Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

NASIHAT DI PETANG HARI

Sudah kering idea mahu menulis mengenai isu-isu semasa dan entri-entri pendek. Baca saja entri ini, ditulis pada waktu petang suam-suam kuku, di bawah pendingin hawa York di dalam bilik pejabat berkeluasan 50 kaki persegi.

- – – – – -PPPfffttttt – – – – – -

Orang kata, pandang perlulah ke hadapan dan jangan sesekali menoleh kebelakang. Dalam konteks ini, kita tidak perlu lagi mengenang kisah-kisah lama. Kisah-kisah duka sengsara juga cerita-cerita sedih belaka. Pandang ke hadapan dengan harapan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Ini bermakna, lupakan kesedihan dan bergembira. Jika di masa lalu kamu hadapai kegagalan, makanya kamu harus mencapai kejayaan di kemudian hari.

Mengikut kata pepatah pujangga Zimbabwe sebuah negara di Benua Afrika.

“Jika kamu tersesat di daratan kering-kontang tanpa sebarang petunjuk, pandanglah ke hadapan pasti ada jalan yang lurus membawa kamu ke satu tempat yang lain”

Jadi, apa signifikannya pandang ke hadapan dan juga masa depan?

Bagi aku, selaku manusia yang dikurniakan akal fikiran dan kudrat untuk bertindak dengan baik menerusi proses taakulan dan ilmu mantik melalui penterjemahan dari unsur-unsur metafizik, pandang ke hadapan sahaja tidaklah elok sangat kerana ini akan menjadikan manusia itu alpa, leka dan lupa akan masa silamnya. Sesekali manusia perlu menoleh ke belakang, kiri dan kanan serta atas dan bawah.

Padangan menyeluruh dan meliputi 360 darjah dari setiap sudut dan ruang secara geometrinya akan merangkumi keseluruhan frasa hidup seorang manusia itu sama ada alam duniawi dan ukhruwinya. Kenapa aku katakan perlu memandang sekeliling dari setiap sudutnya?

Lihat,

Pandang ke hadapan, adalah satu pandangan yang bersifat ke-objektif-an yang berteraskan pencapaian. Jadi segala ruang dan peluang yang terdapat di hadapan perlu di”grab” dengan sepantas mungkin. Jadi, apa yang memacu kehendak untuk berjaya ini? Itulah, “cita-cita” yang mendalam selain dari “misi” dan “visi” mahu berjaya tidak kira dari jangka masa pendek dan panjang.

Toleh ke kanan dan kiri, mahu berjaya dan mendapat sesuatu serta hendak mencapai objektif kita perlu melakukan satu proses taakulan ringkas dan analisa baik dan buruk sesuatu objektif itu. Toleh kanan membawa erti melihat kepada perkara-perkara positif, pahala dan yang baik-baik belaka. Toleh kiri boleh diertikan kepada subjek-subjek negatif yang boleh memberi implikasi buruk kepada kita. Oleh itu, proses analisa perlu dilakukan menerusi SWOT analisis. S-Strenght, W-Weakness, O-Oppurtunity dan T-Threat.

Sesekali lihatlah belakang. Lihat apa perkara buruk yang membawa kepada kesedihan dan menyebabkan hati kita terluka. Lihat apa perkara buruk dan silap langkah yang pernah kita lakukan. Lihat semua. Jadi, mahukah perkara sedemikian berulang lagi? Mungkin tidak….

Dongakkan kepada ke atas. Ya!! Lihat di atas. Apa yang kamu nampak? Jika kamu berada di dalam bangunan pejabat, rumah mahupun di Sekolah Kebangsaan Tamil Hulu Bertam Melaka pasti apa yang kamu lihat adalah siling. Jika kamu di atas padang bola sepak mahupun di padang hoki pasti kamu terlihat langit nan biru dan awan yang memutih. Itu semua hanyalah personafikasi minda. Sebenarnya pandang ke atas adalah mengharap kepada tuhan yang satu. Meminta biarlah pada Yang Esa dan mengharplah kepada-Nya nescaya kamu semua adalah dari kalangan orang-orang yang beruntung. Jadi, berdoalah, berusaha dan bertawakal.

Kadang-kadang kita perlu pandang ke bawah juga. Lihat apa ada di bawah dan perlulah beringat kepada mereka yang berada di bawah. Jangan sesekali melekehkan mereka. Ingat sahaja kata-kata orang tua kita.

“Hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah”

Tapi bagi aku, perumpamaan ini sudah tidak berapa releven di masa sekarang, jadi aku “meng-inprovise-kan” sedikit melalui sentuhan dan elemen-elemen Y2K dan tradisional.

“Kehidupan bagaikan Pesawat Airbus A380. Terbang gagah di angkasa membelah langit, jatuh terhempas menyembah bumi hancur berkecai”

Iyalah….hidup jangan sombong ada masa kita berada di kedudukan yang tertinggi, berpangkat Datuk, Tan Sri, Tun,  dan jika di pejabat memegang portfolio yang besar dan gah seperti Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian, Pengarah dan bermacam-macam gelaran dan pangkat duniawi yang lain. Tapi ingat, jangalah gah sangat dengan pangkat itu kerana apa yang kamu miliki itu hanyalah sementara dan pinjaman belaka!

p/s – Sila baca “motivasi” dan nasihat di atas dalam nada Yg. Berbahagia Dato’ Fadzilah Kamsah atau ala-ala Johan Raja Lawak, yang membawa watak “Dr. Fadzilah Come To Me

Diam tak diam, panjang jugak aku tulis ni!

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 817 other followers