Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HARIMAU MUDA SENGAT GARUDA MUDA

Tahniah Harimau Muda, anda berjaya menogelkan bulu-bulu Sang Garuda yang sudah sekian lama angkuh di angkasa. Anda juga berjaya mematahkan sayap Garuda dan berhasil menutup mulut-mulut jahat penyokong-penyokong mereka! Buktikan sekali lagi bahawa Malaysia, bukan sahaja boleh mempertahankan emas malah dapat menguasai rantau Asia Tenggara dan mungkin Asia satu hari nanti.

Barisan pemain Harimau Muda Malaysia sememangnya “made ini Malaysia”. Lihatlah mereka (baca; Indonesia) bermain tanpa pemain import, sayur! Lihat juga skuad Young Lions tanpa Shia Jiayi dan lain-lain awang import, bukan sahaja sayur…malah boleh “di ayam-ayamkan!” Malaysia menurunkan pemain yang lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, dididik dan dilatih oleh rakyat Malaysia sendiri tidak perlu tangan-tangan atau “kaki-kaki luar” bagi menabur bakti untuk mengaharumkan nama negara. Itulah baru sejati. Jika kalah pun masih bermaruah! Jika menang, menang dengan bergaya! Tunjuk pada semua, walau rangking kita jauh di belakang..tapi kita bukan sebarangan!

Harimau Muda, teruskan perjuangan. Tajamkan serangan. Kukuhkan pertahanan dan kasik SEEEEEENGGGGGGAATTTTTTT!!!! semua!!!

Malaysia menang 1-0 dengan Indonesia di perlawanan peringkat kumpulan Sukan SEA 2011 dan seterusnya berjaya merangkul juara bagi kumpulan A.

p/s – Izzaqq, gua rasa… lu patut malu sendiri. lu blahla! Reff, lu terbaikla! Control game pun kool ja!

About these ads

17 responses

  1. skillsupporter

    malaysia terbaik la….bonat jadi kaku huhu

    November 17, 2011 at 3:16 pm

    • faerrin

      Malaysia di hatiku!

      November 17, 2011 at 3:22 pm

  2. ibrahimovic

    import? saper pemain import ?diego tu half dutch yg gelap2 sume tu bkn import..they re from papua..banyaklah baca..jgn arrogant

    November 20, 2011 at 10:38 am

    • faerrin

      Salam Bro, indonesia mmg ada pemain import yang sudah dinaturalisasikan untuk dimasukkan ke kem bawah 23 tahun. Aku tahu papua itu provinsi indonesia dan aku tak maksudkan mereka yang gelap-gelap itu pemain import, yang aku maksudkan ialah…si Diego yang merupakan rakyat Belanda (walaupun berketurunan belanda-indonesia) yang dimambil bagi memperkuatkan team Garuda Indonesia. Jadi bukankah itu import namanya (walaupun diberi taraf kerakyatan)? Sama juga seperti singapore yang memberikan taraf kerakyatan kepada pemain-pemain skuad senior mereka. Selain si Diego ni, Ruben Wuarbanaran, dan Joey Suk juga diambil menerusi proses yang sama seperti si Diego bagi memantapkan tim merah-putih ini.

      Jika diikutkan, pihak indonesia sudah mengambil lebih dari 6 orang pemain luar menerusi naturalisasi seperti Sergio van Dijk, John van Beukering, Stefano Lilipaly, Victor Igbonefo, Greg Nwokolo dan Tonny Cussel. So, apa cite…tu bukan dikira “import” ka? jika betul-betul ori…pupuk betul2 rakyat mereka tu untuk bermain bola, bukankah Indonesia punya begitu ramai rakyat dan mempunyai lebih dari 13000 buah kepulauan. Tak kan hingga sanggup mahu terbang ke luar negara mencari bakat luar sedangkan bakat yang ada di negara sendiri patu digilap dan diasah sebaik mungkin. Jangan sampai beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! LoL~

      p/s – Masuk rumah orang bg salam dulu bro…jangan maen terjah ja! Peace~!

      sumber: JPNN.com , kedaibola.com

      November 20, 2011 at 2:15 pm

  3. ibrahimovic

    if u dunno the different between papua province and papua new guinea..better u shut ur mouth up..n llearn more okay

    November 20, 2011 at 10:53 am

    • faerrin

      Salam Bro, indonesia mmg ada pemain import yang sudah dinaturalisasikan untuk dimasukkan ke kem bawah 23 tahun. Aku tahu papua itu provinsi indonesia dan aku tak maksudkan mereka yang gelap-gelap itu pemain import, yang aku maksudkan ialah…si Diego yang merupakan rakyat Belanda (walaupun berketurunan belanda-indonesia) yang dimambil bagi memperkuatkan team Garuda Indonesia. Jadi bukankah itu import namanya (walaupun diberi taraf kerakyatan)? Sama juga seperti singapore yang memberikan taraf kerakyatan kepada pemain-pemain skuad senior mereka. Selain si Diego ni, Ruben Wuarbanaran, dan Joey Suk juga diambil menerusi proses yang sama seperti si Diego bagi memantapkan tim merah-putih ini.

      Jika diikutkan, pihak indonesia sudah mengambil lebih dari 6 orang pemain luar menerusi naturalisasi seperti Sergio van Dijk, John van Beukering, Stefano Lilipaly, Victor Igbonefo, Greg Nwokolo dan Tonny Cussel. So, apa cite…tu bukan dikira “import” ka? jika betul-betul ori…pupuk betul2 rakyat mereka tu untuk bermain bola, bukankah Indonesia punya begitu ramai rakyat dan mempunyai lebih dari 13000 buah kepulauan. Tak kan hingga sanggup mahu terbang ke luar negara mencari bakat luar sedangkan bakat yang ada di negara sendiri patu digilap dan diasah sebaik mungkin. Jangan sampai beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! LoL~

      p/s – Masuk rumah orang bg salam dulu bro…jangan maen terjah ja! Peace~!

      sumber: JPNN.com , kedaibola.com, areaberita.com

      November 20, 2011 at 2:19 pm

    • juventus

      u should learn first!!! puiii!!

      November 23, 2011 at 3:13 am

    • juventus

      ibrahimovic, u shud learn first! banyakkan baca la bro!!

      November 23, 2011 at 3:14 am

    • akumalu

      kalo sudah kalah diem aja dong, ngak usah ribut ribut..maluin sendiri aja dong

      November 23, 2011 at 8:46 am

  4. ibrahimnotsovic

    sebenarnya si ibrahimovic ni yang bangangm, bengap, benjol & tolol. Jahil maklumat. Kalau yer pon taksub sangat, jangan sampai senang2 panggil orang lain arrogant…awak tu yang thick head. Samalah dengan penyokong2 indon yang lain…tak reti beza anta semanagat kesukanan dan dendam kesumat. Takda adat lagi adab dengan negera jiran. Lagu negara ku di perlecehkan. ini ke rupa rakyat indon. Saya yakin bukan semua, tapi yang dipaparkan tu memang macam monyr=et kat stadium,.

    Penyokong Indon panggil pemain Harimau Muda maling…sebanornya deme yang malang… malaun betui puak indon ni…. mlm ni bior deme terkiai2 tgk garuda kena panggang… yum yum… kita bukan nak menang sangat, adatler…tapi kalu dapat jadi juara, bior egoist si indon ni dilenyek2 kat adang… setuju?

    November 21, 2011 at 4:32 am

    • faerrin

      Malaysia dan Indonesia memang merupakan seteru kuat dalam sukan, terutamanya sukan bola sepak. Mereka juga sanggup merusuh dan berbuat perkara tidak baik (baca; keji, ejek, “boo” Malaysia, bakar bendera dll) kepada Malaysia. Oleh Malaysia dan Indo mempunyai hubungan “persaudaraan” (mungkin dari segi faktor keuturunan warga Malaysia yang rata-rata mereka yang berketurunan “melayu” di dalam ic adalah dari Indonesia pada asalnya , agama, ras kulit, dan lain-lain memungkinkan perhubungan ini semakin kompleks, tambahan lagi dengan pelbagai isu geo-politik dan beberapa tuntutan antara kerajaan indonesia-Malaysia menjadikan perkara ini semakin panas. Sebagai contohnya, isu pembantu rumah, pencerobohan ruang laut nelayan-nelayan pantai kedua-dua negara dan lain-lain.

