Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

FILEM DUA ALAM; NAH! INILAH KUTIPANNYA!

Ini cerita mengenai kisah “gebang besar” Dato’ Dr. Rozmey atau panggilan manjanya DDR. Lihat gambar di bawah.

Jadi, apa pandangan kamu?

Di sini aku selitkan juga artikel dari Utusan Malaysia, hasil tulisan Syazwan Zakariah.

BANYAK pertanyaan yang bermain di fikiran saya sesudah menyaksikan 2 Alam. Hampir kesemuanya bermula dengan ‘kenapa’, baik dari segi jalan cerita dan pengarahan, sampailah kepada tahap keyakinan Dr. Rozmey bahawa filem ini mampu mengutip RM40 juta. Tidakkah dia sendiri menontonnya?

Filem 2 Alam memfokuskan kisah seorang penyanyi terkenal, Amy semasa hidup dan matinya. Dia sebenarnya seorang lelaki bernama Adam yang mengubah jantina semasa belajar di luar negara. Kehidupannya digambarkan penuh jahil dan maksiat, manakala apabila mati, jenazahnya berdepan azab tidak diterima bumi.

Seringkas sinopsis tadi, semudah itulah 2 Alam digarap. Bukan niat untuk memperkecil-kecilkan usaha Ed Zarith dan Hairie Othman, tetapi hanya inikah yang mampu dipersembahkan oleh dua orang pengarah? Seawal pembukaan, momentum filem ini sudah dibunuh. Penonton disogokkan dengan pembentangan slaid ala Microsoft Power Point yang bertanyakan bermacam soalan selama lebih dua minit!

Maaf Dr. Rozmey, kaedah untuk menjual ubat kurus tidak sama dengan cara bercerita di layar perak. ‘Zaman kegelapan’ Amy ditonjolkan berselang-seli dengan adegan persiapan mengkebumikan mayatnya. Tidak dinafikan sinematografi untuk babak-babak di kampung dihasilkan dengan dramatik dan teliti, tetapi sayangnya kosong tanpa isi.

Keindahan syot-syot itu tidak dibantu dengan dialog yang kuat. Kalau ada pun, bunyinya sangat klise dan pernah didengar dalam drama televisyen era 1980an. Sebagai contoh, “Sabarlah, ini takdir Tuhan. Sebagai orang Islam, kita harus terima qada’ dan qadar”.

Filem 2 Alam membulatkan sesuatu perkara dengan dangkal dan terus menghukum. ‘Dunia’ kampung digambarkan seputih-putihnya menerusi watak Ustaz, graduan dari Mesir. Dunia kota ditunjukkan sehitam-hitamnya dan penuh noda menerusi watak Amy, lulusan universiti di London.

Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.

Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik? Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak. Bercakap mengenai video muzik, terdapat satu adegan yang membuatkan saya keliru, sama ada mahu ketawa atau menggeleng-gelengkan kepala.

Ketika itu Amy dan kekasihnya, Juan baru berpisah. Kedua-duanya berjalan mengikut alunan irama perlahan sebelum bertembung, kemudian masuk ke dalam kolam renang dan menyelam. Apakah maksud dan kepentingan adegan ini?

Persembahan lakonan sangat menjengkelkan, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan pun jika skripnya sama taraf. Sebagai contoh, “Aku betul-betul tak sangka kita dapat rogol penyanyi popular!” dan “Memang you takkan jumpa lelaki yang handsome macam I dalam dunia”. Sebagai bintang utama, Suhailah Salam lebih banyak menangis daripada bercakap. Dia juga asyik berpesta dan berpeleseran; tidak kiralah di dalam tab mandi, kereta atau di atas katil.

Mana adegan yang membuktikan dia seorang penyanyi popular? Mana adegan yang menunjukkan dia dulunya seorang lelaki?

Mengapa konflik jiwa Amy/Adam tidak diselam?

Mengapa Amy mengamuk dan mahu bunuh diri bila akhbar mendedahkan dia tukar jantina, walhal apa yang terpampang di muka depan ialah “Pengakuan Amy: Saya seorang lelaki”?

Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja.

Penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian. Ada baiknya saya berhenti di sini. Saya tidak mahu disalahkan nanti jika ulasan ini boleh membantutkan impian Dr. Rozmey mencatat jumlah kutipan yang luar biasa.

p/s – DDR, baik kamu fokus pada JUS MATE 5 kamu…Tidak perlu masuk ke dalam bidang hiburan. Itu nasihat aku.

About these ads

10 responses

  1. desperadol

    hahaha…anti betol tuan punya blog dgn DDR…hehe..kesian die.marketing plan xjd tp jd bahan kutukan pulak

    November 25, 2010 at 10:02 am

  2. armadrafar

    DDR mengira wuntonggg…

    RM1.51juta- RM0.23juta= RM40juta…

    mungkin pelan dia bukan untuk perkenal kan filem…

    tapi cuma nak naik nama DR.Rozmey jadi satu jenama…

    tapi yang pelik walaupun teruk kena kutuk…

    dia tetap tersenyum….

    November 25, 2010 at 1:49 pm

  3. manoth

    ddr…selamt maju jaya!! ahaks!

    November 25, 2010 at 4:09 pm

  4. farahezwa

    terasa mahu pegi tonton

    November 26, 2010 at 4:27 am

  5. Tada Nama

    Kesian….sasaran dia terlalu OVER, x dapek na tlg…huhu
    tp bagus la walau kene kutuks tp ttp senyum..i loikes!! tu positif namanyer.
    hrp len kali kalo nak wat filem, pggil director yg hebat n script masuk akal so x la rugi melabur duit riban2 nk promo over2 pon x la rugi sgt. ni tgok smpi 80 lebih panggung tp dpt 200K+ jer…kesiannn. Sedekah lar duit tu sket kat saye hehehe
    n 1 lg incase na wat filem lg jgn la masuk muka awk tu skali, nmpak sgt GILER GLAMER…bknnye belakonpon….ader ker produser mana2 citer nak masuk gambar dia gak LOL!!!???

    November 28, 2010 at 3:12 pm

  6. cite mcm haram!!!!

    Disember 3, 2010 at 4:08 am

  7. suefareeza

    dermakan aje modal filem tersebut kepada orang yang memerlukan. atau taja saja orang yang ingin benar benar memerlukan JM5 tu

    Disember 8, 2010 at 6:42 am

  8. dr rose mi

    Huih..RM0.23 juta tu lebih kurang 550 juta rupiah..

    Disember 17, 2010 at 7:17 am

  9. flem ini amat-amat bermakna sekali bagi manusia diatas muka bumi,kerana ia memberi keinsafan pada diri kita semua.bertapa sukarnya untuk melepasi fasa pertama untuk kealam akhirat,

    April 15, 2011 at 1:53 pm

  10. iskandar

    aku nak ucpkn tahnih pd dr.-aku tgk promote dia tiap2 hri dlm surat kabar fuhhh..,ada kberanian mncuba satu y baru..,aku hrap apa y tjadi d jadikan panduan n pegajaran bguna..,sambutan x menggalakan tp ada gaya kesungguhan dri pda promosi2 dri filem lain..,smga bjaya dr

    Mei 15, 2011 at 5:24 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 817 other followers