Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

hari bergerak umpama F1 yang berenjin jet

raya da berakhir..pejam-celik-makan-minum-tido-bagi duet raya da sembilan ari cuti beraya aku dihabiskan, durjana sungguh hidup ini. Pabila hari-hari yang best untuk kita nikmati, kenapa engkau berlalu dengan pantas, kenapa engkau tak bergerak pada kadar yang perlahan seperti geraknya sis siput babi, berjalan dengan perlahan, tenang dan damai abadi..

Ya….cukup pantas, kederasan dan kelajuan hari yang 24 jam ini ini berlalu seperti hanya ada 8 jam bagi aku..

bangun di awal pagi,

tengok terbit mentari,

 pakai baju melayu warna-warni,

diserta samping sebagai penyeri,

berkunjung ke rumah sanak saudara bersama family,

kueh raya dan air gas dihidang untuk santapan ringan di pagi yang seri,

tau2 da lima enam bijik rumah dikunjungi,

petang menanti suram sekali…

DEMN!!!…apsal da petang ni..aku tak puas nak bejalan raya lagi ni..ish..smbil memandu kereta di jalan raya, aku terfikir..kalaulah cuti raya ini bole dipanjangkan misal kate, diberi cuti oleh kerajaan Malaysia selama 2 minggu kan ke bagus, ini bukan apa, ianya penting bagi ukhuwah persaudaraan..yang jauh tak berjumpa inilah peluangnya untuk merpatakan jurang persaudaraan, lagipun rehat dengan kadar yang lama bole melepaskan tensi yang tak sudah2 di ofis..lagipun ini juga sebagai bonus kepada kerjaan malaysia, mungkin ini bole menjadi sebagai salah satu asbab untuk meningkatkan jumlah majaoriti undi di PRU akan datang..sapa tahu???

“cis, dah la bonus tak dapat tahun ni” getus hati kecil aku dengan perasaan dendam kesumat, tengokla undi akan datang, tak selamat la korang..da la cuti pendek..cis!!

“kalaulah cuti raya dapat dipanjangkan dari dua ari ke dua minggu”…

2 responses

  1. puasa sebulan.cuti raya pun patut sebulan.

    September 27, 2009 at 8:06 am

  2. faerrin

    ya betol!!!

    ataupun cuti raya ikut hari si polan berpuasa..contoh:

    puasa penuh..cuti raya sepatutnya, 30 ari..

    kalau pose setakat 2 minggu, cuti raya 2 minggu..

    kalau pose setakat sekerat ari…cuti raya cume sekerat ari di ari 1 syawal..dengan erti kata, lepas solat, ziarah kubur, bermaaf-maafan then terus masuk opis dengan pakai baju raya..hahahaha

    September 27, 2009 at 2:19 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s