Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ISU PANAS; FILEM KONGSI DAN KL GANGSTER

Baru-baru ini kecoh isu dua filem bergenre Gangster (baca; Kongsi dan KL Gangster) hendak di saman dek kerana menonjolkan beberapa corak/gaya dari pertubuhan (baca; PEKIDA) ini. Berikut adalah komentar yang dipetik dari MStar Online;

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

“Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

KL Gangster berjaya meraih kutipan menakjubkan sehingga RM6.2 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan, bermula 9 Jun sekali gus melakar sejarah tersendiri di arena perfileman tanah air. Walaupun isu panas yang ditimbulkan oleh pertubuhan NGO tetapi kedua masih mendapat sambutan hangat oleh masyarakt umum. Dari tinjauan aku baru-baru ini dibeberapa panggung wayang berhampiran tiket-tiket bagi filem KL Gangster habis dijual! Tidak mustahil filem-filem ini juga akan mendapat sambutan di Astro First nanti. Kalau diikutkan filem ini sedang bersaing dengan beberapa filem blockbuster Hollywood seperti Kung Fu Panda 2, X-Men: First Class dan Super 8, buah tangan Syamsul Yusof itu nyata punyai tarikan tersendiri.

Bagi aku, kedua-dua filem ini adalah filem yang bagus dan setidak-tidaknya menonjolkan kelainan dalam pembikinan filem di tanah air kita. Sudahlah sekarang ini sikit punya banyak filem-filem yang menonjolkan elemen-elemen seram, hantu sana-sini dan sewaktu dengannya, tidakkah itu satu yang membosankan?

Tapi di satu yang lain pulak jika mahu buat filem, kasik tengok kiri kanan jugak. Bukan kerana apa, isu agama, isu perkauman dan lain-lain sensiviti perlu difikirkan jugak. Jangan main langgar ikut sedap hati, ikut sedap rasa. Mintalah pendapat dari pelbagai pihak sebelum mahu membuat filem yang mempunyai unsur-unsur sebegini (baca; unsur-unsur yang mempunyai sensitiviti yang kuat hingga boleh menggugat ketenteraman awam). Iyalah, ini Malaysia bukannya Hollywood yang masyarakatnya sangat-sangat terbuka dari pelbagai segi. Di sana pembikin filem bebas mahu buat filem yang macam mana sekalipun waima mengutuk agama sendiri pun tidak mengapa! Kadang-kadang, wahai pembikin filem… janganlah difikirkan untuk keuntungan yang tidak seberapa sahaja hinggakan maruah bangsa sendiri tergadai.

Walaubagaimanapun sebagai penonton/masyarakat, kita sewajarnya memahami juga apa si pengkarya mahu sampaikan. Apabila diperhatikan dan diselami sedalam-dalamnya dari hasil yang cuba diberikan oleh pengkarya atau pembikin filem tempatan setakat ini, mereka sedang cuba untuk menonjolkan beberapa  permasalahan yang berlaku di dalam masyarakat dan juga beberapa “culture underground” yang tidak dapat dilihat dari pandangan biasa atau seharian kita walhal perkara-perkara “yang tidak nampak” ini sedang berlaku!

Permasalahan sosial atau kritikan sosial yang disampaikan ini sewajarnya digunakan oleh pelbagai pihak untuk memperbaiki apa jua sistem yang sedang rosak agar ianya tidak menjadi teruk atau barah di kemudian hari. Lihat sahaja filem Hantu Kak Limah Balik Rumah karya Pengarah tersohor Mamat Khalid yang banyak membuat kritikan sosial (baca;kritikan yang diberi disampaikan secara direct/indirect) hinggakan dipihak pemerintah juga terkena tempiasnya apatah lagi masyarakat umum. Juga sama seperti apa yang disampaikan oleh Syamsul Yusuff, Pengarah Muda yang kini sedang meningkat naik. Bila diperhatikan filem-filem arahannya banyak memberi unsur-unsur nasihat secara tidak langsung serta kritikan sosial kepada masyarakat di Malaysia.

Entahlah, ini cuma pandangan aku yang tidak seberapa, mungkin nilainya cuma 30 sen sahaja. Apa-apa pun eloklah dibuat perbincangan, diskusi dan lain-lain solusi diantara kedua-dua pihak yang bertelagah agar segalanya kembali kepada normal. Iyalah, yang bertelagah inipun sesama melayu islam juga. Aku sertakan ayat suci Al-Quran untuk dijadikan sebagai pedoman. Sekian….

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudar, maka perdamaikanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu mendapat rahmat”- Surah Al-Hujarat ayat 10.

“Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH, dan janganlah kamu berpecah belah”- Surah Ali-Imran ayat 103.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari bersangka-sangka, sesungguhnya sebahagian dari bersangka-sangka itu adalah keburukan, janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu bertelagah sesama sendiri, adakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati?…” – Surah Al-Hujurat ayat 12.

p/s – Berbaik-baiklah….dan selesaikanlah dengan bijak. Aku layan Young and Dangerous aka Muda dan Bahaya.

About these ads

One response

  1. pyejal juga suke cite “muda dan bahaya”..hahaha
    mantap!

    Jun 15, 2011 at 3:10 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers