Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

NABIL RAJA LAWAK BERCIUM?LU PIKIRLAH SENDIRI!!

Walaupun ini bukan blog gosip artis, tapi jika ada cerita hot dan panas aku akan kongsikan bersama tapi menurut pandangan dan “view” dari aku sendiri sambil di kukuhkan lagi dari beberapa sumber.

- – – – – – PPPPffttttt – – – – – – -

Artis yang cukup terkenal dalam arena lawak-melawak ni masih buat hal. Tidak tahulah kali ini adakah ianya cerita betol atau tidak, yang pastinya bila aku teliti gambar ni nampak macam betul. Seperti biasa, pasti isu ini akan jadi isu panas dan mungkin akan masuk ke “segmen terjah” Melodi atau, mungkin juga akan ditulis di dalam BPop Berita Harian. Apa yang pastinya, hal-hal macam ni dah lama berlaku dalam industri hiburan tanah air ni. Masih ingat dengan gambar yang kononya dikatakan sebagai super impose oleh Edry KRU dahulu? Apa yang menghairankan aku, seperti biasa para artis ini pasti akan menyalahkan teknologi ICT terkni. Seperti biasa jawapan balas apabila ditanyakan oleh wartawan.

“Adakah itu kao dalam gambar tersebut”

“Aku nafikan, itu bukan aku..itu teknik super impose terkini yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap karier seni saya”

Itulah dia jawapan super-duper tipikal mereka. Aku masih berpandangan skeptikal terhadap mereka. Tapi adakah itu Nabil dan Qasha?

“Lu Pikir Lah Sendiri!”

- – – – – – – PPPffttttt – – – – – -

Petikan berita ini aku ambil sepenuhnya dari Berita Harian, dan gambar-gambar adalah dari pelbagai sumber di Internet.

Lihat dengan teliti wajahnya saling tak tumpah seperti pelawak itu!

Belumpun reda kontroversi putus cinta dengan pengacara dan aktres popular, Irma Hasmie, 28, selain kemunculan gadis belasan tahun didakwa orang ketiga, juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, terus dihimpit derita apabila tersebar tiga gambar aksi panas mirip dirinya dengan gadis sunti berkenaan di kalangan media massa awal minggu ini.

Sekeping daripada gambar itu memperlihatkan gelagat dua individu mirip wajah Nabil dan teman tapi mesranya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, dalam aksi bercium mulut.

Menurut sumber, tiga keping gambar berkenaan mungkin dicuri dari komputer riba milik Nabil oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan niat menjatuhkan nama baiknya. Gambar berkenaan difahamkan belum pernah tersiar di mana-mana blog atau laman web hiburan sebelum ini. Nabil ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Bujang Terlajak arahan Profesor Madya Razak Mohaideen di Glenmarie, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, menafikan ketiga-tiga gambar aksi panas itu miliknya dan Qasha.

Malah dia mendakwa penghasilan foto berkenaan menggunakan teknologi superimpose.

Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.

Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan. Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.

Ini ulasan dari Nabil…..

Bekas juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, mendakwa ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga. Sambil menafikan gambar aksi bercium mulut itu dirinya serta wanita itu Nik Zarith Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, Nabil menganggap apa yang berlaku mungkin balasan Tuhan ke atas dirinya yang semakin lalai.
“Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.
“Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki,” katanya ketika dihubungi semalam. Nabil bagaimanapun belum membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

Sumber: Komen Nabil Raja Lawak Mengenai Isu Bercium | MalaysiaSensasi.Net

p/s- Aku bosan bila dengar depa ni dok nafikan dan asyik-asyik menyalahkan teknik super impose. chait!! Baru malam tadi aku tengok mamat ni berlakon…”Semua gred “A” je…lol~

Aku pakai Photoshop CS5!

About these ads

15 gerakbalas-gerakbalas

  1. armadrafar

    hancock CS4…
    gaya tiru Ariel Peter Porn…

    November 14, 2010 at 7:38 am

  2. Insaf la Nabil. Jangan hanyut dalam dunia glamour. Ingat asal usul dan kenapa anda terbabit dlm dunia industri. Dah elok2 dapat nama dan harta .. nanti tak pasal-pasal jadi bahan kejian.

    November 14, 2010 at 10:05 am

  3. desperadol

    sejak bila tuan punya blog gosip2 artis ni?haha…
    aku dr dlu pon menyampah nabil ni…lupe daratan la 2

    November 15, 2010 at 1:32 am

    • faerrin

      sejak ada isu2 panas ni…tak de la semua aku nak cerita pasai artis..hahaha..

      artis mmg cepat dan lupa daratan…

      tetiba aku teringat tagline kerchik raja lawak

      “asal dari kampung”

      November 15, 2010 at 1:30 pm

  4. syah

    apa apa hal pun.. gua tetap minat lu pelakon komedi malaysia… lain 2 hal lantak pi la.. tak penting. janji lu serius dlm dunia cinta nie… baru murah rezeki..

    November 19, 2010 at 6:24 am

  5. weeehoooo

    btol kot tu bukan dia,Nabil n Qasha,maybe ngan POMPUAN lain lak….kan NABIL…

    November 23, 2010 at 1:44 am

  6. nur

    erm..nabil sebenarnye,b4 jadi artis da mmg social…kaki nek tgn, kaki pukul awek, kaki mabuk… die ade port sendiri ( tempat tertutup tuk minum n clubing ) yg orang public x tau..cume lom kantoi je..so, org x bcerita… huhu bese lah…name pon artis, ape pon leh dapat lau duet banyak..

    November 23, 2010 at 1:44 pm

    • ayu

      sory.. tp x baik m’aibkn org..law btoi owg wt slh bia la..smua y kte wt t kn pat blasan t x kre baek bruk..nsihat 2 lbh baek dr m’aibkn…renung2 kn la..

      April 1, 2011 at 4:45 pm

  7. ayu

    sabar la nabil..law x slh wtpe nk tkot..ALLAH sntiase ad dgn owg y btoi..bese r mnusia sntiase iri aty..bia ALLAH je yg blas..doa owg traniaya ni mkbul..lmbt laun cite sbnr tmbul gak..INSYAALLAH

    April 1, 2011 at 4:43 pm

  8. lann

    mmg dia pon igt org tak blh cam ke.ape da

    April 6, 2011 at 2:34 pm

  9. cuping tlinga x sma ngan nabil la…

    April 24, 2011 at 11:18 am

  10. cuping tlinga x sama la…

    April 24, 2011 at 11:19 am

  11. hamba allah

    betul la tu tp klu menyumpat untuk tujuan menginsafkan x salah kan?bukan kah e2 dikira menyumpat harus..baca solusi edisi 30

    Mei 31, 2011 at 5:38 am

  12. tati

    mmg perempuan tu uqasha..aku kenal sgt dia..muda2 lg dah rosak macam pelacur..kalau korang semua nak jumpa dia pegi je dekat mana2 blub..mesti dia ada. dia ni nak famous je..sampai sanggup ambik gamba sendiri cium dan letak di internet..

    Jun 23, 2011 at 3:21 am

  13. adek

    kita xtwu kebenarannya,jdi kita xboleh mnyalahkn mana2 pihak.sekalipon nabil bersalah,kita xbleh nk mnghukum dye.setiap mnusia x lari dripada mlakukan kesilapan.biar tuhan sahaja yg tentukn ye..

    Julai 14, 2011 at 9:18 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers