Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Onar di dalam lif

Marah?? Pernah kao dimarahi?? atau kao marah pada seseorang?? mungkin juga kao telah marah secara saje2 atau suke2..atau, secara tak sengaja kao marah-marah tanpa sebab dan usul periksa??

Aku rase mustahil setiap insan atau benda hidup kat dunia ni tak pernah dimarahi atau marah. cube kao bayangkan, kao masuk lif, nak ke tingkat 70. Mahu kebawah dan terus ke atas perlu ambil mase 3 minit setengah. Dalam lif tersebut cume ada 4 orang, tak terlalu sesak cukup oksigen untuk disedut, cukup ruang untuk bernafas, ruang yang agak luas, cahaya yang terang dan keadaanya ketika itu amat selesa, paru-paru berasa riang gembira dan hepi sambil terloncat-loncat kegembiraan bersama dendangan “lagu hepi” amy mastura.

Dalam lif , ade sorang wanita jelita,tinggi, chinese look, berpakaian agak seksi tapi tidak terlalu menjolok mata. Ada seorang lelaki yang bekerjaya, bertali leher, mambawa beg laptop dan gaya yang penuh keunggulan serta tanpa segan silu orang disekeliling akan beranggapan “Wah, ini lah lelaki jutawan dan professional” dan seorang lagi lelaki indon, merangkap cleaner di bangunan tersebut ditanganya terpegang mop lantai dan baldi.

Pandang sekeliling, pandang depan, dan pandang kiri juga kanan…lif mula bergerak, mata terus meliar, mendongak ke atas..dari tingkat ke tingkat, tiada apa-apa masalah berlaku dan…

TIBA-TIBA

tanpa bunyi, tanpa alat pengera kecemasan dan tanpa was-was..

“eh, bau ape ni..busuk piang!! bau telor, haram jadah betol..”..kao berbisik sendirian dalam hati..

“sialan, makin kuat pulak ni…sape pulak melepas ni….aduyai…” kao dah mula merungut..

“hampeh betol, sape la orang dalam lif ni yang p kentod, kalau aku tau la..aku pecahkan je pasu depan rumah dia”kao da mula marah…

perhati dan pandang dalam-dalam ke setiap orang dalam lif..secara tak langsung serebelum, sereberum dan medula oblongata kao berfungsi, membuat analisia dan menganalisis secara analitikal dan kritis, sapakah durjana yang membuat onar dalam lif ini..

“pompuan tu ke, pasti tidak..muka kool je dah la comel”..(pandangan bias bagi seorang lelaki yang normal, kalau kao lelaki, pasti kao akan lihat pada wanita yang anggun, comel, cun dan genit serta memliki potongan badan yang menarik, kao pasti akan beranggapan baik padanya)

“tak kan lah lelaki professional ni..ok je kot aku tengok, muka rilek je”…(persepsi manusia, bile lihat benda ok dari  luaran, secara tiba-tiba dan secara sedar akan membuat konklusi awalan yang orang itu juga adalah baik)

“HA!!! mesti mamat indon ni…muka cm tak tahan je, dah la dari tadi aku tengok dia tak selesa berdiri, ape dah tercirit ke kat seluar, cis!! apsal kao tak kentod je kat negara kao, dah kentod kao p la datang sini balik..”

aku rase komfom mamat indon ni…..

Sampai tingkat 70, semua keluar dari lif, masing-masing muka lega dapat menghirup udara segar kat tingkat 70..tiba-tiba mamat professional datang dekat, dan terus berbisik..

“bro, sori bro…pasal dalam lif tadi”

ayatnya ringkas, tapi mudah di fahami..emmm..paham-paham sudah!

Advertisements

2 responses

  1. don’t judge a book by it’s cover beb..

    tp aku setuju dgn kau…
    aku pun tak kan tuduh gadis comel tu…
    hahahaha………….

    Oktober 13, 2009 at 9:24 pm

  2. kalau dia tak berbisik kat kau, mesti dah cool abes dah..haha

    Oktober 18, 2009 at 6:38 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s