Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

mini dan nini

5:58 petang

aku memandu perlahan, lampu signal di nyalakan ke kiri, masuk ke simpang taman perumahan ku..sambil menikmati pemandangan petang kereta ku menderu laju menghala ke rumah..dalam kepala aku terbayang katil yang empuk dan juga air sejuk semalam dalam peti ais..dahaga betul petang ni..

6:00 petang

aku tiba betol2 di depan rumah, dari jauh aku lihat adik bongsu ku menangis sayu,  duduk berteleku di bawah pohon mangga..cepat-cepat aku berhenti kan kerata ku, terus aku meluru ke arah nya…

“ish, kenape lak adik aku ni?”..getus hati kecil ku..

“chil, kenapa menangis chil?”..aku bertanya..

“mini dan nini hilang…huhuhuhu…”sambil menangis teresak-esak..

“ha?? hilang?? tak kan lah…

aku terus bingkas bangun..berlari ke arah “rumah”  mini dan nini..betul, hilang, kosong, tak de ape-ape kesan, walau satu pun..mungkin aku perlu laporkan pada pihak polis atau pihak berkuasa tempatan akan kes kehilangan mini dan nini..atau pun khidmat detektif remaja kindaichi aku perlukan, mungkin juga conan dapat selesaikan..tapi segalanya..hanya mungkin..

kawasan perumahan aku memang begini, pantang lepa dan leka, pasti akan ada sesuatu yang berlaku..3 tahun lepas rumah aku di masuki penyamun-penyamun indon durjana..  bersenjatakan parang dan pedang samurai, tak berbaju dan bertopeng, hitam, gelap dan gempal.. habis semua dirembat, barang kemas mak aku tak payah cerita, duit dan wang syiling abes licin dorang rembat, seluar jeans levis ori aku ade 5 helai, semua habis licin di sebat, sampaikan boxer dan seluar dalam aku pun dorang kebas..tak berjantung punye penyamun..nak je aku penggal kepala sekor2!!

-pppfffffttttt-

aku pandang adik ku, masih menangis..dari jauh aku dengar suaranya merintih kesedihan..teresak-esak..kesian…hati seorang kanak-kanak perempuan, biasalah…mudah tersentuh..baru 10 tahun umurnya..terus aku berjalan ke arahnya, aku tarik tangannya..terus ku peluk adik ku…”

“dah la chil, nanti long belikan baru ea…jangan la menangis…dah..dah..jum masuk umah..” aku memujuk adik ku..

“tapi adik nak mini dan nini..tak nak yang laen..tak nak yang laennnnnn”…adik ku merayu-rayu sambil menangis, dihentak-hentak kaki kerdilnya ke jalan tar..

“tak pe…nanti long carik kan yang sebijik cam tu..jangan nangis lagi k?”…

“emmm…” ringkas dari adik ku..

 ku bawa masuk adik ku ke dalam rumah..

“chil, p mandi skali..then solat..da solat lum?”….

“ye…..”

nota-mini dan nini adalah dua ekor anak ayam, masih kecil, comel dan berbulu lebat, berwarna kuning ke-emasan hasil pemberian dari pak long ku dan dihadiahkan kepada adik ku (ni pun sebab adik aku da merajuk-rajuk nak kan ayam kecik tu, dek kan tak sampai hati terus pak long aku bagi dua ekor anak ayam tu, di namakan, “mini dan nini”

aaahhhhh…malam ni pasti adik aku terkenang-kenangkan anak ayam dua ekor tu..

5 responses

  1. maik aih.
    sweetnya abang.

    September 29, 2009 at 2:07 pm

    • faerrin

      hehehe..
      semestinyeee…
      abg yang kool, ensem, macho dan juga bergaya..

      ngehehehe..angkat bakul sendiri ni!!!

      September 30, 2009 at 2:38 pm

  2. perghh…abang mithali..kahkahkah…

    Oktober 4, 2009 at 7:01 pm

    • faerrin

      awat ang p bantai gelak aku ni bro..tak pecaya ka??

      hehehehe

      Oktober 5, 2009 at 10:23 am

  3. jelesnya aku..
    kenapa la aku tak de adik…

    Oktober 7, 2009 at 5:06 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s