      Tapi walau macam mana pun kenapa Indonesia begitu iri dengan Malaysia tidaklah dapat dipastikan secara sahih. Kadang-kadang isu kecil pun akan menjadi besar jika ianya diperbesar-besarkan oleh media di Indonesia sebagai contohnya lagu “Rasa Sayang Hay” yang kononya dicipta oleh orang Indonesia. Indonesia mengklaimkan bahawa lirik dan susunan lagu ini adalah dari mereka. Mereka memanggil kita “maling” kerana menuduh kita sebagai pencuri. Pencuri apa? Itu tidaklah pulak dapat dipastikan.

      Apapun aku berharap perkara-perkara remeh lagi temeh ini tidak perlulah diperbesarkan hingga mengakibatkan kebencian yang tiada tolok bandingnya sedangkan TIADA apa pun perbezaan antara Malaysia dan Indonesia seperti yang aku nyatakan di atas.

      Harap malam ini Harimau Malaya membaham Garuda sekali lagi. Biar hilang ego mereka.

      p/s – Teringat skuad Piala Thomas Malaysia yang juga dibawa masuk dengan kenderaan Barracuda untuk masuk ke stadium pada tahun 1994.

      November 21, 2011 at 10:15 am

  5. ibrahimnotsovic

    sori yer brader…geram sangat sampai spelling pon berterabor…

    November 21, 2011 at 4:34 am

    • faerrin

      Tak de masalah bro, ok ja.Cuma kalau ada apa-apa kesilapan dari info yang ditulis, harap tegurlah dengan baik dengan menyatakan info yang betul dan tuliskan sekali dari mana “sumber sahih” tersebut dirujuk.. Bukan seperti Ibrahimovic di atas…Tiada angin, tiada ribut…alih-alih petir yang diberinya kepada aku.

      Apapun, terima kasih berkunjung di sini.

      November 21, 2011 at 10:17 am

  6. salihah

    yahoo….harimau muda berjaya. takniah kepada Mr ONG kita yang memang bayak bawa ONG. tak putus2 berdoa, berselaawat dan memohon kepada nya. Habis air liur terkumat-kamit baca doa macam gaya bomoh pun ada. Penuh dramatik. Aku tak suka gol penalti tapi aku gembira kita boleh main dengan yakin di tempat orang. Harimau muda telah buktikan bahawa mereka bukan jaguh kampung! Mudah-mudah anak aku yang masih dalam buaian (setahun 8 bulan) mendapat inspirasi ini untuk meramaikan lagi pemain muda….team seterusnya…ANAK HARIMAU! TERIMA KASIH ALLAH

    November 21, 2011 at 4:46 pm

  7. ibnumalam

    tak sia2 aku dengar lagu mentera semerah padi sblm pegi keje tadi.semangat punya pasal.terima kasih pada frontliner,kitchen,housekeeping,steward at pan pacific klia yg bikin kecoh kat cafe tadi memberi sokongan buat perwira2 Malaysia,salute buat harimau muda berjuang mewakili negara membaham garuda yg kini menjadi bangkai di gelora bung karno.salute harimau muda..

    November 21, 2011 at 6:40 pm

  8. juventus

    Ibrahimovic, lu tu yang patut banyakkan baca.!!! puiii!!!

    November 23, 2011 at 3:12 am

  9. dalam istilah menang tetap menang.kalah tetap kalah.kalau x kuat mne bleh mnang .kalau bangga diri x ke mne.saper boleh terima kalau malaysia dan harimau malaya dihina

    November 6, 2012 at 9:28 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers