Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BILANGAN UMAT ISLAM 1,359,948,848 ORANG DI SELURUH DUNIA

Pada 2005, Ensiklopedia Britannica telah membuat tinjauan, dan menyenaraikan peratus “agama terbesar” di seluruh dunia. Berikut ialah senarainya :majoriti penganut agama dan kepercayan menganut (mengikut populasi dunia) :

Kristian 33.06%

Islam 20.28%

Hinduisme 13.33%

agama Rakyat China 6.27%

Buddhisme 5.87%

Tak beragama dan ateis 14.27%

Agama puak orang asli 3.97%

Agama-agama yang lain? Entah, tidak disebut pula. Di dalam Nationmaster menyatakan bahawa penduduk dunia pada 2008 seramai 6,705,862,170 orang.Sekiranya kita anggarkan bahawa peratusan pada 2005 itu tidak berubah, maka orang Islam seramai 1,359,948,848! Tapi, Kristian dikatakan lebih ramai, sedangkan kristian terpecah kepada Ortodoks, Katolik dan Proteston, yang saling berbeza di antara satu sama lain. Katholik adalah teramai di kalangan kristian yang lain iaitu melebihi 1 Billion.

Maka, apa yang perlu kita lakukan wahai umat Islam? Bersatu! Mereka sedang berpecah.. dan kita perlu bersatu untuk menghasilkan tentera Islam seramai 1.3 Billion.

Tapi, tak guna juga kalau ramai sahaja, dengan diisi oleh golongan yang seperti “udang di sebalik mee”. Akhirnya Islam berpecah lagi disebabkan udang-udang ini. Umat Islam paling ramai berada di Indonesia, iaitu seramai 195,272,000. Mesir berada di tangga ke 6 iaitu seramai 69,560,000. Malaysia pula berada di tangga ke 22 seramai 14,030,000.

Tapi, jika di lihat di Malaysia, ke manakah umat Islamnya lebih menjurus (baca; majoriti yang terlibat adalah orang melayu muslim)? Ok, lihat gambar di bawah ini.

Konsert JOM HEBOH
Akademi Fantasia
Mentor
Idola Kecil

Gambar-gambar di atas itu, saja aku letakkan supaya kamu-kamu semua di luar sana berfikir, apakah kesan jangka panjang program ini ke atas umat melayu islam di Malaysia? Apa signifikannya? Adakah dengan mengecapi kemenangan di setiap program ini, bakal menjadikan umat melayu islam di Malaysia kuat ekonomi dan mampu bersaing dengan orang-orang lain sedangkan pada masa yang sama ada sebelah pihak yang sebuk mewar-warkan tentang “Ketuanan Melayu” pada hal umat melayu islam yang sekarang sedang dimamah budaya hedonisme sedikit demi sedikit yang berupaya melemahkan umat melayu islam itu sendiri. Sepatutnya inilah yang perlu diperjuangkan bagi menguatkan umat melayu islam di sini. Hapuskan budaya hendonisme, kukuhkan budaya islam dan tingkatkan kerohanian baharulah kukuhkan pula ketuanan melayu islam!

Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan pelbagai program realiti tv yang memualkan. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen tv di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Lihat, dari kecil hinggalah ke remaja hinggalah ke tua, ada sahaja program realiti berbentuk hiburan diterbitkan. Jika untuk anak-anak kecil mereka boleh masuk Idola kecil, Bintang Kecil dan apa-apa program yang lain. Peringkat umur remaja pula mereka boleh menyertai Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million dan lain-lain, jika sudah masuk umur berumur sedikit, mereka masuk rancangan Sehati Berdansa, Mari Menari, Muzik-Muzik dan untuk hiburan “family” kononnya mereka boleh mengikuti konsert-konsert seperti Jom Heboh dan pelbagai lagi. Ini sebenarnyalah budaya hendonisme yang sedikit demi sedikit menjadi barah yang menjadikan umat melayu islam leka dan alpa dengan keadaan semasa!!! Lebih sukakan hiburan!

Masyarakat yang leka dengan budaya hedonisme yang melampau-lampau akhirnya akan menjadi masyarakat yang rosak akhlak,kosong jiwa dan hilang jati diri. Begitulah dasyatnya pengaruh program realiti tv yang merupakan agenda pihak Yahudi dan Nasrani untuk melumpuhkan umat Islam dari bangkit menjadi umat yang terkemuka seperti di zaman silam.Tidak hairanlah apabila sebelum ini kita dikejutkan dengan kenyataan Mufti Perak bahawa umat Islam di Malaysia membelanjakan RM4 billion untuk minum arak dan berjudi sahaja.Manakala terdapat lebih 100 ribu umat Islam di Malaysia yang telah murtad atau keluar dari agama Islam. Inilah agenda Yahudi dan Nasrani yang telah berjaya secara halus dan perlahan merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia.

Jadi, bagi aku denngan datangnya tahun baru islam ini……

Kembalilah ke jalan yang benar supaya syiar Islam itu benar-benar bersinar di bumi melayu ini.

p/s –  Umat islam memang ramai, tapi berapa ramai yang benar-benar berkualiti?


About these ads

4 gerakbalas-gerakbalas

  1. Pingback: DAKYAH FREEMASON, RANCANGAN HIBURAN REALITI & HUB PUSAT HIBURAN « PANDANG-pandang

    • Monkey D. Luffy

      Dah lama stop afundi dan juga stop tgk AF dan yg seangkatan dengannya. Tobat takkan afundi lagi. Membazirkan kredit dan duit saja.

      Disember 15, 2010 at 5:28 am

  2. Monkey D. Luffy

    Duit untuk topup digunakan untuk mengundi peserta rancangan realiti hiburan kenalah simpan. Lagipun harga barang terutama minyak dah naik. Nak sangat jimat duit baik takyah topup lagi bagus.

    Disember 15, 2010 at 5:31 am

  3. ana

    kita nk anak2 score ‘a’ bila exam. apa yang lebih penting di zaman ini adalah akhlak. yang lain akan dtg sendiri bila akhlak terpuji…

    Mac 15, 2012 at 6:38 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers