Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Kenapa lambat masuk ofis ni???

“jalan jammed la bos….”

“tadi saya keluar rumah, tetibe je tayar kereta saya pancit…”

“saya hantar anak saya pegi skolah tadi bos…”

“bagun lewatlah, nak wat cmne..malam tadi layan bola sampai pukul 3-4 pagi..sori la bos..bukan lewat sangat pun..sengah jam je kan..”

Ni lah antara jawapan-jawapan tipikal atau standard rakyat malaysia, seperti dah ditetapkan piawai dari Majlis Peperiksaan Malaysia untuk menjawab soalan “apsal kao lambat masuk ofis ni?”..maka, jawapan-jawapan kat atas itulah akan duguna pakai..ini juga dah menjadi satu masalah kepada majikan-majikan yang ada kat malaysia ni, tak kira lah bos kat jabatan kerajaan, mau pun swasta, gedung-gedung mewah maupun kedai runcit tepi jalan.

kalau diikutkan ada jugak orang-orang yang datang lewat ke pejabat ni tak memberi jawapan tipikal seperti di atas tadi. Kadang-kadang, ada yang bagi jawapan sangat super kreatif, contoh:

“tadi saya da keluar awal pagi dah bos, kereta saya da keluarkan, tinggal nak jalan ke ofis je lagi..tapi bos..tiba-tiba je rumah jiran saya terbakar, saya selaku jiran yang berdedikasi, bertoleransi, berhemah dan penuh rasa simpati terus menjadi ahli bomba tak bertauliah, terus saya meluru masuk rumah jiran saya tu, terus masuk selamatkan anak dara dia bos. Kalau saya tak de bos..apelah nasib anak dara jiran saya tu bos, da lah cun, cutting baek….”

Tapi ada jugak yang bagi jawapan dengan mengeluarkan statement yang berunsur simpati

“Bos, jangan tak percaya bos, saya da nak masuk pintu gate ofis tadi tu..saya terpaksa patah balik, bini saya betol-betol dah nak beranak sebenarnya..tiba-tiba air ketuban dia pecah, saya tak sampai ati bos..terus saya ke hospital, ini pun saya datang ofis ni sebab saya ni pekerja yang sgt cintakan ofis dan kerja saya bos…”

kadang-kadang ada jugak yang bagi jawapan pelik2…

“kucing saya mati pagi tadi, saya terpaksa tanam dia dulu bos..tak sampai ati saya tengok kucing saya..da lame saya bela dia, dah lebih 5 tahun..huhuhuhuhu”… (sambil menangis teresak-esak)

“pintu pagar saya kunci, mangga yang kunci tu tak dapat bukak sebab kunci mangga tu saya lupa letak mana, so, kereta saya tak dapat nak keluarkan, ni pun saya terpaksa panjat pagar rumah saya pastu amek bas ke ofis, sebab tu la lambat bos”

“faerrin, apasal kao lambat masuk ofis ni, kamu kan pegawai..tak malu ke ape staff kamu kate nanti?”…kate pegawai atasan..

“sori bos, tadi lepas tol kajang tu, jalan sesak la bos, gile sesak..saya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bos..maaf bos”

moral of the story, aku pun sama jugak..2×5…jawapan standard jugak aku pakai, lebih mudah dan tak perlu berfikir panjang..lagi pun, jawapan standard ni lebih mudah diterima tanpa banyak soal!!

Advertisements

6 responses

  1. standard jawapan warga kota…haha

    Oktober 4, 2009 at 7:18 pm

    • faerrin

      hahahaha..sume tu da tertulis dalam minda kita tu bro!!!

      Oktober 7, 2009 at 12:38 pm

  2. gua biasa cakap sakit kepala,sakit perut,hari tu gua cakap kunci rumah hilang,kadang-kadang cakap pergi klinik tapi tak nak mc so masuk lambat ganti stayback,ada jugak bas lambat,tak dapat cab.dan kalau lambat tahap kritikal,mc je terus.

    Oktober 5, 2009 at 4:14 pm

    • faerrin

      membe gua penah cakap cmni

      “pemandu teksi cuti, so teksi takde…terpaksa la saya jalan kaki ke opis”

      tak masuk akal betol membe gua tu!!

      Oktober 7, 2009 at 12:39 pm

    • apa kat KL tu ade sorang je ke driver teksi…
      mmg tak masuk akal…

      Oktober 7, 2009 at 4:59 pm

  3. “pintu pagar saya kunci, mangga yang kunci tu tak dapat bukak sebab kunci mangga tu saya lupa letak mana, so, kereta saya tak dapat nak keluarkan, ni pun saya terpaksa panjat pagar rumah saya pastu amek bas ke ofis, sebab tu la lambat bos”

    pernah jadi kat kawan aku ni….

    Oktober 7, 2009 at 4:59 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s