Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mac, 2010

MAKAN LEWAT MALAM ENGGAK BAIK UNTUK KESIHATAN DONG!

Dari pemerhatian dan pencerapan yang telah dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Trend Makanan Malaysia (hahahahahahaha…tah wujud ke tak pusat penyelidikan nih!!), trend rakyat Malaysia makan lewat malam telah meningkat. Kalau di perhatikan lagi, trend pemakanan lewat malam ni dah jadik macam satu jangkitan atau kuman atau virus yang merebak dengan cepat..mana taknya, kalau dulu makan pada waktu malam tak mendapat sambutan sangat..tapi entah kenapa (mungkin ini salah satu penyakit umat akhir zaman atau pun akibat promosi makan-makan Malaysia) akhir-akhir ni, boleh dikatakan setiap lapisan masyarakat dan peringkat umur tak kira dari bangsa apa dan agama apa, amat-amat menggemari makan pada waktu yang agak lewat malam.

Aktiviti mengisi perut pada lewat malam telah pun menjadi rutin walaupun pada waktu itu tak lah lapar sangat, dan lagi masyuk kalau makan ramai-ramai bersama teman-teman sekolej, sekampus, sepejabat dan sewaktu dengannya. Aku yakin ramai yang tak tahu makan lewat malam ni bole mendatangkan kesan yang buruk, pelbagai penyakit dan menyebabkan kegemukkan..kajian juga menunjukkan bahawa lemak yang terkumpul di perut menjadi punca kepada pelbagai penyakit berbahaya!!..tapi, itu semua bukan penghalang beb!! soru tetap soru…(kata rakyat Malaysia)

Kalau dah duduk di meja kat kedai-kedai mamak macam Restoren Hakim, Khulafa dan lain-lain pasti kita lupa!!! iya laaaa…dengan pemandangan yang sungguh enak (gadis-gadis comel yang anggun tengah layan bola sambil pakai baju MU, dan terjerit-jerit GOLLLL!!..ohhhhh…berdarah hidung!)..teh tarik yang ditarik tinngi  setinggi bangunan lapan tingkat dan roti telur bawang yang menceriakan! pasti kao semua sudah lupa akan faktor kesihatan waima kekusutan yang melanda. Pasti kao akan sental juga makanan yang sedia terhidang dan menghirup teh tarik pekat untuk membasahi tekak kao yang sedia haus itu.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – hussshhhhhhhhhhhhh – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

“ish mana order yang aku mintak tadi tak sampai-sampai nih…da 10 minit aku mintak..aiyooo, dey mamak kasik cepatla dey!!!”

“kao order ape bro…?”

“aku order maggi goreng ngan telur mata, ngan teh tarik halia laici limao nipis tembikai susu goji guarana”

“patutla pun….nak buat air yang kao request tu bukan senang, perlukan kemahiran yang tinggi, memangla lambat…kejap-kejap lagi smpai la order kao tuuu…”

“ye lah…aku tunggu la ni…nasib baik la perut aku ni tak berapa lapar sangat….kalao tak da lama aku beli beger ramli tepi jalan tu (kebetulan depan kedai mamak ni ade kedai beger)”

“haaaa….kan da sampai da order kao ni…apa lagi, makan laaaaa”

“yela-yela aku makan…..weh, pukul berapa match MU ngan Liverpool ni?”

“kejap lagi start laaaaaaaa….dalam jam 12 malam nt kot..”

HAHAHAHAHAHAHA……sebenarnyeeee..aku pun suke gak makan lewat-lewat malam ni!!

Advertisements

HARI INI HARI GAJI..!!

Ape yang aku perhatikan, sewaktu hari gaji atau pada hari itu gaji diterima oleh kebanyakkan kakitangan mahupun penjawat awam, maka akan galaklah mereka-mereka ini untuk mmebelanjakan wang gaji mereka, iyalah sudah sebulan berhempas pulas membanting tulang, keringat dan memeras otak untuk melaksanakan tugas-tugas dan dasar-dasar kerajaan maka tak salah bukan mereka-mereka ini, kakitangan gomen untuk bersuka ria dan bergumbira pada hari yang mulia itu!! (hari gaji).

Kebiasaanya, gaji kakitangan gomen ni akan dibayar pada hujung bulan sekitar 25 atau 26 hari bulan terkecuali pada bulan-bulan yang melibatkan perayaan besar seperti hari raya puasa, tahun baru cina dan lain-lain. Hari Khamis bersamaan 25 haribulan Mac 2010, hari ini hari gaji di ofis aku, pagi-pagi lagi kumpulan akak-akak dan mak cik-mak cik dah memulakan topik hangat…kat opis pun dah macam pasar borong, mase ni lah kalao nak tengok “pasar borong selayang mini”..jualan tudung ada, jualan pinggan mangkuk ada (pakai katalogue), keropok-keropok ada, susu kambing hi goat, baju batik…hye…macam-macam lah!

“kak yang, ape kate nanti time lunch kita pegi makan “resepi rahsia” kat alamanda putrajaya..hari ni kan da gaji, kita keluar la awal sket…”

“bole jugak tu kak yong, bole la makan besar, bukan selalu pun..rasenye cam nak makan je curry laksa tak ngan indulgen cake, pastu nak minum air apple limAo dia tuh…sedapnyeee!!1”

“moh la kak yang kita pegi…dah lame teman tak pekene resepi rahsia ni”n

“boleh-boleh…hari ni kita shopping sakan la kat alamanda ye kak yong…”

wahhhhh…tau la da gaji, bukan main lagi aku tengok staff-staff aku nih…siap nak makan besar..shopping besar…cube tengok tengah-tengah bulan, masing-masing kuyu jeee…makan pun tapao kat kantin…siap amek lauk ikan ngan kuah sayur jeee…

“hai kak, makan lauk ikan je keee…”

“biasela En. Faer…tengah-tengah bulan ni….tak kan la nak makan lauk pelik-pelik…”

– – – – – – – – – – – – – – – – pffffffffttttttttttttttttttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

“faer, cepatla order….minah tu dah nak tulis da tu..ape kao nak?”

“err…kak, bagi saya makanan yang paling mahal sekali kat sini…saya nak”

“semua makanan kami mahal-mahal belaka bang….ape yang abang nak….???”

“abang nak adik bole?”

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA….hari ni kan gaji, ape-ape pun aku bole beli jangankan makanan, anak dara orang pun aku bole pinang!!

GULP!!


BUDAK BARU NAK NAIK MEMANG SELALU GEBANG BESAR

Satu hari yang dah agak lewat petang aku ngan beberapa orang “brader” p la lepak kat sebuah kedai mamak kat area-area bangi-kajang, saje-saje nak pekena tek tarik mamak n roti telur, kalau lapar gile aku bole je sental maggi goreng telur mata satu pinggan…terbaekkkk!!!

Tapi bukan ini yang aku nak cerita, bukan pasal maggi goreng mamak yang enak, bukan juga roti telur yang panas yang di banjiri ngan kari kepala ikan yang aku nak gebangkan, bukan juga pasal teh tarik mamak yang ditarik tinggi melangit yang aku nak bualkan, tapi aku nak cerita pasal budak-budak baru nak naik ni. Yeee!!..kebetulan kat sebelah meja aku tu ada la budak-budak sekola lepak, aku rase baru balik dari KO-ko ataupun aktiviti kokorikulum pasal budak-budak ni pakai baju rumah sukan masing-masing.

Dah nama pun budak baru nak naik, depa dok ceghita bukan maen lagi, cerita gaduh, cerita geng itu, geng ini, cerita bawak buku lima pegi skola, cerita pasal baju itu baju ini, buah itu buah ini, nombor itu, nombor ini…bukan main lagi…

“semalam kat skola aku ade gaduh, bole pulak dak skola A tu bantai budak aku..memamg syial tu!!” ..budak baru naik A gebang

“Tu la pasal, apsal lu tak roger gua jee..gua bole bekap lu, ngan skola2 tu pun gua bole bekap…”..budak baru naik B berseloroh

“aghhhh…rilek la bro, gua bukan apa, gua bole setel hal skolah gua..lagi pun gua yang jaga skola ni, bukan lu…” kerek je budak baru naik A jawab..

wahhhhh…budak-budak ni gebang bukan main lagi…macam gempak..aku ngan “brader-brader” yang ada cume tersenyum sinis tengok gelagat budak-budak baru naik nih..

“Long, budak-budak nih bukan maen lagi dorang berborak macam iye-iye jeee…haish, dari gado-gado, cerita itu ini, baju sana-sini baek menelaah buku betul tak?”…aku meyapa brader A

“Betul tu chik, kalao masih skola tu, baik tumpu belajar je..ini tak, asek pikir nak gaaaaadoh jeee…ape dorang ingat duduk bawah “benda” ni asek nak begadoh je ke, macam mana la budak-budak melayu nak maju..” jawab brader A

“tengok tu ngah, kat kedai makan pun nak bawak buku lima ngan cota..ape kejadahnye la budak-budak tu..adik sape tu ngah…?’

“entahlah long, nak pegi tanye ke?” jawab ngah ringkas…

“tak yah lah…tengokkan je lah…esok kalao budak-budak ni buat hal…tau la ape long nak aturkan”….

Aku terus memerhatikan gelagat budak-budak skola tu…dah nak gerak balik nampaknye…terus gerak ke motor masing-masing..dan..ya…aku nampak sesuatu..ade “sticker” yang biasa aku nampak…ohhhh….patutlaaaa….


Mara ke kedai makan!!

Kehidupan di ofis memang selalu menjengkelkan, meletihkan dan memenatkan fizikal, rohani dan jasmani..dan apa yang penting masa yang lapan jam ini diperuntukkan di ofis akan berlalu dan berjalan agak pantas, pejam celik dan sedar tak sedar jam dah pun menunujukkan 12 tengah hari…

“incik tuan punya badan, aku dah lapar gile dah ni…bile kao nak bergerak menjalankan misi kao seperti biasa?”..perot da mula melontarkan pertanyaan..

“sabar la dow, aku ada bnyak kije lagi nih..kang bos aku si Pn.H mengamuk lak bile benda yang dia nak ni aku tak bagi…karang pukul 1 kang kita gerak laaa (biasanya aku akan gerak lebih awal..hehehehe)…lagi pun, nt kan kita akan makan beramai-ramai bersama teman-teman kao”…aku jawab.

“ok2”..perot menjawab ringkas…….

aku sambung kija, tangan menaip laju, segala data-data pasal kursus/latihan/seminar/bengkel dan lain2 aku cuba analisa kan..err…maksud aku, sambil buat analisa sambil “mengkomen”  facebook..sambil menyelam, sambil minom air…kalau serius sgt buat kije, mati kutu, buntu dan kematu kepala otak nih. Menurut kata seorang sahabat aku yang berstatus ayah kepada dua orang anak dan mempunyai seorang isteri yang agak comel..” Keje..keje jugak, facebook..facebook jugak..kalao keje dah tak bole blah nak buat, baek layan facebook dari buat keje”…

“waahhhh…incik S, bz nampak..bnyak sangat ke data yang nak kena buat analisa?’..sorang kerani dari luar menegur..

“ooooooooooooo….mestilah, nak kena buat analisa kusus dari Januari-Mac, mestila banyak…bukan sket2, nak tau brapa orang yang hadir lagi, nak buat analisa bagus tak bagus ke kursus yang dah dijalankan..memang banyak sampai tak dan ni (dengan gaya yang agak kool dan bergaya penuh konfiden aku menjawab)!”

“rajin incik S, tak sia-sia la MML amek incik S bekerja kat sini..dapat officer yang berdedikasi dan berkaliber…(ayat macam nak jek aku je ni)”..

Ceh, tak do kojo aku nak terlampao skema dan rajin kat ofis tu..kalao da otak jahat.. jahat jugak..kalao nak mengulor, aku mengulor jugak..err…tapi aku mengulor cara halal..dah pukul 12 sengah, baek aku kuar skang sebelum bos aku si Pn.S panggil tak pasal-pasal aku kena tahan, pastu tangguh makan tengah hari aku , bawak ke makan malam..ohhh…nasik campur berlaukkan ayam masak merah, kuah lemak cili padi ngan sayur-sayur yang menghijau, tunggu lah aku, akan aku santap kamu semua ke dalam perot ku…

VROOOMMMMM!!!!  (MARA KE KEDAI MAKAN BERSAMA GENG-GENG PEROT YANG LAIN)


HARI ISNIN MEMANG BOSAN

Duduk di dalam ofis dengan tempoh masa yang agak lama pasti akan membuatkan otak kita membeku, buntu dan lembap, dengan mood kerja yang sedari tadi macam acuh tak acuh dan beransur-ansur menguncup aku mula mengantok. Mata yang kiri masih terang benderang, mata yang kanan pulak dah nak terkatup-katup nak tertutp..berat yang amat, macam ada sauh kapal yang tergantung kat hujung kelopak nih. Terus aku tengok jam tangan, tak cukup dengan itu aku menghadap pulak ke jam dinding tergantung di dinding ofis betul-betul di depan bilik aku….

