Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Disember, 2010

ALHAMDULLILAH…AKHIRNYA SEMPURNA

Pada minggu yang lepas, pada hari yang sama, malam yang sama cuma tarikh dan masa yang berlainan aku menulis entri mengenai jiwaku yang sedang kacau, seperti tidak tahu apa akn berlaku. Aku asyik memikirkan soal akad nikah yang bakal aku alami pada selang dua harinya. Pada ketika itu cuma tuhan sahaja yang tahu akan gelora jiwa dan batinku. Tapi kini, aku sudah pun melalui “azab” itu. Aku berjaya melafazkan akad tersebut dengan sekali lafaz sahaja pada tanggal 25 Disember 2010 malam.

Alhamdulillah…akhirnya sempurna.

Menjadi seorang suami kepada seorang wanita yang bergelar isteri merupakan satu tanggungjawab yang besar pada hakikatnya. Tanggungjawab ini merupakan satu amanat yang telah diberi dan perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami. Sebenarnya dengan menikahi seorang wanita yang kita kasihi, maka telah sempurnalah keimanan seorang muslim atau sebahagian agamanya, Ini bertepatan dengan hadis Baginda Rasul.

Sebenarnya, apa yang aku alami ini juga bakal dan telah pun dilalui oleh kamu semua. Setiap lelaki, pasti akan merasainya, lainlah jika kamu lelaki yang berjiwa songsang seperti Azwan Ismail. Siapa Azwan Ismai? Sila kamu Youtube atau googlekan sahaja dan pasti kamu akan bertemu jawapan yang kamu cari itu. Perkahiwinan merupakan satu proses peralihan.

Peralihan apa?

Peralihan dari alam bujang ke alam rumah tangga. Itulah jawapannya.

Jika sebelum ini kita seorang diri, kini sudah berteman. Jika sebelum ini tidak ada rasa tanggungjawab yang berat, kini tanggungjawab perlu dipikul. Tapi perlu diingat, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ini berat sebagai contoh;

-Perlu patuh kepada perintah Allah dan Rasul

-Menjadi pemimpin kepada anak dan isteri

-Mengajar ilmu fardhu ain kepada anak dan isteri

-Memberi nafkah zahir dan batin

-Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada hli keluarga

-Bertanggungjawab membawa haluan keluarga mengikut lunas-lunas islam

-Berlaku adil dan tidak menzalami isteri

-Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan kepada rumahtangga

-Memastikan tidak berlaku kepada kemaksiatan dalam rumahtangga

Jadi rakan-rakan sekalian, doakan aku agar dapat memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya!

Aku dan isteri ketika malam berinai

Aku dan isteri ketika di hari persandingan

p/s – Doakan kebahagiaan kami berdua. Amin…..


BAKAL TAMAT ZAMAN BUJANG…TANGGUNGJAWAB LEBIH BERAT!!!

Sehari, dua lagi aku bakal memikul tanggungjawab yang besar dalam hidup. Rasa macam tidak percaya dan juga seperti masa ini berlalu begituan pantas. Sepantas cahaya! Aku bakal menjadi seorang suami buat seorang wanita dan aku bertanggungjawab sepenuhnya kepadanya. Aku bakal menikahi seorang wanita yang bakal menjadi teman hidupku untuk ke akhir hayatku. Ya….nikah.

Inilah yang berlegar-legar di dalam benak fikiranku dua, tiga hari ini. Mampukah aku? Jika tidak mampu, masakan segala-galanya sudah tersedia, tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Jadi…nikah sahaja…bukankah nikah itu sunnah nabi, junjungan besar kita Muhammad S.A.W? Ini amat bertepatan dengan Sabdanya yang bermaksud;

“Nikah itu adalah sunnahku, maka barangsiapa kepada sunnahku, ia bukanlah dari kalangan umatku”

Sabdanya lagi.

“Berkahwinlah kamuu akan perempuan-perempuan, kerana sesunggunya perempuan-perempuan itu boleh mendatangkan keberkatan kepada harta”

Nikah juga adalah untuk mengelakkan zina yang kini semakin berleluasa dan dengan berlakunya nikah segala yang haram akan menjadi halal dan ini juga ada difirmankan oleh Allah S..W.T di dalan Surah Al-Israa’ ayat 32 yang membawa maksud.

‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan kejidan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”

Aku berharap, agar aku dan si dia akan kekal bersama hingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan pernikahan kami akan diberkati oleh Allah S.W.T hendaknya dan aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa ku kerana telah bersusah payah dan berhempas pulas dalam segala hal untuk menjayakan majlis yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Juga jutaan terima kasih kepada ahli keluargaku (adik beradikku) dengan segala komitmen yang diberikan mudah-mudahan kita semua akan hidup dalam suasana yang harmoni dan bahagia hendaknya.

Destinasi percutian tidak diputuskan lagi, tapi untuk jangka masa pendek dan terdekat mungkin mahu ke Cameron Highland dan mungkin selepas kenduri di tempat aku pada Januari nanti akan pergi jauh sedikit. Sabah atau Sarawak ke Melbourne? Lihatlah……

p/s – Mahu tulis entri berat, aku punya otak sudah tidak berapa mampu nak berfikir. Doakan agar dipermudahkan ketika berakad aku dan jumpa di lain entri.


REHAT

Rehat bentar……………………….

p/s – Rehat dan sedang buat kajian

 


BERANI MENGAKU GAY

Ini aku dapat dari pembacaan aku di Metro Ahad selepas mendapat makluman dari seroang rakan di Facebook. Seorang Melayu Islam, berumur 32 tahun dengan suka hati dan suka rela mengaku dirinya adalah seorang pelaku seks songsang. Beliau mengaku dirinya seorang gay. Kamu baca dan mungkin esok lusa aku akan beri ulasan aku.

Sila klik di sini untuk melihat video rakaman mamat gay ni di Youtube.

- – - – - – - – - – -PPPPffffttttttt – - – - – - – - – -

KUALA LUMPUR: “Saya….., umur saya 32 tahun. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk meyakini diri saya seorang gay dan akhirnya saya berani menyatakan saya seorang gay kepada orang lain,” demikian antara luahan ‘berani mati’ seorang lelaki dalam rakaman video pendek di YouTube yang turut tersebar di beberapa laman web lain.

Video bertajuk It Gets Better In Malaysia: ‘Saya Gay, Saya OK’ dengan durasi 2.42 minit itu dihasilkan oleh ‘Seksualiti Merdeka’ sebagai kempen untuk golongan seperti gay dan lesbian.

Ia mula disiarkan di YouTube Rabu lalu. Lelaki itu adalah seorang daripada peserta kempen berkenaan. Perbuatan umpama ‘menjolok sarang tebuan’ itu ternyata menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk negara ini, terutama yang beragama Islam.

Di YouTube saja, setakat semalam, lebih 38,000 orang sudah menontonnya dengan lebih 600 komen diterima, kebanyakannya mengutuk penyiaran video pendek itu. Selain mengaku gay, lelaki terbabit antara lain mengakui agak sukar untuk menjadi seorang gay di negara ini kerana faktor agama dan budaya.

“Memang tidak dinafikan agak sukar untuk menjadi seorang gay di Malaysia lebih-lebih lagi kita seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membidas pengakuan lelaki itu.

“Jika dia sedar dirinya seorang Islam dan berbangsa Melayu, dia tidak seharusnya membuat pendedahan sebegitu rupa. Hakikatnya, dia menjatuhkan maruah sendiri dan merendahkan diri secara khas dan Islam secara umumnya.

Di Alor Setar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang, termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Beliau berkata, kegiatan tidak sihat itu perlu dipantau dan diambil tindakan tegas kerana perbuatan kumpulan terbabit boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan dikhuatiri ramai di antara mereka yang lemah pegangan agama mudah terpengaruh,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Antarabangsa HR Marketing dan Jom Cegah Dadah, semalam.

p/s – Teringat kisah umat Nabi Lut A.S


ENDIK BIL. 10; VIETNAM KENA BENAM LAGI!!!

Gambar hiasan; tiada kene mengena dengan barisan pemain yang bermain sebentar tadi (sebilangannya ada bermain)

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi untuk layak dengan agregat 2-0.

Walaupun kita layak ke pusingan akhir tapi pada aku kita tidak menang dengan bergaya. Kenapa?

Seharusnya Malaysia sebentar tadi sudah pun dapat menyumbat sekurang-kurangnya 3 biji gol tapi sayang. Pemain-pemain seperti terlalu berhati-hati dan yang paling mengecewakan, kenapa Amri Yahyah tidak merembat terus ke gawang gol? Kenapa perlu tunggu bola? Kenapa?  Di mana ketangkasan dan keberanian Amri Yahyah yang begitu baik corak permainannya sebelum ini dengan menyumbatkan 2 gol pada pusingan awal yang lalu melalui tandukan? Mana kemahiran itu wahai Amri? dan kenapa barisan penyerang kita begitu tumpul? Adakah “penyakit keturunan” kembali menyerang jiwa setiap pemain?

Walaupun Vietnam kurang seorang pemain akibat dari aksi lakonan terbaik dari si pondan (baca; menangis teresak-esak selepas diberi kad merah dan di halau keluar padang) dan ada juga ketika Vietnam bermain dengan 9 orang sahaja iaitu pada saat seorang dari pemain mereka cedera dan terpaksa diletakkan di luar padang seketika untuk mendapatkan rawatan dan pada masa itulah peluang untuk menjaringkan gol dan menguasai permainan begitu luas buat Malaysia, tapi kita tidak memanfaatkan peluang keemasan itu! Malah dengan kekurangan pemain pada ketika itu Vietnam terus-terusan menyerang dan terus menyerang hingga beberapa kali mendapat tendangan percuma. Tapi kita bernasib baik kerana mempunyai seorang penjaga gawang yang bermutu tinggi, Apek a.k.a Jepun. Kalau tidak, sudah berapa biji gol dah disumbat. Barangkali lebih dari lima biji.

Lagi, kenapa kali ini bila dilihat taktikal dan corak permainan agak kelam kabut. Kita sentiasa diasak dan terus diasak hingga ke garisan pertahanan dan beberapa kali juga terdapat percubaan merbahaya dari Vietnam menyentuh gawang gol kita. Tapi, di dalam kekalutan itu barisan pertahanan dapat memberikan clearance bagi menyelamatkan suasana tegang. Memang barisan pertahanan harus dipuji terutamanya Kuna yang berstamina tinggi dan Asrarruddin yang sentiasa menjadi tembok penghalang yang bagus. Persoalannya, kenapa setiap kali bola dimuntahkah keluar bola tersebut seperti tiada hala tuju. Entah ke mana bola itu dituju dan kerap kali bola yang dikeluarkan, yang kononnya ke kawasan selamat jatuh kembali ke tangan Vietnam! Kenapa kita tidak melakukan counter attack yang berkualiti? Seharusnya, kita perlua melakukan serangan balas dan terus memberi penangan kepada penjaga gawang Vietnam memandangkan ramai pemain-pemain mereka berkampung di kawasan tengah dan pertahanan kita!

Tapi, apa pun….Malaysia layak ke pusingan akhir. Syabas dan tahnniah! Harap-harap kita dapat menjuarai Piala Suzuki AFF ini! Malaysia Boleh!

p/s -  Baik lepas ni tukar corak kepada attacking!


ENDIK BIL. 9; GANYANG VIETNAM

Hari ini, sekali lagi seluruh rakyat Malaysia bakal berdebar-debar. Tentu emosi terganggu dan mungkin juga ada yang bersikap acuh tak acuh dan tidak kesah akan perlawanan bola sepak semi final pusingan ke dua di Vietnam pula. Pastinya ribuan rakyat Vietnam akan mengunjungi dan memenuhkan stadium Nasional My Dihn bagi memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada pasukan kebangsaan mereka. Itulah yang kita lakukan pada malam Rabu lepas, beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil. Bertempik, bersorak, meraikan kemenangan 2-0 apabila skuad Malaysia membaham dan membenam Vietnam.

Kali ini, isunya berbeza. Skuad bola kita pula ke sana untuk bertarung dan sudah pasti dengan suasana yang berbeza pastinya sedikit sebanyak akan menggugat semangat juang Harimau Malaya. Aku harap mereka dapat mempamirkan persembahan yang baik dan seterusnya membelasah Vietnam buat kali ke dua di tempat sendiri di depan penyokong mereka sendiri! Itulah harapan jutaan rakyat Malaysia kepada skuad bola sepak kebangsaan.

Gol awal pastinya akan menjadi penentu dan itulah sasarannya bagi melayakkan kita untuk ke pusingan akhir nanti. Harap-harap Rajagobal akan mengetengahkan strategi yang betul, dan percaturan pemain yang mantap sebagai benteng dan barisan hadapan untuk menghadapi jentera penyerang Vietnam yang boleh dikategorikan sebagai licik. Apa pun, pemain-pemain mempunyai tugas yang berat dan perlulah sentiasa beringat bahawa walaupun kita sudah mendahului dengan 2 gol di depan Vietnam, itu bukanlah laluan mudah untuk ke pusingan akhir.

Ganyang Vietnam!!!

p/s – Hoben jang hoben!!!


ENDIK BIL. 8;MERAPU TIDAK BERKESUDAHAN

Sejuk dan dingin. Hujan dari tadi tak henti-henti. Mata yang merah ni, tak mahu pulak melelapkan dirinya. Aku jadi buntu. Mahu carut yang bukan-bukan. Mahu karut yang ada-ada. Lap top sudah beberapa kali di on dan di off. Bosan sahaja aku off. Kordu tiba, aku on-kan kembali. Kalau boleh bersuara si Lap top ini, pasti sudah dicarutkan aku ini berkali-kali. Mahu disumpah seranahnya aku berulang-ulang. Tapi, aku boleh kilas balik dan berkata.

“Siapa tuan, aku….ke kao?”

Pasti si Lap top diam seribu bahasa tidak berkata-kata. Aku ini tuannya, jadi bertindaklah mengikut arahan. Jika “dia” bising-bising lagi, aku ungkapkan ini pula.

“Mahu kena jual?”

atau

“Nak kena bakar?”

mungkin juga aku boleh pakai ayat ini

“Apa kao mahu aku sedekahkan diri kao pada masyarakat di Pos Dipang?”

Pasti kali ini “dia” terus senyap dan akur menurut perintah. Jadi, aku terus tekan papan kekunci mahu hasilkan satu entri berat. Tapi, niat itu terpadam begitu sahaja ibarat telah dicuci menggunakan cairan pencuci Vanish. Jadi, terhasilah satu entri yang tidak berkualiti dan memualkan. Entri kosong nan empti. Inilah entrinya. Entri yang kamu baca ini. Tiba-tiba aku gatal tangan mahu hidupkan tv dan muncullah rancangan Melodi!

“Eh, Yuna dah makin putih!”

p/s – Penangan Librease barangkali!!!


SENIBINA PUTRAJAYA – ILLUMINATI DAN FREEMASON???

Aku sebenarnya amat meminati teori konspirasi sama ada yang digarap dari eropah mahu pun dari masyarakat muslim sendiri. Aku yakin ramai yang tidak tahu mengenai benda alah ini dan tidak kurang juag yang mencemuh dan menheji mengenai teori ini dengan mengatakan pendokong-pendokong teori ini adalah jumud, tidak bertamadun, mereka-reka cerita dan tidak kurang juga mengatakan yang semua ini berlaku cuma kebetulan. Lngtaklah….

Banyak juga buku-buku yang aku baca mengenai teori konspirasi terutamanya buku karangan Omar Zaid berjudul The Hand Of Iblis  “The Hidden Hand of The New World Order”. Kebanyakkan teori konspirasi akan mendedahkan perancangan-peranacangan dari beberapa pertubuhan sulit seperti Illuminati, Freemason, Skull and Bone serta beberapa kultus yang lain-lainnya.

Tapi dengan pendedahan yang terbaru ini, di bumi tanah tumpahnya Malaysia ini aku bagaikan tidak percaya. Jadi, silakan baca….

 

cid:C966D5A4D3AB4FFD947AD3F545616E59@pne.electric

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.

Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.
Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.

Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..

cid:5EB0A6FC7FCC4F06B001922A6443D5A5@pne.electric

cid:49546DAA85DF4F1DBF779939C87329E9@pne.electric
Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Sila klik link di bawah untuk bukti.

http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross

cid:C877580DD56541A1B2383C49EE7A4BE8@pne.electric
Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya. Cuba bandingkan gambar Vatican City dan Putrajaya di bawah.

cid:47981284B8054053B38387F60312A1C8@pne.electric
Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar..di Alamanda Putrajaya

cid:EF57915091C7438BB0986BBDC8960EB8@pne.electric

Presint 5, Putrajaya….lihat bawah


cid:4B1E680380F64240925A5A2B53CB5C47@pne.electric

Lihat pula yang ini, lagi jelas matanya…lihat bawah.


cid:EC59926EE6074410A1C9EC48CF73A275@pne.electric
Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?


cid:C966D5A4D3AB4FFD947AD3F545616E59@pne.electric
Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima. Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

p/s – Sebenarnya aku menerima maklumat ini dari email, jadi aku kongsikan bersama-sama kamu semua dan marilah sama-sama berfikir, adakah wujud “the hidden hand” di Malaysia? Adakah “the hidden hand” mengawal Malaysia?

Wallahu’allam.


FILEM HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH…MASYUK!!!

Aku berkesempatan menghabiskan masa untuk menonton filem terbaru arahan Mamat Khalid. Memang pecah perut dan dari info yang aku terima serta dari catatan yang tertulis di mana-mana blog menyatakan yang filem ini memang kelakar dan boleh dikatakan sekelakar filem Nangkung (dengar-dengarnya filem ini hampir pecah RM 10 juta menurut kata David Teo, betul atau tidak sama-sama kita dapatkan kesahihannya, tiba-tiba aku teringat filem 2 alam DDR….apa cita?)

Setelah agak terpengaruh dengan beberapa ulasan dari rakan-rakan yang menyatakan filem ini kelakar dan boleh membuatkan tidak kering gusi, aku dengan langkah drastik terus bergerak ke pawagam yang berdekatan dan akhirnya tertunailah sudah hajat tersebut. Bagi aku filem ini, memang kelakar dan juga terdapat beberapa pandangan dan kritikan sinis yang pedas sama ada tersirat dan tersurat digarapkan oleh pengarah filem tersebut. Tidak dinafikan juga ada beberapa babak-babak kelakar yang tidak masuk akal! tapi yang tidak masuk akal itulah yang kelakar! Aku ambil contoh si Johan Raja Lawak buang air besar sambil dengar radio! LOL!

Penggunaan loghat Perak dalam filem ini amat bertepatan sekali memandangkan lokasi penggambaran yang dibuat di Perak, kalau tidak silap aku di Kuala Kangsar (Kalau salah, sila maklumkan ok!) dan sedikit sebanyak penggunaan loghat tersebut amat menarik, kelakar dan juga menarik! Moga filem ini berjaya dan dapat meraih banyak kutipan.

Jadi, aku syorkan kepada kamu semua untuk menonton filem ini. Disini aku sertakan sedikit info berkaitan filem ini. Silakan baca.

- – - – - – - – PPPPffffftttttt – - – - – - – - -

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Awie dan Johan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah 

Awie dan Johan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Hantu kak Limah tengah nyanyi enjit-enjit semut 

Hantu kak Limah tengah nyanyi enjit-enjit semut

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’

- – - – - – - – - -PPPPffffttttttt – - – - – - – - – -

Ini ulasan dari Utusan Malaysia, tulisan dari saudara Syazwan Zakariah.

SAYA tidak sangka akan ketawa terbahak-bahak semasa menyaksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seperti kebanyakan orang, saya juga selalu skeptikal terhadap sekuel, apatah lagi Zombi Kampung Pisang tidak termasuk dalam senarai filem kegemaran.

Bagaimanapun, saya tidak melihat Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai sebuah filem sambungan. Ia hanya menggunakan watak dengan latar yang sama, tetapi masih mampu berdiri sendiri. Penonton tidak perlu mengingati peristiwa daripada Zombi Kampung Pisang atau menontonnya terlebih dulu.

Selepas dua tahun meninggalkan Kampung Pisang, Husin kembali untuk menebus kesilapan lalu. Motorsikal besar menjadi simbol dia sudah stabil dari segi kewangan dan mahu meminang Cik Nin, kekasih yang ditinggalkan.

Kepulangan Husin menimbulkan ketegangan. Pertama, kerana Pak Jabit masih menyimpan dendam terhadapnya yang mempermain-mainkan perasaan Cik Nin. Kedua, kerana dia menghebahkan kepada orang kampung bahawa jiran sebelah rumahnya, Kak Limah sudah menjadi hantu.

Penampilan Kak Limah yang tidak serupa orang – rambut mengerbang, muka pucat lesi dan suka bersendiri di tempat gelap – memang mampu membuatkan sesiapa saja lari. Dalam menyelesaikan kegemparan itu, Husin juga bertemu jawapan yang dicari tentang jodohnya dengan Cik Nin.

Filem ini meneruskan stail humor Mamat Khalid yang secara dasarnya merapu, tetapi berjaya mengundang gelak. Lawaknya kelihatan mudah, kena pada sasaran, dalam masa sama berlapiskan sindiran dan parodi.

Mamat mempunyai kemampuan untuk memberikan jenaka dalam dua nada sekaligus iaitu ringan dan gelap. Penonton mempunyai pilihan sama ada mahu relaks dan terima lawaknya itu bulat-bulat, atau cuba membaca mesej terselindung yang ingin disampaikan.

Misalnya, kehadiran pawang Indonesia dan Siam yang dipanggil untuk menghalau hantu Kak Limah. Sedang penonton ketawa digeletek dengan adegan-adegan lucu, Mamat sebenarnya mahu memberitahu tentang sikap kita yang lebih mempercayai ‘kehebatan’ orang luar, sedangkan ia belum tentu berhasil.

Babak Husin menyanyi kepada Cik Nin ala MTV juga dibikin tanpa rasa menjengkelkan. Ia ibarat satu penghargaan kepada filem-filem Melayu era 1970an yang suka menyanyi di tengah-tengah cerita.

Mamat mampu menghasilkan komedi sedemikian tanpa membuatkan penonton meluat atau terasa diperbodoh-bodohkan. Dia mungkin mahu kita ‘belajar’ untuk mentertawakan diri sendiri dan itu tidak salah.

Kalaulah di Malaysia ada anugerah Persembahan Berkumpulan Terbaik (Best Ensemble Cast) seperti di Screen Actors Guild, saya percaya barisan pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah layak memenanginya.

Lakonan kaku untuk watak Wan Kaswi pun boleh dimaafkan kerana dia didampingi persembahan selamba daripada bintang lain.

Shy8 sebagai Usop, bekas penari kebudayaan yang sekadar tempelan dalam Zombi Kampung Pisang sangat menyerlah kali ini. Dia berjaya mencuri tumpuan yang sama, yang diberikan penonton kepada pemain yang lebih popular seperti Awie, Johan Raja Lawak dan Zami Ismail.

Begitu juga dengan Man Kadir sebagai Pak Jabit yang lakonannya sangat asli dan Delimawati sebagai Kak Limah yang tidak perlukan dialog, tetapi masih kelakar seram. Mamat membuka ruang kepada pelakon-pelakon underdog menonjolkan bakat mereka yang selama ini dipinggirkan.

Setiap watak dan kesinambungan babak bergerak dengan baik. Malah, penamat filem ini juga menimbulkan intrig yang berkesan, sesuai dengan hajat Mamat yang mahu membikin sebuah lagi sekuel. Watak Ayu yang hanya muncul sekali-sekala itu sebenarnya sangat penting untuk filem akan datang.

Saya tidak sangka akan ketawa terbahak-bahak semasa menyaksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seperti kebanyakan orang, saya juga mahu menontonnya sekali lagi dan filem ini termasuk dalam senarai filem kegemaran.

- – - – - – - – - PPPPffftttttt – - – - – - – - – -

p/s -  Dari pembacaan aku di internet, dengar-dengarnya pada hari pertama sahaja filem ini ditayangkan ia telah berjaya mengutip RM 1 juta. Bayangkan sahaja jika semua sit telah fully booked dan ada juga yang terpaksa pulang dengan kehampaan. Makluman dari teman rapat pula mengatakan sewaktu beliau menonton filem ini diwaktu malam (baca; midnite movie) semua sit didapati penuh hingga di depan skrin. Bayangkan!


ENDIK BIL. 7;MALAYSIA BENAM VIETNAM 2-0!!!

Tahniah pasukan Malaysia kerana menampilkan kesungguhan dan semangat keperwiraan dengan membenam Vietnam hingga terbenam dan tertanam. Barisan pemain dari penyerang, midfield, tengah, pertahanan dan penjaga gawang mempamirkan prestasi yang baik dan memuaskan dan aku pasti Rajagobal dapat menarik nafas lega apabila skuad pimpinannanya itu berjaya mengalahkan Vietnam. Tidak seperti di episod pembukaan yang lalu apabila skuad Malaysia dikantoikan oleh Indonesia 5-1. Satu tragedi yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh sebahagaian besar rakyat Malaysia, peminat-peminat dan penyokong skuad Malaysia.

Tapi, yang berlalu….biarkan berlalu. Mulakan buku baru dan kini Skuad Malaysia dengan bergaya mengikat kedudukan 2-0 hingga menyebabkan suasana stadium Bukit Jalil bagaikan pesta apabila kesemua penyokong Malaysia bersorak gembira. Gegak gempita stadium dibuatnya!

Bagus, dan kekalkan momentum ini untuk menundukkan Vietnam buat kali ke dua ketika di Hanoi nanti dan pastikan kejayaan yang sama dapat diulang buat ke sekian kalinya hingga ke perlawanan akhir dan seterusnya menjulang piala berprestij itu.

Tahniah, tahniah dan tahniah.

Tapi, jangan kamu alpa dan leka. Buruk padahnya!

p/s – Hoben jang Hoben!!!


ENDIK BIL. 6; PROTON SAGA FL

Nampaknya Proton telah tampil dengan facelift baru bagi Proton SAGA, selepas baru sahaja melancarkan Proton Inspira. Proton SAGA FL itulah dia, dengan mensasarkan untuk menjual 6,500 unit sebulan. SAGA kali ini menampilkan ciri-ciri lebih menarik. Sejak pelancarannya pada Januari 2008, dan berada di di pasaran sejak dua tahun yang lalu jualan SAGA meningkat ke kedudukan kedua model terlaris di Malaysia dengan jualan purata bulanan 6,200 unit.

Sehingga Oktober, Proton menjual kira-kira 204,150 unit dan menerima 245,030 tempahan. SAGA Facelift baru itu tampil dengan dua varian, iaitu, 1.3 Standard dan 1.3 Executive, kedua-duanya dalam transmisi manual dan automatik. Harga 1.3 Standard manual berharga RM37,998 manakala 1.3 Executive automatik berharga RM43,298.

Saga Facelift itu tersedia dalam enam warna dan menampilkan reka bentuk dapra baharu, tukup, lampu puncak, gril depan, bampar depan dan belakang dan cermin sisi yang menggabungkan isyarat LED. Model eksekutif, antara lainnya, menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan baharu keluli aloi, spoiler belakang dan acuan pelindungi sisi bagi menjadikannya ia kelihatan lebih sporty.

SAGA FL boleh didapati dengan warna; Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Granite Grey and two new colours Blue Rock and Café Latte. Untuk mendapatkan SAGA FL ni, tak susah….duit booking cuma RM 500 dan jika kamu mahu melihat dengan lebih dekat bagaima rupa bentuk SAGA FL yang baru, ianya boleh dilihat dikesemua PROTON Showroom diseluruh negara. Tetapi jika di Labuan, SAGA FL hanya kan dipertontonkan pada 17 Disember ini. SAGA FL didatangkan dengan 3 tahun waranti atau 100,000 km (yang mana datang dahulu).

Lihat gambar dibawah, gambar didapati dari Pultan.org.

p/s – Cun jugal SAGA FL ni!!!



ENDIK BIL. 5; HARAP SKUAD MALAYSIA BENAM VIETNAM

Malam ini penentuan buat skuad bola sepak kita. Penentuan untuk ke pusingan akhir. Penentuan bagi hala tuju skuad bola sepak kita. Juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur atau tanda aras bagi mengukur prestasi pasukan bola sepak kita. Terjualnya 22,000 keping tiket menggambarkan betapa besarnya harapan bagi rakyat Malaysia yang jelas menyatakan sokongan padu buat pasukan kita. Jadi, jangan hampakan mereka!!!

Jualan tiket hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil menampakkan kesungguhan ketara di kalangan penyokong berbanding hari pertama apabila ramai antara mereka sanggup datang walaupun dalam waktu bekerja. Berdasarkan pemerhatian, ramai antara peminat menghantar wakil untuk mendapatkan tiket kepada rakan-rakan yang lain.

Skuad Malaysia, ini harapan aku dan juga harapan bagi setiap rakyat Malaysia…..

Berjuanglah bermati-matian hingga ke titisan peluh yang terakhir. Patahkan setiap serangan balas lawan dan jangan biarkan asakan dari team serangan mereka menerobos hingga ke gawang gol. Team pertahanan negara buatlah benteng atau tembok penghalang yang besar umpama Great Wall of China, jangan biarkan walau sebiji bola menyentuh ruang penalti kita. Ledakkanlah gol seberapa banyak yang boleh agar mereka tahu skuad kita bukan hanya jaguh kampungan….

dan…

Jangan dibiarkan “penyakit keturunan” (baca; syok sendiri, lupa diri dan memandang rendah lawan ketika menguasai perlawanan) terus mencengkam setiap jiwa pemain. Tolonglah benam Vietnam!!!

p/s – Hoben jang Hoben!!! Ganyang Vietnam!!!

 


KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU, TETAPI…

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi

kamu tidak bersyukur padanya… kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah , kereta dan sebagainya… tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

amu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman temanmu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi…

Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

 

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud ‘Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’. Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan perkara di atas, tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima? Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud ‘Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang’. Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

p/s – Solat itu tiang agama!

 


ENDIK BIL 4; AHMAD DHURAH

“Malam ni aku nak tengok Ahmad Dhani”….kata si A yang begitu beriya-iya.

“Aku tak pernah tengok cerita tu, orang kata cerita tu best…layan dan menyentuh perasaan!”….katanya lagi.

Aku tidak menidakkan juga tidak mengiyakan kata kawanku itu. Tapi, apa yang aku tahu…seperti di layar TV tidak ada drama, sinetron, telenovela mahupun slot-slot samarinda, akasia dan sewaktu dengannya tidak ada drama yang bertajuk Ahmad Dhani….dan ya! bukankah Ahmad Dhani nama seorang penyanyi popular di Indonesia atau, adakah aku ketinggalan maklumat tentang adanya drama tv yang baru dan berkemungkinan besar bertajuk “Ahmad Dhani”. Yang aku tahu drama yang masih bersiaran sekarang ini menggunakan nama Ahmad di depannya cuma “Ahmad Dhurah” saja!

Jika tidak silap aku, jarang sekali syarikat penyiaran memaparkan drama-drama yang menggunakan nama lelaki. Jika tidak silap aku, adalah dalam tiga drama yang menggunapakai nama lelaki contohnya, Ahmad Dhurah, Ayoub, dan…..err….Asmara!!

Asmara tu nama lelaki ke?

“Wei…..apa cerita yang kao nak tengok malam ni? bukanke kao ni tak suka drama melayu ?”…aku memulakan bicara kembali selepas berfikir panjang

“Ahmad Dhani…..dah berapa kali daaa aku cakap kat kao”… si A mula merungut

“Siapa pelakon dia sampai buat kao berkobar-kobar dann tak sabar-sabar nak tengok”…aku bertanya kembali untuk re-confirm adakah drama yang dimaksudkan itu mempunyai barisan pelakon seperti drama Ahmad Dhurah.

“Ok….kalao tak silap aku….pelakonnya Faizal Tahir!”…jawan si A meyakinkan.

“……….pulak, ada pulak si Faizal Tahir berlakon?…….” getus dalam hati kecilku

Sah dan terang lagi bersuluh sama ada aku yang terlepas info atau si A yang buta hiburan malaya ni saja-saja bikin kontrovesi. Jadi berakhirlah perbualan ringkas aku dan kawan aku pada petang itu.

- – - – - – - – PPffttttt – - – - – - – -

Malam yang dingin dan sejuk. Tiba-tiba handset yang tak berapa nak canggih aku berbunyi.

“Ada mesej masuk la pulak………”

Dengan bermalas-malasan aku bingkas bangun dan ambil handset yang tak berapa nak canggih aku. Aku bukak inbox dan terpacul nama si A! Aku buka mesejnya dan ringkas mesej yang ditulisnya. Kurang dari 7 patah perkataan.

“Ahmad Dhurah…bukan Ahmad Dhani”

Aku pun balas kembali. Juga cukup ringkas. Kurang dari 3 patah perkataan.

“HAHA”

p/s – Hahahaaaaaa!!!


FACEBOOK ; RUANG PEJABAT YANG SUPER KOOL!!!

Ok, sebelum ini aku ada dedahkan bagaimana betapa best dan hebatnya pejabat-pejabat syarikat-syarikat gergasi dan tidak berapa gergasi. Mereka punya ruang pejabat yang cantik, menarik dan cukup untuk memotivasikan pekerja-pekerja mereka untuk tekun bekerja hingga tidak mahu pulang ke rumah! Untuk bacaan lanjut, boleh baca di sini. Sungguh super koll ruang pejabat mereka!

Ok, kali ini aku nak membawakan kepada kamu satu lagi ruang pejabat yang super kool. Bagi aku, konsep ruang pejabat sebegini rupa tidak jauh dari konsep ruang pejabat Google yang tersangatlah super-super kool! Mari saksikan ruang pejabat facebook ini.

Buat masa kini, pejabat Facebook telah berpindah ke kawasan Palo Alto, CA dan mereka telah menjadikan ruang pejabat sebesar 150,000 kaki persegi sebagai ruang pejabat mereka yang sebelum itu telah digunakan dan menempatkan Agilent Technologies. Kebanyakkan ruang pejabat asal telah diubahsuai bagi mengikut kehendak dan kegunaan Facebook kini.

Ruang pejabat dan layoutnya telah direka oleh Studio o+a di mana pada awal proses mereka bentuk ruang pejabat ini, syarikat pereka bangunan ini telah menjalankan beberapa sesi temubual dengan kakitangan facebook. Mereka ditanya apakah yang dapat membantu produktiviti kerja, apakah yang akan dapat untuk meningkatkan semangat dan pengalaman bekerja bagi menjadikan sesuatu output itu lebih berkualiti dan produktif. Jadi, di sini, pekerja-pekerja facebook telah bekerjasama dengan syarikat rekaan dalaman bangunan yang telah dilantik bagi merekacipta dan membentuk satu suasana yang diinginkan oleh pekerja bagi memotivasikan mereka ketika bekerja nanti. Oleh kerana terdapat begitu banyak division, jabatan dan unit yang berbeza-beza, mereka telah mewujudkan satu ruang interaksi yang kecil di antara unit-unit ini dan setiap unit juga mempunyai ruang lay out yang berbeza. Ini adalah untuk mewujudkan identity unit masing-masing dan menjadikan unit-unit ini lain dari yang lain. Unik!

Facebook begitu komited untuk mengekalkan pekerja-pekerja mereka dan mengelakkan “brain-drain” beberapa cara dan langkah telah dipraktiskan sebagai contoh menyediakan hidangan yang berkualiti dan lazat secara percuma, makanan ringan, minuman dan lain-lain keperluan kakitangan telah disediakan di pantry mereka. Untuk mewujudkan satu kondisi syarikat yang kuat, kukuh dan mapan untuk jangka masa panjang, mereka juga mempraktikkan dan menggalakkan kakitangan mereka untuk menconteng di dinding yang disediakan. Contenglah idea-idea gila, artwork yang menarik dan ubah suailah ruang pejabat dengan cara mengalihkan setiap perabot yang disediakan mengikut citarasa sendiri! Lihat, bagaikan pejabat itu pekerja yang punya!

Jangan tidak tahu, ada juga pekerja yang mengalihkan perabot pejabat yang mereka rasakan perlu untuk bertukar selera ke dalam pejabat Mark Zukerberg dan ada juga pekerja yang mencabarnya untuk bermain ping pong! Sempoi bukan!

Jika di Malaysia? Bagaimana ruang pejabatnya dan bagaimana pula dengan bos-bos kamu ? Baru naik grade sudah tinggi hidungnya bukan??? Apa pendapat kamu??

p/s -  Baru naik grade 44 dah kerek!

 


DAKYAH FREEMASON, RANCANGAN HIBURAN REALITI & HUB PUSAT HIBURAN

Di dalam Protokol Freemasonry, ayat ke 13 yang disusun oleh Zionisme Brazil berbunyi

Untuk mencegah mereka (orang-orang Goyim) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan, seperti permainan judi, pesta hiburan, pesta seks, dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping itu, kita memuatkan iklan-iklan dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, olahraga dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama kelamaan akan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mengganggu gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain.

Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menukilkan kata-kata seorang pimpinan Freemasonry di dalam kitabnya Hukmu Wasa’ilil I’lam

Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita Berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama

Seorang pemimpin Imprealis berkata

Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhmmad dengan berkesan berbanding seribu laras meriam. Maka, untuk itu, tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik

Di dalam kitab Aqabat az Zawaj, Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menukilkan kata-kata cendekiawan Zionis :

Kita hendaklah bekerja keras untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Oleh itu, barulah memudahkan penjajahan kita. Sesungguhnya Farwid (Seorang Yahudi) dari kalangan kita, dan dia akan menyebarluaskan hubungan seks di bawah cahaya matahari, supaya menghilangkan apa-apa yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Maka, keinginannya akan meninggi, iaitu keinginan seksnya akan meningkat. Ketika itulah hancurnya akhlak.

Ustaz Abdullah Nasih Ulwan mengulas tentang perkara ini

Maka, daripada kata-kata ini, jelaslah bahawa sesungguhnya Yahudi, Freemasonry, Sosialis, Solibiah, Kristianisasi, dan Imprealis sentiasa berbincang, bersepakat dan bekerjasama untuk merosakkan masyarakat Islam dengan cara menghidangkan arak, seks, teater, majalah, surat khabar, rancangan TV, radio, memasarkan buku-buku, serta menerbitkan filem-filem dan drama-drama. Sesungguhnya mereka telah mencapai matlamat mereka yang buruk lagi jahat.

- – - – - – - — PPPPfftttttt – - – - – - – - – -

Di entri sebelum ini aku ada menulis mengenai betapa ramainya umat islam di dunia serta program hiburan realiti yang begitu banyak di ketengahkan di Malaysia. Jika mahu tahu lebih lanjut boleh baca di sini. Oleh itu tidak perlulah aku huraikan lebih panjang apa dia program-program realiti yang telah diterbitkan itu. Bagi aku, program-program ini lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ini juga merupakan salah satu cara musuh islam mahu menjatuhkan dan melemahkan umat islam! Lihat sahaja protokol freemasonary di atas dan kemudian fikirkannya kembali.

Apapun, bagi aku program-program realiti sebegini kalau dihentikan lebih berfaedah,sebab ianya tidak bersifat mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang melayu berangan dan dan terus berangan. Kerajaan perlu lebih peka,berperanan dan memantau program-program realiti sebegini sebenarnya,sebab kesan dari segi sosialnya pada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang dimana budaya kebaratan dan kepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.

Asasnya hiburan itu adalah muzik dan filem,jika ianya bersifat mendidik dan membuat kita berfikir halallah hukumnya,tapi jika melalai dan melekakan atau membengapkan pemikiran maka haramlah hukumnya.Hingga kini aku tidak tidak nampak apa faedah yang masyarakat akan dapat dari program cedokan dari Barat atau pun dari adaptasi sendiri sebenarnya.Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak Media Cetak mahu pun Elektronik,dan ini sebenarnya yang telah dan sedang berlaku sejak tahun 50an lagi. Masyarakat kita suka dibuai dengan mimpi indah fantasi dari berpijak dibumi nyata.

Penyumbang utama kepada kegilaan remaja terhadap hiburan melulu ialah pihak media massa, samaada cetak atau elektronik. Rancangan hiburan dalam dan luar negara mendapat liputan meluas dan mempunyai kolom tersendiri di dada akhbar. Berita artis dan seleberiti dipersembahkan dengan begitu menarik sekali . Pelbagai jenis majalah hiburan boleh didapati hampir di setiap bandar dan kampung. Remaja disogokkan dengan gambaran hidup artis penuh kecerian, glamour dan serba mewah. Ini semua mencuri tumpuan remaja dalam kehidupan mereka. Bagaimana mungkin remaja boleh menumpukan kepada perkara yang lebik bermakna dan bermanfaat untuk berjaya dalam kehidupan.

Media TV dengan pelbagai saluran , semua nya menobatkan rancangan hiburan sebagai rancangan mesti tonton. Syarikat –syarikat telekomunikasi, Maxis , Celcom dan sebagainya begitu ghairah sekali menaja rancangan hiburan realiti sekaligus mengaut untung besar. Remaja Melayu Islamlah yang menjadi sasaran pelanggan mereka, samaada peserta maupun penonton .Media TV , swasta dan kerajaan serta syarikat telekomunikasi tidak peduli langsung apa kesan kepada remaja , apa yang penting kepada mereka ialah keuntungan. Kerap kali juga syarikat-syarikat konglomerat telekomunikasi ini menggunakan elemen-elemen hiburan dan muzik seperti konsert sebagai rewards kepada pengguna mereka. Gila! Sikit-sikit muzik, sikit-sikit hiburan! Inilah apa yang freemason mahukan, inilah apa yang Yahudi mahukan. Mereka mahu melalaikan umat islam dalam konteks di negara kita umat melayu islam!

Yang agak menghairankan di minda aku ni, ada juga ibu bapa yang begitu menggalakkan anak-anak mereka untuk menjadi penghibur dan penyanyi. Ada juga yang menangis, merayu-rayu kepada pihak juri agar anaknya diterima masuk untuk program hiburan ini, sebagai contoh pada musim lalu ketika sesi cungkil bakat untuk Idola Kecil, ada ibu bapa yang berperilaku begini.  Ada ibubapa yang sampai hendak menyaman pihak pengajur program hiburan realiti kerana merasakan tidak adil anaknya tersingkir daripada mara kepusingan seterusnya. Ada yang marah-marah dan ramai yang menangis apabila anak mereka tewas. Sudah tentu habis sekeluarga dan sekampung mereka memberi undi untuk memenangkan anak remaja mereka. Seorang ayah kepada finalis AF mengaku secara terbuka, sanggup berhutang ribuan ringgit untuk berkempen (undi sms) supaya anaknya menang (tidak ingat AF musim yang mana, tapi aku teringat).

Pelik dan hairan aku dibuatnya.

- – - – - – - – PPPPfftttttt – - – - – - – -

Tiba-tiba aku teringat satu perkara yang diumumkan oleh DS Najib Tun Razak. Beliau mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Berdasarkan perancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Atas rancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020.

Ini lagi pelik!!! Menggalakkan hiburan dan ini juga akan mewujudkan kesan rantaian yang negatif kepada masyarakat dan mungkin gejala sosial, maksiat, buang bayi dan lain-lain akan meningkat selepas ini.

p/s – Hentikan program hiburan yang melalaikan dan program hiburan realiti ini. Tidak ada baiknya pun…….!!!

 


ENDIK BIL. 3; SKUAD MALAYSIA BOLEH MENANGKE?

Selepas dirogol dan dirobek gawang gol Malaysia semasa pembukaan perlawanan Piala Suzuki AFF ketika menentang Indonesia. Malaysia telah dirobek keperawananannya apabila kantoi 1-5 dengan Indonesia. Ibarat wanita yang dirogol paksa tanpa kerelaan, pahit untuk ditelan, begitulah skuad Malaysia untuk menerima hakikat kekalahan pada ketika itu. Malam semalam, Malaysia yang telah bangkit semula apabila mengalahkan Loas dengan 5 berbalas satu, serta sedikit sebanyak ianya turut dibantu dengan aksi kekalahan Thailand kepada Indonesia apabila negara gajah putih itu telah dibaham dengan skuad Garuda 2-1. Situasi ini melayakkan Malaysia untuk ke pusingan separuh akhir.Tahniah!!!

Aku menonton berita di TV3 (baca; segmen sukan, berita dunia dan biznez sahaja…lain-lain aku tak masuk campur) dan terlihat akan keghairahan segelintir rakyat Malaysia yang sangat berpuas hati dengan perkembangan positif skuad negara untuk layak ke pusingan seterusnya. Aku yakin, pasti keseluruhan warganegara Malaysia begitu gembira akan kemenangan ini. Ini juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia begitu berharap agar skuad negara dapat mempamerkan persembahan yang mantap untuk pusingan yang berikutnya.

Bagi aku, apa yang penting adalah konsistensi skuad negara, stamina dan game play. Juga diingatkan supaya skuad Malaysia tidak mudah lupa, alpa dan leka ketika leading. Inilah yang aku amat risaukan. Iyalah, skuad negara kita ni umpama ada satu penyakit keturunan. Jika sudah leading dalam satu-satu perlawanan, entah kenapa mereka seperti lupa, alpa dan leka seolah-olah musuh tidak akan menyerang balik gawang gol mereka. Aku sekali lagi mengingatkan supaya, jangalah leka!

Apa pun, skuad negara…bermainlah dengan baik, belasah saja apa yang ada di depan kamu. Pulun cukup-cukup dan jangan “penyakit keturunan” itu terus-terusan menular! Hapuskannya segera!!

p/s -  Boleh menangke??


AKTIVITI HUJUNG TAHUN

Sudah hujung-hujung tahun nampaknya semakin banyak pula bengkel-bengkel yang perlu dihadiri olehku. Setakat ini sudah beberapa buah hotel dah menjadi tempat berlangsungnya bengkel-bengke tersebut. The Royale Chulan Hotel, Marriott Hotel, dan kemungkinan selang dua minggu dari sekarang akan ada lagi satu bengkel yang perlu dihadiri. Nampaknya makan dan minum di hotel sahajalah.

Cuma sebentar tadi aku di Marriott, tiba-tiba aku teringat akan satu cerita drama tv yang pernah popular “sekejap” pada awal-awal tahun ini. Hotel Mania! Yaa….masih ingat lagi? Kisah-kisah kehidupan pekerja-pekerja di hotel tersebut. Kisah cinta dan lain-lainnya. Walaunpun aku tidak begitu minat akan drama tersebut yang seakan-akan sinetron Indonesia dengan mekap yang tebal dan berlebih-lebih, gedik melampau tapi, sedikit sebanyak aku agak terkesan dengan uniform pekerja hotel ini. Lagi-lagi pada kakitangan wanita yang mengenakan baju berwarna hijau daun itu! Nice!

- – - – - – PPPPffftttttt – - – - – - – -

Apabila terlibat dengan aktiviti bengkel seumpama ini, aku biasanya akan tidak sabar untuk menikmatai hidangan-hidangan yang walla! dan superb. Iyalah, macam aku ini, hanyalah orang biasa, berjiwa muda remaja dan selaku penjawat awam yang hanya pada kedudukan tangga gaji w41, bukanlah besar mana. Jadi untuk makan mahal di hotel (baca; makan saja-saja di hotel) adalah jarang sekali (boleh dikira dengan jari dalam setahun jika mahu makan di hotel saja-saja). Jadi, dengan adanya bengkel-bengkel sebegini rupa, inilah peluang yang begitu dinantikan. Ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal atau ibarat orang yang lapar disuakan nasi aku mengambil peluang dan kesempatan yang baik ini untuk menyantap dan memenuhi nafsu dan selera makanku yang terpendam. Jika di analisa dengan teliti, bahagian perutku mampu memuatkan banyak makanan dan aku telah susunkan layoutnya dengan baik agar apabila penuh kelak, aku masih mampu bernafas dan tidaklah termengah-mengah!

Sental apa sahaja. Dari pembuka selera ke penutupp selera. Dari daging ayam ke daging kambing. Dari pelbagai jenis dessert ke pelbagai jenis manisan. Dari pelbagai jenis salad ke pelbagai jenis buah-buahan. Dari pelbagai jenis kek ke pelbagai jenis lauk pauk. Semua aku sental!

Kata orang tua-tua dan orang lama-lama….rezeki jagan di tolak, musuh pula jangan dicari! Kalau ada rezeki di depan mata, jangan ditunggu lagi, sental sahaja! Esok lusa kalau kempunan siapa yang susah?

p/s – Apapun, makanlah kamu sebelum kamu dimakankan!


BILANGAN UMAT ISLAM 1,359,948,848 ORANG DI SELURUH DUNIA

Pada 2005, Ensiklopedia Britannica telah membuat tinjauan, dan menyenaraikan peratus “agama terbesar” di seluruh dunia. Berikut ialah senarainya :majoriti penganut agama dan kepercayan menganut (mengikut populasi dunia) :

Kristian 33.06%

Islam 20.28%

Hinduisme 13.33%

agama Rakyat China 6.27%

Buddhisme 5.87%

Tak beragama dan ateis 14.27%

Agama puak orang asli 3.97%

Agama-agama yang lain? Entah, tidak disebut pula. Di dalam Nationmaster menyatakan bahawa penduduk dunia pada 2008 seramai 6,705,862,170 orang.Sekiranya kita anggarkan bahawa peratusan pada 2005 itu tidak berubah, maka orang Islam seramai 1,359,948,848! Tapi, Kristian dikatakan lebih ramai, sedangkan kristian terpecah kepada Ortodoks, Katolik dan Proteston, yang saling berbeza di antara satu sama lain. Katholik adalah teramai di kalangan kristian yang lain iaitu melebihi 1 Billion.

Maka, apa yang perlu kita lakukan wahai umat Islam? Bersatu! Mereka sedang berpecah.. dan kita perlu bersatu untuk menghasilkan tentera Islam seramai 1.3 Billion.

Tapi, tak guna juga kalau ramai sahaja, dengan diisi oleh golongan yang seperti “udang di sebalik mee”. Akhirnya Islam berpecah lagi disebabkan udang-udang ini. Umat Islam paling ramai berada di Indonesia, iaitu seramai 195,272,000. Mesir berada di tangga ke 6 iaitu seramai 69,560,000. Malaysia pula berada di tangga ke 22 seramai 14,030,000.

Tapi, jika di lihat di Malaysia, ke manakah umat Islamnya lebih menjurus (baca; majoriti yang terlibat adalah orang melayu muslim)? Ok, lihat gambar di bawah ini.

Konsert JOM HEBOH
Akademi Fantasia
Mentor
Idola Kecil

Gambar-gambar di atas itu, saja aku letakkan supaya kamu-kamu semua di luar sana berfikir, apakah kesan jangka panjang program ini ke atas umat melayu islam di Malaysia? Apa signifikannya? Adakah dengan mengecapi kemenangan di setiap program ini, bakal menjadikan umat melayu islam di Malaysia kuat ekonomi dan mampu bersaing dengan orang-orang lain sedangkan pada masa yang sama ada sebelah pihak yang sebuk mewar-warkan tentang “Ketuanan Melayu” pada hal umat melayu islam yang sekarang sedang dimamah budaya hedonisme sedikit demi sedikit yang berupaya melemahkan umat melayu islam itu sendiri. Sepatutnya inilah yang perlu diperjuangkan bagi menguatkan umat melayu islam di sini. Hapuskan budaya hendonisme, kukuhkan budaya islam dan tingkatkan kerohanian baharulah kukuhkan pula ketuanan melayu islam!

Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti tv yang memualkan. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen tv di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Lihat, dari kecil hinggalah ke remaja hinggalah ke tua, ada sahaja program realiti berbentuk hiburan diterbitkan. Jika untuk anak-anak kecil mereka boleh masuk Idola kecil, Bintang Kecil dan apa-apa program yang lain. Peringkat umur remaja pula mereka boleh menyertai Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan lain-lain, jika sudah masuk umur berumur sedikit, mereka masuk rancangan Sehati Berdansa, Mari Menari, Muzik-Muzik dan untuk hiburan “family” kononnya mereka boleh mengikuti konsert-konsert seperti Jom Heboh dan pelbagai lagi. Ini sebenarnyalah budaya hendonisme yang sedikit demi sedikit menjadi barah yang menjadikan umat melayu islam leka dan alpa dengan keadaan semasa!!! Lebih sukakan hiburan!

Masyarakat yang leka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau akhirnya akan menjadi masyarakat yang rosak akhlak,kosong jiwa dan hilang jati diri. Begitulah dasyatnya pengaruh program realiti tv yang merupakan agenda pihak Yahudi dan Nasrani untuk melumpuhkan umat Islam dari bangkit menjadi umat yang terkemuka seperti di zaman silam.Tidak hairanlah apabila sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mufti Perak bahawa umat Islam di Malaysia membelanjakan RM4 billion untuk minum arak dan berjudi sahaja.Manakala terdapat lebih 100 ribu umat Islam di Malaysia yang telah murtad atau keluar dari agama Islam. Inilah agenda Yahudi dan Nasrani yang telah berjaya secara halus dan perlahan merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia.

Jadi, bagi aku denngan datangnya tahun baru islam ini……

Kembalilah ke jalan yang benar supaya syiar Islam itu benar-benar bersinar di bumi melayu ini.

p/s -  Umat islam memang ramai, tapi berapa ramai yang benar-benar berkualiti?



DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN HIJRIAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Berikut adalah Doa Akhir Tahundoa-akhir-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

-
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Berikut adalah Doa Awal Tahun

doa-awal-thn0.jpg

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s – Selamat tahun baru!!!


PIALA AFF SUZUKI; MALAYSIA SERI 0-0 DENGAN THAILAND

Walaupun tidak “disayurkan” oleh skuad Thailand seperti mana ketika perlawanan bertemu Indonesia di pusingan pertama yang lepas, Malaysia berjaya menunjukkan sedikit peningkatan dalam persembahan mereka. Tapi, itu bukan persoalan utama. Persoalan utama adalah kemenangan, bukannya seri. Kemenangan adalah satu kemestian yang harus dikecapi oleh skuad Malaysia dan ianya dituntut oleh jutaan rakyat Malaysia!

Walaubagaimanapun, Malaysia sekadar seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua peringkat kumpulan A Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, Indonesia. Dengan keputusan itu bermakna Malaysia hanya memungut satu mata daripada dua perlawanan dan berada di dalam kedudukan yang sukar untuk layak ke separuh Piala AFF.

Sebenarnya, skuad negara mempunyai banyak peluang di depan gawang gol lawan, terutamanya dari gerakan-gerakan yang baik serta hantaran lintang akan tetapi peluang-peluang yang ada disia-siakan begitu sahaja tanpa penyudah yang baik. Terdapat juga banyak hantaran-hantaran yang dilakukan oleh pemain tidak tepat ke pemain sasaran, justru ianya menjadikan pemain kita hilang kawalan bola. Apa-apa pun, aku selaku penyokong skuad kebangsaan tersangat kecewa dengan pemain-pemain negara.

Dari apa yang dapat aku katakan, skuad negara tidak mempamerkan corak permainan yang cemerlang walaupun ada sedikit peningkatan dalam persembahan mereka ditambah dengan permukaan padang yang teruk (baca;seperti bermain di sawah padi/padang becak/bendang) maka, semakin malaplah peluang Malaysia untuk ke peringkat seterusnya.

Apa lagi yang boleh dilakukan?

p/s -  Kecewa. Main hoki lagi baek!


BALIK KAMPUNG!!!

Balik kampung….

OOOOOO…..Balik kampung….

Hati girang….!!

p/s – Balik kampung untuk urusan hujung bulan ni!!! Yihaaa!!!


AGAMA GOOGLISME; SATU PENDEDAHAN

Percaya atau tidak, ada agama baru yang mulai dan sedang berkembang didunia ini. Nama agama itu adalah Googlism (baca; Googlisme). Kenapa namanya Googlisme kerana aliran ini mempunyai tuhan bernama Google, mesin pencari yang sangat terkenal itu. Nama agama mereka Googlisme dan Gereja mereka bernama Gereja Goole [Church of Google]. Tapi jika diikutkan Google adalah satu mesin pencari, tapai kenapa ianaya dianggap Tuhan?  Tetapi, penganut agama ini ada jawapannya.

Ini bukti mereka bahawa Google adalah tuhan:

Bukti 1: Google maha tahu. Ia mengerti segala informasi yang ada di dunia ini

Bukti2: Google berada di mana-mana di dalam waktu yang sama. Siapa pun dapat mengakses Google dimanapun ia berada [asalkan terdapat talian internet].

Bukti 3: Google menjawab doa. Jika kamu ada pelbagai masalah, kekalutan dan ingin tahu search Google dan kamu akan mendapat jawapannya katalah kamu ingin tahu punca penyakit kanser, search…nah!!! Itulah jawapan diberi. Tapi Google hanya menunjukkan cara saja, manusialah yang harus mengusahakan sendiri atas permintaannya itu dan hanya yang Maha Esa akan menentukkannya.

Bukti 4: Google berpotensi abadi. Dia tidak berwujud secara fizik seperti manusia yang tubuhnya boleh rosak di mamah usia dan bahkan mati. Servernya yang berada di banyak tempat membuatkan ia seperti abadi.

Bukti 5: Google mempunyai kuasa tak terbatas. Internet akan tumbuh terus menerus dan Google akan terus menerus mengikuti pertumbuhan itu. Tidak akan pernah Google terkalahkan oleh pertumbuhan internet. Semua akan di index Google.

