Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Kerana MC 2 hari aku banyak berfikir..

Hari hujan, cuaca mendung, suasana muram serba serbi kemalasan muncul di dalam diri.  Sana sini jalan penuh sesak, jalan jem, kereta penuh, bunyik bising dan bingit, hon kereta yang bertalu-talu, bunyik ekjos kereta kancil modify….semak!! semak betol dunia ni..aku perlu lari dari semua ini..tapi macam mana??

2 hari aku mc, mata sakit dan merah menyala dah macam cyclops dalam cerita X-man dah mata aku cuma ianya tak mampu mengeluarkan laser secara langsung. Kekadang aku terfikir jugak, aku ni dahla pakai spek, mata pulak dah jadik merah kalau boleh nak je aku menjadi cyclops dan memusnahkan musuh-musuh durjana (kerja-kerja yang penuh menimbun atas meja-biar terbakar sume kalau bole dengan bos-bos aku sekali aku bakar dan lagi bagus dengan opis-opis aku sekali aku laser)…kalau la boleh…tapi…apa boleh buat, nak tak nak aku kena jugak setelkan sume kije2 nih..

Masuk je opis, tu dia!!! menimbun keja, baru 2 hari aku mc dah menimbun keja..kalau 21 hari aku mc macam mana punya menimbun keja aku agaknya, tah2 dah tak nampak meja dengan bilik aku pun dah tak serupa bilik..tu kalau 21 hari, kalai 201 hari aku mc macam mana? tah2 dengan aku-aku sekali kena buang keja. keja..keja..keja..kalau keja dapat duit..kalau tak keja tak dapat duit..kalaulah tak keja tapi dapat duit kan ke bagus..duduk je kat umah, p jalan sana..p jalan sini..tapi duit dalam tangan beribu, dalam bank jangan cerita lah!!

Nak je aku lari dari sume ni..tak payah menghadap komputer dan hari-hari buat kertas kerja, tak payah pegi meeting dan buat minit meeting, tak payah buat kerja-kerja yang datang secara tiba-tiba..tak payah semua tu..tak payah..aku mahu lari dari semua tu..tapi lari yang bagaimana? larian batonkah? lari secara pecut 100 meter, atau lari berganti-ganti? atau mungkin lari secara jarak jauh tanpa henti?

“ahhhhhhhh kao!! banyak pikir sgt, susah-susah kao p carik keja lain la bro?”

“keja apa?”

“gigolo…kao nak?”

“ohhhh…bagus jugak tu…nanti aku pikirkan….”

“hehehehehehe”

One response

  1. gigolo ok gak..
    tp pastikan “stamina” kau baik…

    hahahaha

    November 16, 2009 at 10:15 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s