Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KOREA UTARA, NEGARA YANG “BERAHSIA”

Banyak benda yang mahu aku cerita. Banyak idea yang mahu aku luah. Tapi idea tah ke mana, cerita pun entah ke mana langsung tulis pun tidak. Diam tak diam dah seminggu lebih juga aku tak menggerak-gerakkan jari-jemari untuk menulis. Kebelakangan ni, anak aku tidak berapa sihat. Batuklah, selsemalah, ruam lagi…dan juga lain-lain masalah lain. Begitu juga dengan orang rumahku, dua kali lima! Mujurlah tak melarat, kalau tidak jenuh juga. Nasib baik aku masih selamat dan baru sahaja kebah dari sakit perut yang panjang! Gara-gara kenduri di rumah Jon Naim lah ni!

Jika aku tanya satu persatu kepada gadis remaja tentang cerita Korea (baca; Korea Selatan), perkembangan semasa artis Korea, lagu-lagu Korea yang mana telah dihafal dan apa-apa jua mengenai Korea (baca; lebih menjurus kepada dunia artis, selebriti dan dunia hiburan sahaja tidak termasuk sosio-politik, ekonomi, kemajuan sains dan teknologi dan GDP)  aku jamin “gadis-gadis remaja” dan “lelaki tangkap leleh jambu K-POP” pasti boleh menjawabnya dengan pantas, tepat, tuntas dan tanpa ragu-ragu.

Sebut sahaja artis seperti Beast, 2PM, Super Junior, Super Senior dan lain-lain.

Drama Korea yang tangkap leleh macam 49 Days, A thousand’s day promise, Smile Dong Hae dan lain-lain.

Aku yakin mereka tahu.

Tapi, bagaimana pula dengan satu lagi Korea? Korea yang terlalu “hidden” iaitu Korea Utara?  Adakah “gadis-gadis remaja” dan “lelaki tangkap leleh jambu K-POP’ tahu mengenaninya? Entah-entah mereka sendiri tidak tahu akan wujudnya Korea Utara ni. Ok, adik-adik…sila baca di bawah ya!

Ianya sebuah negara yang indah dan cantik dan beriklim empat musim. Terbahagi kepada 13 provinsi/negeri dan menjadikan Pyongyang sebagai pusat pemerintahan. Korea Utara berpisah dari Korea Selatan kerana tidak selari dengan ideologi Korea Selatan yang mengikut style/ideologi Amerika manakala Korea Utara mengikut fahaman dari Kesatuan Soviet. Kedua-dua negara pernah berperang pada Jun 1950 akibat dari serangan oleh Korea Utara ke atas saudaranya Korea Selatan. Walaupun peperangan ini telah lama terhenti, tidak silap sekitar tahun 1953 akan tetapi secara harafiah dan hakikatnya kedua-dua negara masih dalam keadaan berperang kerana mereka tidak pernah terlibat secara langsung dalam menandatangani sebarang perjanjian/deklarasi bagi penghentian perang dan peperangan ini terhenti secara seketika akibat daripada gencatan senjata sahaja. Negara Nuklear ini pernah diberikan jolokan nama sebagai “Paksi Kejahatan” dan “Pendokong Terorisme” oleh Bush Junior beberapa tahun yang lepas, tapi Korea Utara masih Korea Utara, apa peduli sama Bush!  

Korea Utara adalah sebuah negara yang langsung tidak punya hubungan luar dengan negara lain terutamanya dari blok barat (baca; tidak termasuk China dan Rusia kerana fahaman politik mereka hampir sama, malah kedua-dua negara ini mempunyai hubungan utuh dengan Korea Utara. Di Asia Tenggara pula jalinan diplomatik dengan negara yang berfahaman sosialis seperti Vietnam, Loas dan Kemboja). Korea Utara yang mengamalkan konsep “Juche” iaitu “berdiri sendiri” ini sememangnya sebuah negara yang “berdiri sendiri” akan tetapi ianya mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara ini sendiri. Hasilnya, ramai yang mati kebulur akibat kekurangan makanan. Konsep Juche ini telah diperkenalkan oleh Presiden pertama Korea Utara iaitu Kim Il Sung atau lebih dikenali sebagai “The Eternal President”. Walaupun si Kim Il Sung ni mati pada tahun 1994 lagi, tetapi bagi rakyat Korea Utara pemimpin kesayangan mereka ini masih hidup dan juga menganggapnya umpama dewa/malaikat hinggakan pada hari kematiannya hampir semua rakyat meraung-raung meratapi pemergiannya hinggakan diberi cuti umum pada hari lahirnya setiap tahun iaitu pada tanggal 15 April. Oh ya! Il Sung adalah satu-satunya diktator yang telah mati, tetapi masih lagi memegang jawatan sebagai Presiden di negara ini!

Krisis makanan yang semakin melarat itu adalah akibat dari sistem pertanian yang lemah dan berteknologi rendah. Malah, bagi purata GDP perkapita pula Korea Utara antara yang terendah di dunia dengan hanya $1,244 per kapita dan di tangga yang ke 139 dunia. Walaupun dari sudut ekonomi dan sosial mereka amatlah mundur, tapi dari sudut ketenteraan mereka amat kuat dan mengikut kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh U.S Department of State dikatakan Korea Utara memiliki ketumbukan tentera ke-empat terbesar di dunia yang diperkuat dengan 1.21 juta orang! Dari sudut pasukan operasi khusus (baca; komando) ia mempunyai pasukan operasi khusus yang terbesar di dunia! Pasukan operasi khusus ini mensasarkan atur gerak di belakang garisan musuh secara besar-besaran bagi menjatuhkan operasi bertindak dari pihak musuh secara senyap.

Tanggal 17 Disember lalu Kim Jong Il (baca; pewaris pemerintahan Kim Il Sung, juga dipanggil sebagai de-facto/kepala negara) mati pada umurnya yang menjangkau 69 tahun. Presiden yang digelar sebagai “Dear Leader” itu mati dengan meninggalkan pelbagai cerita dan cita-citanya yang tidak kesampaian. Diberitakan beliau pernah dilahirkan di satu pergunungan (baca; Gunung Baekdu) dan pada saat kelahirannya terdapat pelangi dan bintang yang bersinar-sinar seolah-olah menyambut kelahirannya. Diktator ini juga dikatakan amat takut untuk menaiki kapal terbang dan juga gayat dengan tempat yang tinggi-tinggi. Kelakar! Pernah bercita-cita untuk membiakkan arnab gergasi ekoran dari kejayaan seorang penternak arnab di Jerman  yang berjaya membiakkan arnab sebesar anjing. Bagi menyelasaikan masalah kekurangan makanan di Korea Utara, Diktator ini berhajat mendapatkan arnab gergasi tersebut dari Jerman. Atas dasar kemanusiaan, peternak tersebut telah menghantar 12 ekor arnab kepadanya, akan tetapi 8 ekor darinya habis di meja makan Jung Il sendiri! Hari ini, diberitakan mayat Jung Il telah diletakkan di dalam bekas kaca bagi ke semua rakyat Korea, terutamanya di Pyongyang melawat dan meratapinya.

Kini, tempatnya digantikan oleh anaknya Kim Jong Un. Pada saat ini dan ketika ini, Kim Jong Un yang baru berusia 27/28 tahun bakal menjadi pemimpin negara ini, sebuah negara yang bergelojak di dalam dan luarnya. Bersedia atau tidak, Jong Un akan mengetuai Workers Party of Korea dan sekaligus bakal mengepalai ketumbukan tentera antara yang terbesar di dunia.

Adakah Jong Un bakal mewarisi bakat bapa dan datuknya? Kita lihat rentaknya selepas ini. Heh~!

Kim Il-sungKim Jong-il

Dari kiri ke kanan, Kim Il Sung, Kim Jong Il dan Kim Jong Un.

p/s –  Setidak-tidaknya pasukan bola sepak Korea Utara ke Piala Dunia. Kita ada? Cis! Oh ya! aku tambah beberapa info tambahan bagi entri ini dan tajuknya juga telah ditukar. Semuanya gara-gara tak boleh nak tidur walaupun sudah pukul 1:42 pagi!

About these ads

4 responses

  1. Hmm…now bru aku fhm ttg ngara K.U ni..so K.U ni dbwh tmpuk pmrinthan komunis ler..bgus info ni.xda lh duk gle k-pop j.

    Julai 13, 2012 at 3:21 am

  2. ali

    padan muka korea utara kena hobin dengan portugal 7-0 hahahahahaahahaha…………

    Ogos 10, 2012 at 5:11 pm

  3. Tanpa Nama (Harith)

    KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Korea Utara Kim Yong-il dijadual melawat Malaysia pada akhir bulan ini untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan persahabatan antara kedua-dua negara, menurut seorang diplomat di Kedutaan Korea Utara di sini.

    Beliau berkata persediaan sedang dijalankan untuk lawatan itu, di mana Kim dijangka mengetuai delegasi seramai 30 orang anggota.

    Beberapa menteri Korea Utara dijangka mengiringi Kim pada lawatan itu, menurut pegawai tersebut ketika dihubungi hari ini.

    Diplomat berkenaan bagaimanapun enggan memberikan butir lanjut mengenai agenda lawatan itu sama ada perkara seperti perdagangan, pelaburan dan perkembangan terkini mengenai isu nuklear akan dibincangkan dengan hanya mengatakan bahawa lawatan itu sedang dimuktamadkan dengan Wisma Putra.

    Minggu lepas, laporan berita asing melaporkan bahawa Kim dijangka melawat empat negara Asia Tenggara semasa lawatan beliau selama 12 hari ke rantau ini.

    Kim, 63, berkhidmat sebagai Menteri Tanah dan Pengangkutan Marin dari 1994 sehingga beliau dilantik sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Pak Pong-ju pada April tahun ini.

    Kuala Lumpur dan Pyongyang mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973 dan kedua-duanya mempunyai kedutaan di ibu negara masing-masing.

    Walaupun berlainan ideologi, Malaysia dan Korea Utara menjalin hubungan mesra dan persahabatn.

    Pada 2000, Malaysia dan Korea Utara melonggarkan keperluan visa yang membolehkan warganegara di kedua-dua buah negara diberikan visa percuma untuk lawatan sehingga 30 hari.

    Kebelakangan ini, jumlah dagangan antara Malaysia dan Korea Utara telah meningkat, walaupun ia dianggap masih kecil.

    Julai tahun lepas, Malaysia menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) di bawah Kredit Minyak Sawit dan Perjanjian Pembayaran untuk membekal AS$20 juta nilai minyak sawit ke Korea Utara, sebuah negara yang mempunyai kira-kira 25 juta penduduk.

    Ini merupakan kemudahan kredit ketiga diberikan kepada Korea Utara, yang pertama pada 2000 dan kedua 2002, setiap dengan nilai kredit sebanyak AS$10 juta.

    Edisi 22 Oktober, 2007 … Hak Cipta BERNAMA

    P/S : Walaupun fahaman Malaysia adalah Barat (demokrasi), tetapi hakikatnya Malaysia masih menjalin hubungan dengan Korea Utara yang bersefahaman Komunis. Kesimpulanya, Malaysia boleh berkawan sesiapa sahaja tanpa mengira idekologi asalkan niat yang baik & menguntungkan ia Malaysia sudahlah.

    Disember 30, 2012 at 3:09 pm

  4. amirull94

    Wow satu info yang berguna bagi aku yang tak tau pasal negara nie

    Mei 12, 2014 at 9:07 pm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 816 other followers