Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DAKYAH FREEMASON, RANCANGAN HIBURAN REALITI & HUB PUSAT HIBURAN

Di dalam Protokol Freemasonry, ayat ke 13 yang disusun oleh Zionisme Brazil berbunyi

Untuk mencegah mereka (orang-orang Goyim) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan, seperti permainan judi, pesta hiburan, pesta seks, dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping itu, kita memuatkan iklan-iklan dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, olahraga dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama kelamaan akan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mengganggu gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain.

Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menukilkan kata-kata seorang pimpinan Freemasonry di dalam kitabnya Hukmu Wasa’ilil I’lam

Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita Berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama

Seorang pemimpin Imprealis berkata

Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhmmad dengan berkesan berbanding seribu laras meriam. Maka, untuk itu, tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik

Di dalam kitab Aqabat az Zawaj, Ustaz Abdullah Nasih Ulwan menukilkan kata-kata cendekiawan Zionis :

Kita hendaklah bekerja keras untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Oleh itu, barulah memudahkan penjajahan kita. Sesungguhnya Farwid (Seorang Yahudi) dari kalangan kita, dan dia akan menyebarluaskan hubungan seks di bawah cahaya matahari, supaya menghilangkan apa-apa yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Maka, keinginannya akan meninggi, iaitu keinginan seksnya akan meningkat. Ketika itulah hancurnya akhlak.

Ustaz Abdullah Nasih Ulwan mengulas tentang perkara ini

Maka, daripada kata-kata ini, jelaslah bahawa sesungguhnya Yahudi, Freemasonry, Sosialis, Solibiah, Kristianisasi, dan Imprealis sentiasa berbincang, bersepakat dan bekerjasama untuk merosakkan masyarakat Islam dengan cara menghidangkan arak, seks, teater, majalah, surat khabar, rancangan TV, radio, memasarkan buku-buku, serta menerbitkan filem-filem dan drama-drama. Sesungguhnya mereka telah mencapai matlamat mereka yang buruk lagi jahat.

- – - – - – - — PPPPfftttttt – - – - – - – - – -

Di entri sebelum ini aku ada menulis mengenai betapa ramainya umat islam di dunia serta program hiburan realiti yang begitu banyak di ketengahkan di Malaysia. Jika mahu tahu lebih lanjut boleh baca di sini. Oleh itu tidak perlulah aku huraikan lebih panjang apa dia program-program realiti yang telah diterbitkan itu. Bagi aku, program-program ini lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ini juga merupakan salah satu cara musuh islam mahu menjatuhkan dan melemahkan umat islam! Lihat sahaja protokol freemasonary di atas dan kemudian fikirkannya kembali.

Apapun, bagi aku program-program realiti sebegini kalau dihentikan lebih berfaedah,sebab ianya tidak bersifat mendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yang hanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orang melayu berangan dan dan terus berangan. Kerajaan perlu lebih peka,berperanan dan memantau program-program realiti sebegini sebenarnya,sebab kesan dari segi sosialnya pada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang dimana budaya kebaratan dan kepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.

Asasnya hiburan itu adalah muzik dan filem,jika ianya bersifat mendidik dan membuat kita berfikir halallah hukumnya,tapi jika melalai dan melekakan atau membengapkan pemikiran maka haramlah hukumnya.Hingga kini aku tidak tidak nampak apa faedah yang masyarakat akan dapat dari program cedokan dari Barat atau pun dari adaptasi sendiri sebenarnya.Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak Media Cetak mahu pun Elektronik,dan ini sebenarnya yang telah dan sedang berlaku sejak tahun 50an lagi. Masyarakat kita suka dibuai dengan mimpi indah fantasi dari berpijak dibumi nyata.

Penyumbang utama kepada kegilaan remaja terhadap hiburan melulu ialah pihak media massa, samaada cetak atau elektronik. Rancangan hiburan dalam dan luar negara mendapat liputan meluas dan mempunyai kolom tersendiri di dada akhbar. Berita artis dan seleberiti dipersembahkan dengan begitu menarik sekali . Pelbagai jenis majalah hiburan boleh didapati hampir di setiap bandar dan kampung. Remaja disogokkan dengan gambaran hidup artis penuh kecerian, glamour dan serba mewah. Ini semua mencuri tumpuan remaja dalam kehidupan mereka. Bagaimana mungkin remaja boleh menumpukan kepada perkara yang lebik bermakna dan bermanfaat untuk berjaya dalam kehidupan.

Media TV dengan pelbagai saluran , semua nya menobatkan rancangan hiburan sebagai rancangan mesti tonton. Syarikat –syarikat telekomunikasi, Maxis , Celcom dan sebagainya begitu ghairah sekali menaja rancangan hiburan realiti sekaligus mengaut untung besar. Remaja Melayu Islamlah yang menjadi sasaran pelanggan mereka, samaada peserta maupun penonton .Media TV , swasta dan kerajaan serta syarikat telekomunikasi tidak peduli langsung apa kesan kepada remaja , apa yang penting kepada mereka ialah keuntungan. Kerap kali juga syarikat-syarikat konglomerat telekomunikasi ini menggunakan elemen-elemen hiburan dan muzik seperti konsert sebagai rewards kepada pengguna mereka. Gila! Sikit-sikit muzik, sikit-sikit hiburan! Inilah apa yang freemason mahukan, inilah apa yang Yahudi mahukan. Mereka mahu melalaikan umat islam dalam konteks di negara kita umat melayu islam!

Yang agak menghairankan di minda aku ni, ada juga ibu bapa yang begitu menggalakkan anak-anak mereka untuk menjadi penghibur dan penyanyi. Ada juga yang menangis, merayu-rayu kepada pihak juri agar anaknya diterima masuk untuk program hiburan ini, sebagai contoh pada musim lalu ketika sesi cungkil bakat untuk Idola Kecil, ada ibu bapa yang berperilaku begini.  Ada ibubapa yang sampai hendak menyaman pihak pengajur program hiburan realiti kerana merasakan tidak adil anaknya tersingkir daripada mara kepusingan seterusnya. Ada yang marah-marah dan ramai yang menangis apabila anak mereka tewas. Sudah tentu habis sekeluarga dan sekampung mereka memberi undi untuk memenangkan anak remaja mereka. Seorang ayah kepada finalis AF mengaku secara terbuka, sanggup berhutang ribuan ringgit untuk berkempen (undi sms) supaya anaknya menang (tidak ingat AF musim yang mana, tapi aku teringat).

Pelik dan hairan aku dibuatnya.

- – - – - – - – PPPPfftttttt – - – - – - – -

Tiba-tiba aku teringat satu perkara yang diumumkan oleh DS Najib Tun Razak. Beliau mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Berdasarkan perancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Atas rancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020.

Ini lagi pelik!!! Menggalakkan hiburan dan ini juga akan mewujudkan kesan rantaian yang negatif kepada masyarakat dan mungkin gejala sosial, maksiat, buang bayi dan lain-lain akan meningkat selepas ini.

p/s – Hentikan program hiburan yang melalaikan dan program hiburan realiti ini. Tidak ada baiknya pun…….!!!

 

About these ads

13 gerakbalas-gerakbalas

  1. armadrafar

    dari generasi ke generasi…

    dan generasi seterusnya…

    Disember 9, 2010 at 12:07 pm

    • faerrin

      sampai bila agaknya???

      Disember 9, 2010 at 12:25 pm

    • faerrin

      sampai bila agaknya???

      Disember 9, 2010 at 12:25 pm

  2. Pingback: FREEMASON DI MALAYSIA;SATU PENGENALAN « PANDANG-pandang

  3. Sivathondan

    kita sebagai rakyat terpaksa terima apa saja perubahan yang datang,apa saja perancangan yang kerajaan lakukan…tetapi apa yang dikatakan paling penting,kerajaan juga tidak harus lupa pada kesesuaian agama yang menjadi tonggak utama negara…. pemantauan dan pengawalan perlu selaras dengan pembangunan negara.pada saya,rakyat tidak menolak pembangunan tetapi kita tidak mahu melihat rakyat menjadi huru hara dengan sebab pembagunan…janganlah keadaan begini telah berlaku baru kerajaan hendak mengambil langkah wajar…mungkin sudah terlambat…dan mungkin pakatan menjatuhkan kerajaan akan wujud selepas itu.tidak mustahil.!kita juga sebagai rakyat perlu peka pada dakyah2 yang memesongkan dari anasir luar..dan jalan terbaik adalah kita mendekatkan diri dan berpegang teguh dengan ajaran islam.

    Februari 6, 2012 at 7:25 am

  4. Haha

    Mne bley kita terima je.even t0k pembanggunn skalip0n.kita mesti cegah.klu projek ni memberikan impak negatif.kita kne cegah.ingat kita diwajibkn mencegah kemungkaran.bkn menerima.
    Jgn hrpkn sorg je bersuara.rumah klu stu tiang je r0boh.tp klu byk tiang yg menyok0ng mkin kukuh rumah t0.klu k0 nk tgk ank bangsa k0 trus d’cemuh dan d’hna 0leh bangsa asing.ttp lah ngan pendirian k0.tp klu sebaliknya,sma2 kita mencegah perkara yg mungkar.ckuplah dgn kehancuran ank bangsa kita sekarang ni.jgn dtmbh lg…

    April 11, 2012 at 10:22 pm

  5. kita akan diselamatkan oleh Imam Mahdi…..

    Mei 19, 2012 at 3:13 am

    • ira

      masa imam mahdi datang yang tidak diketahui bila..mayb u pun sudah tak ada

      Mei 25, 2012 at 4:54 am

  6. mampukah anda kalahkan kami?iman anda sudah cukup?:) from:ANDY(fmson)

    Mei 23, 2012 at 8:23 pm

    • mja

      sekarang korang senang la =) tunggu pembalasan bro ^^
      From MJA

      Mei 28, 2012 at 7:54 am

    • Nelly

      kau freemanson ke ? mcm mana nak join

      Jun 13, 2012 at 8:20 am

  7. mu sembah la setan tu pahni masuk neraka sama2 setan..

    Oktober 14, 2012 at 10:50 am

  8. SyuRga

    Semoga ALLAH merahmati serta Melindungi Kita semua dari gejala pengaruh Freemason ini..amiinn

    November 16, 2012 at 3:41 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers