Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mei, 2011

SAMBUTAN HARI KELUARGA HAJI ROS &; HAJAH MARLIAH 2011

Hujung minggu yang penuh manfaat bagi aku dan keluarga.

Sabtu, 28 Januari 2011 bertempat di Kampung Serom 2, Muar, Johor,  merupakan satu hari yang bersejarah bagi keluarga Almarhum  Hj Ros dan Almarhumah Hajah Marliah yang merupakan Buyut bagi isteri aku. Aku dan isteri yang baru sahaja membentuk keluarga dan baru sahaja berjinak-jinak untuk belajar tentang alam kekeluargaan begitu berbesar hati untuk menghadiri satu majlis yang penuh barokah lebih-lebih lagi untuk mengeratkan siratulrahim antara saudara-mara jauh mahupun dekat.

Hj Ros merupakan generasi pertama dan hasil dari perkongsian kasih dengan isterinya, jika diperhatikan dari perhimpunan keluarga yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya mengumpulkan lebih dari 200 orang. Itu tidak termasuk yang tidak hadir ke majlis ini kerana terdapat halangan lain.Jika tidak silap aku, generasi keturunan yang telah dibentuk mungkin sudah mencapai tahap lima ke enam lapis keturunan dari induk yang satu. Lihatlah betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T!

Majlis ini merupakan hari keluarga yang kedua kali selepas penganjurannya pada tahun lalu yang hanya melibatkan keluarga dari jurai keturunan Nyai Esah dan Jaie Ngadino sahaja (generasi kedua). Tetapi selepas itu terdapat idea-idea untuk mengumpulkan jurai keturunan dari keluarga Hj Ros iaitu generasi pertama bagi keluarga besar ini. Maka pada tahun ini majlis tersebut akhirnya telah terlaksana dengan jayanya. Tidak mustahil pada tahun-tahun berikutnya hari keluarga ini akan terus dijalankan kerana mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Pelbagai program dan pengisian aktiviti telah dibuat disepanjang majlis berjalan. Majlis bermula dengan upacara bergotong-royong bagi membersihkan kawasan laman Nyai Esah dan empat buah balai telah didirikan serta seekor lembu telah berjaya ditumbangkan untuk santapan ahli keluarga. Majlis ilmu, tazkirah, bacaan yassin dan taaruf serta majlis suai kenal dijalankan bagi memantapkan kerohanian ahli keluarga. Kebiasaannya hal-hal; keagaamaan akan dibawa oleh Wak Sahid yang mengetuai keluarganya yang kini menetap di Sri Jergoh, Pahang. Di sebelah pagi acara sukan rakyat dan sukaneka telah disusun oleh kontinjen Kota Tinggi yang diketuai oleh Saudara Fadhil dan keluarganya disamping dibantu kuat oleh ahli-ahli keluarga yang lain.

Ramai…

Memang ramai…

Ada yang kenal, ada juga yang tak kenal dan masa inilah perlunya kenal-menganal antara satu sama lain!

Aku mengikuti hari keluarga ini dengan amat berbesar hati dan perasaan bangga itu turut terpancar di dalam hati. Lihatlah, bermula dengan dua orang sahaja tapi kini telah berkembang hingga menjadi sabuah kampung ramainya! Ada yang menetap di Utara, timur, barat dan selatan tanah air.

Allahamdullilah…

p/s – Penat juga….banyak masuk aktiviti weh! Minggu depan aku nak balik kampung aku pulak…tengok nenek di Batu Pahat. Gambar-gambar Hari keluarga akan di upload kemudian. Card Reader tadak!….Penulis adalah menantu pada Mbah Som Sg. Mas, Kota Tinggi.


REVOLUSI SENJATA DI PATANI THAILAND & BUKU BARU; GERILA

Buku terbaru. Ada beberapa sebab mengapa aku menyukai novel Gerila oleh Lukman Iskandar, terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sebab yang pertama dan utama ialah kerana ianya kategori genre thriller aksi tempur. Sebab kedua ialah kerana ianya mengisahkan perjuangan Angkatan Bersenjata Republik Islam Patani (ABRIP) melawan penjajahan Thailand dan teroris Parti Komunis Malaya (PKM).

Buku ini merupakan antara beberapa buah fiksyen terbitan PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang diperjuangkan oleh penerbit.  Secara umum, narasi penulis umpama air deras. Namun ada ketikanya terhalang oleh ‘batu-batu besar di sepanjang aliran sungai’. Mengapa begitu? Ianya justeru kerana ada di beberapa halaman plot seakan-akan melompat secara tiba-tiba.

Walaupun begitu, saya masih dapat merasai jerih sebuah perjuangan suci. Ada ketika saya terkedu dan terasa bening. Ya, memang saya dapat merasainya lewat bait-bait narasi penulis. Pedih, pilu, marah, geram dan terkesima.

Sinopsis novel….

Novel kontroversi ini ditulis ketika penulisnya, Allahyarham Lukman Iskandar, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1992 hingga 1994. Penulis adalah bekas Setiausaha Agung Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani. Walaupun fiksyen, novel Gerila ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis. Ia berlatarbelakangkan konflik di Patani, sebuah negeri Melayu yang dijajah oleh Thailand sejak tahun 1785. Kisahnya tentang Kapten Ruzaiman, seorang juruterbang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang diselamatkan oleh anggota gerila pembebasan Patani ketika pesawatnya terhempas di Selatan Thai. Selepas diselamatkan, Kapten Ruzaiman menyertai perjuangan gerila itu. Mereka berperang dengan tentera Thai, polis Thai dan PKM. Gerila penuh dengan aksi tempur, taktik peperangan sebenar, konflik emosi, dan konflik kuasa!

- – - – - – - PPPPPffttttt – - – - – - – -

Sehubungan itu, aku terus mencari-cari sumber rujukan berhubung perjuangan Masyarakat Melayu Muslim di Patani dan akhirnya melalui carian di laman web dan buku-buku aku menjumpai serba-sedikit berkaitan kisah perjuangan rakyat melayu muslim di selatan Thai. Sila baca ya! Ini aku dapati di laman “Revolusi Perjuangan” dan penulisan di bawah telah diedit sedikit untuk dimudahkan pembacaan umum.

Tanggal 4 Januari merupakan memori bersejarah dalam sejarah perjuangan kemerdekaan umat islam Bangsa Melayu Patani, sejak Patani dijajah oleh kerajaan Siam (Thai) pada 1785 m dan menghapus sistem pemerintahan kerajaan Islam Melayu Patani pada 1902 m.

Pada awal pagi menjelang tanggal 4 Januari 2004 tembakan dari berbagai jenis senjata api meletus di Kem Batalion Askar Pileng Choh-erong wilayah Naratiwat, yang merupakan suatu proklamasi pencetusan revolusi bersenjata antara Pejuang Pembebasan Patani dengan rejim penjajah kerajaan Thai.

Peristiwa di Kem Batalion Askar Pileng tersebut mungkin pertama kali dialami oleh pasukan tentera Thailand sejak angkatan bersenjata itu dikemaskinikan pada 8 april 1959. Kerana peristiwa tersebut merupakan suatu kejutan yang mungkin tak pernah terlintas di hati para pembesar dan ahli strategi perang, juga para jeneral Thailand yang selalu memandang remeh dan kecil terhadap kekuatan pejuang pembebasan Patani. Peristiwa di Kem askar Pileng itu tidak hanya mencatat kerugian 413 pucuk senjata askar Thai yang dirampas oleh pejuang Pembebasan Patani, terbunuhnya 4 orang askar Thai, dan termusnah beberapa lokasi strategik dalam Kem tersebut. Tetapi lebih dari itu yang dirasakan oleh para pembesar pemerintah dan askar Thai adalah telah mencalar muka dan merupakan suatu cabaran besar terhadap maruah, keangkuhan dan kesombungan kerajaan Thai selama kini yang memandang orang Melayu Patani sebagai manusia yang bodoh tak berpendidikan dan menghina pejuang Patani sebagai pejuang kampungan.

Tanggal 4 Januari 2011 genapnya tujuh tahun tercetusnya revolusi bersenjata di Patani. Tentu sekali, selama tujuh tahun itu masa tidak berjalan begitu saja, akibat dari perang itu memang yang paling terasa rugi dan sakitnya adalah kerajaan Thai itu sendiri yang salah menghitung dan menilai tentang kekuatan Pejuang Pembebasan Patani yang jauh lebih maju dan professional dari apa yang dianggap oleh penjajah Siam Thai. Memang sebelumnya mungkin para jenerral, ahli strategi dan kerajaan Thai sudah terasa cukup pengalaman dan ilmu perangnya untuk menghancur dan mengalahkan pejuang Patani, kerana sebelum ini pada awal tahun 90 an memang kerajaan dan para jeneral Thai telah mampu menyelesai dan menamatkan riwayat Parti Komunis Thai dan Parti Komunis Malaya di kawasan sempadan selatan.

Perlawanan Sebelum 2004:

Sebelum ini sejak dari tahun 1968 lagi Angkatan Bersejata Revolusi Patani (ABREP) telah ditubuhkan oleh kaum progresif dan revolusioner pembebasan Patani, yang merupakan barisan depan perjuangan rakyat telah mengadakan pentempuran bersenjata dengan penjajah Thai untuk membebaskan Negara Patani dari belenggu imperialis, walaupun peranan dan profesionaliti pejuang Patani pada masa itu tidak sehebat dan sekuat sekarang, tetapi terdapat ribuan pemuda pemudi dan rakyat Patani telah ikut bergabung dalam Gerakan Pembebasan Patani. Diantara organisasi gerakan pembebasan Patani yang berperanan aktif pada masa itu antaranya adalah Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN 1960), Patani United Liberation Organization PULO 1968) dan Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP). Dengan dipimpin oleh beberapa orang tokoh masyarakat dan tokoh politik yang progresif dan revolusioner, antaranya Haji Amin Tokmina, Ustaz Abdulkarim Hassan, Tengku Abduljalal, Tengku Biro dan Iain-lain, disamping itu juga beberapa tokoh Tentera Pembebasan Patani yang masyhur dan disegani oleh musuh pada waktu itu antaranya As-syahid Cikgu Din, Allahyarham Pakyeh, As-syahid Cikgu Umar, Pak Bustaman, Tuan guru Abu Bakar, Alahyarham Cikgu Peng, H. Ismail Ternang, AllahyarhamTok Ayah Kub Jambu Rindang dan beberapa tokoh pejuang lain yang berperanan penting dalam usaha untuk merebut kembali hak ketuanan Bangsa Melayu Patani dari belehggu rejim penjajah Siam Thai, ABREP bermarkas di seluruh bukit bukau di kawasan tiga wilayah Pattani, Jala, Naratiwat dan sebagian dari Senggura sebagai pangkalan angkatan bersenjata secara sistematik dan terkoordinasi, dengan membentuk tiga Komando Daerah Gerilia (Kodag) satu di kawasan wilayah Jala, Kodag dua di kawasan Naratiwat dan Kodag tiga di kawasan Pattani dan Sanggura.

Sebagai taktik perjuangan, pejuang Pembebasan Patani bergerak secara gerila dengan menyusun kekuatan di bukit bukau, menguasai kawasan pendalaman dan kampung kemudian menyerang kota-kota yang merupakan pusat pemerintahan penjajah Siam Thai. Setelah tahun 1990 m. peranan ABREP agak menurun setelah organisasi induk perjuangan Pembebasan Patani mengubah strategi dan taktik perang, kerana dianggap sudah tidak sesuai lagi dengan keadaan semasa untuk menyusun kekuatan di bukit bukau, kerana strategi bukit dianggap sudah tidak layak lagi untuk dijadikan pengkalang bagi Pejuang Pembebasan Patani.

Kerajaan Thai Kewalahan

Tujuh tahun Pejuang Pembebasan Patani mengadakan perlawanan dengan kerajaan dan askar Thai, dengan berbagai taktik perang gerila yang lihai dan jitu yang digunakan oleh Pejuang Pembebasan Patani, mengakibatkan penjajah Siam Thai kewalahan besar. Sejak tahun 2004-2010 kerajaan Siam Thai telah menghabiskan uang Negara sebanyak 1.44 ratus ribu juta bhat, untuk menghadapi pejuang pembebasan Patani dan usaha untuk menghapuskan Mdeology perjuangan kemerdekaan rakyat Patani.

Kerajaan Siam Thai juga telah megumpul semua ahli bijak pandainya, para ilmuan, ahli strategi perang, tokoh-tokoh politik, tokoh-tokoh militer dan sebagainya untuk berfikir dan bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk menamat dan menghancurkan perjuangan kemerdekaan Patani, sudah lima orang perdana menteri dan ratusan para jeneral. Tetapi hasilnya seperti mana terbukti sekarang ini bahawa Pejuang Pembebasan Patani tetap masih berdiri utuh dan teguh menjalankan tugasnya dan terus beraksi menghentam setiap potensi kekuatan penjajah Siam Thai di atas bumi Patani di mana mereka kehendaki.

Serangan Pejuang Patani:

Selama tujuh tahun ( 2004 sampai dengan 2010 ) setelah pejuang Patani memproklamasikan cetusnya revolusi bersenjata pada tanggal 4 Januari 2004 di Kem Askar Peling Choh-erong Naratiwat. Pejuang Patani telah melakukan serangan dan sabotaj terhadap pasukan dan agensi penjajah Siam Thai tidak kurang dari 10,498 kali, dan telah mengadakan ledakan bom terhadap sasaran askar dan tempat-tempat potensi strategi penjajah Siam Thai tidak kurang dari 2003 kali (bom kereta 20 kali). Ledakan berbagai jenis bom yang digunakan oleh Pejuang Pembebasan Patani, dari bom tangan, grenad, bom pemusnah, motorsikal bom dan bom kereta. Ratusan buah kenderaan perang askar Thai telah musnah, ribuan askar mati dan cedera parah dan tak kurang dari lima puluh buah kereta kebal telah hancur musnah akibat dibom oleh Pejuang Pembebasan Patani.

Serangan bom kalau dilihat secara statistik peristiwa pertahun setelah cetusnya revolusi bersenjata pada tahun 2004 sampai denga tahun 2010 :

Tahun 2004 sebanyak           111  kali

Tahun 2005 sebanyak           248  kali

Tahun 2006 sebanyak           328  kali

Tahun 2007 sebanyak           484  kali

Tahun 2008 sebanyak           268  kali

Tahun 2009 sebanyak           303  kali

Tahun 2010 sebanyak            261  kali

Jumlah letupan bom selama tujuh tahun sebanyak 2003 kali.

Akibat Dari Perang

Perang  memang tak dapat dihindari  dari akibat sakit,  cedera,  mati dan sengsaranya manusia disamping itu juga telah musnah dan kehilangan harta benda dan kenyamanan dalam hidup, mungkin semua orang yang berperang cukup menyedari perkara tersebut, tetapi kenapa mereka berperang? Jawabannya tentu sekali bahwa kesakitan dan kesengsaraan akibat dari perang itu jauh lebih ringan dari rasa sedih, sakit dan sengsara daripada dijajah, dirampas hak ketuanan, dicabul maruah dan dibelenggu kebebasan. Memang benar peribahasa Melayu yang mengatakan bahwa ” BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA. BIAR MATI ANAK ASAL JANGAN MATI ADAT”.

Setelah tercetusnya revolusi bersenjata di Patani pada 4 Januari 2004 hingga kini mengakibatkan terkorban nyawa sebanyak 4524 orang .Dalam jumlah mereka yang terkorban nyawa tersebut terdiri dari umat islam Melayu Patani sebanyak 2663 orang      ( 58.86 %) dan orang Siam Thai sebanyak 1861 orang (41.13 %). Dan yang cedera sebanyak 7320 orang, terdiri dari umat Islam Melayu Patani sebanyak 2398 orang (32.75 %), dan Thai sebanyak 4922 orang (67.25 %).

Semangat Patriotisme dan Heroisme yang tak pernah surut

Sepanjang penentangan Pejuang Pembebasan Patani mengadakan perlawanan dengan rejim penjajah Siam Thai, berbagai ujian dan tentangan yang dihadapi oleh pejuang Pembebasan Patani, telah ratusan saudara seperjuangannya telah terkorban syahid dan ratusan yang cedera parah, ratusan ditahan dan dipenjara dan ribuan terpaksa hijrah meninggalkan sanak saudara harta benda dank ampung halaman, namun semangat heroisme dan patriotisme yang berkobar-kobar tak pernah surut dan tak pernah mengenal lelah dan lesu, dengan penuh kesedaran dan rasa tanggung jawab terhadap amanah penderitaan rakyat, sanggup berdiri sebagai barisan depan untuk membawa dan membimbing rakyat menuju ke pintu gerbang Patani merdeka.

Ciri-ciri Kejayaan Menjelang

Selama tujuh tahun mengadakan perlawanan, sudah banyak kejayaan yang direbut oleh Pejuang Pembebasan Patani dari cengkaman penjajah Thai, walaupun kemuncak dari cita-cita perjuangan iaitu Patani Merdeka masih belum diraih oleh rakyat Patani, namun sekurang-kurangnya agama islam tidak dipermain-mainkan lagi oleh kafir Siam Laknatullah, kehormatan bangsa Melayu Patani sudah dihargai oleh bangsa lain terutama penjajah Siam Thai itu sendiri dan masyarakat internasional juga mulai ambil perhatian terhadap keberadaan umat islam Bangsa Melayu Patani yang sudah sekian lama terbuang dari agenda politik antara bangsa, nilai-nilai bahasa dan budaya orang Patani sudah satu persatu diakui oleh penjajah Thai, dimana sebelum ini kerajaan SiamThai selalu berusaha untuk mendiskriminasi politik dan asimilasi nilai-nilai budaya. Kehidupan orang Melayu Patani juga terbela setelah para kapitalis dan koprat Siam Thai keluar dari bumi orang Melayu tersebut kerana terancam kehidupan setelah didesak oleh Pejuang Pembebasan Patani,

Siaft dan Sikap Perjuangan Pembebasan Patani

Perjuangan pembebasan Patani adalah sebuah perjuang untuk menuntut kembali hak ketuanan Umat Islam Bangsa Melayu Patani yang telah dirampas dan dijajah oleh rejim imperialis Siam Thai sejak dari tahun 1785 sarnpai sekarang, dan perjuangan Pembebasan Patani adalah sebuah perjuangan yang bebas aktif tidak terikat dan tidak berkiblat kepada mana-mana Negara, organisasi atau gerakan, dan tidak berpehak kepada mana-mana adikuasa di dunia ini. Rakyat Patani berjuang semata-mata bergantung mutlak kepada kekuatan rakyat Patani dan pertulungan dari Allah swa. Yang maha paling berkuasa dan memberi pertulungan.

Sikap Perjuangan Pembebasan Patani adalah menghormati kepada semua bangsa dan mengakui hak wujudnya bangsa-bangsa di dunia ini. Perjuangan Pembebasan Patani menentang atas segala bentuk pencorobohan, kezaliman dan penjajahan. Kami mencintai keadilan, mencintai kedamaian  dan sangat-sangat lebih mencintai kemerdekaan. Perjuangan Pembebasan Patani selalu bersedia bekerja sama dan berpartisipasi dengan mana-mana organisasi, Negara di dunia ini yang ingin mewujudkan perdamaian, kemakmuran dan kesejahteraan umat manusia di semesta alam jagat ini.

Do’aku Untuk Pejuang Patani!

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang sedang berjuang di Patani dan di semua tempat.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau member! makar kepada mereka. Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka. Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah, tolonglah kaum muslimin di Patani dan semua tempat. Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan eratkanlah hubungan mereka. Ya Allah, binasakanlah penjajah Kafir Siam dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka. Ya Allah, Hancurkanlah penjajah Kafir Siam di bumi Patani dan memerdekakanlah bumi Patani Darussalam dengan segera.    Amiin. Ya rabbal aalamin..!

SANTAPAN NURANI

Qunut nazilah (Da/am bah as a Melayu) adalah diantara senjata bagi Pejuang Islam \ketika terjadi musibah, kezaliman dan apabila berhadapan dengan musuh kafir Umknatullah :

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka

Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka

Goncangkan pendirian mereka

Dan hantarkanlah anjing kamu kepada mereka

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa

Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai tuhan yang mengarakkan awan

Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab

Kalahkan mereka Kalahkan mereka

Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

- – - – - – -PPPffftttt – - – - – - – —

Sedikit kisah sejarah….

Dari sudut sejarah, pergerakan revolusi Patani dinamakan Pergerakan Komando Revolusi Rakyat Patani. Pergerakan ini tergabung dalam Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).

BRN ditubuhkan pada 13 Mac 1960, bertempat di sebuah institusi pengajian Islam yang terkenal, Sekolah Haji Harun atau Thamwitya Mulniti, Bandar Yala. Pengasas-pengasasnya terdiri dari Ustaz Karim Hassan, Dr. Haji Harun, Wan Muhammad Bung, Ustaz Razali, Harun Yaacob, Yusoff Chapakiya, Ahmad Shariff dan Abdul Qayoom.

BRN ditadbir oleh sebuah komiti pusat diberi nama DPP (Dewan Pimpinan Pusat). Anggota DPP telah ditambah oleh tokoh-tokoh saperti Tengku Jalal, Amin Tohmina, Ustaz Zakaria dan Ahmad Yenkee.

Pada tahun 1963, Amin Tohmina mengambil-alih jawatan sebagai Presiden. Amin mula memecat beberapa anggota yang tidak disukainya termasuklah Yusoff Chapakiya, Abdul Qayoom, Ahmad Shariff dan akhir sekali Dr. Harun Sulong. Tengku Jalal keluar dari BRN untuk memimpin fron pembebasannya sendiri diberi nama BNPP. haji Yusoff pula menubuhkan sebuah fron sebagai alternatif kepada BRN diberi nama PRN(S).

Sumber:

http://ambranews.com/index.php?option=com_content&view=article&id=2034:tujuh-tahun-revolu5ibersenjata-pi-patani&catid=41:politik&Itemid=34

p/s-Semoga yang haq akan muncul dan yang bathil akan punah musnah seiriang dengan perjuangan bangsa melayu islam Patani di Thailand!


HARI CUTI UMUM HARI BERMALAS-MALASAN & SEDIKIT INFO KL GANGSTER

Satu hari berehat di rumah. Tiada semakan dokumen-dokumen. Tiada masa untuk lihat file-file bayaran. Tidak ada masa juga untuk tandatangan di Purchase Order/Pesanan Rasmi di Jabatan. Tiada.

Apa yang ada, hanyalah tv murah 32 inci flat screen (baca; tolak bulan-bulan). Tilam dan juga alat-alat mengemas rumah. Usai Subuh ditunaikan, terus sahaja aku dan isteri mengemas rumah. Sang isteri sebuk mengemas dapur, dan menyediakan sarapan. Aku, sang Rajuna Tapa bekerja keras, membanting tulang mengemas keseluruhan rumah. Dari menyapu dapur, mengemop lantai dan memeriksa enjin VTEC Honda! Huh…..aku puas hati sejurus menyiapkan segala kerja-kerja tadi.

Aktiviti seterusnya di hari cuti umum yang mulia ini.

Bermalas-malasan di depan tv!

Tiba-tiba, satu iklan arahan pengarah muda Syamsul Yusof muncul di skrin tv. Aku terpaku, terpesona dan terkesima. Manakan tidak filem tersebut yang bertajuk KL Gangster mempunyai ciri-ciri sebuah filem ganster yang sejati. Ala-ala filem gangster Hong Kong. Ada gaya Chan Hao Nam yang berkuasa di Causeway Bay tu! Jauh sekali Temulak di dalam filem Kongsi. Itu cerita, bikin aku mahu gelak sahaja….gangster mana ada kelakar beb! Tak sejati! Dah kata pembunuh upahan, kenapa tidak tahu pakai senjata….aiya!!!!!

- – - – - – - – PPPfftttttt – - – - – - – - – -

KL Gangster; pastinya akan membuat adrenalin anda mengalir laju!!

Sedikit sinopsis…..

KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.

King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.

Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa,Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark,Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka?

Semuanya akan terjawab di KL Gangster pada Jun 9 ini.

- – - – - – - – - PPPPfffttttt – - – - – - – - -

Aku tanpa lengah terus pergi ke Youtube untuk melihat video teasernya dengan lebih. Dari apa yang aku lihat, filem ini memang terbaek dan ada kelainanya. Dialog yang paling best setakat yang aku dengar berbunyi…

“Wa tak kisah lu ayahanda ka abang long ka, ini KL wa pegang!!!”

Hahahahaha….

p/s – Wajib tonton ini filem. Lepastu tengok lagi sekali di Astro First!


AWANG HITAM KENA BELASAH, AKU GEMBIRA!

Malam tadi aku tengok Berita. Tv3….Takdelah yang menarik sangat. Selain dari pengumuman yang tersangatlah menarik untuk guru, aku tertarik dengan satu khabar berita. Bukan pasal kes DSAI, juga bukan pasal politik. Kalau nak tahu hal politik yang telus aku rela bukak internet dan baca tentang dari kedua-dua belah pihak (baca; pembangkang dan juga pemerintah/kerajaan). Lepas tu, buat kesimpulan sendiri. Barulah telus….

Err….aku dengar-dengar minyak RON 95 mahu naik harga. Tak  de pulak diumumkan di berita pulak ya!! Hairan….

Berbalik dengan kes tadi. Kes Awang Hitam ataupun negro. Aku berasa sangat terharu dan tumpang gembira bila dapat tahu pasal Awang Hitam dibelasah teruk oleh hampir lebih 30 orang lelaki di sebuah penempatan di KL. Lebih menyeronokkan bila aku dapati penduduk-penduduk ni menggunakan batu-bata, pisau, kayu dan kerusi plastik untuk membelasah si mamat negro tu sampai cedera! Tulah, akibatnya mengorat bini orang. Patutnya, tutuh ja sampai tak bernyawa, bagi sedar sikit mereka ni semua.

Negro suka berkumpul di kawasan-kawasan ramai atau tumpuan awam, mungkin untuk menarik perhatian

Benar, mereka di sini semakin ramai dan tidak mustahil satu hari nanti akan ada keturunan mereka duduk di bumi bertuah ni. Lihatlah mereka, jika diperhatikan sebenarnya mereka ini masuk ke Malaysia menggunak pas pelajar. Bila sampai sini, mereka tak belajar sebaliknya melakukan jenayah. Pas sebagai pelajar khususnya di institusi pengajian tinggi (IPT) kebanyakannya swasta itu hanyalah sebagai tiket untuk mereka memasuki Malaysia sahaja. Kebanjiran warga Afrika yang bertumpu di beberapa lokasi terpilih di ibu negara seperti Puchong, Seri Kembangan, Ampang, Kepong dan Pandan Indah.

Ish…negro, negro….

p/s – Awang Hitam ni pun satu, bila dah datang ke Malaysia ni cubalah bawak-bawak bersopan sikit. Banyak benor dah kes-kes jenayah yang dah dibuat.


TRAVEL HUJUNG MINGGU DAN SELAMAT HARI GURU; YA!! AKU JELES!

Yaaa….minggu lepas, adalah minggu yang memenatkan. Ke sana, sini. Ke hulu, ke hilir. Dari Melaka, turun ke KL. Pulang ke Semenyih dan esoknya ke Melaka kembali. Petangnya pula pulang semula ke Semenyih untuk persiapan majlis gemilang Konvo buat isteriku di UiTM Shah Alam pada tanggal 13 Mei 2011 (Khamis). Esok, seawal pagi sudah gerak ke Shah Alam dan menanti hingga lewat petang di sana. Dipendekkan cerita, aku berulang-alik Melaka-Selangor-Kuala Lumpur-Kota Tinggi minggu lepas.

Sungguh penat!

Tapi, apakan daya sudah menjadi tuntutan suami untuk bertanggungjawab ke atas isterinya. Layan sahaja.

- – - – - – PPPfftttt – - – - – - -

Dari Kota Tinggi untuk pulang ke Melaka, aku terkesima dengan gaya pemanduan pakcik-pakcik takpun brader-brader bawak bas. Laju semacam! Bas dua tingkat, tapi laju mengalahkan kereta aku. Lebih 120 km/j beb! Aku masa tu memandu kereta isteri (Saga FL) dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan itu aku cuba mengekori bas tersebut tapi dek kerana letih nak bawak laju-laju, aku mengalah. Aku biarkan sahaja bas-bas yang laju itu berlalu pergi ke destinasi. Di dalam hati aku hanya mampu berdoa supaya mereka semua selamat sampai ke tempat yang dituju. Tapi kadang-kadang, aku menyumpah-nyumpah jugak dengan sikap biadap mereka.

Apa yang aku faham, memang pemandu bas ni tak berapa nak faham nilai nyawa penumpang atau mungkin buat-buat tak faham undang-undang jalan raya. Bila sudah berlaku kemalangan besar barulah terlintas di hati untuk insaf. Insaf buat seketika…..Esok, lusa buat lagi.

- – - – - – PPPffttttt – - – - – - -

16 Mei…..Hari Guru. Tak banyak nak cakap…..Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku selama ini. Segala ilmu yang dicurahkan berjaya menjadikan insan ini berguna buat keluarga, agama dan bangsanya. Terima kasih guru!

Nampaknya insan yang bernama guru ini tak habis-habis di berikan dengan pelbagai insentif dan imbuhan. Kadang-kadang aku “jeles” jugak dengan profesion perguruan ni. Baru sahaja pada hari ini Perdana Menteri mengumumkan 5 kaedah kenaikkan pangkat bagi guru hingga mampu mencapai tahap JUSA C diakhir perkhidmatan mereka yang rata-ratanya mencapai 25 tahun.

Sebelum ini, pada bulan Februari 2011 yang lalu,Tan Sri Muhyiddin ada mengumumkan seramai 586 guru besar dan pengetua cemerlang hari ini diberi ganjaran melalui tawaran baru melibatkan peruntukan RM18.4 juta. Kejayaan meningkatkan pencapaian sekolah pada kedudukan lebih baik, juga menyaksikan staf sokongan sekolah turut menerima habuan.Ganjaran wang RM7,500 diberikan kepada pengetua atau guru besar sekolah. Guru cemerlang lain di sekolah sama, RM1,800. Manakala guru lain-lain di sekolah sama mendapat ganjaran RM900.

Dari apa yang aku lihat, guru-guru ini yang kononya “tiada masa” akibat dari kesebukkan bidang tugasnya di sekolah hingga dibawak “beban tugas” itu ke rumah masih mampu juga menjalankan perniagaan di waktu malam!

p/s – Entahlah…..apa-apa pun Selamat Hari Guru! Aku jeles!


13 MEI; TRAGEDI BERDARAH NEGARA

13 Mei 1969 satu tragedi ngeri yang pernah berlaku di negara kita ini. Lagi beberapa hari 13 Mei menjelma. Tidak mustahil perkara ini berulang lagi sekiranya keharmonian pelbagai kaum dan agama yang selama ini diamalkan mula disisih. Aku pernah menulis tentang tragedi ini satu ketika dulu berdasarkan beberapa sumber sahih dari pembacaan aku.

Sila klik di tajuk di bawah,  jika mahu lihat dan baca.

Peristiwa 13 Mei 1969

Kali ini, aku mahu catatkan beberapa kronologi penting yang berlaku semasa tragedi berdarah itu.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S’gor yang menyaksikan 50:50 di S’gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato’ Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (’menyingkir’) orang Melayu ke laut atau ke kampung-kampung. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangorgor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, KL. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang pajang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato’ Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari (Parti Komunis Malaya) PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar KL. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orangorang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lainlain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil (baca; TS) dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang (baca; kesahihan cerita ini masih belum dapat dipastikan). Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri-negeri tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran (Majlis Gerakan Negara) 

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu” (”Malay Dilemma”) oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

Masyarakat bandar melarikan diri dengan escort dari pasukan keselamatan

Angkatan tentera menguatkuasakan pemerintahan darurat oleh Tunku Abdul Rahman

Anggota keselamatan berkawal

Aksi ketika perarakan kemenangan pilihanraya

p/s – Janganlah peristiwa seperti ini berulang lagi. Merugikan masa depan sahaja! Cukuplah dengan pelbagai anasir-anasir propaganda, subversif yang cuba dimomok-momokan baru-baru ini (baca; Isu agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, perkauman dan simbah asid oleh lelaki India di sekitar Lembah Kelang). Cukup-cukuplah bermain dengan isu itu.

Sumber: 13 Mei; Sebelum dan Selepas, Karya Tunku Abdul Rahman

May 13 : Declassified Document On The Malaysian Riots 1969, Karya Kua Kia Siong

Cari Gold Forum


HEBATNYA PAHLAWAN ISLAM

BAPA saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib benar-benar seorang pahlawan Islam sejati walaupun akhirnya tumpas dan syahid di tangan musuh di Perang Uhud.

Sebelum syahid, belaiu berjaya membunuh lebih 30 tentera kafir dalam perang itu. Bayangkan berapa ramai lagi yang bakal tewas di tangannya andai beliau tidak syahid di tangan hamba kulit hitam Warsyi bin Harb.

Kehebatan Assadullah atau Singa Allah itu benar-benar tiada tandingannya dan sangat dikagumi! Tetapi sayangnya sejauh mana generasi terutama yang muda Islam hari ini mengenali Saidina Hamzah berbanding nama ‘pahlawan’ yang kebanyakannya tidak pernah wujud pun di muka bumi ini.

Malah direka dengan tokok tambah segala macam kekuatan dan kehebatan sedangkan kesemua ‘pahlawan’ itu wujud atas nama animasi kartun dan lakonan untuk melariskan jualan tiket-tiket wayang. Kehebatan Saidina Hamzah wajar ‘dijual’ supaya lebih ramai lagi ‘Singa-Singa Allah’ sepertinya dapat kita lahirkan.

Ia antara lain membuktikan bahawa jumlah musuh yang ramai bukan penyebab umat Islam mengaku kalah dalam perjuangan. Sebaliknya, perlu kuat persis Saidina Hamzah yang relatifnya adalah manusia biasa, tetapi atas nama jihad dan mengharapkan syurga Allah, maka satu demi satu musuh ditumpaskan.

Perang Uhud memang benar-benar mengumpulkan ramai pahlawan Islam yang terbilang. Tetapi yang terbilang selain dari Saidina Hamzah ialah Abu Dujanah seperti yang diceritakan sebelum ini. Kecuali Abu Dujanah yang menampakkan ciri pahlawan yang menggerunkan musuh dengan melilitkan serban merah di kepalanya, pahlawan-pahlawan Islam yang lain mungkin kelihatan begitu ‘sederhana’.

Lebih bersifat tawaduk dan rendah diri malah mungkin mempunyai susuk badan yang kecil tetapi kekuatan yang dipamerkan adalah sangat luar biasa. Salah satu kisah menarik, apabila seorang pahlawan musuh bernama Thalhah dengan sombong dan bongkak mencabar mana-mana pahlawan Islam berlawan dengannya pada peringkat awal sebelum Perang Uhud meletus.

“Siapa yang mahu bertanding berlawan dengan aku,” teriak Thalhah.

Apabila tiada pahlawan Islam yang mahu menyahut cabarannya, Thalhah pun terus menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati pasukan tentera Islam.

“Wahai pengikut-pengikut Muhammad, kamu menyangka Tuhan akan menghantar kami ke neraka dengan pedang kamu dan menghantar kamu ke syurga dengan pedang kami!

“Siapakah antara kamu yang akan mempercepatkan kami ke neraka dengan pedangnya? Atau pun kami akan mempercepatkan kamu ke syurga dengan pedang kami?

“Sungguh, kamu berdusta. Demi Latta dan Uzza, sekiranya kamu semua betul-betul percaya begitu, keluarkanlah seorang daripada kamu kepada kami sekarang,” teriaknya.

Disebabkan kata-kata yang angkuh itu, sahabat besar Rasulullah, Saidina Ali bin Abi Talib pun keluar menyahut cabaran si Thalhah. Tanpa membuang masa, menantu Rasulullah itu menyerang Thalhah dengan sekali libasan pedangnya sahaja berjaya mencederakan kaki pahlawan Quraisy itu sehingga menyebabkan dia cedera parah dan terjatuh tanpa sempat melawan.

Ali kemudiannya meninggalkan Thalhah begitu sahaja yang tidak mati walaupun kakinya putus akibat libasan pedangnya. Rasulullah bertanya mengapa Saidina Ali tidak terus membunuh sahaja musuh yang begitu sombong mencabar tentera Islam itu.

“Thalhah kini begitu malu dengan kata-katanya dan saya kasihan dan tidak sampai hati membunuhnya,” jawab Ali dengan penuh makna.

Dikatakan, sebelum pasukan musuh bertempur secara besar-besaran dengan tentera Islam, hampir 12 pahlawan Quraisy berjaya dibunuh oleh para pahlawan Islam dalam adegan atau pertarungan satu lawan satu.

مشاهد لساحة معركة أحد وجبل الرماة وقبر حمزة عم الرسول

Puncak bukit Uhud di mana peperangan Uhud terjadi

Di copy paste dari ruang bicara agama Utusan Meloya (baca; Utusan Malaysia)

p/s- Semoga para mujahid islam di seluruh dunia yang berjihad di medan perang kerana Allah dan agamanya sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan…


BILA HARGA BARANG NAIK…

Bila harga barang naik, akan ramailah bloggers yang akan menulis. Ada yang kutuk, ada yang memuji.

Bila harga barang naik, statement yang sama akan kerap diulang-ulang bak pita rakaman (baca; dapat menjimatkan subsidi kerajaanlah, harga barang yang dinaikkan taklah mahal sangat jika dibandingkan dengan negara-negara lainlah). Macam haram…..

Bila harga barang naik, pasti siaran arus perdana tak akan begitu “up”kan isu ni. Yang pastinya, akan lebih banyak isu menghentam pihak lawan (baca; pembangkang).

- – - – - – - PPPfffttttt – - – - – - – -

Alamak, gula dah naik harga! Lepas ni, teh O kecik yang standard harga seringgit segelas agak-agak naik berapa sen pulak ye?

Sudahlah baru sahaja mengecapi nikmat kenaikan harga minyak RON97, kini harga gula pula menjadi khabar gembira. Dengan rasa tidak bersalah dan segan silu…kononnya dapat menjimatkan subsisdi kepada rakyat sebanyak RM116.6 juta. Tapi, yang aku dok pikir dari tadi…ke manakan hasil penjimatan itu akan digunapakai? Adakah disalurkan ke tempat atau golongan sasaran yang betul atau…………(baca; paham-paham sudah).

Kalau diikutkan dah beberapa kali harga gula ni dinaikkan. Cuba teliti graf dibawah ni dan kemudian pikirkan kesan tidak langsung dan kesan langsung kepada kita semua. Interprate graf tu sekali ok!

Sumber;Malaysiakini

Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).

Walaupun secara relatifnya kenaikkan harga gula ini adalah kecil dan tidaklah membawa sebarang makna buat masyarakat kelas atasan/kaya/ahli-ahli konglomerat/tycoon perniagaan tapi kesan ini sangat mendalam buat rakyat golongan bawahan/peniaga kecil-kecilan dan mungkin akan mengakibatkan kesan berantai yang meleret-leret dengan kenaikan harga barang lain terutamanya makanan/minuman yang dijual di kedai-kedai. Lagi satu, adakah dengan menaikkan harga gula ini merupakan langkah yang berkesan bagi membendung gejala kencing manis di kalangan rakyat negara ini?

Ok, selepas ini apakah lagi barang yang akan di naikkan harga ye?  Tiba-tiba aku nak ingatkan kamu semua di luar sana…Sudahkah mendaftar sebagai pengundi?

p/s- Sekadar meluahkan perasaan, rasanya dah lama gaji tak naik-naik. Harga barang pulak yang selalu naik.


BUKU BARU; UMNO AKHIR SEBUAH IMPIAN & MENUJU PAS BARU

Dua buah buku politik. Dua buah parti berbeza.  Dua orang penulis yang hebat. Dua orang tokoh politik yang punya karisma tersendiri. Dua buah buku yang bernilai untuk dijadikan koleksi. Dua buah buku yang mengundang kontrovesi.

Aku baru sahaja membeli dua buah buku baru-baru ini. Walaupun sudah agak lama aku mengidam untuk mendapatkan karya Tok Mat ni, tapi akhirnya tanggal 5 Mei 2011 impian tersebut tertunai (sudah lebih setahun impian untuk membeli buku ini tertunda-tunda….entah kenapa). Bukan kerana apa aku mengidam buku ini, tetapi dek kerana gaya penulisan Tok Mat yang agak santai, tenang dan bersahaja menceritakan kisah hidupnya di dalam sepak terajang politik di dalam UMNO itu sendiri begitu menarik untuk dibaca. Banyak yang telah dilakukan oleh Tok Mat untuk menjamin survivaliti sebuah Parti maupun pemimpin-pemimpinnya yang ada di dalam parti itu.

Buku ini adalah hasil tulisan pertama Tan Sri Mohamed yang mencatatkan pengalaman politiknya dalam pergolaka UMNO yang bermula sejak zaman Tunku lagi. Apa yang diceritakannya mungkin mengejutkan sesetengah pembaca terutamanya dalam mengupas krisis dalaman UMNO. Antara rentetan peristiwa di mana beliau sendiri memainkan peranan penting termasuk kisah di sebalik usaha menjatuhkan Tun Hussein dan Dr Mahathir serta usaha beliau membantu mereka mengatasi krisis berkenaan. Buku ini turut menjelaskan tentang latarbelakang UMNO, dari saat ia ditubuhkan, diharamkan, dihidupkan semula, dikembangkan dan kini mengalami krisis yang mungkin menjejaskan masa depannya. Lagi sikit sahaja, khatamlah buku ini……

Harga Buku; RM29.90 dan boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran. e.g; MPH

- – - – - – - – - -PPPPPPPPPPfftttttt – - – - – - – - – - – -

Sebuah buku kontroversi karya Dr. Mujahid Yusof Rawa berjudul ‘Menuju PAS Baru’. Aku belum menyentuh dan “membedah siasat” buku ini lagi memandangkan buku karya Tok Mat masih belum habis dibedah. Tapi dari apa yang aku perhatikan, kulit buku ini sahaja sudah cukup untuk mengundang kritikan banyak pihak. Seorang budak lelaki yang memakai seluar pendek (baca; tidak menutup aurat) sambil memegang bendera PAS melangkah ke hadapan. Ini mengambarkan seolah-olah PAS pada masa hadapan dengan wajah serta imej yang berbeza dengan apa yang ada hari ini.

Karya Dr. Mujahid ini dilihat cuba membawa para pembacanya melihat PAS sebagai sebuah pemain utama politik negara dengan pembawaan yang lebih liberal sesuai dengan citra serta budaya masyarakat di Malaysia khususnya golongan muda. Isi kandungan dalam buku ini banyak berligar tentang fenomena konflik yang berlaku dalam sebuah parti politik Islam yang dikenali dengan nama PAS.

Harga buku; RM20, juga boleh dibeli di MPH dan lain-lain kedai buku.

p/s – Mohle kite membace…..!!!!


PERIBADI OSAMA BIN LADEN

Biodata
Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden (bahasa Arab: أسامة بن محمد بن عود بن لادن) yang secara popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.

Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.

Pendidikan dan Masa Mudanya
Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan Wahhabi Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) ; dan beliau pernah menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, dimana beliau berguru kepada salah satu diantara gurunya,iaitu Sheikh Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.

Perjalanan Hidupnya
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan yang dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruhnya keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.

Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.

Ketika tentera Soviet berundur keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap [[Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan Turabi yang memerintah Sudan.

Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara.Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al Qaeda telah meniru gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia, dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan “Kelompok Islam” yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995 menggagalkan persekongkolan meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.

Sejak tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Saudi Arabia, dan di Yaman, dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia. Pada bulan Oktober 1993,dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia, terbunuh di sana ketika menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun , Osama bin Laden dikenakan hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam serangan pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan bahawa para pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh tentera-tentera itu.Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin Laden memiliki jaringan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel di Yaman di mana para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka ke Somalia.

Pada 7 Ogos 1998,lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya; dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan Besar , yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al Qaedah.

Empat belas hari kemudian, pada 20 Ogos 1998, Presiden Bill Clinton memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas, dan penggempuran keatas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai perancang serangan-serangan bulan November 1998.

Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001; dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.

Para pejuang Taliban telah mengutuk serangan hari Selasa ke atas Amerika Syarikat itu dan menegaskan bahawa Taliban tidak terlibat. Osama bin Laden secara tegas dan meyakinkan telah menyangkal penglibatan dirinya dalam serangan 11 September 2001 itu.

Osama bin Laden boleh disamakan dengan Che Guevara dalam perjuangannya terhadap ketidakadilan yang terjadi akibat haegemoni barat khususnya Amerika Syarikat terhadap bangsa bangsa di dunia khususnya yang terjadi di negara negara dunia Islam. Banyak pengamat Islam Antarabangsa menyatakan bahawa perjuangan Osama bin Laden dan Al Qaeda akan tetap berterusan selama dunia barat khususnya Amerika Syarikat tidak mengubah dasar luar yang tidak adil terhadap negara negara dunia Islam. Isu palestin adalah diantaranya, serta serangan dan pendudukan tentera AS di Iraq membuat masalah yang dikatakan dunia barat sebagai terorisme tidak akan selesai.

- – - – - – - – -PPPPfffftttttt – - – - – - – - – - – -

OSAMA adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam kepada beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonon bantuan antarabangsa. OSAMA bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi ‘kuasa-besar’ abad ke-20. “Di dalam agama kita, terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai Jihad,” kata beliau. “Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa.” Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbagan sokongan.

Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah mereka-bentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Soviet. Tidak lama kemudian, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan. Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan. Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur shahid. Walaubagaimanapun OSAMA dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut, dengan Pertolongan Allah SWT. “Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan,” ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang Palestin yang menyertai Jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan. “Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau, tetapi beliau juga memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana beliau untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Laden.

” Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid-an-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan OSAMA kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah SAW di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari Jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk Jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan. Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikiritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Laden. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaan dengan terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar ‘Arab Afghan’ dari pelbagai negara mengikut beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana. Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala beliau.

Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai Jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistan, Bosnia, Yaman, Chechnia dan lain-lain tempat, sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia. Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang dianggap sebagai ‘U.S. State Department’ sebagai, “seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extermist Islam di dunia kini.” Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah ‘ikan besar’ kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh.

Menurut pegawai ini, “Bin Laden adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, ‘Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka,’ dan beliau akan mendapat cek tersebut serta-merta.” Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Laden membuat keputusan untuk bertindak. Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama;. Dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, “Pengisytiharan Perang” oleh OSAMA bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam, atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama, dengan bantuan Allah SWT, telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. “Umat Islam terbakar dengan kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan [Saudi Arabia - bumi tanah haram]” – OSAMA bin Laden Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada Jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkan kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah, juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati; Mati yang hanya sekali itu…. Untuk siapakah mati kita?

p/s – Semoga ditempatkan bersama-sama pejuang Jihad wahai Osama!!!


RON 97 DAH NAIK…

Gambar ni aku jumpa masa berjalan-jalan di blog-blog rakyat yang ada. Aku agak tertarik dengan gambar yang dilukis oleh kartunis ini. Di sebelah kiri gambar, muka bapa “Dafi AF” Baeeekkk punye mewakili paksi Kerajaan. Di sebelah kanan pula rakyat sedang membuat demostrasi tunjuk perasaan. Mahu lebih, pergi sahaja di kartunjahanam.blogspot.com.

Jadi, apa yang kamu faham akan hal ini? Jika kamu golongan bawahan yang sama seoerti aku, yang punya gaji tidak sebesar mana seperti aku, yang hidupnya tidaklah sekaya mana seperti aku pasti dapat rasakan perkara yang sama.

Apa yang aku risaukan ialah, jika RON 97 boleh naik harganya, tidak mustahil RON 95 akan naik juga jika kononnya “mengikut harga pasaran global”. Kini RON 95 masih berharga RM1.90 seliter.

- – - – - – - – - -PPPfffttttttt – - – - – - – - – - – -

Baca petikan akhbar arus perdana yang aku tampalkan di sini.

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi 4 Mei 2011.

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi – 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai HARI INI, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia malam tadi, manakala RON95 kekal pada RM1.90. – Bernama

Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi – 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari ini. Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini. Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.

- – - – - – - – - – - PPPPPffftttttt – - – - – - – - – -

Jadi, sila bandingkan pula dengan negara-negara ini.

p/s – Kalau lepas ni RON 95 pulak yang naik memang abesla aku. Pokai! Aku dahla travel ulang alik Melaka-KL. Sehari je RM30 aku perlukan untuk isi minyak saja! Belum tol lagi pergi balik dengan makan dan minum. Kalau naik lagi, memang makin rabaklah poket aku! Udohle kategori miskin bandar dah aku ni (baca: Pendapatan kurang dari RM3,000.00 dan tinggal di bandar adalah dikategorikan sebagai miskin bandar). Kalau dah reti minyak naik, harga barang lain-lain naik….elaun-elaun ataupun gaji tak nak naikkan ke? Hehe..

Ini sekadar keluh-kesah aku, selaku golongan bawahan…..


MARILAH TUNAIKAN SOLAT!!!

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.

Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.

Dinegara kita susah nak jumpa org solat di tempat2 terbuka…Nak cari masjid @ surau baru boleh solat…
p/s – Dipetik dari blog Pahlawan30 untuk dikongsikan bersama dengan semua umat Melayu Islam di Malaysia ini terutamanya kepada mereka yang meringan-ringankan solat. Oleh itu, marilah tunaikan solat!!!

10 MITOS TENTANG OSAMA BIN LADEN

Osama bin Laden yang kematiannya disyukuri sekaligus diratapi orang-orang dari kelompok berbeza itu, menyerlahkan banyak cerita. Ada yang benar, ada yang dusta. Inilah 10 mitos, iaitu cerita dusta, tentang lelaki dari Arab Saudi ini.

1. Osama bin Laden “acuan” CIA. Ia mahupun pengikutnya tidak pernah menerima dana langsung mahupun latihan dari Amerika Syarikat selama dekad 1980-an. Penerima sejumlah besar kedua jenis sokongan Amerika itu adalah Mujahidin Afghanistan melalui badan intelijen Pakistan, ISI. Sejumlah masyarakat keturunan Arab memang bertempur melawan pasukan Soviet tetapi jumlahnya tidak signifikan.

2. Ia punya kekayaan peribadi yang sangat besar. Bin Laden terpaksa meninggalkan wang tunainya ketika harus pergi dan meninggalkan Arab Saudi tahun 1991 ke Pakistan, kemudian Sudan. Keluarganya memotong aksesnya sama sekali. Dia juga tidak menerima warisan dari ayahnya yang sangat kaya, dan telah dibagi-bagi. Yang dimiliki Bin Laden adalah jaringan yang memungkinkannya mendapat dana dengan mudah.

3. Ia bertanggungjawab atas pengeboman Word Trade Centre tahun 1993. Ramzi Yousef, pelaku utama serangan itu, mungkin bekerja untuk Khaled Sheikh Mohammed yang merupakan operator bebas pada saat itu. Muhammad mulai bekerja dengan Al-Qaeda pada 1996, dan bahkan kemudian menjaga jarak dengan Bin Laden.

4. Ia mendapat wang dari perniagaan dadah. Tidak ada bukti sejauh ini meskipun ada penyataan yang diulang-ulang, misalnya dalam berkas pemerintah Inggeris tentang pasca serangan 11 September dan Al-Qaeda.

5. Ia tidak pernah terlibat pertempuran berbahaya. Dia tidak sendirian ketika menyita senjata AK-47 dari seorang jenderal Soviet yang mati, sebagaimana kadang dia akui. Namun, banyak saksi melaporkan tentang keberadaannya di tengah-tengah pertempuran Jaji pada 1987, dan pertempuran Jalalabad pada 1989.

6. Ia lebih sering di gua. Pada akhir 1990-an, demi propaganda, Bin Laden mengundang jurnalis tertentu untuk menemuinya di gua dekat Tora Bora di Afghanistan timur. Namun sebetulnya, ia tinggal di sebuah kompleks yang jauh lebih nyaman, dekat kawasan pertanian di Hadda, bekas wilayah Soviet, milik seorang panglima perang tempatan.

Menjelang 1999, ia pindah ke sebuah kompleks perumahan dekat Kandahar. Sebelum terbunuh, dia hidup di rumah nyaman yang terpisah tetapi dekat kompleks itu di Abbottabad, Pakistan. Selama itu, tidak ada bukti ia tinggal di gua.

7. Ia remaja yang suka pesta di Beirut sebelum berubah jadi ahli agama. Tidak ada bukti soal itu sejauh ini. Bin Laden tampaknya pemuda yang tekun, pemalu dan saleh serta menikah muda dan banyak menghabiskan waktu untuk belajar kitab.

8. Dia nyaris sakit kuat kerana penyakit ginjal. Ada beberapa laporan — termasuk dalam dokumen Guantanmo — mengenai masalah ginjal tetapi tentu saja tidak cukup serius untuk mengorbankannya. Penyakit itu agaknya lebih kerana ada masalah dengan punggungnya akibat posturnya yang tinggi (6 kaki 5 inci = 1,9558 meter) dan gaya hidupnya.

9. Ia bersembunyi di Kashmir, sebagai pemimpin gerila Chechnya, dan bertanggungjawab atas kekerasan di Filipina dan Indonesia, merancang serangan di Madrid, Sepanyol, tahun 2004 dan memiliki jaringan luas di Paraguay, wilayah sub-sahara Afrika dan Afrika Selatan. Semua dakwaan itu dibuat oleh pemerintah sejumlah negara atau badan perisikan selama lebih dari satu dekad yang terbukti seluruhnya disusun tanpa dasar.

10. Bin Laden adalah penggemar kelab bola sepak Arsenal. Meskipun ada laporan fans Arsenal meneriakkan, “Osama, woah-woah, Osama, woah-woah, ia bersembunyi di Kabul, ia mencintai Arsenal”, tetapi Bin Laden bukan penggemar setia kelab bola sepak dari London utara itu. -kompas

p/s – Apa-apa pun, aku doakan semoga pemergian Osama akan melahirkan lebih ramai Osama untuk menghancurkan kufur Zionis-Amerika yang sebenarnya jauh lebih ganas dari Osama ini. Moga rohnya aman dan ditempatkan bersama-sama yuhadah dan solihin yang lainnya. Aminnnnnn….


1 MEI HARI LAHIR AKU!

Hari pekerja : Hari Lahir aku!

1 Mei sudah berlalu. 26 tahun yang lepas, hari rabu, waktu Azan Subuh berkumandang, pada tarikh yang sama…Dino Rebbu Pon… Dino Nogo (baca:berdasarkan kiraan kalender jawa, Perimbon), Aku dilahirkan. Tapi hari jadi atau hari lahir aku adalah sama sahaja setiap tahun. Tidak ada besday party, mahupun pesta buih.  Cuma biasa-biasa. Seperti selalunya, beratus-ratus wish besday dan juga sebiji dua hadiah aku terima. Mudah-mudahan pada tahun ini akan memberi lebih keceriaan kepada aku sekeluarga, tambahan lagi pada bulan sepuluh ini aku bakal menerima ahli baru di dalam keluarga kecilku ini.

Sejak menjadi orang Melaka (baca; aku ulang alik pergi kerja KL-Melaka setiap hari dengan kos tol, minyak dan minum/makan sehari untuk pergi balik sekitar RM 70), menjadikan aku lebih tabah menempuh dugaan seharian. Bangun seawal 5 pagi dan keluar rumah sekitar jam 6:15 pagi, usai Subuh ditunaikan. Pergi pagi tidak nampak cahaya matahari dengan menempuh trafik sesak di sekitar lebuhraya PLUS (baca; di persimpangan Seremban, tol Sungai Besi dan sekitar Bandar Tun Razak) pastinya akan membuatkan aku lewat sedikit  ke pejabat. Kebiasaannya akan tiba sekitar jam 8:10 ataupun 8:15 pagi, itupun jika ruang letak kereta yang dikhaskan untuk aku gunakan tidak “dipancung” orang lain. Itulah rutin harian aku setiap hari. Sampai bila? Itu aku tidak pasti.

- – - – - – - -PPPPfffttttttt – - – - – - – - – -

1 Mei yang lepas, ramailah sanak saudara dari sebelah isteri berkunjung ke rumah baru kami di Melaka. Maka, penuhlah rumah ini dengan pelbagai ragam anak-anak buah, keletah saudara mara dan macam-macam lagi. Mereka semua bercadang mahu ke Port Dickson (PD) untuk bercuti di sana. Terlanjur ke sana, singgahlah di Melaka. Aku dan isteri pun turut serta ke PD. “Family Day” sekali di sana. Bila dah ramai-ramai dan berbual panjang, tiba-tiba muncul bab Horoskop Jawa. “Perimbon”.

Nak dijadikan cerita, abang iparku ada software horoskop ni. Iyalah, inikan zaman teknologi dan kecanggihan, kitab-kitab jawa semua dah “di ICT kan”. Kalau nak cari kitab-kitab jawa lama…mana ada lagi, jika ada pun…dah tentu tak boleh nak baca! Komfom! Jadi malam tu hampir semua nak semak dan cek tentang diri melalui tarikh lahir masing-masing. Sedar-sedar dah pukul 3 pagi!

Ini sedikit maklumat dari Perimbon mengenai aku!

Nama                       :MOHAMMAD SYARIN (bukan nama sebenar)
Unsur Aksara Jawa
¤ Aksara depan      :Ma
¤ Aksara belakang  :Ra
Lahir : Rabu Pon, 1 Mei 1985
: 10 Ruwah 1917 Tahun JIMAWAL Windu SANGARA
: 10 Syaban 1405H
Jenis Kelamin : Laki-Laki
Neptu             : 14
Wuku             : BOLO
Pangarasan    : Lakuning Rembulan
Pancasuda     : Bumi Kapetak
Dina               : Dina Naga
Lintang 12      : Lintang Sur
Pranotomongso  : DHESTO ( 20 April – 12 Mei )
Bintang              : TAURUS ( 21 April – 21 Mei )

<< Sifat-Sifat Yang Sangat Menonjol >>
Pendiam, tak banyak bicara, tak banyak tingkah
Tabah, tahan uji, betah menderita

<< Sifat-Sifat Yang Menonjol>>
Pandai mengambil hati / merayu (seorang perayu)
Menyukai pekerjaan yang tidak halal
Suka keributan / uring-uringan / keonaran / permusuhan
Perangainya buruk / brangasan / brutal / kasar
Angkuh
Banyak yang takut pada omongannya
Berwibawa / punya kepribadian yang berpengaruh, banyak orang yang segan / hormat
Dapat memiliki kedudukan
Pandai membawa diri / menyelaraskan diri / menyesuaikan diri / tahu diri
Tidak suka mencampuri urusan orang lain
Pemberani / tak gentar menghadapi tantangan / bukan seorang penakut, nyalinya besar
Perintahnya lunak tetapi berkesan
Suka memperdaya / mempermainkan orang / jahil
Disayang / disenangi atasan / pembesar
Bijaksana
Mudah tersinggung / emosi, peka perasaannya
Mudah terpengaruh / tergoda / terbawa suasana
Suka menolong / membantu, mudah dimintai bantuan, ringan tangan
Baik hati, mulia, kesucian
Sesuatu pada dirinya mengundang simpati orang (simpatik)
Pekerjaannya selesai dengan rapi, baik segala pekerjaannya
Seorang yang cerdas, mudah menangkap suatu pengertian

p/s -  Ini hanyalah horoskop sahaja, nak percaya 100% pun tak boleh jugak..Tapi, bila aku tengok-tengok, ada jugak yang kena dengan aku. Gila lah! Apa-apa pun, terima kasih kepada sesiapa sahaja yang wish besday. Thanxx!


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 818 other followers