai “tanda” yang membawa maksud-maksud tertentu dengan menandakan kawasan itu sebagai kawasan mereka.

Lihat, dengan menyebut nama sesebuah kumpulan adalah satu hal yang amat janggal di kalangan kita semua. Ada juga mengatakan dengan memperkatakan “nama” sesebuah kumpulan itu ianya seperti mengujakan dan kebanyakkan adalah “geng-geng nombor”. Biasanya di Malaysia, hal ini cukup menarik perhatian bagi mereka di luar sana terutamanya masyarakat umum untuk melihat semua ahli pertubuhan rahsia mencintai matematik. Makna sesungguhnya dibalik angka-angka terlalu “secretive” untuk diterangkan dan dijelaskan. Maafkan aku. Antara nama-nama kumpulan yang amat terdedah kepada dunia luar adalah , Geng 24 , Geng 36 , Geng 21 , Geng 08.

Antara contoh untuk “mencipta” nama bagi sesetengah pertubuhan biasanya berlaku di jalanan atau tempat yang “hidden” sebagai contoh ambil nama “Gagak” . Jadi, Gagak adalah nama mereka. Tapi kemudian, ada beberapa identiti yang akan mengikuti umpama cabang dan cawangan.

a) Geng Gagak

b) Geng Gagak Hitam

b) Gagak Emas

d) Tiga Gagak

Jadi, nama pertubuhan telah dicipta. Selanjutnya mereka perlu mendirikan suatu tempat sebagai tempat operasi mereka. Katakanlah ada sebuah padang atau lorong atau kawasan lapang yang telah dikenal pasti sebagai pusat operasi mereka. Jadi, setiap orang harus mula mengakui kawasan tersebut adalah kawasan “jajahan” mereka. Setiap ahli harus bekerja kuat siang dan malam untuk menjaga ahli dari pertubuhan lain atau geng lain masuk ke kawasan mereka. Jika ada penyusup, mereka segera akan dikenalpasti dan bertengkar yang akhirnya akan membawa kepada pergaduhan. Setelah beberapa pergaduhan, biasanya geng akan mampu membina dirinya sendiri.

Setelah beberapa pergaduhan, geng akan mampu mengenalpasti siapa orang yang dianggap sebagai “panglima perang” dan yang lembik. Pengecut akan ditolak dan hanya yang kuat, gagah dan garang layak menganggotai kumpulan atau pertubuhan. Masing-masing dari mereka akan dikenali dengan nama jolokan tersendiri. Biasanya mereka akan memilih nama haiwan selepas nama pertama mereka sebagai contoh;

1) ‘Vetu’ Kumar

2) ‘Rok’ Mani

3) ‘Mettu’ Murugan

3) Pandi (Pig/Babi)

4) Nandu (Crab/Ketam)

5) Tiger/Harimau

Selepas kumpulan yang dibina kian kukuh dan kuat, mereka akan memngutip wang dari setiap ahli anggota yang menyertai kumpulan tersebut. Setiap ahli yang masuk, perlu membayar sejumlah wang kepada kumpulan dan biasanya duit akan dipegang oleh ketua mereka. Sebagai contoh geng 24, mereka perlu membayar RM24 setiap bulan sebagai yuran dan duit ini akan digunakan untuk membebaskan ahli kumpulan yang meringkuk ketika ditahan oleh pihak polis. Baki penggunaan duit akan digunakan untuk membeli rokok dan arak murah dan kebiasannya, mereka mensasarkan sekolah-sekolah sebagai tempat mengrekrut ahli baru dan menambah ahli serta secara tidak langsung menambah kutipan duit.

Kemudian akan adanya pemilihan ketua. Bagi mereka yang kuat, handal bertarung dan berani akan dipilih untuk menjadi ketua dan menguasai tampuk pemerintahan dan hala tuju kumpulan.

Sebuah bahagian yang sangat penting dalam membentuk gang.Berikut adalah kriteria minimum sekurang-kurangnya untuk menjadi pemimpin kumpulan:

1)Harus berani dan bersedia untuk bergaduh dengan siapapun

2)Harus menguasai senjata ketika semasa bergaduh

3)Seharusnya pernah di penjara sekurang-kurangnya sekali

4)Memiliki beberapa tanda dan tanda jahitan di tempat yang terlihat di dalam tubuh mereka (Untuk menandakan bahawa mereka telah dalam beberapa pergaduhan)

5)Seseorang yang tidak berotak dan tidak mempunyai kemampuan berfikir (ikut rasa sahaja).

6)Memiliki pengangkutan sendiri dan bersedia melaksanakan misi untuk bergaduh di mana-mana sahaja

7) Willing to fight extra hours just to protect the field. 7) Bersedia untuk bergaduh lebih masa hanya untuk melindungi lapangan atau kawasan yang dipegang.

8)Boleh minum minuman keras murah.

9)Harus mampu mengucapkan kata-kata kesat lancar di dalam Bahasa Tamil, pengetahuan dalam kata-kata kesat dalam bahasa lain seperti China dan Melayu akan menjadi keuntungan tambahan.

- – - – - PPPffttttt – - – - – -

Sampai sini sahajalah aku nak tulis dan terjemahkan, agak panjang. Malas pulak nak terjemahkan dan bagi aku..secret society adalah secret. Jadi, tidak perlulah didedahkan secara keterlalauan. Juga, setiap kaum di Malaysia ini ada seperti apa yang diperkatakan sebagai pertubuhan sulit. Juga, bagi aku dengan adanya pertubuhan ini bagi setiap kaum, satu keseimbangan akan terwujud secara tersendirinya. Oleh itu, apa yang didedahkan oleh hasil tulisan yang aku terjemahkan ini, mungkin hanya cuma sekelumit dari perkara-perkara yang sebenar dan banyak lagi perkara yang umum tidak tahu juga tidak perlu tahu. Biarlah ianya menjadi satu tanda tanya. Hanya mereka yang menyertai dan menjadi orang dalam sahaja tahu, apa itu pertubuhan sulit dan rahsia ini.

p/s – 3036…cantik nombor ni kan?

“Bang, cantik kereta abang bawak…”

“A’ah..memang cantik…kat rumah ada lagi dua bijik yang cantik…”

 


GUNUNG BERAPI BULUSAN SUDAH MULA TUNJUK GARANG!!!

Akhir ini, gunug berapi di lingkaran api pasifik nampaknya semakin garang memuntahkan lahar. Lihat sahaja di Indonesia, berapa banyak kerugian dari segi harta benda dan nyawa. Tapi, mungkin apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya dan ada hikmah disebalik kejadian itu.

Apa pun aku tertarik dengan satu lagi gunung berapi ini.

Gunung Bulusan.

Sebuah gunung berapi di Pulau Luzon, Filipina yang terletak di daerah Sorsogon di kawasan Bicol (12°46.2′ U, 124°03′ T), 70 kilometer di Gunung Mayon dan lebih kurang 250 kilometer di selatan ibu negara Manila. Gunung Bulusan telah dikelaskan oleh ahli volkanologi sebagai sebuah stratovolkano (gunung berapi rencam) yang terletak di dalam sebuah kaldera yang dibentuk sejak dari 40,000 tahun lagi. Tingginya 1,565 meter di atas aras laut, dengan diameter kakinya sebanyak 15 kilometer. Gunung Bulusan telah meletup sebanyak 15 kali sejak dari tahun 1886

- – - – - – PPPPffttttt – - – - – - -

Gunung Bulusan. Unik namanya bukan, dan sedikit sebanyak nama yang unik dan agak kontemporari ini berkait rapat dengan salah seorang kawanku. “Bulus” namanya. Seorang yang agak tinggi lampai. Berambut lurus dan berwajah kecinaan sedikit. Mempunyai hobi yang biasa, sama sahaja dengan remaja zaman sekarang…download movie, bermain game, melayari internet dan lain-lainnya. Juga mengimpikan keupayaan untuk terbang tatkala boringg dan bosan melanda. Aku mengenali bulus agak lama, sejak dari zaman belajar di UiTM Segamat lagi hinggalah ke hari ini, lebih kurang7-8 tahun. Jadi, bolehlah diistilahkan agak lama. Itulah dia Bulus.

Tetapi, baru-baru ini…Bulus atau yang lebih dikenali sebagai Bulussan…telah mengklaimkan satu gunung di Filipina adalah miliknya. Entah kenapa, selepas dari “pengklaiman” itu…gunung tersebut terus memuntahkan asap-asap yang berkeledak dan berjelaga ke ruang udaranya.

Terdapat juga laporan dari Utusan Malaysiayang aku copy paste sahaja di sini.

MANILA 8 Nov. – Pegawai-pegawai Filipina hari ini mengagih- agihkan topeng muka kepada penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi Bulusan selepas ia terus mengeluarkan debu.

Menurut saintis, buat masa ini sebarang pemindahan di enam perkampungan di kawasan Bulusan tidak diperlukan.

Setakat ini, hanya kira-kira 200 penduduk kampung yang mendapatkan perlindungan di sebuah sekolah rendah.

Bulusan merupakan satu daripada 23 gunung berapi aktif di negara ini dan kali terakhir mengeluarkan debu dan gas panas adalah pada 2007, tetapi kemudian tidak mengalami letupan besar.

Dalam kejadian terbaru hari ini, gunung berapi setinggi 1,560 itu mengeluarkan debu berbentuk awan kelabu setinggi 700 meter ke udara.

Sementara itu. ketua pakar gunung berapi Filipina, Renato Solidum merayu kepada penduduk berdekatan supaya tidak mencuri peralatan pengawasan cerun gunug berapi.

Menurutnya, perbuatan mencuri peralatan itu tidak mendatangkan faedah kerana ia tidak boleh digunakan selain daripada dijadikan sebagai besi buruk. – AP

p/s – Aku nak klaim rumah termahal di dunia milik Bilionaire India yang sedang dalam pembinaan itu menjadi milikku. Bagaimana?


ILUMINATI

Baru-bari ini Malaysia seperti dilanda sindrom teori konspirasi, maka banyaklah pengkajian mengenai  iluminati, freemason dan lain-lain. Tapi, tahukah kamu apa itu Iluminati? Siapa yang terlibat?

- – - – - – PPPfftttt – - – - -

Illuminati (dari perkataan ‘illuminate’ bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Ingolstadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada ‘bintang pagi’ yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer.Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu ‘Pemegang Cahaya’.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai ‘Lodges of The Grand Orient’ untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini.Terdapat ‘The Hidden Hand’ yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

p/s – Masih mengkaji kandungan buku The Hand of Iblis….masyuk!!


SAH NABIL RAJA LAWAK DAN IRMA HASNIE BERPISAH

Rasanya blog ini akan bertambah warna-warni jika aku masukkan juga kisah-kisah dunia artis. Tapi tidaklah selalu, mungkin apabila ada kes-kes besar dan masyuk sahaja.

Hubungan cinta artis biasanya menjadi perhatian buat masyarakat umum dan peminatnya. Bagi aku, ianya adalah satu privasi buat mereka, jadi tidak perlu campur tangan. Mereka juga manusia seperti kita. Punya hasrat mahu menjalinkan hubungan dan juga memutuskan hubungan.

Ok, artis menjadi public figure dan oleh kerana itu mudahlah mendapat liputan dan perhatian. Artis hisap dadah, clubbing, kehidupan sosial, bercerai, keretakan rumah tangga, bergaduh dan lain-lain adalah perkara biasa. Justru, tiadalah privasi.

- – - – - PPPfftttt – - – - -

Aku bukan mahu bercerita mengenai privasi dan kaitannya dengan artis. Isu artis sombong, punya harta dan kereta mewah juga bukan entri kali ini. Aku mahu tulis sedikit mengenai kisah cinta artis ini. Kisah merpati dua sejoli, yang bercinta dan berkasih dalam tempoh 2-3 tahun akan tetapi mahligai cinta yang dibina retak dan hancur berkecai.

Gambar ihsan Zon Artis

Ini kisah cinta dan hubungan kasih Nabil dan Irma Hasnie. Pasangan yang boleh dikatakan sweat couple ini katanya sudah pun berpisah. Rasanya pada lebaran tidak lama dahulu, mereka masih lagi berkasih sayang dan bermesraan dan dapat dilihat melalui foto-foto yang didedahkan di akhbar-akhbar. Romantis habis. Ramai yang cukup menggemari pasangan ini dek kerana kemesraan dan keserasian yang ditonjolkan mereka. Apa lagi, bila mereka dilihat tidak begitu melebih-lebih setiapkali membicarakan soal yang berkaitan dengan hubungan cinta mereka.

Ada yang mengatakan Nabil curang dan mempunyai skandal dengan wanita lain yang juga seorang pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tersohor. Malah ada juga yang mengatakan, Nabil dikantoikan oleh Irma sendiri dengan awek tersebut. Menurut yang empunya badan, pelawak tersebut telah menafikan sekeras-kerasnya, maka terpacullah satu ayat tipikal yang setiap kali diutarakan oleh setiap artis kala ditemurah oleh wartawan apabila sedang dibicarakan akibat kes penceraian.

“Perpisahan yang terjadi adalah ketentuan Illahi dan enggan menyalahkan takdir”

Apa pula puncanya? Maka jawapan yang tipikal juga dibalas…

“Punca kami putus adalah kerana di antara kami berdua sudah tidak ada lagi keserasian”

- – - – - PPPPfftttt – - – - – -

Rasanya ini bukan kali pertama si Irma ni putus kasih. Dulu pernah kecewa dengan si Farid Kamil (kawan aku ada berkata “Si Farid ni, semua perempuan yang masyuk-masyuk dia dah rasa”) dan kini dengan Nabil pula. Mungkin berbagai perasaan dihadapi oleh minah ni. Irma tidak menafikan terkilan dengan perpisahan tersebut, namun dia tidak berhasrat untuk menyambung kembali ikatan cinta yang terlerai.Ikatan cinta yang diikat jalin nampaknya sudah pun terlerai dan mungkin mereka berdua tidak ditakdirkan bersama.

p/s – Masih teringat-ingat satu hot news dulu yang Nabil “terpeluk” kekasih hatinya ini dek kerana terlampau gembira merangkul anugerah!


ENDEK BIL.2; BINGIT DI LUAR, BINGIT DI DALAM

Di luar masih ada bunyi letupan-letupan yang membingitkan jiwa dan menggugat ketengangan minda. Aku jenguk di luar dan tinjau apa yang berlaku. Di sebelah rumah, 3 budak hitam masih ligat bermain mercun dan bunga api walaupun jam sekarang menunjukkan tepat jam 1:30 petang. Di hujung blok rumah, juga ada kelibat beberapa budak hitam sedang bermain mercun dan petas. Lihat di depan, bertentangan rumahku juga ada yang sedang bermain mercun.

“Gila! tengah-tengah hari buta masih bermain mercun dan bunga api..apa yang kao dapat lihat!” getus hati kecil aku.

Ini sudah Dewali yang ke tiga hari, mereka masih aktif bergembira bersama mercun yang mampu memecahkan gegendang telinga di tengah-tengah hari buta.

Aku terus berazam.

“Raya haji dua minggu lagi, aku mahu bakar meriam buluh!”

Aku fikir kembali…raya haji mana ada satu umat yang bermain mercun, meriam buluh mahu pun bunga api. Mereka akan menjalani ibadah kurban dan sembelihan. Jadi, kalau aku seorang sahaja yang menyalakan sumbu meriam buluh dan mengegarkan wilayah semenyih-kajang-bangi ini, sudah tentu aku bakal dituduh gila! Silap-silap, aku dituduh sesat lagi menyesatkan.

- – - – - – PPPPfffttttt – - – - – -

Aku bertenang. Pandang ke set teleivisyen dan karoake yang ada. Ambil mic dan cucuh. Suis “on”. Seterusnya tak payah aku ceritakan. Kamu semua pasti mengerti….

p/s – Cis, siang, malam, pagi, petang, subuh kamu si budak hitam masih sebuk-sebuk main mercun!


ENDIK BIL. 2; LELAP

Lelapkan mata….

Tutup tv, dan biarkan ritma irama senandung malam mengalun merdu ke cuping telingamu..

dan…

Biarkan sahaja mereka yang menyambut Deepavali bermain mercun dan letupan…

Biarkan…

- – - – - – PPPfftttt – - – - -

p/s – Cis, aku tahulah Deepavali…ini sudah pukul 12.36 pagi wei…sudah-sudahlah tu!! aku mahu tidur!!!


ENDEK BIL. 1; KELIRU…

Ini adalah Endek yang pertama setelah Entot telah ditamatkan. Baca saja…

Mercun, bunga api, letupan dan petas begitu sinonim dengan Tahun Baru Cina di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Masyarakat Cina di Malaysia akan membakar mercun dan petas ketika sambutan Tahun Baru Cina. Mercun padi yang berpapan-papan akan diikat dan digantung lalu dibakar di perkarangan rumah mereka atau di bangunan pejabat sambil tarian singa dimainkan. Ini merupakan satu tradisi dan amalan bagi mereka, kononya untuk menakutkan semangat jahat.

Pada malam-malam berikutnya, mercun dibakar dan disambut dengan meriah oleh anak-anak dan orang dewasa. Boleh dikatakan suasana pada sepanjang sambutan Tahun Baru Cina amat meriah dengan bunyi mercun. Jadi, mercun dan Tahun Baru Cina adalah satu perkara yang sinonim sehinggalah pengharaman mercun oleh Kerajaan Malaysia pada pertengan 90-an. Kini, masyarakat Cina tidak begitu mempraktikan amalan membakar mercun ini. Malah, jiran-jiran berketurunan Tiong Hua di taman perumahan aku juga tidak pernah membakar mercun di perkarangan rumah mereka sepanjang perayaan itu.

Jadi, kini mercun, Tahun Baru Cina dan masyarakat Cina adalah satu antonim!

Sekadar gambar hiasan

- – - – - – - PPPfftttt – - – - – -

Deepavali menjelma, bermula dari malam semalam lagi masyarakat India sudah mula bermain mercun dan pelbagai letupan. Riuh rendah dengan mercun dan pelbagai bunga api yang mahal-mahal belaka dibakar umpama pesta dan karnival ambang kemerdekaan atau sambutan malam tahun baru. Semalam di sepanjang perjalanan ke Shah Alam, melalui lebuhraya SKVE kelihatan begitu banyak bunga api dibakar sehingga mampu menerangi angkasa di sekitar lebuhraya tersebut. Sampai di Shah Alam, juga begitu. Bunyi letupan dari bunga pai dan mercun lidi yang berpapan-papan telah dibakar malah mereka bermain sehingga larut malam membawa ke pagi. Suasana umpama peperangan. Malam ini juga begitu. Masih kedengaran lagi hiruk pikuk suara masyarakat India sedang bergembira di malam perayaan dengan bermain mercun.

Tapi, apa yang membuatkan aku berfikir sekarang adakah ini satu tradisi bagi masyarakat India Malaysia ketika Diwali atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut? Adakah kini Diwali dipanggil pesta letupan?Sebenarnya, dari pengamatan aku sejak dari kecik lagi masyarakat India di Malaysia amat kurang menyambut pesta Diwali dengan mercun, tetapi entah kenapa pada akhir-akhir ini mereka begitu seronok membakarnya hingga larut malam dan menyusahkan orang lain yang hendak tidur!

* Sedikit mengenai Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan “kolam”, hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan “kolam” ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk rumah mereka.

p/s – Aku keliru….Tolong siapa-siapa jelaskan…adakah kini mercun, Deepavali dan Masyarakat India satu perkara yang sinonim??


ISLAMIC FASHION FESTIVAL DAN ISU TUDUNG

Islamic Fashion Festival (IFF) pada tahun ini telah berlangsung di Jakarta sekitar bulan Jun 2010 yang lalu bertempat di Hotel Mulia, Senayan. Acara ini telah disokong Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, isteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, ini merupakan sebuah usaha untuk memajukan industri busana muslim di dunia. Acara yang dipelopori oleh Dato’ Raja Rezza Shah dari Malaysia selama 3 tahun ini selalu dijayakan di Malaysia, Indonesia, dan Dubai.

Berikut adalah gambar-gambar peragawati-pragawati yang tampil mengenakan fesyen dan busana masing-masing dengan pelbagai tema.

* Kesemua gambar ihsan dari Facebook Arselan

- – - – - – PPPPFFFFtttttt- – - – - – -

Lihat, betapa anggun dan cantiknya wanita-wanita di atas apabila menggayakan fesyen-fesyen terkini rekaan  pereka-pereka yang ternama. Tetapi, walau seanggun mana wanita muslim itu, walau secantik mana mereka. Aurat wajib di jaga!

Tetapi, persoalannya kini…ramai wanita-wanita muslim di luar sana tidak menitik beratkan mengenai aurat mereka. Malah mereka lebih mengutamakan fesyen rekaan barat daripada menutup aurat! Sebagai contoh, tudung.

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

p/s – Aku sangat tertarik dengan pakaian renang muslim ini. “Burqini”

“Burqini” adalah pakaian renang yang direka khusus untuk wanita muslim

Untuk makluman, penggunaan Burqini adalah dilarang di beberapa tempat khususnya di kolam renang di Utara Itali. Datuk Bandar dari kerajaan negeri di Itali pernah menyatakan, penggunaan Burqini di kolam-kolam renang awam akan menggangu emosi kanak-kanak kecil dan mungkin memberi masalah kepada kebersihan kolam renang tersebut manakala di Paris, keadaan yang sama juga berlaku dengan larangan dikenakan kepada mereka yang memakai Burqini untuk menggunakan kolam renang. Terdapat juga papan-papan tanda “Berpakaian lengkap adalah dilarang untuk berenang” di tampal di merata kolam-kolam renang di sekitar Paris.

p/s – Jadi, nampak sangat bahawa oyang musuh-musuh islam begitu tinggi hasad dengkinya kepada kemuliaan agama ini dari segi kod etika berpakaian yang mana ianya banyak memberi kabaikan kepada setiap umat manusia dengan menjaga maruah dan harga diri.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers