SENIBINA PUTRAJAYA – ILLUMINATI DAN FREEMASON???
Aku sebenarnya amat meminati teori konspirasi sama ada yang digarap dari eropah mahu pun dari masyarakat muslim sendiri. Aku yakin ramai yang tidak tahu mengenai benda alah ini dan tidak kurang juag yang mencemuh dan menheji mengenai teori ini dengan mengatakan pendokong-pendokong teori ini adalah jumud, tidak bertamadun, mereka-reka cerita dan tidak kurang juga mengatakan yang semua ini berlaku cuma kebetulan. Lngtaklah….
Banyak juga buku-buku yang aku baca mengenai teori konspirasi terutamanya buku karangan Omar Zaid berjudul The Hand Of IblisĀ “The Hidden Hand of The New World Order”. Kebanyakkan teori konspirasi akan mendedahkan perancangan-peranacangan dari beberapa pertubuhan sulit seperti Illuminati, Freemason, Skull and Bone serta beberapa kultus yang lain-lainnya.
Tapi dengan pendedahan yang terbaru ini, di bumi tanah tumpahnya Malaysia ini aku bagaikan tidak percaya. Jadi, silakan baca….
Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.
Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.
Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..
Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.
Sila klik link di bawah untuk bukti.
http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross
Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya. Cuba bandingkan gambar Vatican City dan Putrajaya di bawah.
Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)
Lagi gambar..di Alamanda Putrajaya
Presint 5, Putrajaya….lihat bawah
Lihat pula yang ini, lagi jelas matanya…lihat bawah.
Ok kita beralih kepada Obelisk pula.
Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?
Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima. Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.
p/s – Sebenarnya aku menerima maklumat ini dari email, jadi aku kongsikan bersama-sama kamu semua dan marilah sama-sama berfikir, adakah wujud “the hidden hand” di Malaysia? Adakah “the hidden hand” mengawal Malaysia?
Wallahu’allam.






saya memang ssangat2 lah berminat dgn pasal teori freemason,iluminati…pelik kan dunia ni….mekasih share disini
Disember 16, 2010 at 6:41 pm
ye? terima kasih….saya ada bnyk juga menulis mengenai hal ni di entri yang lepas2…boleh lah carik di arkib.
Disember 17, 2010 at 10:43 am
emm bole email kan pic tu kas sy x.. sy x dpt tgk la . tq
Februari 17, 2011 at 3:18 am
Pingback: FREEMASON DI MALAYSIA;SATU PENGENALAN « PANDANG-pandang
Salam… saya sgt minat ttg dunia freemason lebih2 lagi isu global… I don’t know how I can forget in our own country have this kinda organization… I hope you can get this issue much deeper along with strong facts so that your words can be undeniable… sblm trlupe pics kt sni x leh tgk… hope bleh update pics… thanx again…
Julai 23, 2011 at 2:30 pm
pics yang ada tibe2 telah terhilng dan memang tak boleh view…saya cadangkan kamu akses ke dalam blog ini kerana ada banyak lagi isu berkaitan ini yang telah saya tuliskan berdasarkan dari pembacaan dan pemerhatian saya.
Julai 23, 2011 at 3:19 pm
lebih baik beribadah dari mengkaji benda2 yg tak tentu kesahihannya…amar maaruf nahi munkar..kaji Al Quran lagi baik
Januari 10, 2012 at 6:18 am
salam, gambar kau x leh tgok.. smua skali dalam page ni..
Januari 11, 2012 at 7:43 am
entri yg bagus, sy pun barus ehari dua ni tahu ttg abdullah hashem, tentang ‘satu kedatangan’. tp yg pasal freemason mmg dh lama tahu. tp knp gmbr d sini x blh tgk pon???
Januari 12, 2012 at 12:48 pm
freemanson mmg dh lma kt malaysia.cuma kta shj yg bru sdar
April 3, 2012 at 12:46 pm
npe gambar sume xleh tgk mahupun buka link??
Mei 2, 2012 at 4:13 am