Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Terkini

KHASIAT SUSU KAMBING + SARANG BURUNG WALIT + KURMA & MADU

Rasanya dah berzaman aku tak menulis. Aku super bz sekarang. Tak pelah sekadar nak khabarkan yang aku kini ada meniaga kecil-kecilan, part time je. Jual susu kambing.

Apa yang specialnya? Ni ha baca info kat bawah ni.

Kalau nak, jangan lupa NAJIB (PM) aku


SUSU KAMBING + SARANG BURUNG WALIT + KURMA MADU THOYYIBAH™ yang lazat kini sudah berada di Melaka!

✅ Ianya diadun dengan ekstrak makanan  terbaik dan mengandungi khasiat berikut:

🐑🐏 Susu Kambing

🎯 Bersifat alkali dan membantu membuang toksik dalam badan 

🎯 Mengandungi 2 kali ganda protein daripada susu lembu yang baik untuk tulang dan gigi

🎯 Juga baik untuk kanak2 kerana mudah dihadam

🎯 Sebagai ikhtiar kehamilan yang sering dipraktikan oleh masyarakat arab. Diperkaya dengan kandungan iron yang secara saintifiknya paling pantas diserap oleh asid folid. Ia penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk hamil.

🐧🐦 Sarang Burung Walit

✳ Mengurangkan batuk, semput dan asma

✳ Kolegen sarang burung membantu untuk mencerahkan kulit

✳ Meningkatkan imun dan ketahanan badan
🌴🌴Kurma

💎 Makanan sunah yang baik untuk usus bayi, kanak2 dan orang dewasa
🍯 Madu

🐝 Makanan sunah yang baik untuk kanak2 dan orang dewasa
❤ Ramai yang repeat order kerana ianya tidak hamis

❤ Ramai yang suka kerana rasanya yang seimbang dan SEDAP

❤ 💯% produk Bumiputera Muslim yang dijamin HALALAN TOYIBAN
🔷 Pek dalam bentuk pouch (20 sachet per pek )

💵💵 Harga pasaran RM 36 per pek

💰 KINI HARGA PROMOSI RM 33 sahaja per pek!!
🚗🚙 COD

🏠 Melaka

Alor Gajah, Bandar Melaka, Ayer Keroh, Cheng, Masjid Tanah, Sg Udang, Klebang, UiTM KBM dan KAG

🏠 N9

Nilai, Pajam, USIM

🏠 Selangor
Semenyih, UKM, Bangi, Beranang
📱Whatsapp….

019 7175857 (syarin)

KES CHAPEL HILL, DUNIA MEMBISU

Apabila muslim dibunuh dengan kejam, sikitpun tak dihebahkan secara agresif di media massa atau media sosial. Lihat sahaja pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, yang terang-terangan berlaku dari dulu hingga kini oleh IsraHeLL. Lihat pula pembunuhan rakyat muslim Rohingya di Burma oleh penganut Buddha dan di negara tersebut, ada di kalangan mereka dibakar hidup-hidup. Bagaimana pula kehidupan masyarakat Islam Moro di selatan Filipina yang hidup tertekan dan ditindas oleh kerajaan Pinoy? Jangan dilupa dengan masyarakat muslim selatan Thai dan lain-lain tempat di serata ceruk dunia. Terbaru, kes pembunuhan kejam tiga orang muslim di USA di rumah mereka sendiri. Mereka ditemui mati di perkarangan rumah dengan kesan tembakan.

Persoalannya, apabila muslim dianiaya…..kenapa dunia membisu?

image

Mangsa yang dibunuh kejam, Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19. Sumber foto, The Independent.

P/s- Masih ingat kes Charlie Hebdoo?? Satu dunia mengutuk serangan tersebut dan yang paling menjengkelkan adalah apabila muslim dan islamlah yang dipersalahkan dalan serangan tersebut walaupun bukti yang ditemui agak meragukan. Bullshit!

HEH! BOLEH PERCAYA?

Aku tak paham. Dari kes yang pertama hinggalah yang ke dua. Aku masih tidak paham. Aku masih tidak mengerti dan aku masih tidak nampak. Pelbagai sumber sudah aku baca dan telaah tapi tetap tidak dapat disimpulkan dalam benak fikiranku. Logiknya, jika kau diserang atau diapa-apakan pastinya kau akan melawan balik, apatah lagi jika kau hendak dirogol!

Ringkasnya, aku…mati hidup balik pun tak akan percaya rekayasa seumpama ini.

image

P/s- Bangang!

MEROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH???

Isu panas yang mungkin akan diperdebatkan sikit masa nanti.

Isu terbaru…merotan anak bakal jadi kesalahan jenayah?

Sedang aku sedap-sedap bersarapan di sebuah kedai sambil menikmati nasi lemak berlaukan sambal paru, aku belek-belaklah surat khabar. Helaian demi helaian aku buka hinggalah aku terbaca satu isu ini. Di dalam surat khabar pagi tadi ada tertulis artikel melalui Menterinya, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah. Ini bakal menjadi kenyataan jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan. Hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Ya! Jika undang-undang ini bakal diluluskan apa akan jadi pada anak-anak di Malaysia. Jika tidak boleh dipukul apa akan jadi pada mereka? Bagaimana dengan disiplin mereka jika ini benar terlaksana? Sedangkan di dalam islam dibenarkan untuk merotan anak dengan tujuan mendidik. Ini bertepatan dengan hadis Nabi, ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).

Dalam islam ada cara-caranya untuk merotan. Ada tertibnya. Berikut aku sertakan.

1. Tidak menggunakan hukuman ini kecuali jika tiada cara lain lagi.

2. Jangan memukul ketika marah. Tarik nafas dalam-dalam, hadirkam kewarasan dahulu.~ Jangan sesekali memukul di muka dan ini termasuklah segala bentuk hukuman seperti mencubit di pipi, Tidak memukul di bahagian yang menyakitkan seperti wajah, kepala dan dada.

3. Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan, tetapi untuk member peringatan dan pengajaran.

4. Sebahagian orang berpendapat tidak boleh memukul anak yang berumur bawah 10 tahun. Mereka mengqiyaskan dengan hadis di atas.

5. Memukul tidak melebihi tiga kali. Juga dikiaskan dengan tindakkan Nabi yang mengulangi sesuatu sebanyak tiga kali.

Pandangan aku….merotan anak ada cara dan gayanya. Gunakan dan praktikanlah sepertimana yang dianjurkan islam. Di kala tahap akhlak dan perilaku muda mudi remaja yang semakin meruntuh, nilai moral yang semakin merosot dan jika tidak “ditegur” dengan “cara” dan “gaya” yang betul, apakah yang akan jadi kepada mereka? Orang tua-tua pernah berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya, sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.

image

Karya gambar: Muhammad Ihsan Shaharil (baca; perkongsian dari facebook)

P/s- cara islam dah cantik dah, yang dok gatai nak pakai cara yahudi, cara barat pasaipa? Tengoklah betapa runtuhnya sistem kekeluargaan di sana…pun masih nak ikut??? Jika dulu cikgu tak boleh merotan murid, sekarang mak bapak pulak tak boleh merotan anak. Esok lusa, anak-anak pula merotan mak bapak. Haru!

PINDAH RUMAH

Pindah rumah.

Kami plan perpindahan ini secara berfasa-fasa. Fasa 1, kami angkat sendiri barang-barang kecil dengan kenderaan sendiri beberapa kali. Fasa 2, kami sewa lori untuk mengangkat barang-barang rumah yang besar-besar.

Kami berpindah dari Alor Gajah ke Cheng. Tidak berapa jauh, hanya 20 minit perjalanan dan ini bermakna, aku perlu tambah 20 minit perjalanan untuk aku ke pejabat, di Bangi. Tahun ini masuk tahun ke lima aku menetap di Melaka dan bermakna sudah hampir lima tahun aku berulang alik Melaka ke Bangi (sebelum ini di Kuala Lumpur).

Sabtu lepas (17 Januari 2015) rasmilah kami duduk di teratak baru kami di Cheng. Sudah berpindah sepenuhnya dan syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaan rezeki-Nya kepada kami sekeluarga. Mudah-mudahan rumah baru ini bakal menjadi syurga buat keluarga kecil kami. Apa pun aku masih berdoa agar ditunaikan permintaan agar dapat bekerja di Melaka satu hari nanti. Mudah-mudahan diperkenan.

image

P/s- Nampaknya aku perlu tulis buku dari Lebuh AMJ – Lubuhraya PLUS!

MOHON JANGAN KOMPROMI SOAL PERTAHANAN NEGARA

Aku kurang bersetuju sekiranya bajet pertahanan negara dipotong atau dikurangkan. Bagi aku, tiada kompromi berkaitan soal pertahanan negara. Bajet pertahanan negara sedia ada tak tinggi mana pun, sekitar 1.4% dari GDP (baca:2014} dan tahun ini pula peruntukan sebanyak RM17.7 bilion untuk pertahanan negara. Peruntukan pertahanan negara kita juga tidak besar jika dibandingkan dengan negara di selatan tanah air.

Negara tersebut, mengikut rekod telah memperuntukan secara konsisten sekitar 20% dari pendapatan negara untuk sektor pertahanan. Sekitar tahun 2008 hingga 2012 juga direkodkan bahawa negara tersebut telah menjadi sebagai lima negara pengimport senjata terbesar di dunia. Walaupun negara ini kecil, apabila tiba kepada soal pertahanan negara…ia akan berfikir lebih terkehadapan dari negara-negara jiran di Asia Tenggara. Malaysia perlu mencontohi Singapura dalam soal ini.

Banyak implikasi sekiranya dilaksanakan pemotongan bajet pertahanan. Yaa…banyak dan yang paling terkesan adalah program pemodenan ATM akan tertangguh. Sampai bila kita mahu melihat jika sesebuah perolehan ditangguhkan dari tahun ke tahun atau dari satu RMK ke RMK? Sampai bila?  Ambil contoh cadangan melengkapkan ATM dengan Helikopter Penyerang. Hingga kini masih tiada berita…jika tak silap, tahun 1997 dulu ATM pernah berhasrat mendapatkan 1 skuadron, sebanyak 8 unit helikopter tempur Rooivalk dari Afrika Selatan untuk dilengkapkan sebagai skuadron helikopter tempur dalam PUTD. Begitu juga dengan program pemodenan yang lain umpamanya penggantian pesawat pejuang MIG 29N yang hingga kini masih belum ada kata putus.

Apa yang dikesalkan, ada aset-aset ATM yang dibeli sebelum ini sudah pun ditauliahkan di dalam pegangan mereka adalah bercirikan “fitted for but not with”. Jika peruntukan sedia ada dipotong maka akan lebih malanglah kepada ATM. Bagaimana boleh ATM melengkapkan persenjataan mereka sekiranya bajet yang diperuntukkan sebelum ini dipotong? Implikasinya, kapal-kapal perang ini tiada bisa dan tiada taring!

Negara Malaysia yang dicintai ini sangat luas dengan pecahan dua tanah besar masing-masing di Semananjung dan Malaysia Timur. Jadi sudah tentulah persempadanan yang perlu dipertahankan adalah amat luas dan melibatkan sempadan-sempadan yang terlibat di dalam zon pertikaian. Juga harus diingat dengan tragedi serangan di Sabah yang perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam. Belajarlah dari pengalaman dan bertindaklah dengan pantas.

P/s- Nak tengok Attack Heli dalam PUTD macam berharap Malaysia masuk Piala Dunia.

MPH WEEKLY BESTSELLERS MALAY NOVELS

image

Gambar di atas aku dapat dari wall fb aku yang di”share” oleh seorang rakan.

Komen aku…

Aku berharap penulis-penulis novel cintan cintun yang tak bawak ke mana dari sudut positif, merencana idea dan merancak pemikiran kreatif lekas pupus. Jika anda enggan pupus, sila lah tulis novel-novel yang boleh membawa kepada peningkatan moral dan akhlak, merencana idea, menanam sifat patriotisme dan cintakan tanah air, atau paling tidak pun novel-novel yang mempunyai intipati dan “stimulate” daya imaginasi tinggi pembacanya.

Ini tidak, balik-balik benda dan perkara sama yang dihidang. Cerita sampah cintan cintun (baca; berpacar dengan suami orang, berebut lelaki, atau berlakikan suami orang) dek kerana novel-novel sebeginilah sedikit sebanyak mempengaruhi akhlak dan tatacara kehidupan remaja melayu zaman kini.

Sudahlah dinovelkan, silap haribulan diterjemah pula ke layar telivisyen. Suami itulah, suami inilah, lelaki itu, lelaki ini…

Parah….parah…

Mohon ubah idea penulisan anda.

P/s- sedikit sekali novel sains fksyen ditulis.

TEMBAK MENEMBAK DI CHARLIE HEBDO ANGKARA SIAPA?

Pasal hal tembak menembak yang baru-baru ni berlaku di Paris (baca;akhbar satira Charlie Hebdo) dapat aku rasakan ianya mungkin merupakan salah satu hasil kerja MOSSAD. Badan intelijen Israel ini banyak sangat buat kerja kotor untuk kepentingan yahudi israel dengan memberikan gambaran jahat kepada dunia islam. Dengan kata lainnya, memberikan imej kotor kepada islam dan penganutnya.

Kecoh satu dunia pasal berita ini. Gempar dibuatnya dan tidak semena-mena sentimen anti islam terus memuncak.

Hairan, tetapi tidak pelik.

Penyerang bertopeng, merempuh masuk pejabat akhbar sambil bertakbir sebelum memetik picu senjata dan membunuh 12 individu (kebanyakkanya jurnalis) di dalam pejabat tersebut. Pelaku pembunuhan tersebut telah berjaya melarikan diri tanpa dapat ditangkap oleh Polis. Selang sehari kemudian, identiti mereka telah dikenalpasti melalui identiti kad yang dijumpai di dalan sebuah kereta yang ditinggalkan (lucu sungguh). Lebih menghairankan, id dan wajah mereka telah disiarkan terlebih dahulu di website-website Israel berbanding di Perancis! Akhirnya lokasi selamat (baca;safe house) pelaku telah dijumpai dan sepasukan komando anti teror (baca;GIGN Perancis) telah dikejarkan untuk “menguruskan” mereka. Semasa “raid” tersebut, telah dirakamkan aksi tembakan oleh komando anti teror yang telah berjaya membunuh pelaku ini, akan tetapi tiada kesan darah! Hairan…..

Tunggu dan lihat aksi “false-flag” yang seterusnya. Plot yang digarap amat menarik!

image

P/s-Baru-baru ini, Parlimen Perancis telah menyokong dan membuat undian untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, dan ini telah mengakibatkan Israel “tidak berapa seronok” dengan Perancis hinggakan PM Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan undian tersebut merupakan satu silap besar oleh Perancis. Mungkin ianya ada kaitan dengan Israel dan mungkin MOSSAD telah memainkan peranananya.

MURAHNYA MARUAHMU DEK KERANA RETIS KPOP

Berani aku katakan yang budak-budak perempuan di negara kurang bernasib baik (baca;Syiria atau Palestin) punya nilai moral yang tinggi berbanding budak perempuan di sini. Mereka lebih punya maruah dan tidaklah bodoh hingga sanggup memberikan tubuh badan semahunya kepada lelaki. Mereka lebih berani dan ada yang mengangkat senjata mempertahan maruah dan agama!

Di sini, lain ceritanya. Aku tak mahu cerita panjang. Google je pasal KPoP di Malaysia, maka keluarlah isu yang dicari. Malas cerita panjang.

Bagi aku KPoP merupakan virus bahaya yang bakal menghancurkan akhlak remaja Malaysia jika tak dibendung. Virus ini nampaknya semakin parah dan jika tak diubati mungkin akan mendatangkan musibah besar di masa depan.

Apa lah yang ada pada artis plastik KPoP? Rupanyakah? Suaranyakah? Tariannyakah? Atau……..entahlah…..

P/s- Retis Korea Utara tak popular pulak ye? Oh yeee…lelaki2 Korea Utara tak lah cantik, malah mereka lebih “lelaki” dari lelaki di Korea Selatan yang kebanyakkannya adalah lelaki plastik yang cantik! Puiii!!! Pergi jahanam!

PASCA BANJIR DAN KEHILANGAN QZ8501

Satu perkara yang kita tidak mahu hadapi adalah kesedihan. Kesedihan tiba dalam pelbagai situasi dan keaadaan. Selalunya penantian penuh pengharapan (baca; mengharapkan perkara positif/perkara baik-baik) yang berakhir dengan kesedihan pasti akan membawa kepada rasa dukacita yang amat sangat.

Ketika ini ada dua musibah besar melanda. Banjir besar dan juga kehilangan pesawat. Pastinya mangsa yang terlibat di dalam kedua-dua nahas ini menantikan perkara yang baik di akhir kesengsaraan mereka.

——–Pfffftttt———

Negeri-negeri di pantai timur dilanda banjir dan pada ketika ini, begitu banyak kemusnahan harta benda dan ada yang meragut jiwa. Sesetengah tempat ada yang sudah surut dan sesetengahnya pula masih ditengelami air. Jalanraya rosak, jambatan runtuh, rumah dihanyutkan, binatang ternak entah ke mana, kereta dan motor yang rosak (baca; kemungkinan besar tak boleh tuntut insurans kerana bencana alam), terputus perhubungan komunikasi malah ada yang tinggal sehelai sepinggang!

Kasihan tak terkata dan kita yang tidak menghadapi situasi itu mungkin tidak merasa apa yang mereka rasa. Apa yang dihadapi oleh mangsa banjir hanyalah kepedihan dan kesedihan, sudah pasti mereka mengharapkan bantuan dari orang ramai dan pihak berwajib untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, hulurkanlah setakat mana termampu untuk meringankan beban mereka. Bantu seikhlas mungkin berikan mereka semangat dan jangan sebarkan berita palsu yang mungkin menggangu emosi mereka.

Mungkin hari ini nasib mereka, mungkin esok atau lusa hari kita pula…siapa tahu???

———–Pfffftttttttt————

Saat dan ketika ini, nasib penerbangan QZ8501 telah diketahui. Pesawat ini disahkan terhempas di lautan jawa dan pada saat penulisan ini dibuat, lebih dari 40 mayat telah ditemui menurut portal berita dari BBC News. Pesawat malang itu membawa seramai 162 orang penumpang termasuk anak kapal itu telah hilang dari pengawasan radar pada Ahad lepas ketika melakukan penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura. Malang sungguh nasib mereka.

Di saat kehilangan pesawat ini, kesemua saudara mara mangsa, rakan dan sahabat mengharapkan agar pesawat ini ditemui dalam keaadaan selamat. Mereka mengharapkan keajaiban berlaku. Tapi, sangkaan dan pengharapan mereka meleset. Khabar duka diterima oleh mereka dan perkara ini disahkan oleh Kerajaan Indonesia sendiri.

Apa yang kita harapkan tak selalunya mengembirakan hati dan tak selalu juga membawa perkara yang baik. Kadang-kadang ianya boleh bertukar sebaliknya. Jadi bertabahlah dan bersabar.

P/s-Ada hikmah di sebalik kejadian.

DULU MH370, KEMUDIAN MH17, KINI QZ8501 PULA

Dulu bila ada pesawat yang hilang dari pengawasan radar, di dalam sesetengah kes tak sampai dua atau tiga hari pasti bangkai pesawat ditemui sama ada terdampar di lautan, tengah hutan atau di mana-mana sahaja. Mangsa yang ditemui, ada yang bernasib baik dan ada yang menjadi mayat. Sekarang, jika satu-satu pesawat itu hilang, belum tentu lagi ianya akan dijumpai dalam masa terdekat.

MH370 hilang tanpa sebarang jejak, diikuti MH17 yang ditembak jatuh dan terbaru pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pula dilaporkan hilang.

Hairan jika teknologi sedia ada sekarang tak boleh nak track down kapal terbang komersil yang serba canggih.

Hairan dengan badan-badan intelijen atau badan perisikan negara-negara yang ada di dunia ini, pun masih tak dapat nak menjejaki sebuah kapal terbang.

Hairan dengan segala keupayaan militer canggih yang ada di dunia ini juga masih tidak mampu mengesan atau melakukan tugas cari alamat mengenalpasti kedudukan kapal.

Hairan dengan segala upaya, kudrat serta kerjasama banyak negara dalam tugas cari alamat kapal yang hilang, tapi hingga kini ianya masih menemui jalan buntu.

Hairan ya!

Lihat gambar di bawah. Telan dan hadam. Fahamkan maksudnya.

image

image

Sumber gambar:Illuminati Exposed Media

P/s- Jaga-jaga ada yang merati! Mungkin kerja tangan ghaib, boleh jadi.

SUPERMAN BUKANLAH BIJAK SANGAT

Masa kecik-kecik ada beberapa watak superhero dan kartun yang buat aku kagum dan teruja. Kadang-kadang dia punya kagum, teruja dan obses tu lain macam dia punya feeling. Aku rasa macam akulah hero.

“Superman” antaranya.

Watak yang lahir dari tangan Yahudi bernama Jerry Siegel dan Joseph Suchseter dan sudah semestinya ia juga adalah salah satu watak ciptaan illuminati. Superman menjadi pujaan ramai umat manusia di setiap pelusuk dunia termasuklah aku (baca: zaman kanak-kanak). Superman ada kuasa luar biasa, boleh terbang, kuat, mata lazer berapi lagi gagah dan berani untuk menyelamat dunia menentang penjahat. Segala penjahat tumpas di tangan superhero ini.

Aku masih ingat semasa zaman kanak-kanak, aku sangat-sangat mengkagumi Superman. Aku nak terbang. Aku juga teringin nak keluarkan lazer berapi dari mata. Keterujaan aku ini sampai ke tahap maksima bila mana aku ambil tuala mandi, ikat di leher dan biarkan tuala berkibar dibelakang badan. Aku berlari keliling rumah dengan penuh gaya Superman dan aku rasa, aku lah Kal-El yang sebenar. Punyalah obses! Punyalah hero!

Lama kelamaan tahap obses aku terhadap Superman menurun sejajar dengan usia aku yang makin meningkat dan aku mengerti pakai seluar dalam di luar bukanlah satu tindakan yang bijak. Jadi Superman taklah bijak mana walaupun dia kuat, gagah dan berani.

KEH, KEH, KEH.

P/s- Lucu banget!

MUSIBAH BANJIR 2014, BERINGATLAH!

Banjir di negeri-negeri pantai timur semakin teruk. Hujan yang berterusan dan tanpa henti menyebabkan keadaan semakin parah. Penderitaan saudara-saudara di sebelah sana semakin bertambah buruk apabila ada bekalan makanan semakin berkurang, terputus hubungan dengan dunia luar malah ada dari kalangan mereka berlindung di tempat-tempat tinggi, atas bukit umpamanya! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

image

Ini antara gambar musibah banjir di salah sebuah sekolah di Manik Urai, Kelantan. Moga mereka di sana tabah! Marilah kita panjatkan doa semoga banjir ini surut secepat yang mungkin dan doakan juga keselamatan mereka semua.

Mengikut maklumat terkini, Kuala Krai telah lumpuh, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat sedang dinaiki air dengan laju. Pusat-pusat pemindahan semakin banyak yang dibuka dan semakin ramai bantuan dihulurkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Di sana sini ada sahaja pusat-pusat pengumpulan barang keperluan diwujudkan, melalui orang perseorangan, badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan agensi kerajaan. Terima kasih dan syabas atas usaha murni yang dihulurkan, hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

image

Lihatlah pandangan udara dari pesawat Charlie, TUDM di ruang udara Pengkalan Chepa dan Kota Bharu Situasi semakin gawat dengan maklumat terkini, lebih 90,000 mangsa banjir di lima negeri yang terlibat telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Marilah bersama-sama panjatkan doa untuk saudara kita di pantai timur. #prayforpantaitimur

P/s-Harap dapat batalkan konsert ambang tahun baru untuk tahun ini bagi menghormati mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur. Tolonglah beringat-ingat dengan segala jenis bala yang menimpa negara kita pada tahun ini. Kes MH370 masih belum selesai, MH17 ditembak jatuh, fenomena puting beliung kecil (belalai air) di negeri-negeri utara Malaysia, fenomena kemarau pada awal 2014 dan macam-macam lagi. Beringatlah! Beringatlah!

P/s/s- Seronok main GOLF nampak!?

AYUH MALAYSIA!

Bangun Harimau Bangun! Jangan tidur lagi, seteru sudah datang. Bangun Harimau Bangun! Padang keramat ini jangan digadaikan!

Ayuh Malaysia, tumpaskan lawan. Stadium Rajamanggala menjadi saksi, moga Malaysia mampu menjulang Piala Suzuki 2014!

P/s- K-Mon lah Harimau! Bawa bekalan selesa ke Bukit Jalil.

SYDNEY DISERANG

Hari ini dunia dikejutkan dengan kes serangan “pengganas” di Sydney. Dua orang yang bersenjata telah menyerang dan menawan sekurang-kurangnya 20 orang di Lindt Cafe, Sydney. Ada maklumat menyatakan serangan ini dikaitkan dengan ISIS atau mungkin juga pelampau islam tapi, sehingga kini (baca;semasa aku menulis entri ini) belum ada maklumat tepat mengenai identiti penyerangnya.

Persoalan aku adalah, kenapa setiap kali serangan sebegini dilakukan, umat muslim dan agama islam yang dipersalahkan walaupun identiti penyerang sebenar masih belum dikenalpasti. Perkara ini juga pastinya akan meningkatkan ketakutan dan kebencian (islamophobia) masyarakat dunia dengan islam secara tidak langsung. Propaganda media barat yang berat sebelah secara langsung dan terus menerus yang menayangkan aktiviti ini dan terus-terusan melabelkan pelakunya adalah dari pertubuhan islam, dan seboleh-bolehnya cuba mengaitkan individu yang terlibat adalah dari golongan separatist islam. Oleh itu, secara langsungnya menyatakan yang islam itu ganas walhal sebenarnya tidak!

Sekali lagi, aku boleh andaikan muslim dan islam akan dipersalahkan tanpa bukti yang kukuh dan ianya mungkin telah dirancang dengan sebaik-baik plot dan drama oleh “tangan-tangan ghaib” orde dunia baru.

Tak percaya? Tengoklah nanti..

P/s- tragedi 11 September sampai sekarang masih menjadi tanda tanya. Muslim Rohingya ditidakkan hak mereka, Palestin dinafikan pemilikan tanah mereka, umat islam ditindas hari demi hari tidak pula dilaporkan secara telus di media. Ceh!