Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for November, 2009

UPSR SEPERTI TIADA MAKNA LAGI (dalam konteks aku)

Hari ni keputusan upsr dah keluar, aku difafahamkan ramai sungguh budak-budak darjah enam ni yang dapat semuanya A. Tahun ni je seramai 48,171 calon yang menduduki peperiksaan UPSR ni berjaya memperolehi gred A atau cemerlang kesemua matapelajaran dan pada tahun sebelumnya seramai 46,641 calon cemerlang untuk keseluruhan matapelajaran. Daripada pemerhatian aku, setiap tahun graf UPSR ini akan menunjukkan trend yang menaik sebagai contoh dari tahun 2005-2007 menunjukkan kadar menaik iaitu pada tahun 2005,7.3% tahun  2006,8.5% tahun 2007, 9.7% tetapi turun sedikit pada tahun 2008,9.2% (tapi tak lah turun sangat) dan tahun ini sahaja 2009,9.52% iaitu 0.32% lebih tinggi dari tahun lepas.

Jika kita ekstrapolakan keputusan tersebut dengan mengambil graf menaik sahaja dari tahun 2005-2007, kita akan dapati iaitu pada tahun 2041 50% pelajar yang mengambil UPSR akan berjaya dan lulus cemerlang dengan mendapat kesemua subjek A, dan pada tahun 2083 pula boleh dikatakan 100% pelajar akan berjaya dengan cemerlang pada tahun tersebut!!

Aku tak tahu nak kate ape, kalau dah ramai sangat umat yang berjaya dapat kesemua A ni, adakah nak dikatakan budak-budak zaman sekarang makin pandai? atau adakah mutu matapelajaran sekarang semakin tidak berkualiti sehingga untuk lulus dengan cemerlang dengan mencapai kesemua matapelajaran adalah sesuatu yang tidaklah sukar sangat oleh mereka. Mungkin juga sistem semakan atau penandaan kertas-kertas peperiksaan oleh pemeriksa dibuat secara “murah hati” oleh pemeriksa-pemeriksa, tapi ini bukan aku saja-saja beranggapan serong terhadap semua ini tapi ianya mungkin sesuatu yang pelik, jika ditanya sana-sini pun dah bersepah budak-budak yang dapat 5 A ni di ibarat kan kita pergi ke pasar raya besar TESCO untuk membeli barang-barang, pilih sahaja..semua ada, ibarat begitulah fenomena UPSR zaman sekarang.

Sebagai contoh anak Pak Hussin  hujung kampung yang hanya bekerja menoreh getah pun bole dapat semua A, ni apetah pula anak Dato’ Hassan peniaga berjaya yang duduk di lot banglo sekitar bandar besar seperti di Kala Lumpur. Anak Ah Meng tauke kedai basikal pun berjaya mendapat 7A untuk setiap subjek. Boleh dikatakan terlampau ramai yang berjaya, bukan kerana aku bersikap iri atau dengki tapi kenapa ini berlaku?? Orang sekarang pun dah tak berapa nak hairan dan kesah dengan pencapaian ini dan “kadar keberjayaan” ini bukan sesuatu yang membanggakan bagi aku kerana sudah terlampau ramai budak-budak yang “berjaya” dan UPSR dah tiada sengatnya pada hemat aku. Kenapa??

Zaman aku dulu tak seperti ini, kejayaan yang cemerlang ketika UPSR boleh dianggap sesuatu yang membanggakan dan ketika itu ianya boleh dianggap sebagai “mahal” . Kenapa mahal? Mahal kerana tak ramai budak-budak yang berjaya mendapat kesemuanya A dengan cemerlang dan kuantitinya pula tidaklah terlalu ramai seperti sekarang. Bila dikatakan anak si polan bin si polan mendapat kesemua A dalam UPSR, maka hebohlah satu taman, dicanang kesana-kemari tentang kebijakan budak tersebut, apa diet pemakananya dan apa strategi belajar yang digunapakai sehingga beliau menjadi seorang yang berjaya walaupun hanya di peperiksaan UPSR, salah satu peperiksaan yang dianggap besar selain dari PMR dan SPM. Mungkin kerana kuantiti yang sedikit untuk melahirkan pelajar cemerlang ketika itu, menjadikannya mereka yang lulus dengan cemerlang ketika itu lebih berkualiti. UPSR juga dianggap ketika itu sebagai batu loncatan ke sekolah berasrama penuh dan menjadikan pelajar-pelajar ini lebih elit dan berkemungkinan mendapat tajaan atau biasiswa dari mana-mana agensi.

“Mungkin budak-budak zaman sekarang dari kecik-kecik lagi dah minum susu Dugro kot..ye la, Dugro kan ada macam-macam vitamin”


Kerana MC 2 hari aku banyak berfikir..

Hari hujan, cuaca mendung, suasana muram serba serbi kemalasan muncul di dalam diri.  Sana sini jalan penuh sesak, jalan jem, kereta penuh, bunyik bising dan bingit, hon kereta yang bertalu-talu, bunyik ekjos kereta kancil modify….semak!! semak betol dunia ni..aku perlu lari dari semua ini..tapi macam mana??

2 hari aku mc, mata sakit dan merah menyala dah macam cyclops dalam cerita X-man dah mata aku cuma ianya tak mampu mengeluarkan laser secara langsung. Kekadang aku terfikir jugak, aku ni dahla pakai spek, mata pulak dah jadik merah kalau boleh nak je aku menjadi cyclops dan memusnahkan musuh-musuh durjana (kerja-kerja yang penuh menimbun atas meja-biar terbakar sume kalau bole dengan bos-bos aku sekali aku bakar dan lagi bagus dengan opis-opis aku sekali aku laser)…kalau la boleh…tapi…apa boleh buat, nak tak nak aku kena jugak setelkan sume kije2 nih..

Masuk je opis, tu dia!!! menimbun keja, baru 2 hari aku mc dah menimbun keja..kalau 21 hari aku mc macam mana punya menimbun keja aku agaknya, tah2 dah tak nampak meja dengan bilik aku pun dah tak serupa bilik..tu kalau 21 hari, kalai 201 hari aku mc macam mana? tah2 dengan aku-aku sekali kena buang keja. keja..keja..keja..kalau keja dapat duit..kalau tak keja tak dapat duit..kalaulah tak keja tapi dapat duit kan ke bagus..duduk je kat umah, p jalan sana..p jalan sini..tapi duit dalam tangan beribu, dalam bank jangan cerita lah!!

Nak je aku lari dari sume ni..tak payah menghadap komputer dan hari-hari buat kertas kerja, tak payah pegi meeting dan buat minit meeting, tak payah buat kerja-kerja yang datang secara tiba-tiba..tak payah semua tu..tak payah..aku mahu lari dari semua tu..tapi lari yang bagaimana? larian batonkah? lari secara pecut 100 meter, atau lari berganti-ganti? atau mungkin lari secara jarak jauh tanpa henti?

“ahhhhhhhh kao!! banyak pikir sgt, susah-susah kao p carik keja lain la bro?”

“keja apa?”

“gigolo…kao nak?”

“ohhhh…bagus jugak tu…nanti aku pikirkan….”

“hehehehehehe”