“ish, baru pukul 3 petang…apsal la ari isnin ni lewat sangat nak berlalu…bosan giler ni”…..

“bila lah nak pukul 5 nih…mood dah ilang, ngantuk pulak dah mari..”…

Bosan dalam konteks aku bukan bermaksud aku ini tidak ada kerja, jauh sekali untuk mencurik tulang atau “mengulor”..tapi disebabkan kerana kerja-kerja hakiki ini terlampau banyak dan menimbun lantas membuatkan otak aku yang cerdas dan cergas seawal pagi tadi telah menjadi perlahan dan kemahiran berfikir secara waras telah berkurang.

Duduk di dalam bilik kecil dan berkaca membuatkan aku seolah-olah ikan perhiasan jika dipandang dari luar..taapi jika aku memandang ke luar dalam erti kata kedudukan aku yang kini dari dalam bilik, bila aku melihat keluar..seolah-olah aku sedang melawat rumah sakit mental..ya lah..di bahagian aku sendiri, telefon dari pagi ke petang tidak berhenti-henti berbunyi, belum lagi dengan pekikan terlolong-lolong yang mahu itu dan ini…fenomena ini boleh dikatakan selalu terjadi seolah-olah di dalam pasar basah.

Mata dah tak boleh blah..aku nak carik pot baekkkkkk….

mane bro??

SURAU!!….HEHEHEHEHEHEHE….


KITA ORANG MALAYSIA

Aku ade jiran yang berbangsa cina, berumur sekitar akhir 40-an dan sudah berkahwin. Si lelaki Ah Meng (bukan nama sebenar) dan si perempuan bernama yee sang, juga bukan nama sebenar hidup aman dan damai dan dikurniakan seorang anak. Pasangan ini memang berasal dari keluarga cina yang tulen, tetapi telah timbul satu keajaiban atau “pelik” sedikit tentang anak mereka.

Kenapa ianya pelik??

Si anak kepada Wong Ah Meng berumur sekitar 24 tahun (sebaya aku la ni), memiliki rambut yang hitam berkilat, berkulit seakan-akan kulit melayu, tidak secerah dan seputih masyarakat cina, mata yang tidak sepet dan yang pasti sekali pandang persis anak melayu, bukan anak cina pada pasangan ini. Ke-melayuan yang sejati telah timbul dan wujud di wajah anak ini. Pernah jugak kawan aku ni tanya pada mak dia berkaitan kenapa muka dan rupa paras dia lebih kepada rupa melayu dan yang pasti jawapan-jawapan tipikal dari mulut mak dia akan terpacul..

“Kalau nak tahu, kenapa kamu tu sgt berbeza dengan mama dan papa..dulu mama kutip kamu kat tepi jalan..”

“masa mama mengandungkan kamu, mama selalu makan banyak sangat kicap”

Pada aku, tak semua orang cina akan memiliki rupa paras sebijik orang cina, dan tak semua orang melayu akan berwajah melayu asli, dan tak semua orang india akan mengikut wajah dan genetik asal india itu sendiri. kadang-kadang kita pasti akan terfikir kenapa ada melayu yang berupa paras seperti cina dan ada pula cina yang berupa paras seperti melayu. Tapi selepas aku terbaca surat khabar yang tahun bile, aku pun da lupa dan dalam surat khabar tersebut ada menyatakan hasil dari kajian dan penyelidikan dari seorang Profesor Universiti tempatan telah menyatakan dari sudut sejarah, sebenarnya masyarakat melayu ini adalah berasal dari selatan tanah besar cina dan oleh kerana itulah tak pelik dan janggal kalau dikatakan ada rupa melayu seperti cina dan sebaliknya.

Duduk di bumi bertuah Malaysia ni, sebenarnya kita seperti seperti sebuah keluarga yang besar..dan kita harus bersyukur atas nikmat itu!!