Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TRAFIK LITE DAN MESIN KIRE2 MODEN

trafik lite2

 

Dunia penuh dengan warna-warni dan pancaroba. Hampir setiap hari kita akan pasti akan bertembung dengan 3 warna ini, yaaa.. keluar rumah saja, masuk kereta dan pandu..anda akan berhenti secara tiba-tiba di situ, pandang ke hadapan, dan pasti 3 warna ini akan menggangu-gugat kelancaran kehidupan seharian. Ibarat telah diprogramkan atau disumpah secara halus, mungkin telah di tortured oleh JPJ2, ATAU hidup kita ini telah ditakdirkan untuk berhadapan dengan “tiang lampu 3 warna”, benda alah ini pasti membuatkan perjalanan yang lancar akan berhenti sejenak.

Kalau diikutkan, sepanjang perjalanan aku ke ofis, pasti aku akan berhenti di setiap hot spot ini dan ada 6 tempat kesemuanya, dan secara kasar mengikut perkiraan matematik moden, masa aku terbuang untuk setiap tempat adalah 55 saat dan untuk keseluruhan perjalanan sehala, masa terbuang aku adalah sebanyak 330 saat. Ini jika di ambil kira untuk perjalanan sehari aku ke ofis pergi dan balik adalah sebanyak 660 saat dan untuk 5 hari seminggu perjalanan pergi dan balik sebanyak 3300 saat bersamaan 55 minit masa aku terbuang begitu sahaja di lampu trafik. Jika secara bulanan pula, ambil kira aku bekerja 5 kali seminggu selama 4 minggu berturut-turut, masa yang “terbakul sampahkan” oleh aku secara sedar adalah sebanyak 220!! Dan jika setahun, lebih kurang 2640 minit masa aku di bazirkan secara “tak sengaja” dan jika ditukarkan masa tersebut ke dalam saat ianya seabanyak 158400 saat!!

Persoalannya…

eh?? betol ke aku kira ni???

Tolong, ada sapa2 bole pinjamkan aku kalkulator saintifik??….

Advertisements

3 responses

  1. kau taknak kira penjimatan masa yang kau gunakan akibat melanggar 3 kaler tu? aku rasa dah boleh kurang suku dari masa yang ada…haha

    Oktober 4, 2009 at 7:05 pm

  2. faerrin

    kao tak pikir pulak akibat dari kao melanggar tiga kaler tu, ape akibat dia…

    hehehehe..

    kalau langgar trafik lite ok lagi,..

    kalau langgar orang, tapi dia cedera..ok lagi..

    kalau langgar orang, tapi dia mati, ang pun mati skali..

    tapi,. kalau ang p langgar lampu tafik, then telanggar lak polis tafik, then polis tafik tu mati kat situ gak..ape cite??

    hahahahahahahahah

    Oktober 5, 2009 at 10:31 am

  3. sorry la…
    aku dah buang kolkulator aku…
    aku sgt benci subjek mengira…
    lagi2 eco 555

    Oktober 7, 2009 at 5:01 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s