Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Drama Melayu-Melaya-Meloya juga boleh di pendekkan ke 3M!!

.drama melayu-melaya-meloya edisi 1.

“Untuk tontonan umum, seswai ditonton oleh semua lapisan bangsa dan peringkat umur yang menggemari Kek Lapis APPOLLO”

lampu yg agak suram dan susun atur serta tata rias dalaman bilik pejabat sentuhan eric leong, wanita dan lelaki berpangkat ahli lembaga pengarah dan eksekutif tinggi sedang dalam satu meeting syarikat, menggunkan projektor “penunjuk kuasa” a.k.a power point, dan suhu yg agak dingin terus-terusan di hembus oleh penjana kesejukan york si raja pendingin..bayangkan situasi ini dalam drama melayu-melaya-meloya.

“mengikut kadar keuntunga pada tahun berakhir 2008, syarikat kita Gewang Baldi Resource telah mencatatkan keuntungan lebih 800 juta ringgit”..(bace sambil secara naratifnye, mengikut lenggok jalaludin hassan..)

“ini bermakna dalam suku tahun pertama dan kedua dan berakhirnya suku ketiga, kite telah menunjukkan tahap peningkatan yang baik!, saya bangga dengan pencapaian ini”..(teruskan membaca ala2 jalaluddin hasan)

“ade ape2 yg nak diperkatakan?”…(sekali lagi diminta membaca dalam lenggok bahasa jalaludin hassan)

“sy dato’…err…dato’..sy mencadangkan untuk menambahkan keuntungan, lebih baik kita membeli share saham syarikat Durian Runtuh..dengan menfaatkan tenaga kerja dan reputasi syarikat tersebut..kita mungkin dapat menambahkan keuntungan pada tahun depan!!’…(cube baca dalam nada fahrin ahmad)

“bagus…cadangan lain…ade ape2 tambahan?”…(cube bace dalam nada rahim razali pula,mungkin efek dan kesan khas bunyi nya berlainan sedikit)

ya..ini mungkin salah satu garapan dan arahan drama melayu-meloya-malaya dewasa kini..kalau tak pasal keuntungan syarikat yang beratus-ratus juta, pasti akan ada babak-babak perebutan kuasa, gaduh laki bini, gaduh anak bapak, yang anak tak mahu bekerja di syarikat bapak, yang mak tak mahu si anak tiri menjadi CEO syarikat..ya apa lagi??

aku?? pffffffttttt!!!

da naik muntah dan jumud minda dengan teori drama swasta zaman skang..benda yang sama diulang-ulang berkali-kali, tambahan lagi..sebab dan akibat salam drama tersebut mungkin kita sudah dapat jangka, dan agak dengan tepat.. selain daripada pengguna kereta-kereta mewah dan jenama import terkenal seperti Mercs, BMW..ughhhh….

apakah dunia ini!!!!!

Advertisements

4 responses

  1. akhirnya syarin mengupdate komen beliau dgn kisah sensasi…motip entry ni? *aku lambat pikap*

    Ogos 6, 2009 at 12:10 pm

  2. lama siot kau tak update..
    welcome back…
    jgn lepas ni ko tak update lagi lak..

    bagi aku, drama melayu biase nya adalah mimpi indah untuk org melayu…
    melayu semua kaya dan ade bisnes juta2…
    what a fake…

    Ogos 6, 2009 at 8:31 pm

  3. faerrin

    aya id: hehehehe…bace dan pahamkan…

    mirulz: ape kabar??aku sgt bz tak keruan hingga tak bekesemapatan menulis bro…what a shame!!!

    Ogos 10, 2009 at 11:49 am

  4. LOL.
    gua cuma nak gelak.
    sekian.

    September 1, 2009 at 12:54 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s