ORANG SINGAPORE KALAU KAT HIGHWAY….
Lions XII tewas di tangan Terengganu satu berbalas kosong. Ternyata, Lions XII tidak ke mana walaupun serangan bertali arus dilancarkan pada separuh masa pertama dan kedua. Babak kedua, Lions XII semakin jinak dan ramai pula pemain yang pancit dan kejang otot, Izwan Mahbud tidak terkecuali (baca; entah kenapa aku agak anti sedikit dengan GK Singapura ni, mungkin dalam banyak perlawanan sebelum ini yang membabitkan Malaysia, GK ini sering bernuat/berniat jahat kepada pemain-pemain Harimau Malaya dan juga sering “pura-pura” kejang otot, sakit kaki dan sewaktu dengannya demi melengahkan masa. Juga, beliau ini merupakan antara “pelakon” terbaik atas padang kerana begitu bijak bermelodrama di depan gawang gol sendiri).
Tahniah Terengganu. Walaupun yang menjaringkan gol adalah pemain import, Francis Doe tapi ia merupakan satu jaringan yang cantik dan padu terus ke sudut kiri gawang gol Singapura. Gol ini berjaya melenyapkan sedikit sebanyak keangkuhan ribuan penyokong Singapura yang tidak sudah-sudah mem”boo” pemain Terengganu setiap kali mereka pegang bola.
Tapi, adakah ini juga dapat melenyapkan keangkuhan orang Singapura ketika mereka memandu di atas jalan-jalan raya Malaysia (baca; terutamanya lebuhraya)? Aku biasa pulang ke kampung di Johor, jadi sudah tentulah kerap menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Setiap kali menggunakan lebuhraya itu, sudah pasti akan bertembung dengan kenderaan yang didaftarkan di Singapura. Mereka ini, kalau menggunakan lebuhraya PLUS, macam orang lupa diri. Bawak kereta sederas yang mungkin, selaju yang mungkin, sepantas yang mungkin hingga mengundang bahaya kepada pemandu dan pengguna lebuhraya yang lain. Paling menjengkelkan, sudah beberapa kali aku ternampak pemandu-pemandu dari Singapura ini sering menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain dan sudah tentulah memandu kenderaan mereka dengan amat laju ketika overtake untuk ke lorong kecemasan! Mereka tidak pernah menghormati undang-undang lebuhraya kita, apatah lagi pemandu-pemandu lain. Tahi.
Aku faham yang kenderaan mereka semua adalah kenderaan mewah. Super car. Sport Car. Hyper Car. Tak kanlah deme mau bawak slow? Tak gereklah bawak Ferari, tapi slow. Tak gempaklah bawak Audi tapi perlahan macam siput babi dan tak cunlah bawak Skyline tapi tak main lampu dari jauh! Dah alang-alang masuk highway Malaysia, tiga lane lagi….berdesuplah mereka. Kemaruk nak race gamaknya! Tapi, itu bukan alasan. Undang-undang tetap undang-undang dan mereka perlu patuh kepada undang-undang. Mahu lajupun, biarlah berpada dan jangan sampai memudaratkan orang lain!
Sudahlah memandu laju, buang sampah pula merata-rata. Apa kamu ingat highway Malaysia ni insenarator ke atau tempat pembuangan sampah? Minggu lepas, ketika aku mahu pulang ke kampung di Batu Pahat, dengan slumber badak beruk mat yeh, sebuah kereta Singapura membuang plastik sampah. Salah satu sampahnya melekap betul-betul di windscreen kereta aku. Sungguh kurang ajar. Dasar Kiasu! Inikah yang dikatakan rakyat Singapura peka dengan kebersihan dan berdisiplin? Atau adakah mereka peka dengan kebersihan di negara sendiri dan membuat kekotoran di negara orang? Perlakuan yang ditunjukkan oleh pemandu Singapura ini sama sekali tidak menyerlahkan mereka sebagai orang yang berdisiplin dan bersih. Mungkin di republik itu mereka patuh pada undang-undang. Tetapi apabila di Malaysia mereka bagaikan baru terlepas dari kandang dan tidak menghormati undang-undang negara ini.
Cis bedebah!
p/s – Kete ampa besaq, tu pun gomen ampa sapot. Ceh! Pui!






Nak buat macam mana, diorang punya highway tak se’best’ highway kat malaysia. tu sebab serupa orang jakun bila masuk malaysia….
Januari 29, 2012 at 3:03 am
org singapore mmg kiasu
Januari 30, 2012 at 12:25 pm
tu baru tengok diorang bawak kereta kt PLUS…cuba tengok diorang bwk kereta kt sekitar bandaraya johor bahru lagi sakit hati (dah 19 tahun membeso kat JB…dah masak sangat perangai diorang ni)
Januari 31, 2012 at 1:40 am
Diorang tak takut dengan undang2 kita. sebab tu diorang berani.
Februari 1, 2012 at 12:34 am
5 tahun menghadap orang singapore (singapork)..baru tau,singapura negara yg mmbangun n maju tp rakyat perangai serupa binatang..berlagak kaya tp sebenarnye miskin..makan kat JB,isi minyak kt JB,beli brg dapur kat JB,kencing berak pun kat JB…nak2 kalo bangsa boyan..
Februari 1, 2012 at 10:13 pm
Memang terasa juga. Harap-harap kita tak jadi macam mereka.
Februari 2, 2012 at 11:16 am
Aku tak kisah dia orang bawa laju kat hway malaysia, tapi kalau kena saman, bayar lah ! jangan nak bawa ke mahkamah, bermacam-macam alasan diberi kerana tak nak bayar, dan akhir sekali akan memburuk-burukkan negara kita. Kalau nak dikira, lebih daripada separuh kenderaan singapore tak boleh masuk Malaysia kerana mereka tak pernah bayar saman bila disaman. Yang paling aku menyampah dan meluat, orang singapore memang berdisiplin di negara mereka, tapi bila masuk ke negara kita, langsung tak ada disiplin mengalahkan orang purba yang tinggal dalam gua batu, ini kerena aku pernah jadi “mangsa” balingan botol minuman di lebuhraya, aku bgi api kerana marah, dia memberik keretanya dgn tiba-tiba disebelah aku dan tunjuk penumbuk, nasib baik aku bersabar kerana aku takut sebab anak-anak kecil aku ada dalam kereta. Itulah kalau manusia merasa diri mereka bagus, kaya, bertamadun dan lain-lain lagi daripada orang lain. Sebenarnya negara kita tak pernah menjemput orang-orang seperti ini datang bertandang ke negara kita.
Februari 5, 2012 at 4:24 am
http://www.facebook.com/pages/Asal-Bukan-Singapore-ABS/335285999843962
support page ni…
Februari 21, 2012 at 8:06 am