Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

AKU MAHU TULIS NOVEL. AKU SERIUS!

Aku dalam perancangan untuk buat novel. Novel apa? Heh! Aku sudah ada konsepnya

Aku terfikir mahu tulis pasal perang. Komando. Pasukan khsusus. Operasi-operasi sulit. Bom sana. Bom sini. Selamatkan tebusan. Helikopter. Pendaratan HALO dan HIHO. Payung terjun. AK-47. M4 Carbine. M203 Grenade Launcher. Nigh Vission Google. CQB. Ya…aku seperti mahu tulis pasal benda itu. Sudah lama aku terfikir mahu lakukan benda ini, tapi tak berjalan-jalan. Bila sudah draft, aku simpan. Bila sudah plan dan tulis rangkanya…aku simpan lagi. Bila aku cari balik benda-alah yang aku dah tulis dan draft. Hilang, tak jumpa. Terus terbantut. Haram nak buat.

Ya! malam ini. malam yang keramat. Aku tak mahu draft. Tak mahu rangka. Aku terus tulis. Tulis sambil idea-idea yang banyak menaglir laju sampai aku tidak tahu mana satu yang perlu aku tulis dahulu. Aku biarkan sahaja ianya mengalir macam air paip yang dibiarkan terbuka. Dibiarkan membazir sampai bil air pun naik dan bikin mak dan bapak kamu semua marah.

Akhirnya…aku dapat siapkan dua page. dan. aku berhenti. Idea tiba-tiba stop dan hilang. Aku berhenti dan berkata sesuatu dalam keadaan bermonolog.

“Cis ada baiknya kalau aku buat draft dulu”

p/s – Aku serius mahu buat novel! Mana publisher? Heh!

Satu Respons

  1. Semoga berjaya bro!

    Februari 16, 2012 at 7:22 am

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers