Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

GEJALA GAY DI MALAYSIA

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali. Lihatlah kesan kemusnahan dan bencana alam yang ditinggalkann untuk renungan dan ingatan umat selepas itu.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya. Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu. Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.

Di Malaysia, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground. Terbaru terdapat pengumuman yang dengan mengaku ” saya gay, saya ok” dari seorang melayu islam di Malaysia. Tidakkah ini membimbangkan?

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabii. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut.

Lihat bukti di bawah, gambar-gambar yang aku jumpe di blog ini, jadi aku tampalkannya di sini sebagai bukti bahawa gejala seks songsang ini semakin berleluasa di negara Malaysia ini.

p/s – Apalah musibah yang bakl menimpa kita akbiat dari budaya seks songsang ini?

About these ads

13 responses

  1. armadrafar

    Mufti Perak Dato Dr Harussani memang menentang sekeras-kerasnya berkenanan isu gay/lesbian (seksualiti merdeka)…

    tapi pelik… mufti lain macam senyap jer…

    Malaysia ni bukan negara kafir yang mana rakyat nya boleh buat sesuka-hati (bebas konon nya * demokrasi)…

    p/s: memang mcm “shit” tengok gay kt Malaysia…. beringatlah azab Allah itu benar… sebelum malaikat maut datang sentap nyawa… cepat2 lah bertaubat…

    Januari 2, 2011 at 6:51 am

    • willy

      Tidak silap aku Mufti Perak telah dilantik sebagai jurucakap Mufti tapi aku tak ingat dari mana sumber yang aku dapat tu (Mufti Perak jurucakap Mufti-Mufti) dan kesahihannya.

      Tu sebab ada org komplen kenapa Mufti Perak memberi pandangan terhadap apa yang berlaku di negeri lain sdgkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Hj Harussani tu Mufti Perak bukannya Mufti Malaysia.

      Wallahu’alam

      Jun 28, 2011 at 4:07 am

  2. terkeju beruk saya, di malaysia ada kumpulan gay. Aku ingatkan di barat dan penhujung timur sahaja. Perlu sesuatu di lakukan untuk golongan gay di malaysia ini. Siapa yang bertanggungjawag ini. Malaysia sebuah negara Islam.

    Januari 14, 2011 at 6:11 pm

  3. so what

    so what? bnyk lg masalah sosial lain di malaysia.. tnyalah mahathir mohamad kenapa bnyk masalah sooo sial di malaysia.. dia kan bapok pembangunan.. no offence, just my 2 cents duh!

    Mei 23, 2011 at 6:09 pm

  4. emmm… i rase la kan… menurut akal dan fikiran yang waras, kita tidak patut menyalahkan golongan ini… kerana terdapat sesetengah malahan hampir daripada kesemua mereka ingin berubah… tapi, the problem is, keinginan mereka tidak dapat dikekang… bukannya dorang terpengaruh macam ambik dadah… tapi, perlu diingat bahawa itu adalah NALURI mereka yang tidak sempurna seperti insan normal… so, peranan kita sebagai insan yang NORMAL ialah memberikan mereka motivasi dan kaedah2 tertentu untuk berubah…. bukannya menghentam mereka dengan tohmahan yang memang takde guna….. as for me, it is normal pada manusia… kerana itulah manusia…. apa yang salah di sisi agama pada kegiatan mereka cuma melawan fitrah… tapi, boleh kah kita melawan NALURI sendiri tanpa bimbingan orang lain???? we have to think it…..

    Julai 6, 2011 at 1:22 pm

  5. zery

    saya tinggal di england selama 18 tahun. terkejut lihat perubahan di malaysia. saya bukanlah religious atau bagus dengan amalan islam, tetapi saya sayang pada hukum islam. mungkin pengalaman saya bersama masyarakat barat di england menjadi panduan kepada saya untuk faham perbezaan ANTARA hukum islam dengan hukum barat dengan mendalam.

    kisah gay yang berleluasa di malaysia akhir akhir ini , jelas bertentangan dengan nilai budaya melayu kita yang kita cintai , ini adalah akibat dan MUSIBAH yang menimpa umat melayu kita yang meyongkong demokrasi selama ini.( yang meyokong kerajaan mengamal undand undang barat ) sebelum saya mengulas lebih lanjut , saya bukanlah bagus dalam amalan islam, saya banyak meninggal kewajipan saya dalam islam termasuklah sembahyang lima waktu dan sebagainya( saya masih ingat waktu kecil dulu dulu di malaysia saya rajin sembahyang pergi masjid) bila di england saya kini berubah( itu kelelemahan saya setelah sekian lama ,bergaul dengan masyarakat barat di england) .

    Tapi sayang islam , saya cinta islam yang dapat menjelas dengan terang yang salah dan yang benar , (berkenaan isu gay ini.)

    sekian lama majoriti umat melayu /rakyat melayu kita telah meyokong undang undang barat yang diamalkan kerajaan pimpinan UMNO ( nah …… sekarang ini rasakan akibat nya). konon nya cara hidup barat tu moden atau civilised atau pun nampak educated. termasuklah hamba Allah bernama MARINA MAHATHIR ni, tetapi dia belum tahu perasaan nya dan akibat nya jika anak lelaki marina mahathir suka kan pongong atau dubur lelaki ( mohon maaf pembaca sekelian), akibat didedahkan imej imej gay songsang ini dalam minda anal anak kecil , melalui media , melalui kegiatan kegiatan ‘ SEKSUALITI MERDEKA’ ini.

    kehidupan di barat ini segal segala nya hampir terbalik. paderi di england terpaksa melaksanakan perkahwinan gay dalam gereja. saya meyesal tinggal di england menyaksikan kejadian anih yang amat memalukan ini.

    mungkin suatu hari nanti jika masyarakat melayu kita akan dipaksa oleh kerajaan umno melaksanakan perkahwinan gay di mesjid malaysia.( akibat suka sangat dengan HUMAN RIGHT dari negara barat ini ) …………… Nauzubillah sjauh jauh nya

    dulu kerajaan kita tidak ambil kisah dengan isu isu penyakit khalwat dan zina antara lelaki perempuan…..nah skarang ini masyarakat kita dijangkiti dengan penyakit khalwat dan zina antara lelaki dengan lelaki!!!!! nah terimalah akibatnya kerana suka sangat menyokong demokrasi dan HUMAN RIGHT yang sesat ni.

    SEDIH BILA SAYA LIHAT GADIS GADIS MELAYU YANG TELANJANG DAN BOGEL DALAM YOU TUBE. DULU WAKTU SAYA DI MALAYSIA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN PERKARA MACAM INI.

    APA YANG TELAH TERJADI DENGAN MASYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU HARI INI YANG SAYA KENALI 18 TAHUN DAHULU !!!!!!!!!!!!

    APA YANG TELAH TERJADI DENGAN PEMUDA PEMUDA MELAYU KITA YANG PA SUKA SEKS SEJENIS!!!!!!

    APA YANG TELAH TERJADI DENGAN GADIS GADIS MELAYU YANG BERBOGEL DALAM YOU TUBE!!!!!!!!!!!!! apalah perasaan mu … wahai ibu bapa anak gadis ini!!!!!!!!

    ini semuanya bodoh nya pemimpin melayu di malaysia…… dan bodoh nya masyarakat melayu di malaysia , yang suka sangat undang undang barat , yang suka sangat meyokong dan mengundi parti UMNO hinggakan anak anak lelaki meraka suka kan pongong / dubur lelaki yang jijik tu!!!!!!!!! ( mohon maaf pembaca yang budiman)

    Wahai warga melayu ku yang jauh di malaysia …pergilah mengundi Parti PAS , agar penyakit masyarakat bodoh dan memalukan dapat diubati dengan undang undang dan peraturan islam . janganlah kamu mengundi Part umno yang bodoh ini
    Wahai anak anak gadis melayu yang kononnya ingin nampak moden melalui pakaian terdedah dan cara hidup barat yang jijik tu yang tak suka kan islam , jika suami kamu buas berzina dengan perempuan lain rasakanlah ……..jika anak anak kamu nanti jadi mangsa rogol …rasakanlah Sekian

    November 18, 2011 at 8:09 pm

    • Melayu Bijak

      Yang merogol tu tentu Melayu. Yang zina tu tentu Melayu gak. Sebab contoh yang ko bagipun tentunya Melayu bukan?

      Februari 17, 2013 at 7:28 am

  6. Fadhilag

    actually,anak2 ikan macam budak2 sekolah niyh doing this just for money..its true…gay2 yang yue2 nak mampos tuh bg duit kat anak2 ikan kat sekolah saya…gle benci…yg gay kat sekolah sume hensem2…

    November 22, 2011 at 7:48 am

  7. kerapuhan institusi keluarga dan agama penyumbang kpd permasalahn ini…

    Januari 18, 2012 at 7:24 am

  8. intan

    ya allah, ampunkanlah dosa2 kami, berilah petunjuk & hidayah pada kami insyaallah mjadi org2 yg sentiasa beriman padamu dan jauhilah kami dari perbuatan yg sumbang yg mdtgkan bala kpd kami….

    Mac 19, 2012 at 10:46 am

  9. gimana si kok jadi begini

    Jun 28, 2012 at 1:43 am

  10. Eja

    Bagi orang2 yang mengamal kan gaya hidup bebas bukan berarti dia harus bebas semua dalam arti kata.bebas bergaul dan bebas berpendapat bebas memilih dan bebas bergaya,dan kebebasan bukan berarti kita bebas melakukan apa saja yang dilarang dari mata undang2 dan mata hukum agama..

    Disember 19, 2012 at 12:57 am

  11. mampus lar all of you, jangan sibuk pada org lain punya hal, utk apa nak sibuk kat org lain, cakapy banyak utk apa, biar mereka handle masalah meraka, banyak peyibuk.

    Januari 19, 2014 at 2:15 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 817 other followers