Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September, 2009

TRAFIK LITE DAN MESIN KIRE2 MODEN

trafik lite2

 

Dunia penuh dengan warna-warni dan pancaroba. Hampir setiap hari kita akan pasti akan bertembung dengan 3 warna ini, yaaa.. keluar rumah saja, masuk kereta dan pandu..anda akan berhenti secara tiba-tiba di situ, pandang ke hadapan, dan pasti 3 warna ini akan menggangu-gugat kelancaran kehidupan seharian. Ibarat telah diprogramkan atau disumpah secara halus, mungkin telah di tortured oleh JPJ2, ATAU hidup kita ini telah ditakdirkan untuk berhadapan dengan “tiang lampu 3 warna”, benda alah ini pasti membuatkan perjalanan yang lancar akan berhenti sejenak.

Kalau diikutkan, sepanjang perjalanan aku ke ofis, pasti aku akan berhenti di setiap hot spot ini dan ada 6 tempat kesemuanya, dan secara kasar mengikut perkiraan matematik moden, masa aku terbuang untuk setiap tempat adalah 55 saat dan untuk keseluruhan perjalanan sehala, masa terbuang aku adalah sebanyak 330 saat. Ini jika di ambil kira untuk perjalanan sehari aku ke ofis pergi dan balik adalah sebanyak 660 saat dan untuk 5 hari seminggu perjalanan pergi dan balik sebanyak 3300 saat bersamaan 55 minit masa aku terbuang begitu sahaja di lampu trafik. Jika secara bulanan pula, ambil kira aku bekerja 5 kali seminggu selama 4 minggu berturut-turut, masa yang “terbakul sampahkan” oleh aku secara sedar adalah sebanyak 220!! Dan jika setahun, lebih kurang 2640 minit masa aku di bazirkan secara “tak sengaja” dan jika ditukarkan masa tersebut ke dalam saat ianya seabanyak 158400 saat!!

Persoalannya…

eh?? betol ke aku kira ni???

Tolong, ada sapa2 bole pinjamkan aku kalkulator saintifik??….


mini dan nini

5:58 petang

aku memandu perlahan, lampu signal di nyalakan ke kiri, masuk ke simpang taman perumahan ku..sambil menikmati pemandangan petang kereta ku menderu laju menghala ke rumah..dalam kepala aku terbayang katil yang empuk dan juga air sejuk semalam dalam peti ais..dahaga betul petang ni..

6:00 petang

aku tiba betol2 di depan rumah, dari jauh aku lihat adik bongsu ku menangis sayu,  duduk berteleku di bawah pohon mangga..cepat-cepat aku berhenti kan kerata ku, terus aku meluru ke arah nya…

“ish, kenape lak adik aku ni?”..getus hati kecil ku..

“chil, kenapa menangis chil?”..aku bertanya..

“mini dan nini hilang…huhuhuhu…”sambil menangis teresak-esak..

“ha?? hilang?? tak kan lah…

aku terus bingkas bangun..berlari ke arah “rumah”  mini dan nini..betul, hilang, kosong, tak de ape-ape kesan, walau satu pun..mungkin aku perlu laporkan pada pihak polis atau pihak berkuasa tempatan akan kes kehilangan mini dan nini..atau pun khidmat detektif remaja kindaichi aku perlukan, mungkin juga conan dapat selesaikan..tapi segalanya..hanya mungkin..

kawasan perumahan aku memang begini, pantang lepa dan leka, pasti akan ada sesuatu yang berlaku..3 tahun lepas rumah aku di masuki penyamun-penyamun indon durjana..  bersenjatakan parang dan pedang samurai, tak berbaju dan bertopeng, hitam, gelap dan gempal.. habis semua dirembat, barang kemas mak aku tak payah cerita, duit dan wang syiling abes licin dorang rembat, seluar jeans levis ori aku ade 5 helai, semua habis licin di sebat, sampaikan boxer dan seluar dalam aku pun dorang kebas..tak berjantung punye penyamun..nak je aku penggal kepala sekor2!!

-pppfffffttttt-

aku pandang adik ku, masih menangis..dari jauh aku dengar suaranya merintih kesedihan..teresak-esak..kesian…hati seorang kanak-kanak perempuan, biasalah…mudah tersentuh..baru 10 tahun umurnya..terus aku berjalan ke arahnya, aku tarik tangannya..terus ku peluk adik ku…”

“dah la chil, nanti long belikan baru ea…jangan la menangis…dah..dah..jum masuk umah..” aku memujuk adik ku..

“tapi adik nak mini dan nini..tak nak yang laen..tak nak yang laennnnnn”…adik ku merayu-rayu sambil menangis, dihentak-hentak kaki kerdilnya ke jalan tar..

“tak pe…nanti long carik kan yang sebijik cam tu..jangan nangis lagi k?”…

“emmm…” ringkas dari adik ku..

 ku bawa masuk adik ku ke dalam rumah..

“chil, p mandi skali..then solat..da solat lum?”….

“ye…..”

nota-mini dan nini adalah dua ekor anak ayam, masih kecil, comel dan berbulu lebat, berwarna kuning ke-emasan hasil pemberian dari pak long ku dan dihadiahkan kepada adik ku (ni pun sebab adik aku da merajuk-rajuk nak kan ayam kecik tu, dek kan tak sampai hati terus pak long aku bagi dua ekor anak ayam tu, di namakan, “mini dan nini”

aaahhhhh…malam ni pasti adik aku terkenang-kenangkan anak ayam dua ekor tu..


rokok mane ada merbahaya..

“Rokok membahayakan kesihatan” jerkah mak cik kantin pade member aku..

“apsal mak cik, saya ni dah lebih doblas tahun merokok..ok ja”…ali baharum, member aku menjawab..

“cube kao tengok kat kotak rokok tu..ade gambo ape..kan ke gambo penyakit2 tu..cube kao pikir balik Ali Baharum oi..aku tak mau kao mati awal”.. tambah mak cik kantin..

“mak cik jangan pecaya sgt ngan dakyah2 songsang ni..cube mak cik tengok saya, tubuh badan saya sehat, muka saya hensem persis Leonal Messi, saya boleh berlari pantas dan laju umpama Watson Nyambek malahan stamina saya juga sentiasa maintain makcik, takde pun dapat gangren, takde pun dapat barah lidah, atk de pun dapat kencing manis kena potong kaki”..dengan bangga Ali Baharum berkata-kata..

memang merokok merbahaya. tapi ape boleh buat,selain makan kuaci dan lepak di kedai mamak di malam hari sambil melihat aksi kemenangan liverpool inilah antara hobi terbaek rakyat malaysia kita secara umum tak kire apa bangsa, agama, cina ke, melayu ke, india ke, kadazan dusun ke, bajau laut ke inilah hobi paling tinggi ratingnye dikalangan kita, rakyat 1 MALAYSIA, dah memang tak dapat dibendung dah..dapat lihat kat mane-mane pun, kalau dah namenye seorang perokok, pasti tak lekang dengan rokok di jari maupun dibibir..

menonton tv, pasti ada rokok…membaca surat kabar, pasti rokok dihembus, minum ali caffe pasti rokok menjadi teman, mengorat anak dara orang, pasti rokok sebagai penambah kemacho-an, memandu kereta pasti rokok menjadi penghilang mengantuk, stadi di malam hari, rokok juga menjadi vitamin yang memberi kan nafas-nafas segar ke mambran-mambran otak, hingga kan ke dalam tandas menunai hajat pun rokok menjadi penenang jiwa dan pemberi “feeling” yang penuh makna..aahhhh..katanya…dan kebanyakkan dari mereka dapat membuat segala tugasan secara multi-tasking ..ini cukup bagus!!!

ya..penulis juga pernah menghisap rokok..tapi di masa lampau..heeee…

lazat rokok ini rupenye..ambil sebatang semporna hijau..nyalakan lighter ..cucuhkan saja rokok tersebut..halakan ke bibir, terus sedut asapnya itu…dan hembus perlahan-lahan..apa rasanya?? sejuk..dingin di bibir, manis di bibir..lazat bukan???

bagi anda yang mahu merokok dan masih enggan berhenti..silakan..anda masih punya masa

bagi kamu-kamu yang sudah berhenti, aku ucapkan tahniah, tapi jgn jeles melihat teman-teman kamu yang masih meneruskan hobi lama..

“errr…mat, sebatang rokok mat”…hehehehehe


hari bergerak umpama F1 yang berenjin jet

raya da berakhir..pejam-celik-makan-minum-tido-bagi duet raya da sembilan ari cuti beraya aku dihabiskan, durjana sungguh hidup ini. Pabila hari-hari yang best untuk kita nikmati, kenapa engkau berlalu dengan pantas, kenapa engkau tak bergerak pada kadar yang perlahan seperti geraknya sis siput babi, berjalan dengan perlahan, tenang dan damai abadi..

Ya….cukup pantas, kederasan dan kelajuan hari yang 24 jam ini ini berlalu seperti hanya ada 8 jam bagi aku..

bangun di awal pagi,

tengok terbit mentari,

 pakai baju melayu warna-warni,

diserta samping sebagai penyeri,

berkunjung ke rumah sanak saudara bersama family,

kueh raya dan air gas dihidang untuk santapan ringan di pagi yang seri,

tau2 da lima enam bijik rumah dikunjungi,

petang menanti suram sekali…

DEMN!!!…apsal da petang ni..aku tak puas nak bejalan raya lagi ni..ish..smbil memandu kereta di jalan raya, aku terfikir..kalaulah cuti raya ini bole dipanjangkan misal kate, diberi cuti oleh kerajaan Malaysia selama 2 minggu kan ke bagus, ini bukan apa, ianya penting bagi ukhuwah persaudaraan..yang jauh tak berjumpa inilah peluangnya untuk merpatakan jurang persaudaraan, lagipun rehat dengan kadar yang lama bole melepaskan tensi yang tak sudah2 di ofis..lagipun ini juga sebagai bonus kepada kerjaan malaysia, mungkin ini bole menjadi sebagai salah satu asbab untuk meningkatkan jumlah majaoriti undi di PRU akan datang..sapa tahu???

“cis, dah la bonus tak dapat tahun ni” getus hati kecil aku dengan perasaan dendam kesumat, tengokla undi akan datang, tak selamat la korang..da la cuti pendek..cis!!

“kalaulah cuti raya dapat dipanjangkan dari dua ari ke dua minggu”…