HIKMAH BERPUASA RAMADHAN
Bulan puasa sudah hampir tiba dan jika diizinkan mungkin jatuh pada 1 Ogos 2011 ini. Sudah tiba masanya untuk meningkatkan amal ibadah, kurangkan segala yang berlebih-lebih selama ini. Mengumpat, mengeji, mendengki, kutuk belakang, tikam belakang dan lain-lain. Kenapa berpuasa dan apa hikmahnya?

Hikmah Puasa Ramadhan ialah, kita dapat membersihkan rohani dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dan sebagainya. Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.
Puasa juga sudah lama diperintahkan kepada umat manusia dan ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T seperti berikut.
“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)
Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.
Allah berfirman yang maksudnya:
“Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (surah Al-A’raf:31)
Nabi s.a.w.juga bersabda:
“Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang.”
Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.
Allah berfirman yang maksudnya: “Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) amadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa. (surah Al-Baqarah:185).
p/s – Esok Subuh-subuh aku dan isteri akan pulang ke Kota Tinggi, Johor untuk menyambut bulan Ramadhan di kampungnya juga diadakan majlis menyambut puasa (kenduri tahli) dan majlis lenggang perut. Doakan perjalanan kami selamat dan Selamat berpuasa semua!
Diolah dari karya Ustaz Syed Husain Al Attas.
SEMUA YANG TUTUP AURAT KOMPOM MASUK SYURGA KE???
Hari ini “line” clear. Benda-benda ni tak pernah aku buat sebelum ni. Berjartatan seaktu masa opis. Yiha!!! Ramai gila orang cuti dowh…so, akulah bos ini hari. Tapi, entri kali ini aku mahu kau orang semua berfikir tentang akhirat sikit. Maklumlah hari Jumaat dan hampir-hampir menjelang Ramadhan ni.
Aku baru sahaja terima satu email. Isunya panas, mengenai seorang Muslim bernama “tiny pinky” yang menanyakan satu solan yang cukup jahil bagi aku. Soalan yang bertalu-talu itu telah dijawab secara ilmiah oleh “Muslimah”.
Ini soalannya…
”Semua yang menutup aurat komfom masuk syurga ke?”
Berikut adalah gambar print skrin yang aku tampalkan di sini, Hayati dan cuba renung-renungkan….
p/s- Dunia akhir zaman
MALAYSIA TEWAS KEPADA SINGAPURA ~ INI SUARA HATIKU!
Malaysia gagal untuk mendapatkan tempat di barisan 20 pasukan terbaik di Asia setelah dikalahkan oleh Singapura dengan agregat 6-4. Itu tidak mengapa. Aku terima kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Walaupun agak perit untuk ditelan tapi takdir sudah tertulis lagipun pemain-pemain Malaysia harus dipuji kerana mempamer persembahan terbaik dengan berjuang bermati-matian terutamanya penjaga gawang gol negara, Apek.
Sungguh, aku berbangga dengan barisan skuad kebangsaan yang terdiri dari anak jati tempatan. Ya!!! mereka memang original di buat di Malaysia (malah ada yang sekampung dengan aku di Semenyih! Bangga beb!!), 100% made in Malaysia termasuklah jurulatihnya, Datuk K. Rajagobal. Cuba, lihat pula di barisan skuad merah Singapura….adakah mereka macam kita? Tidak! dan sewajarnya kemenangan mereka adalah bersumberkan “orang luar”…Jadi, itu bukanlah bermakna sangat. Bagaimana dengan maruah? Entahla…..
Apa pun…yang menang tetap menang. Tahniah Singapura! Persembahan yang mantap, passing yang cantik dan taktikal yang menarik. Lagi satu…drama yang sungguh menyanyat hati! Kenapa aku berkata begitu?? Jika kamu lihat aksi pada malam tadi…kamu pasti rasa jengkel hingga seperti mahu muntah hijau! Mungkin di masa depan, FIFA boleh wujudkan satu anugerah “Drama terbaik atas padang” dan berikan kepada pemain-pemain yang over-acting itu yang pastinya mengujakan!
Aku yakin jika Piala Dunia 2014 kali ini kamu tak layak menempatkan diri untuk ke Brazil, apa kata untuk Piala Dunia yang seterusnya (2019 mungkin) kamu “beli” sahaja “Star-Star” dunia! Beri kerakyatan untuk membarisi skuad bolasepak kebangsaan kamu. Aku yakin, kamu pasti boleh menjuarai Piala Dunia! Hahaha!
Bagi Skuad Malaysia, jangan berputus asa…dan aku berbangga dengan mereka yang banyak kali memberikan persembahan yang baik bermula dengan menjuarai Piala AFF Suzuki akhir tahun lalu hingga kini. Teruskan usaha, tingkatkan semangat dan lipat gandakan segala-galanya. Mungkin satu hari nanti, skuad bola sepak negara layak untuk ke Piala Dunia! Siapa tahu….
Untuk Ultra Malaya aka penyokong-penyokong berani mati skuad Harimau Malaya….jangan berduka dan bersedih kita masih ada Skuad Olimpik negara yang akan beraksi kelak. Ayuh kita beri sokongan kepada mereka dan naikkan nilai motivasi diri mereka untuk memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan.
Ini suara hati aku. Jika ada rakyat negara sana yang terbaca entri ini. Rilek-rilek sudah. Bola itu bulat dan dunia ini juga bulat. Peace! No War!
p/s- Mahu lihat skuad Olimpik layak ke Piala Dunia yang seterusnya, lagi satu kenapa main lazer? Buat malu negara sahaja!
MALAYSIA LAWAN SINGAPURA; BERJUANGLAH HABIS-HABISAN!!!
Malam ini merupakan satu penentuan hidup dan maut bagi Sang Rimau (baca; Malaysia) dan Sang Singa (baca; Singapura). Siapa membaham dan siapa pula yang dibaham. Siapa lebih kuat ngauman dan siapa lebih tangkas bergelut di medan perjuangan. Malam ini semuanya akan terungkai. Setelah kalah di tempat lawan dengan defisit dua mata serta kehilangan tonggak utama iaitu Kapten Shafiq Rahim, Sang Rimau tidak patah semangat malah dengan sokongan puluhan ribu warganegara Malaysia sudah pastinya Sang Rimau bersedia mencarik-carik, merobek-robek dan memamah daging kenyal Sang Singa. Dari pembacaan aku sebanyak 80,000.00 tiket telah habis dijual! Bayangkan sambutan hangat ini…..
Sudah pastinya perlawanan pusingan ke dua bertempat di Bukit Jalil pada malam ini menjanjikan pertembungan yang menarik antara Skuad Malaysia dengan Singapura. Sudah pastinya semangat juang anak jati Malaysia pada malam ini begitu tinggi untuk mengekang asakan pihak lawan bagi membolosi pertahanan negara dan sekaligus menggegar gawang gol negara. Apa yang perlu segala kesilapan kecil di petak penalti perlu dielakkan kerana jika ini berlaku sudah pastinya peluang itu akan disia-siakan oleh Singapura (Mahali Jasuli perlu lebih berhati-hati dengan hal ini).
Singapura yang dibarisi oleh “pemain-pemain import” untuk menunjangi skuad mereka seolah-olah kurang yakin dengan keupayaan rakyat mereka sendiri. Masakan tidak, dengan hanya memberi “status kerakyatan” sahaja kepada pemain-pemain “pro” negara luar untuk mewakili negara mereka di peringkat antarabangsa seperti menidakkan keupayaan dan bakat rakyat kelahiran negara mereka sendiri. Adakah rakyat Singapura sudah ketandusan bakat untuk bermain bolasepak hingga sanggup menggunapakai keupayaan orang lain bagi mengharumkan negara mereka? Adakah Singapura tiada bintang-bintang bolasepak seperti “legend” Fandi Ahmad pada satu ketika dahulu? Aku rasa tidak….
Pada pendapat aku, adalah lebih elok dan manis sekiranya yang mewakili sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa itu adalah warganegara yang lahir di negaranya sendiri. Sekurang-kurangnya segala kudrat yang digunakan adalah untuk ibu pertiwinya sendiri, bukan negara orang lain! Barulah menonjolkan identiti bangsa dan negara itu sendiri dan yang penting kita tidak “meminta-minta” kudrat orang lain untuk membantu menaikkan nama negara.
Ini disokong oleh Kapten Skuad Malaysia sendiri dengan membuat penyataan seperti berikut….
“You are nothing without foreign players”-Shafiq Rahim
Sejurus dari ucapan itu, maka banyaklah ungkapan-ungkapan “nakal” dari warganegara Singapura. Mahu berita lanjut?
Kredit gambar: STOMP-SINGAPORE
Jika kamu sudah klik di link di atas, dan kamu amati apa yang ada di dalam page tersebut sudah pasti kamu akan rasa “lain macam” dengan warga Singapura. Mereka sebenarnya menyokong supaya skuad bolasepak mereka ditunjangi oleh “pemain-pemain import” itu. Pelik bukan. Entahlah.
Apa-pun semoga Skuad Malaysia dapat memberikan satu persembahan yang menarik, mantap dan tangkas. Kurangkan kesilapan terutamanya di bahagian pertahanan serta gawang gol sewajibya dijaga dengan ketat tanpa melepaskan sebiji bola pun ke dalamnya. Bagi tugas asakan dan serangan, Safee Sali selaku “kereta kebal” Malaysia sambil dibantu Abdul Hadi Yahya sebagai “partner in crime” perlu memberikan asakan demi asakan serta gunakan setiap peluang yang ada sebaik mungkin kerana ini sahaj peluang kita untuk melayakkan ke 20 tempat bagi Asia untuk kelayakan Piala Dunia 2014 yang seterusnya.
Berjuanglah habis-habisan hingga ke titisan keringat yang terakhir! Aku dokan kemenangan skuad Malaysia pada malam ini!
p/s – Aku suka dengar mentera “Hitam Kuning” dendangan riuh pagi ERA. Apa kata satu stadium Bukit Jalil pakat nyanyi lagu ni. Moga menang 3-0!!!
HISTORY SUPREME, KAPAL TERMAHAL DI DUNIA
History Supreme, kapal bersadur emas
Kapal yang dinamakan sebagai History Supreme adalah kapal yang termahal di dunia dan ianya bernilai RM 15 Billion! Ini secara tidak langsung telah menidakkan kapal milik billionaire Rusia Roman Abramovich yang sebelum ini merupakan pemilik kapal termahal di dunia.
Eclipse milik Abramovich yang sepanjang kira-kira 174 meter, dilengkapi sistem peluru berpandu serta kapal selam untuk menyelamatkan diri adalah kapal peribadi terbesar. Tetapi dengan harga RM3.75 bilion, ia tidak setanding dengan History Supreme.
Kapal yang direka pereka warga Britain ini dihiasi dengan 100 tan emas, melitupi hampir separuh permukaannya. Dengan panjang kira-kira 30 meter, ia diiktiraf sebagai kapal paling unik di dunia kerana mempunyai tempat tidur yang dilitupi platinum dan mengandungi patung diperbuat daripada tulang Tyrannosaurus Rex, dinosaur maging terbesar. Berikut antara gambar-gambar dalaman bagi kapal termahal di dunia ini.
Agaknya siapakah pemilik kapal termahal di dunia ni?
Di olah dari akhbar Harian Metro
p/s – Aku tak tertarik langsung dengan barang-barang yang termahal ni. Sebagai seorang islam adalah wajar hidup secara bersederhana, bukankah itu satu suruhan Junjungan Besar Nabi kita, Muhammad S.A.W?
MALAYSIA DIHAMPAKAN SINGAPURA 5-3

Saffee Sali sedang berebut bola dengan Mustafic Faruddin…Mustafic ini anak jati mana agaknya ya?
Malaysia tewas kepada Singapura…5-3 dan ini satu jumlah yang besar, nampaknya Malayan Tiger sudah dibaham oleh Red Lions dengan ganas sekali di kandang mereka sendiri. Tidak mengapa, mungkin ini baru “salam perkenalan” dari skuad Harimau Malaya dan sudah pasti skuad negara kita mempunyai misi penting yang perlu dilangsaikan dengan baik sekali semasa aksi timbal balas bertempat di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai ini.
Aku berasa sangatlah tidak puas hati dengan barisan pertahanan dan gol keeper kita pada aksi ketika “maghrib” tadi, sudahlah benteng pertahanan goyah dan mudah dibolosi oleh lawan…penjaga gawang pula boleh buat tak tahu ketika bola menerjah pintu gol. Tiada aksi lompatan. Tiada sebarang reaksi. Pada pemerhatian aku, ada 3 gol mudah yang dilepaskan tanpa sebarang tindak balas refleks dari penjaga gol. Hanya keluhan kecil sahaja yang mampu ditunjukkan…
Kenapa Sharbinee? Mana skil, kemahiran dan ketangkasan anda ketika perlawanan menentang skuad-skuad besar sebelum ini? Kenapa sampai begitu sekali kamu membiarkan bola begitu senang masuk ke gawang gol? Wahai Sharbinee, bangun dan bangkitlah!!! Datuk Rajagobal sudah bagi peluang pada kamu, jadi gunakanlah peluang itu sebaik mungkin dan tunjukkan kepada rakyat Malaysia yang kamu mungkin lebih baik dari apek! Ingat kamu adalah benteng terakhir pasukan Malaysia!
Tapi, apa-apa pun pujian harus diberikan kepada skuad Malaysia kerana skuad Malaysia dibarisi oleh 100% anak jati Malaysia! 100% Made in Malaysia! Dibarisi dari pelbagai suku kaum bekerja bersama-sama untuk melonjakkan nama negara ke persada dunia! Bukan seperti negara seberang itu yang mengharapkan Awang Import untuk menjunjung maruah negara mereka.
Bak kata seorang temanku di wall facebooknya…
“1 gol dari seorang yang bermain untuk negara tanah tumpah asalnya lebih bermakna dari 10 gol dari seorang yang diberi kerakyatan….berbanggalah kita punya RAKYAT yg boleh bermain bola…“
Jadi aku berharap di sebalik kejian dan cacian yang aku dengar ketika 1st half tadi di mana Malaysia dibenam 4-1 pada ketika itu, kalian sebagai penyokong dan rakyat Malaysia sepatutnya masih rasa berbangga kerana yang bermain itu adalah saudara sewarganegara sendiri! Apa pun, Malaysia harus bangkit dan berkerja kuat ketika perlawanan di tempat sendiri pada minggu hadapan kelak. Pertahanan perlu diperkukuh, gawang gol harus dijaga rapi dan serangan perlu bertubi-tubi!
Bangkitlah Harimau! Bangkitlah dari tidur!
p/s – Goooooooooooooooo Malaysia! eRRR…Tadi peserta Qari dan Qariah dari Malaysia sudah menang kejohanan Tilawah…Tahniah!
MALAYSIA TEWAS 6-3 KEPADA LIVERPOOL
Berita ini dipetik dari akhbar Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR 16 Julai — Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Separuh Masa: 1-1 Penjaring: Malaysia – Safiq Rahim (minit ke-42), Mohd Safee Mohd Sali (79 & 81).
Liverpool: Charlie Adam (26)), David Ngoc (57 & 58), Maxi Rodriguez (74 & 90), Dirt Kuyt (93).
Senarai Pemain: MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.

LIVERPOOL: Separuh Masa: Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam.
Separuh Masa Kedua: Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi (Martin Hansen).
- – - – - – - – -PPPfffttt – - – - – - – -
Aku kagum dengan permainan pemain-pemain skuad kebangsaan pada petang tadi. Berjaya merobek gawang gol sebanyak 3 kali boleh dibanggakan! Kita bermain dengan skuad EPL, yang pernah menjuarai EPL sebanyak 5 kali bukan calang-calang tu!
Tapi, apa yang aku pasti…Malaysia kerap memberikan banyak gol-gol mudah kepada pihak lawan hingga pihak lawan dapat melebarkan jarak mata dan lagi satu, janganlah kita asyik kerap melakukan tackle keras kepada pihak lawan di dalam petak panalti dan padahnya kelak kita juga yang tanggung dengan memberikan sepakan panlti kepada pihak lawan!
Aku cukup berbangga dengan Shafiq Rahim yang berjaya melepasi “benteng-benteng tinggi” The Reds dan akhirnya membuka gol pertama buat pasukan Malaysia. Begitu juga dengan Saffee Sali yang begitu tangkas beraksi di dalam kawasan lawan dan akhirnya ayam tambatan Malaysia itu berjaya menghadiahkan 2 biji gol yang cantik. Lain-lain pemain yang juga harus diberi pujian adalah Sharbinee yang berjaya mempertahankan gawang gol Malaysia dengan rapi hingga separuh masa pertama tamat dan seharusnya Datuk K.Rajagobal memberi lebih kepercayaan kepada beliau berbanding Khairul Fahmi a.k.a apek yang “kureng stamina” pada petang tadi. Apek juga seperti hilang fokus pada perlawanan kali ini dan juga sebelum ini ketika menentang Arsenal hingga menghadiahkan skuad The Gunners sebanyak 2 biji gol. Entah kenapa agaknya si apek kali ni…
Apa-apa pun Malaysia perlu meningkatkan lagi daya juang dengan meminimakan kesilapan-kesilapan kecil terutamanya di petak penalti dan hantaran-hantaran pendek yang perlu diperkemaskan. Lagi satu, dibarisan pertahanan, komunikasi dan persefahaman yang lebih adalah perlu bagi membina benteng pertahanan yang kuat dan tidak mudah dibolosi oleh jentera serangan lawan.
Aku berharap, Malaysia sudah cukup bersedia menentang Singapura untuk pusingan kelayakan Piala Dunia akan datang. K-Mon Malaysia! K-Mon Harimau Malaya! Aku tetap menyokong kuat Harimau Malaya walaupun aku amat meminati Liverpool.
Go, Go, Go Harimau Malaya!!!
p/s – Saffee Sali tadi betul-betul macam kereta kebal!
MALAYSIA LAWAN LIVERPOOL ; SATU HARAPAN




“If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag” – Mokhtar Dahari.
p/s – Harap Malaysia dapat menjaringkan gol pada petang nanti.
Kredit gambar-gambar kepada blog Kerabat Kenshiro. Thanx!
MALAYSIA TUMPAS 0-4 KEPADA ARSENAL
Malaysia tumpas 0-4. Banyak yang perlu diperbaiki dari segi taktikal dan juga passing yang perlu diperkemaskan lagi. Lagi satu yang aku nak tegur ialah pasukan kebangsaan kita kerap membuat silap di kawasan panalti sendiri dan dengan itu, senang-senang penalti kick diberi kepada pihak lawan. Itu satu yang perlu dielakkan!
Jaringan dari Arsenal dibuat oleh Ramsy pada minit 5′ dan Walcott pada minit 37′ yang telah menjarakkan Arsenal mendahului Malaysia sebanyak 2-0 dan ianya kekal hingga tamat separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua gol dijarIngkan oleh Vela pada minit 59′ dan ianya terus kekal hingga masa kecederaan dan pada masa tersebut Rosicky berjaya menambah keduakaan Malaysia dengan menjaringkan sebiji gol pada minit-minit akhir di waktu kecederaan dan menjadikan Malaysia kalah 4-0. Keseluruhan permainan boleh dikatakan ianya dikawal oleh Arsenal dan Malaysia seolah-olah tiada kawalan bola dan kerap melakukan hantaran-hantaran yang tidak kesampaian. Mungkin standard permainan yang terlalu jauh antara pemain Malaysia dengan Arsenal.
Arsenal mengalahkan Malaysia mudah dengan gol 4-0
Tak pelah. Pengalaman lebih penting. Fokus pada pusingan ke dua Piala Dunia pula. Tumpaskan Singapura!
Ok, dengan tiadanya siaran secara langsung di telivisyen dek kerana kononya jualan tiket tidak mencapai 80% (baca; perjanjian berat sebelah) maka terpaksalah saluran alternatif digunapakai. Web Tv! Tapi ialah, mana nak dapat tengok smooth…internet cap kampung ja! 1mb nak layan streaming…mana nak dapat! Tapi…aku tetap nak salahkan astro! Kenapa ditayangkan siaran ulangan Selangor melawan Perak? Kenapa siaran berprestij begini tidak diambil perhatian? Janganlah terlalu asyik memikirkan keuntungan sahaja…sudahlah bil naik, dan siaran kadang-kala tidak memuaskan.
p/s – Go!Go!Go! Harimau Malaya!
Tapi, kenapa stadium dah bertukar laut yang kemerah-merahan? Macam manalah mentaliti rakyat Malaysia ni. Yang luar diagung-agungkan jugak!
MALAYSIA LAWAN ARSENAL ; SATU HARAPAN
Malam ini tanggal 13 Julai 2011 satu pertembungan nostalgia antara skuad gergasi EPL dan skuad Harimau Malaya akan berlaku. Detik 8:45 malam segala-galanya akan bermula. Adrenalin akan mengalir laju. Degupan jantung akan menjadi kencang. Suara dan sorakan akan berkumandang. Tapi, adakah sorakan-sorakan yang datangnya dari warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan Malaysia ini menyokong padu kepada skuad dari “kampung” mereka, tanah tampahnya darah mereka?
Itu aku tidak pasti.
Jika diperhatikan semalam di stadium ketika sesi latihan skuad “The Gunners” pada petang semalam. Rata-rata masyarakat yang hadir memberi perhatian lebih kepada skuad itu. Ini dapat dilihat dengan gambaran di bawah.
Oh!!!! Di mana penyokong Harimau Malaya??
Apa yang kamu fikir? Lihatlah….gelanggang keramat skuad kebangsaan di Bukit Jalil bertukar menjadi Stadium Emirates milik Arsenal pada sesi latihan semalam apabila hampir 5,000 penonton hadir memberi sokongan padu kepada skuad kendalian Arsene Wenger itu yang tampak lebih seperti latihan pertunjukan buat penyokong setianya di rantau Asia.
Emmm…tidak mengapalah…
Aku tidak mengharapkan kemenangan pada skuad Malaysia (Tapi jika kemenangan yang kita raih…apa salahnya? dan ini sudah pasti sesuatu yang dibanggakan!. Iyalah dengan dibarisi pemain bertaraf “bintang dunia” antaranya Robin van Persie, Samir Nasri, Jack Wilshere, Bacary Sagna, Andrei Arshavin, Alex Song, Tomas Rosicky, Maroune Chamakh dan Theo Walcott dan juga bekas juara Liga Inggeris mungkin Skuad Harimau Malaya tampak lebih kecil berbanding mereka.
Tidak mustahil jika anak buah K. Rajagobal mempamerkan corak permainan yang tangkas sambil diselang-selikan dengan hantaran yang tepat dan cantik pasti skuad Harimau Malaya dapat merobek pertahanan dan sekaligus meledakkan gol! Siapa tahu…
Ingat lagi kepada Super Mokh? Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari “Wira/Lagenda Bola Sepak Malaya” (Al-Fatihah) yang berjaya meragut keutuhan gawang gol Arsenal pada tahun 1975. Ledakan tersebut berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2-0! Menakjubkan! Aku harap, keajaiban pada malam ini akan berulang sekali lagi dan ianya akan menjadi satu sejarah yang indah dalam kalendar bola sepak Malaysia.
Skuad Malaysia, aku yakin kamu semua boleh. Kalau boleh, kasik tapau skuad Arsenal dan berjuanglah hingga ke titisan peluh yang terakhir dan kamu semua kena ingat….kamu sedang membawa maruah negara di atas padang itu dan jangan sekali-kali kamu membelakangi maruah negara kamu (begitu juga kepada rakyat Malaysia)!
Dan….
Jika kalahpun….biarlah kalah dengan bergaya…Aku doakan kamu semua berjaya!
p/s- Mengharapkan masih ada kibaran jalur gemilang dan jersi negara dipakai pada hari perlawanan malam ini.
Ini adalah update dari entri sebelum ini. Sila klik di sini.
KEMPEN PAKAI BAJU HARIMAU MALAYA
Tulisan ini dibuat setelah aku terbaca sebuah artikel di web Malaya Tigers dan jika kamu mahu baca lebih lanjut boleh klik di sini.
Selang beberapa hari lagi Skuad Malaysia akan menentang gergasi-gergasi EPL di sini yang bermula pada 13 Julai 2011 nanti. Jadual perlawanan adalah seperti berikut dan aku dapatkan jadual ini dari laman web rasmi FAM.



Tapi, sebelum aku pergi lebih jauh…..Masih ingatkah lagi kamu semua tentang perlawanan skuad Malaysia dengan MU pada 18-19 Julai 2009 yang lalu? Ketika itu, skuad Malaysia ditumpaskan dengan tipis iaitu 3-2 dan apa yang penting lebih ramai rakyat berwarganegara Malaysia menyokong skuad MU berbanding skuad negaranya sendiri. Tidak percaya? Lihat gambar dibawah, ihsan dari Web Malaya Tigers.

Jangan tidak percaya, ini di stadium Bukit Jalil tapi gambaran ini umpama perlawanan sedang berlangsung di di Old Trafford!

Ihsan gambar; Utusan Malaysia 19 Julai 2009

Antara warganegara Malaysia yang menyokong MU semasa perlawnan persahabatan Malaysia menentang MU pada tahun 2009 yang lalu.
Di sini aku ingin tegaskan bahawa selaku rakyat yang berwarganegara Malaysia kita berkewajipan untuk menyokong skuad bola sepak negara kita sendiri apabila skuad negara menentang/melawan skuad bola sepak/kelab/liga/negara lain. Memanglah pada zahirnya begitu ramai peminat skuad-skuad gergasi EPL di negara kita yang mana mereka amat menyayangi dan menyanjungi pemain-pemain “Star” di EPL tapi, harus diingat inilah tempat di mana tumpahnya darah kita, tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan janganlah sesekali menggadai maruah negara dek kerana teralalu obses dengan “pemain luar negara”. Jadi, letakkanlah kepentingan negara itu nombor satu!
Oleh itu salah satu caranya untuk menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi kepada skuad negara adalah dengan menyuarakan sokongan moral yang padu dan jitu kepada para pemain bola sepak negara kita. Salah satunya adalah dengan memakai jersi negara kita sendiri ketika mereka sedang beraksi mengerah segala keringat bergasak di tengah padang sambil membawa maruah negara dan penuhkanlah stadium dengan lautan Hitam-Kuning…itulah warna yang sepatut kita bawa. Renung-renungkanlah kata-kata azimat dari pemain bola sepak lagenda negara.
“If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag” – Mokhtar Dahari.
Aku bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, orang perseorangan, mana-mana kelab peminat atau apa jua organisasi yang begitu menggagumi skuad-skuad EPL. Aku juga mempunyai skuad EPL pilihan tersendiri yang bakal membuat pertemuannya dengan skuad negara pada 16 Julai 2011 nanti. Tapi, aku tetap dengan pilihanku untuk menyokong skuad Malaysia tanpa berbelah bahagi walaupun skuad negara pada ketika akhir perlawanan itu nanti kecundang. Sekali lagi aku tegaskan, maruah negara adalah nombor satu! Biarpun kalah, ianya tetap bermaruah!
Bak kata pepatah….
Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung!!!
p/s – Berilah sokongan padu kepada skuad Malaysia supaya mutu bola sepak di negara kita semakin menyinar!!!
FREEMASON DI MALAYSIA;SATU PENGENALAN
Sebelum ini banyak sudah serita-cerita berkaitan Freemason, Iluminati dan keluarga Rothschild dari segi sejarahnya dan lain-lain dimuatkan di sini. Jadi untuk menyingkap kembali apa yang aku buat (baca; tulis) yang didapati hasil dari pembacaan, pemerhatian dan kaji selidik yang aku lakukan serta perbincangan dengan teman-teman yang juga mendalami gerakan ini dan aku juga mahu mengesyorkan kamu semua yang amat meminati “cerita-cerita begini” bolehlah menambah ilmu dengan mendapatkan buku karangan Omar Zaid; The Hand Of Iblis atau boleh juga bukak Web “WakeUpProject” atau tontonlah video The Arrival dan lain-lain sumber di internet.
Berikut adalah link-link yang pernah aku tuliskan di dalam Blog aka Jartatan ini:
2.Senibina Putrajaya-Illuminati dan Freemason???
3.Dakyah Freemason, Rancangan Hiburan Realiti dan Hub Pusat Hiburan
4.Sedarkah Kita Wahai Anak Melayu
5.Piramid, All-Seing Eyes, Okultisme, Satu Pendedahan
7.Penubuhan Malaysia; Perancangan Amerika Sejak 1889
8.Konspirasi Penyembah Syaitan
Tulisan ini adalah diambil dari Wikipedia dan beberapa sumber di internet yang aku ubah suaikan sedikit dengan menambah lebih banyak info lagi berhubung perkara ini. Percaya atau tidak, inilah kenyataan yang sedang berlaku. Gerakan Freemason juga kuat di negara kita. Antara yang paling kuat pengaruhnya di Asia. Apa yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajjal Al-Masih ini. Hanya kerana harta dan kekuasaan, mereka sanggup menjual agama meraka.
Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Lodge Besar Kepulauan Timur (District Grand Lodges of the Eastern Archipelago atau DGLEA dan bukannya District Grand Lodge of Middle East seperti yang diuar-uarkan oleh beberapa blog sebelum ini). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negra Arab dan Teluk. Cawangan ni bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
District Grand Lodges of the Eastern Archipelago boleh dianggap sebagai…the ‘Governing Body‘ of all Masonic Lodges within Malaysia. Ada info yang menyatakan ianya bermula di Penang dan lebih awal dari itu dan ini adalah berdasarkan bukti berikut. Lihat gambar dibawah yang di dapati dari beberapa laman web Masonic di Malaysia.

Pada mesyuarat yang diadakan di Dewan Pulau Pinang Bangunan Perdagangan pada April ke-10 tahun 1875, ia telah memutuskan untuk membentuk Lodge Freemason di George Town. Pada 17 April 1875, satu petisyen yang meminta untuk Piagam Lodge di Pulau Pinang, dari yang terhormat Grand Master, HRH Albert Edward, Prince of Wales dan kemudian King Edward VII, telah dihantar melalui Timbalan Daerah serta-merta Lalu Grand Master, W. Bro. F. H. Gottlieb kepada RT. W. Bro. W. H. Baca, yang ketika itu di London. Lodge ini dipanggil ‘LODGE PULAU PINANG’. Petisyen tersebut telah ditandatangani oleh 14 Persaudaraan berikut:
| 1. | Robert Carr-Woods (First W. Master) |
London Lodge 108 & 508 |
| 2. | Adington Ainslie (First Senior Warden) |
Sussex 354, Jamaica W.C. |
| 3. |
Thomas Augustus Fox (First Junior Warden) |
Zetland in the East 508 |
| 4. | Robert Sailey |
Zetland in the East 508 |
| 5. | I. King |
Lt. Kentigen 429 |
| 6. | W. Marshall |
Zetland in the East 508 |
| 7. | H. Lloyd |
Fidelity 1042 |
| 8. | John E. Gray |
Hibernian 95 (Irish) |
| 9. | Elias Soloman Cohen |
Lodge Philanthropy 794 |
| 10. | James Wilkinson |
Zetland 525 |
| 11. | P. L. Harrison |
Zetland in the East |
| 12. | W. H. Hill |
W. I. Cork (Irish) |
| 13. | M. Grumberg |
No. 10 Caratta Manilla |
| 14. | W. Inmes |
St. George in the East No.1152 |
Di Malaysia terdapat 14 logde Freemason!! Manakala Thailand hanya ada 4 sahaja. Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang. Berikut adalah gambar-gambar Lodge yang terdapat di negara kita, Malaysia.

Dewan Freemason, 136 Jalan Utama, Penang

Dewan Freemason, 27 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Dewan Freemason, Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan

Dewan Freemason, Jalan Chan Koon Cheng, 75000 Malacca

Dewan Freemason, 100 Jalan Junid Muar, 84000 Johore

Dewan Freemason, Jalan Abu Bakar, Johor Bahru

Dewan Freemason, Sibuga Rd., 90000 Sandakan, Sabah
Tiada gambar, disertakan alamatnya seperti yang tertera di bawah.
1.Dewan Freemason, 08000 Sungai Petani, Kedah
2.Dewan Freemason, No 15 Jalan 18/16, Taman Kanagapuram, 46000 Petaling Jaya, Selangor
3.U0078 Jalan Merdeka,Federal Territory of Labuan
4.Dewan Freemason, Kota Kinabalu, Sabah
5.Lodge di Tawau, Sabah tiada alamat.
6.Tiada Lodge di Kuantan, Pahang (Negeri Pahang), Kuching (Negeri Sarawak) tapi dipercayai ianya aktif di negeri-negeri tersebut.
Gambar berikutnya merupkan Lodge di Singapura……
Semua mesyuarat Masonic di Singapura telah diadakan di dalam bangunan yang cantik dan bersejarah ini. Ia adalah salah satu bangunan tertua di sini sejak penubuhan Singapura oleh Sir. Stamford Raffles.
Sumber:
1.http://www.dglea.org/
2.http://www.rpwlodge.com
3.http://www.grandlodgescotland.com/
4.Wikipedia of Malaysia’s Freemason
p/s – Nak Percaya, percaya…tak nak percaya pun tak pe. Tapi inilah realitinya. Ok!
BUKU BARU BULAN JULAI 2011
Ok, buku baru bulan ini. Aku baru sahaja beli pada Sabtu lepas ketika berlibur bersama isteri di Mahkota Prade sambil melayan Transformers 3 di sana. Terima kasih kepada isteri kerana begitu berbesar hati untuk membelikan buku ini kepadaku. Harganya tak mahal malah begitu bernilai untuk dimiliki dan cuma berharga RM26.00 sahaja.
Buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman adalah sebuah “inside story” atau sebuah “travelog” apa yang berlaku di bumi Afghanistan selepas keruntuhan WTC pada 11 September 2001 dan diikuti dengan serangan Amerika dan sekutunya ke atas bumi umat Islam itu. Tokoh yang dimaksudkan ialah seorang wartawan terkenal British yang juga seorang pejuang fahaman feminisme bernama Yvonne Ridley. Beliau ditahan oleh tentera Taliban dan dipenjara selama sepuluh hari pada tahun 2001. Kesalahannya – menyeludup masuk ke Afghanistan dengan menyamar memakai burka (purdah) untuk mendapatkan sebuah berita eksklusif tentang kehidupan kaum wanita di Afghanistan. Setelah dibebaskan dan kembali ke England, beliau masuk Islam dan berjuang membela Islam serta berusaha untuk membebaskan belenggu Islamofobia yang melanda dunia Barat. Buku karya Anton Kurnia ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yang digembar-gemburkan sebagai rejim yang paling sadis di atas muka bumi ini. Peristiwa ini sangat meninggalkan kesan dalam kalbu Yvonne dan telah mengubah kehidupannya. Tanpa diduga, selama dalam tahanan, Yvonne mendapat layanan terbaik daripada Taliban. Apabila Yvonne bebas, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk Islam dan berjuang untuk mendaulatkan agama Allah dan umat Islam di mata dunia. Bagaimana? Anda baca pengembaraan beliau seterusnya dalam buku ini.
- – - – - – - – -PPPPffftttttt – - – - – - – -
Buku ke dua ini berharga RM36.00. buku ini turut dibelikan kepadaku dan ianya berjudul…..

Kulit hadapan buku
Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara.
Cina: Penakluk Bisnes Lautan Pasifik ini mengupas segala jaringan kompleks operasi yang sudah menguasai Timur Jauh dan kini membuat serangan mengejut ke kawasan Barat. Pelbagai kajian dan penyelidikan sudah dilakukan mengenai Empayar China sejak beribu tahun lalu.
Antara kisah yang dikongsi bersama adalah pelbagai cerita pembunuhan dan pengkhianatan, keberanian dan rasuah yang dilakukan maharaja dan jeneral, pengintip dan lanun, dan ramalan perubahan dunia sepanjang dekad akan datang.
Fakta menggemparkan mengenai Cina!
- Komuniti besar yang merangkumi 55 juta ekspatriat (pengembara)
- Jumlah aset terkumpul mencecah 2 trilion dolar
- Rangkaian pengaruh yang bersepadu dan penuh impak
- Platform ekonomi yang nyata kukuh di Lautan Pasifik
- Bercita-cita mempengaruhi ekonomi Barat
- Organisasi yang mempunyai keupayaan kuasa yang hebat Ini adalah kisah empayar Cina di luar negara
Ok, sekian sahaja. Aku sekarang lebih banyak membaca dari melayan FB. Sudah bosanlah aku dengan FB. Err…tak nak cuba Google Circle??
p/s – Sebulan, dua buah buku! Bukan setahun 2 buah buku!
BERSIH 2.0 BELUM BERHIMPUN, TAPI YANG LAIN-LAIN SUDAH SEBUK BERARAK
Entah sudah berapa ramai yang buat repot Polis berkaitan Perhimpunan Bersih 2.0 pada hujung minggu ini (baca; 9 Julai 2011). Menurut dari pembacaan dan pemerhatian aku, laporan yang dibuat untuk bantahan tersebut boleh dibuat rekod Malaysiaemandangkan begitu ramai orang perseorangan, masyarakat, pertubuhan NGO dan sebagainya membuat aduan ekoran Bersih 2.0. Di sebelah pihak mahu meneruskan bantahan dan di sebelah pihak lagi tetap mahu meneruskan perhimpunan Bersih tersebut.
Cuma yang aku kurang faham sekarang ini, perhimpunan yang dijangkakan pada hujung minggu ini belum pun dibuat tapi sudah berapa puluh perhimpunan dan bantahan jalan-jalan raya telah berlaku di seluruh negara dan perkara ini boleh dilihat mellaui media-media arus perdana. Amibil contoh sahaja di Perak yang dianjurkan oleh NGO-NGO. Sebagai contoh ini laporan yang aku petik dari akhbar Harian Metro.
“IPOH: Lebih 3,000 belia bermotosikal mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini berarak mengelilingi sekitar jalan utama di bandar raya ini tengah hari semalam, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas teruk.
Perarakan besar-besaran membabitkan belia itu dianjurkan bertujuan menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih 2.0 yang dijangka diadakan pada 9 Julai ini.”
Laporan penuh sila klik di sini
Itu belum lagi dengan pelbagai bantahan yang dijalankan di seluruh negara seperti di Kangar, Alor Setar, Kuantan, Pulau Pinang, dan Kluang. Rata-rata bantahan tersbut dijalankan di tempat terbuka sebagai contohnya di hadapan masjid, di depan pejabat PKR dan lain-lain tempat.
Berita penuh di sini.
Turut diingatkan kepada mahasiswa oleh Menteri Pengajian Tinggi yangg telah melarang keras golongan tersebut daripada menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 . Tapi di satu sudut ada juga perhimpunan yang dibuat oleh mahasiswa untuk membuat bantahan kepada Bersih 2.0. Bukan sikit-sikit orang yang terlibat untuk membuat bantahan, tapi lebih 700 orang yang menyertai bantahan tersebut melalui Suara Keamanan Mahasiswa (SKM). Berita lanjut boleh klik di sini ok!
Entahlah….mana satu betul, mana satu salah. Tunggu dan lihat sahajalah. Masing-masing punya akal fikiran tahu mana baik dan buruk.
p/s – Hairan bukan, belum lagi dijalankan Bersih 2.0 tapi sudah pelbagai ragam ditemui. Oh ya! Bersih 2.0 dah dibatalkan untuk berdemo di jalan. Katanya pindah ke stadium! Emmm….baguslah.
* Aku tiada kaitan dengan Bersih 2.0 cuma aku sukakan kebersihan alam sekitar!
MALAYSIA VS TAIWAN ; LAYAK KE PUSINGAN KE DUA PIALA DUNIA 2014
Pertembungan perlawanan kedua – pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 antara skuad negara kita, Malaysia lawan Taiwan di tempat lawan. Perlawanan yang berlangsung pada jam 7.00 petang (waktu Malaysia) dan Astro telah menyiarkan siaran langsung perlawanan berkenaan di Saluran 801. Dari pemerhatian aku, semangat perjuangan Harimau Malaya boleh dibanggakan kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh hingga ke titisan peluh yang terakhir.
Harimau Malaya melakar sejarah bola sepak tanah air apabila layak buat kali pertama ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 walaupun telah kalah pada perlawanan timbal balik di Taiwan, telah layak untuk menentang Singapura pada pusingan seterusnya. Untuk makluman pusingan ke dua akan bermula pada 23 Julai dan 28 Julai ini.

Barisan pemain Harimau Malaya
- – - – - – - – - – - PPPPffffttttt – - – - – - – - – -
Berikut adalah sedikit analisis yang dibuat untuk memudahkan pembacaan kamu semua.
KEPUTUSAN SEMASA
TAIWAN ( 3 – 2 ) MALAYSIA
AGGREGAT 4 – 4
Malaysia layak dengan away gol
ANALISA SEPARUH MASA PERTAMA
(Jaringan Aidil minit 7, Chang Han minit ke 30, Safiq minit ke 39, penalti Taiwan minit ke 42)
ANALISA SEPARUH MASA KEDUA
(Sharbinee berjaya menyelamatkan penalti kedua Taiwan (kekasaran oleh Mahali (kad kuning), pada minit ke 63 sekali lagi Sharbinee (kad kuning) berjaya menyelamatkan percubaan pemain Taiwan, Amirul Hadi dikeluarkan pada minit ke 65 digantikan dengan Chanturu, penalti ketiga berjaya disempurnakan Taiwan ekoran Sharbinee mengasari pemain Taiwan dalam kotak penalti, keputusan kekal sehingga tamat perlawanan)
p/s – Go, Go, Go, Harimau Malaya!!! Alamak…..16 Julai ni Malaysia menentang Liverpool. Aku dah lah penyokong Liverpool…mane aku nak sokong ni??? Tak pe, jangan tergadai maruah negara!!! Malaysia! Tumpaskan Liverpool! hehehe
WIDGET BARU DI PANDANG-PANDANG’S BLOG
Aku ada widget baru yang baru sahaja ditampalkan di blog aku ni. Jumpa di mana? Jawapannya aku jumpa di Web FIFA.com. Oleh kerana aku kini boleh dikatakan penyokong tegar skuad Harimau Malaya, jadi aku amat berharap skuad ini tidak menghampakan jutaan peminat bola sepak malaysia terutamanya penyokong-penyokong mereka dari Ultra Malaya!
Apa-apa pun, blog aku nampak berseri dengan widget baru ni!
Inilah dia contoh widget tersebut.
Wallaweh! Cun bukan!
*Update terkini, setelah dicuba beberapa kali untuk di paste kan di dalam blog ini, widget yang agak kool dan cun ni tak dapat nak ditampal di sini. Cis!
p/s – Moga-moga Malaysia beolehlah pergi jauh untuk pusingan kelayakan Piala Dunia akan datang ni!
IMAM MUDA SEASON 2; FINALE!!!
Diam tak diam dah hampir tamat program islamik yang bai aku amatlah baik untuk budak-budak muda di zaman ini. Imam Muda. Malam ini bakal berlabuhnya tirai Imam Muda 2. Ok, ini info serba sedikit menegnai Imam Muda.
- – - – - – - -PPPffftttttt – - – - – - – -
Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia
Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik yang bertauliah dan berpengalaman.
Individu terpilih ini bakal menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan ugama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.Kesemua Individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Setiap minggu, pelajar terbaik akan diumumkan dan 3 orang pelajar yang mendapat kedudukan terendah akan diberi tugas kemasyarakatan. Sehinggalah di minggu kesembilan, hanya 2 orang pelajar terbaik akan beraksi di pentas akhir. Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.
Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.
Menjadi pemangkin kepada kelahiran IMAM MUDA yang versatil dan relevan kepada komuniti
- – - – - – - PPPPfffttttt – - – - – -
Imam Muda kini telahpun sampai ke peringkat akhir. Dua orang peserta Imam Muda musim kedua ini yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Nazrul atau dikenali sebagai Nazrul Izwan Zolkiflee dan juga Hassan atau nama sebnar Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza. Masing-masing berumur 26 tahun.
Imam Muda 2 peringkat akhir akan disiarkan secara langsung Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini pukul 9 malam 1 Julai nanti.
Pada minggu kesembilan yang lalu tiga orang peserta Imam Muda 2 iaitu Fakrul nama sebenar Mohd Fakhrurrazi Hussin 27 tahun, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Wan Harun 27 tahun dan Azlan atau nama sebenanrnya Mohd Azlan Zulkarnain yang berusia 25 tahun telah tersingkir.
Peringkat Akhir Imam Muda 2
Pemilihan Nazrul dan Hassan adalah disebabkan kesungguhan dan kerja keras yang ditunjukkan kedua-dua peserta ini. Ia menjadi aspek utama dalam pemilihan siapakah yang bakal ke peringkat akhir Imam Muda 2.
Kedua-dua juga pandai berlagu dan penuh irama dalam mengalukan ayat-ayat suci Al-Quran dan ini menjadi aspek utama dalam pemilihan mereka.
“Mereka mempunyai kelebihan ilmu dan latar belakang agama yang menunjukkan mereka sentiasa berada di kemuncak sepanjang tiga bulan ini.” Kata pengetua Imam Muda 2, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz.
Juara Imam Muda 2 akan memenangi hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Sementara itu, bagi naib juara pula akan mendapat biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
- – - – - – - – - PPPPfffttttt – - – - – - – -
Profil finalis Imam Muda 2

| NAMA: | NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE |
| UMUR: | 26 TAHUN |
| TARIKH LAHIR: | 20 JUN 1985 |
| ASAL: | JOHOR |
| PENDIDIKAN: | DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DARI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM & DAKWAH |
| PEKERJAAN: | GURU BESAR |
| STATUS: | BERKAHWIN |

* Update terkini, Imam Muda Hassan berjaya dinobatkan sebagai Juara Imam Muda 2 pada kali ini
| NAMA: | MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA |
| UMUR: | 26 TAHUN |
| TARIKH LAHIR: | 17 FEBRUARI 1985 |
| ASAL: | PERAK |
| PENDIDIKAN: | IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU (AL-QURAN & HADITH), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA |
| PEKERJAAN: | PENSYARAH (SEPENUH MASA) |
| STATUS: | BUJANG |














KAKI KOMEN