Bukti 6: Goggle mengingat segalanya. Semua halaman web akan tersimpan d cache Google, bahkan pemikiran dan pendapat anda sekalipun yang terupload ke internet. Jadi sekalipun anda meninggal pemikiran Anda akan tetap terpelihara dan dapat diakses banyak orang.

Bukti 7: Google tidak melakukan kejahatan. Langsung baca saja filosofi Google.

Bukti 8: Berdasarkan Google Trends, kata ‘Google’ lebih banyak dicari daripada “Tuhan”, “Jesus”, “Allah”, “Buddha”, “Kristian”, “Islam”, “Buddha” dan “Judaisme”. Lihat sendiri grafiknya: Beberapa point di atas adalah buktiyang menyatakan Google sebagai Tuhan.

Silakan terus menuju ke link ini untuk membaca langsung versi asli bukti itu. Versi aslinya dalam bahasa Inggeris. Yang di atas itu terjemah bebas versi aku. Selain menngadakan bukti kebenaran Google sebagai tuhan Google juga menitahkan 10 perintahnya yang harus ditaati seluruh umat (baca; pengikutnya).

10 perintah ini berzeda dengan 10 Perintah Tuhan [10 Commandments] yang ada di Kitab Perjanjian Lama. Berikut 10 Perintah tuhan Google:

10 Perintah tuhan Google

* Thou shalt have no other Search Engine before me, neither Yahoo nor Lycos, AltaVista nor Metacrawler. Thou shalt worship only me, and come to Google only for answers – Jangan percaya Search Engine yang lain selain Google

* Thou shalt not build thy own commercial-free Search Engine, for I am a jealous Engine, bringing law suits and plagues against the fathers of the children unto the third and fourth generations – Jangan membangun Search Engine sendiri karena Google sangat pencemburu

* Thou shalt not use Google as a verb to mean the use of any lesser Search Engine – Jangan gunakan kata Google untuk menyebut Search Engine yang lain

*Thou shalt remember each passing day and use thy time as an opportunity to gain knowledge of the unknown – Gunakan waktumu untuk mencari informasi-informasi baru

* Thou shalt honor thy fellow humans, regardless of gender, sexual orientation or race, for each has invaluable experience and knowledge to contribute toward humankind – hormati sesama manusia tanpa pandang ras ataupun jenis kelamin kerana mereka juga punya penegetahuan yang sumbanganya dapat dipakai semua manusia

* Thou shalt not misspell whilst praying to me – Jangan salah mengeja saat berdoa.(Yang ini macam nak buat aku tergelak!!!)

* Thou shalt not hotlink – Jangan membuat hotlink [????](Ke, jangan menggunakan pre-paid Hotlink…ni pun nak buat aku tergelak!!!)

* Thou shalt not plagiarise or take undue credit for other’s work – jangan menciplak karya orang lain

* Thou shalt not use reciprocal links nor link farms, for I am a vengeful but fair engine and will diminish thy PageRank. The Google Dance shall cometh – Jangan menggunakan link timbal balik [???] kerana akan menurunkan pagerank

* Thou shalt not manipulate Search Results. Search Engine Optimization is but the work of Microsoft – Jangan memenaipulasi hasil pencarian dengan teknik-teknik SEO [Searh Engine Optimization]

Skrip asli 10 Perintah Tuhan Google.

Bagaimana, berminat untuk pindah atau tukar agama? Kalau berminat ada baiknya kamu add dulu nabi agama ini, Matt MacPherson, jadi teman anda di Facebook. Jadi kalau mau mengaji ke dia boleh chat secara langsung. Tapi kalaupun tidak punya akaun facebook dan malas buat, boleh juga berbagi dengan “ustaz-ustaz” (baca; orang-orang alim googlisme) dan umat Googlisme lain di forum yang disediakan.

Atau kalau ingin jauh lebih jelas lagi silakan kunjungi web mereka di alamat thechurchorgoogle.org. Entah kelakar atau serius agama Googlisme itu aku tidak tahu. Kalau aku, mana mungkin sebuah enjin pencari menjadi tuhan dan disembah, sedangkan ianya adalah dicipta oleh manusai sendir! . Bengong sekali.

p/s – Pelik orang sekarang, senang-senang je cipta agama. Masih ingat Ayah Pin. Si tua yang pelik mengaku tuhan. Itu lagi sorang yang aku rasakan, perlu sahaja disembelih.


BOLA SEPAK MALAYSIA KEMANA HALA TUJUNYA??

Nak ulas panjang-panjang pun aku tak reti. Aku bukanlah Haji Hasbullah Awang (kini Dato’ rasanya) pengulas sukan yang amat puitis ketika mengulas setiap rencana dan perlawanan sukan. Aku mahu ulas sedikit pasal permainan bola sepak Malaysia yang satu ketika dahulu amat digeruni lawan dan kawan tapi kini, realiti dan hakikatnya..permainan sukan bola sepak kita (baca; Malaysia) hancur, ke laut dan kekampungan. Senang-senang sahaja di perkotak-katikkan oleh pasukan lawan dan kawan.

Kosmo! keluaran hari ini, di bahagian sukan ada menyatakan ulasan berkaitan perlawanan ini yang bertajuk “Kena Bedil”. Tapi bagi aku, tajuk yang tersangatlah sesuai adalah “Kena Bedal”.

Di Utusan Malaysia turut memuatkan artikel sebegini rupa dengan tajuknya yang berbunyi ” Malaysia Diratah Tuan Rumah”. Ok, tajuk yang ini aku sokong kerana memang menggambarkan situasi yang benar-benar berlaku. Manakan tidak, kena bantai 5 berbalas 1!  Boleh juga disama ertikan sebagai seorang perempuan yang dirogol tanpa kerelaan berulang-ulang kali! Begitulah hakikatnya. Pahit ditelan, pedih untuk disimpan hancur berkecai segala-galanya.

Di Metro pula bertajuk “Kena Ganyang”. Betul…memang kita (baca;pasukan bola sepak Malaysia) kena ganyang. Kena ganayang di hadapan ribuan penyokong-penyokong pasukan lawan. Sedih!!!

Berita Harian pula ada memuatkan artikel yang sama serta mengulas isu yang sama dengan tajuk yang berbeza sedikit (mungkin mahu menjaga hati) yang berbunyi..”Ledakan Satu Dibalas Lima”. Jika dilihat pada tajuknya, seolah-olah mahu mengangkat sedikit reaksi positif dengan menyentuh jiwa pembaca supaya sokonglah pasukan bola sepak Malaysia kerana mereka masih mampu menggegar gawang dengan meledakkan satu gol di awal-awal separuh masa pertama. Akan tetapi…kantoi di akhir perlawanan, jatuh tersungkur dan menyembah bumi.

Persoalannya sekarang, ke manakah hala tuju bola sepak kita setelah sekian lama diberikan pelbagai perhatian dan peruntukan oleh KBS dan lain-lain agensi yang sewaktu dengannya.

Apakah tindakan yang perlu dibuat dan rasanya sudah berulang kali post mortem dilakukan, tetapi…haram…tiada perubahan. Hantarlah pemain-pamain kita ke luar negara dengan tujuan memberi pendedahan dan pengalaman..tetapi, pulangannya bagaimana? Adakah ianya membuahkan hasil?

Kenapa pula kekalahan demi kekalahan ini berlaku? Bagaimana ia berlaku? Adakah kerana pemain kita kurang stamina atau kurang pendedahan atau kurang gaji dan elaun yang diberi? Berapa banyak kertas kerja untuk tujuan dan pembangunan sukan ini telah dibentangkan, aku yakin sudah berlambak-lambak dan banyak, mana mungkin sukan nombor satu dunia ini dianak tirikan sebelum ini. Aku yakin, pembangunan sukan untuk bola sepak di Malaysia pastinya memperuntukan belanjawan yang besar tidak kira untuk mengurus dan membangun dan harus diingat sukan ini juga ditatang bagai minyak yang penuh oleh Kerajaan dan KBS sendiri.

Jadi, sewajarnya pemain-pemain bola sepak negara, jurulatihnya, FAM sendiri perlu memberi pulangan yang setimpal akan “kasih sayang” yang diberikan oleh Kerajaan dan KBS dan pastinya perlu melonjakkan nama Malaysia di mata dunia di dalam sukan ini.

Adakah kita mahu, bola sepak selepas ini di anak tirikan?

Bagi aku, aku on ja!!!

p/s -  Main hoki lagi bagus!!! Hidup Hoki!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers