Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for April, 2010

KETEGANGAN POLITIK THAILAND, SAMPAI BILA?

Demam lagi, badan panas dan hidung berhingus. Tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan. Kali ini aku mahu mengupas isu yang agak berat, oleh itu aku cadangkan kamu-kamu sekalian duduk dengan tenang, sediakan kopi panas dan biskut crakers cap ping pong untuk kamu nikmati ketika membaca isu ini. Aku mahu cerita sedikit isu berkaitan ketegangan politik di Thailand.

Tunjuk perasaan di Thailand semakin menjadi-jadi. Bermula di sekitar bulan Mac yang lalu. Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok untuk memberi kata dua kepada kerajaan Thailand yang disokong oleh tentera, sama ada mengadakan pilihan raya atau berdepan dengan demonstrasi yang bakal melumpuhkan ibu negara. Kira-kira 80,000 aktivis ‘Baju Merah’ yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra tiba dengan menaiki trak, kereta dan motosikal dari wilayah-wilayah luar bandar semalam, sambil mengibarkan bendera merah dan memainkan muzik mengenai demokrasi dan kebebasan.

Kekecohan yang berlaku di Thailand ini telah pun berlangsung lebih dari 4 minggu dan setakat ini telah mengakibatkan kematian di pihak berkuasa tempatan, pemberita dan juga perusuh. Ekonomi dan perniagaan juga terhenti dan ramai peniaga-peniaga mengalami kerugiaan akibat dari protes ini. Apa yang membimbangkan, penunjuk perasaan ini semakin berani dengan menggunakan senjata iaitu roket buatan sendiri untuk bertindak balas ke atas pihak tentera dan polis anti rusuhan.

Memang payah kalau diikutkan untuk menerangkan suasana semasa di Thailand malah situasi politik di Thailand sentiasa bergelojak, saban tahun ada saja yang akan berlaku dan sebelum ini tunjuk perasaan di cetuskan dari kalangan Baju Kuning dan kini dari kalangan Baju Merah. Ini belum lagi dengan kes pembunuhan dan pergeseran yang berlaku di kalangan umat islam di selatan Thailand, kes pembunuhan umat Islam ketika Ramadhan tahun 2005 dan ini berlarutan dengan kes-kes pembunuhan belia-belia muda islam hingga kini.Ok. Tamatkan cerita penderitaan umat islam di Selatan Thailand.

Kebiasaannya, ketegangan politik akan mencetuskan tunjuk perasaan dikalangan penyokong dan pendukung politik yang radikal pemikirannya. Dengan provokasi, kempen-kempen, ceramah dan tunjuk perasaan di jalanan secara kecilan, lama kelamaan hal sebegini akan menjadi semakin teruk dan besar, malahan lebih buruk dari itu. Lihat sahaja di Thailand sekarang, lihat sahaja di Bangkok, Don Muang dan kawasan sekitarnya dimana Baju Merah sedang berkuasa di jalanan.

Persoalannya, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Adakah sekiranya Perdana Menteri Thailand kini Abhisit Vejjajiva melatak jawatan dan membubarkan perlimen serta tunduk dan akur pada permintaan Kumpulan Baju Merah, baru semua rusuhan ini akan berakhir?……Mungkin tidak…Aku tak yakin politik Thailand akan pulih dengan cepat, mungkin ini juga bakal mencetuskan ketegangan yang lain…mana tahu penyokong Abhisit pula bangun dan menentang pelantikan Perdana Menteri yang baru dengan mengenakan “Baju Warna-Warna Pelangi”.

Entah sampai bila…………………………………………………………………………………………….

p/s – Kekadang aku terfikir, adakah suatu hari nanti ketegangan politk di Malaysia akan menjadi sedemikian rupa…entahlah, tunggu dan lihatlah!


WAHAI WANITA-WANITA MEMANDULAH SECARA BERHEMAH DAN BERHATI-HATI (2)

Entri kali ini adalah dari kesinambungan entri aku yang lepas, sila rujuk tajuk ini WAHAI WANITA-WANITA MEMANDULAH SECARA BERHEMAH DAN BERHATI-HATI yang bertarikh 1 April 2010. Ape pendapat kamu jika wanita memandu di jalan raya?

Berhemahkah mereka? Berhati-hatikah mereka? Mengikut undang-undang dan peraturan jalan rayakah mereka? atau sebaliknya? Di entri yang lepas aku dah kategorikan 2 jenis wanita ketika di jalan raya iaitu:

Kategori 1- Terlalu berhati-hati hingga membahayakan orang lain.
Kategori 2-Terlalu berani dan menyebabkan pengguna jalan raya yang lain susah!!

Bagi kategori 1, telah aku kupaskan di entri yang lepas dan pada kali ini, aku mahu ketengahkan wanita jalanraya kategori 2.

Pernah kamu lihat wanita jenis ini ketika memandu di jalan raya? Aku dah naik jelek dengan perangai wanita jenis ini, manakan tidak, jika memandu di jalan umpama jalan raya ini mak, bapak, atok, nenek mereka yang punya, merekalah raja, mereka la memanda bendahara di jalan. Aku pasti, mat-mat kereta yang berenjin besar pun pasti takut dengan cara pemanduan wanita jenis ini. Ok, lihat situasi di bawah ini.

Situasi 1- Di simpang jalan
Jika di simpang jalan, mereka tanpa segan silu dan memberi salam, akan terus membelok tanpa memberikan signal kiri atau kanan terlebih dahulu. Mereka tak akan pandang kiri dan kanan untuk melihat pengguna jalan raya yang lain.

Situasi 2- Di lampu isyarat
Dengan keberanian dan kekentalan melebihi Hulk Hogan dan tanpa waspada yang lebih, mereka akan melanggar lampu isyarat, sepatutnya lampu merah adalah untuk berhenti, tapi pada waktu itu..mereka akan jalan terus!! bahaya bukan?

Situasi 3- Di tapak parkir
Ohhhh….ini yang aku paling tak tahan, ada satu ketika ketika di Mid Valey aka Lembah Tengah, Kuala Lumpur..aku sedang elok menunggu untuk “park” kereta aku, signal dah bagi dan dah agak lama aku menunggu pak cik tu keluar. Selesai pak cik tadi “reverse” kereta, dan keluar dari parking tersebut, aku terus pandu kereta ke kotak paking tu, tapi tah macam mana, ade seekor minah kereta nih, dengan sikap kurang ajaq dan tiada budaya ketimuran terus cilok..baik punya cilok kat parking tu, siap gelak-gelak dan kutuk-kutuk aku lagi.Hek eleh, syiall je minah ni. End of story, aku blah..dapat parking kat tempat lain..tapi hati aku panas beb, berbekalkan syiling 20 sen yang aku ada, aku terus menuju ke kereta minah tadi, kereta Neo hitam…dan…

“syyyyyyyyyyyyyreeeeeeeeeeeeettttttttttt!!!!”

Dari depan ke belakang…baik punya “gores dan menang”…”baru puas hati aku, ni lah bahana kao gores hati aku tadi..jangan kao memain dengan aku..ini area..aku pegang”..getus hati kecilku.

Banyak lagi situasi-situasi yang tak perlu aku nyatakan disini. Ape-ape pun..aku rase, mereka-mereka yang bersikap begini perlu pergi ke kelas pemulihan akhlak jalan raya. Beri sedikit kelas kesedaran dan pemahaman.

p/s – Aku rase, kalao lelaki yang buat camni aku tak kesah..sebab sikap lelaki di jalan raya walaupun agak kurang ajar..tapi masih berhemah!!


PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR, INILAH MASANYA!!

Hari ahad, bertarikh 24 April 2010 merupakan tarikh keramat dan penentuan bagi penduduk Kuala Selangor.Seramai 63,701 pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor akan mengundi hari ini bagi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan atau calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ahli Parlimen baru kawasan itu.Daripada jumlah itu, 52.7 peratus ialah pengundi Melayu, Cina 26.3 peratus, India 19.3 peratus dan 1.7 peratus lain-lain, akan menunaikan tanggungjawab di 46 pusat pembuangan undi. Seramai 799 pengundi pos melaksanakan tanggungjawab pada Khamis lalu.

Jika diikutkan, pilihanraya ini akan melibatkan pertandingan empat penjuru tetapi dua calon dari Bebas telah menarik diri di saat-saat akhir dan menyatakan sokongan terhadap calon dari BN (piiiiraahhhh….tarik diri sebab apa..mesti ada udang disebalik mee)

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu. Kawasan itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Pelbagai taktik dan teknik telah digunakan untuk menarik pengundi oleh kedua-dua belah pihak sama ada dengan ceramah dan sebagainya. Ramai orang-orang besar bagi kedua-dua belah pihak hadir untuk memnerikan sokongan kepada calon, tutut kelihatan Pak Jib dan Mak Mah, Tok Nik, Pak Rais dan lain-lain.

Adalah diharapkan penduduk di kawasan tersebut dapat menjalankan kewajipan untuk mengundi, dan undilah calon yang benar-benar berjiwa rakyat, calon yang benar-benar memberi perhatian akan penduduk di kawasan tersebut.

p/s – Undi adalah rahsia, tunaikanlah kewajipan jangan menyesal di kemudian hari pulak!!
err….kita lihat keputusan malam ini..lihat, siapa yang kena!!!


BANK ADALAH TEMPAT PELABURAN YANG BAIK (METAFORA)

Entri kali ini agak kotor sedikit, bagi kamu-kamu yang yang pembersih dan bagi kamu-kamu yang tidak suka bercerita hal-hal tentang pelaburan, sila tinggalkan entri ini..jika kamu seorang yang amat meminati hal-hal kewangan, pelaburan dan ekonomi..sila teruskan pembacaan, sekian untuk makluman kamu-kamu. Entri kali ini juga tidak melibatkan dengan syarikat kewangan yang legal di Malaysia hanya untuk hiburan semata-mata.

– – – – – – – – – – – – – – Pfffffftttttttttttt – – – – – – – – – – – – – –

Sudah acap kali aku ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM) dan sudah berkali-kali aku melabur dalam jumlah yang agak besar untuk ke akaun simpanan tetap aku, rasanya untuk hari ini sahaja aku sudah ke BKRM lebih dari sepuluh kali, dan ini bermakna sudah sepuluh kali jugak lah aku melabur, ini kerana setiap kali aku ke BKRM pasti aku membuat pelaburan. Dalam jangkamasa 5 tahun atau sepuluh tahun dan sampai tahap matang mungkin aku akan menjadi orang kaya!!

Lokasi BKRM tidak jauh dari rumah aku, hanya mengambil masa yang singkat sahaja untuk ke Bank itu dan aku yakin disetiap rumah rakyat Malaysia pasti ada satu cawangan, dah nama pun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia. Untuk kesana juga tidak perlu memakai pakaian yang lengkap atau office attire atau kelihatan professional, tiada dresss code yang ditetapkan oleh pihak bank, waima jika kamu-kamu semua hanya memakai towel pun, pasti kamu dialu-alukan kehadiran ke Bank ini. Inilah antara ciri-ciri yang amat baik bagi pihak bank terhadap pelanggan mereka. Dengan motto, pelanngan diutamakan dan kadar pulangan pelaburan yang tinggi” pasti kamu amat berpuas hati dengan kualiti servis yang ditawarkan.

“Oh..aku perlu ke BKRM sekali lagi!”

Hanya berbekalkan tuala dan sehelai sepinggang aku menuju ke BKRM dengan langkah yang agak laju,.iyalah….kali ini aku perlu melabur sekali lagi. Terus di bukak pintu utama BKRM terus aku menuju ke kaunter pelaburan dan melabuhkan pungggung ku..Tangan aku laju ke kepala pili air paip, dibukak (sebagai tanda pelaburan dalam proses)..lebih kurang 20-30 saat pelaburan aku sudah hampir selelsai, aku terus tarik flush (pelaburan sudah selesai) dan meneruskan proses-prsoes pembersihan yang tidak perlu aku ceritakan.

Yang sebenarnya dan ironinya atau secara metaforanya….

Hari ini aku sakit perut, entah kenapa sudah beberapa kali aku ke tandas untuk membuang. Lebih sepuluh kali barangkali mungkin tersalah makan barangkali. Pagi tadi sebelum ke majlis kenduri kahwin aku telah bersarapan air milo kotak dan roti sardin yang tarikh luputnya masih jauh lagi. Mungkin juga lauk kenduri kahwin, tapi tak mungkin kerana lauk kenduri baru sahaja di masak dan masih panas-panas, kebersihan juga boleh dikatakan ok. Cuma sebelum aku pulang ke rumah, aku singgah untuk makan di RnR Seremban arah Utara, aku singgah di kedai untuk memberli makanan (nasik goreng tak sedap cmpur sambal telur puyuh)..Aku rasa makanan yang inilah penyebab segala masalah aku ini, juga yang menyebabkan aku ke BKRM berkali-kali!

p/s – Berhati-hati ketika memilih makanan, janagan sampai kalau tersalah makan, akamu akan sakit perut dan itu akan menyebabkan kamu ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkali-kali!!


JUALAN AMAL DI STESEN-STESEN MINYAK

Ok. entri kali ini agak serius..sila baca dengan tenang, nafas yang teratur dan sediakan secawan kopi panas…

Ape kamu-kamu rasa bile didatangi dengan seorang budak yang umurnya lebih kurang 9-12 tahun (sekolah rendah) berbaju kurung lengkap dan bertudung, berwajah manis sambil menghulurkan balsem sejuk atau ubat sapu atau ubat urut sambil cakap ayat tipikal ini…

“Assalammualaikum bang, kami dari sekolah sekian, sekian, sekian (nama sekolah di rahsiakan) tengah buat jualan amal untuk sekolah kami, ada ubat urut, balsem panas, kalender..belilah, satu barang ni sepuluh ringgit je”

Ape tindakan kamu-kamu bila ayat tersebut keluar..?Ohhh yaaa….biasanya “drama” ini banyak berlaku di sekitar stesen-stesen minyak, bank-bank, depan kompleks beli belah, depan pejabat pos..er…waima depan balai polis pun ada!!

1-Buat tak tahu..
2-Buat-buat sebuk
3-Bagi nasihat
4-Hulur jeee…
5-Blah terus..
6-Marah dan jerkah

Aku rase fenomena anak-anak kecik mintak sedekah ni bukan satu pemandangan luarbisa bagi rakyat Malaysia, dan apa yang aku perhatikan, kebanyakkan anak-anak ini adalah dari kaum melayu dan kononnya membuat jualan amal ini adalah untuk pembinaan sekolah rendah.

Tetapi, kenapa ini berlaku? kenapa modus operandinya memerlukan anak-anak kecik yang masih bersekolah rendah disuruh atau mungkin dipakasa untuk membuat jualan amal ketika waktu persekolahan dan kadang-kadang lebih dari itu, cuba bayangkan..aku pernah mengisi minyak di waktu awal pagi di salah sebuah stesen minyak, dan pada ketika itu telah didatangi oleh seorang anak kecil yang membuat jualan amal, aku tak dapat nak membeli balsem yang dijual..iyelah..aku masih gagah dan tak memerlukan balsem itu, so, aku hulur jelah sehengget, dua untuk belanja makan sarapan budak tu.

Dipendekkan cerita, aku balik dari kerja sekitar jam 8:30 malam dan telah singgah ke stesen minyak yang sama untuk membeli kredit prabayar bagi handphone, dan aku telah didatangi oleh budak yang sama!! Bayangkan..berapa jam budak tu bekerja untuk membuat jualan amal tu? Dari jam 7 pagi sampai jam 8:30 malam? lebih dari 8 jam waktu normal bekerja!!

Kesian…kesian…

Sudahlah tidak kesekolah, disuruh buat jualan amal, entah makan minum dijaga atau tidak. Bagaimana dengan masa depan anak-anak ini, adakah boleh menjadi seorang insan yang berguna untuk agama, bangsa dan tanah air?

p/s – Kadang-kadang aku terfikir juga, siapakah di belakang semua ini? Tidak adakah langkah-langkah yang agresif untuk mengekang budaya ini? Apekah tindakan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani isu ini? Adakah garis panduan yang membenarkan anak-anak diberi kebenaran untuk membuat jualan amal dimana-mana tanpa sebarang pemantauan?

Sesuatu harus dilakukan, jika betul yang anak-anak ini membuat jualan amal semata-mata untuk pembinaan infrastruktur sekolah, aku rasa pihak kerajaan perlu beri bantuan kewangan pada sekolah mereka, lengkapkan dengan segala kemudahan dan alat-alat pembelajaran yang baik adakah mungkin ianya untuk pembinaan sekolah agama maka bantuan kewangan tidak diberikan?

SESUATU PERLU DILAKUKAN!!!


TIDAK TAHU MAHU MENULIS APA, MAKA LAHIRLAH ENTRI INI..MEREPEK!!

Nak menulis..

Tak menulis..

Nak menulis..

Tak menulis..

Kalau kita selalu menulis dan kerap membuat entri, kita akan kehilangan sesuatu kalau tidak berbuat begitu. Mana tidaknya, jari jemari akan gatal-gatal menari-nari diatas keyboard lap top untuk menulis tetapi idea-idea tidak muncul-muncul.

Mahu menulis mesti kena ada idea selain itu laptop, eelktrik, sedikit air kopi panas juga adalah antara barangan wajib yang perlu ada untuk menulis. Menulis juga mesti ada garapan yang menarik dan setakat apa yang aku tulis adalah pandangan aku dari apa yang aku pandang dan aku lihat. Baik atau buruk itu aku punya pasal, mahu baca, baca…tak mahu baca..aku tak kesah..mungkin kamu ada pandangan kamu..begitu juga aku. Maaf, perlu aku nyatakan yang aku ini bukan penulis professional seperti penulis-penulis tersohor di Malaysia..bakat aku ini hanya sekelumit sahaja dari hasil kreatif mereka. Mungkin tidak kreatif langsung…tapi sekurang-kurangnya aku memberi pendapat melalui penulisan.

Oh yaa..aku baru baik dari demam, masih dalam situasi recovery, dan apa yang aku pasti, doktor menyatakan kemungkinan aku ini dijangkiti virus (selepas ujian darah) dan kemungkinan juga denggi (harap-harapnya tidak) atau paling teruk H1N1 (dijauhkan).

Sudah berdozen ubat-ubatan telah aku telah, dan telah bergelas-gelas air kosong aku minum..nampaknya dah menunjukkan kesan pemulihan yang agak konsisten, mudah-mudahan esok aku dapat kembali bekerja di ofis seperti sediakala..iyalahhh..sudah bertimbun fail yang perlu aku semak dan perlu kelulusan dan bermacam-macam perkara lagi yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Duduk sebagai seorang penjawat awam di sebuah organisasi kerajaan perlu mempunyai identiti diri yang teguh dan kukuh, sikap integriti yang kuat juga harus ada pada semua penjawat awam seperti aku ini..

Tahu apa itu integriti??

– – – – – – – – – – PFFFFTTTT – – – – – – – – – – – –

“Ape yang kao nak tulis ni bro?”

“Entah…kao ada idea?”

“Takde..aku tak pernah menulis..aku hanya melukis..itu pun melukis orang lidi”

“Nampak kao ni macam orang seni, tapi habuk pun tarak…”

“Deyyy thambi…jangan cakap sebarang cakap..aku melukis orang lidi tu dah dikira seni tahu!”

“Seni apa daa…setakat orang lidi…”

“Seni kulinari!!”

“Bodoh..kulinari tu masakan punye seni..hiasan dalam presentasi makanan…kao ni memang buta seni!”

“Dah-dah..aku bagi kao idea..ape kata kao kupas cerita pasal isu-isu politik ke..zaman kanak-kanak ke, hobi semasa ke, awek-awek semasa ke, makanan ke…ok jugak tu..”

“Ohhhh…bagus jugak idea tu..nanti aku kupas..”

UGHH…..aku bercadang nak menulis sedikit sahaja,.tak pasal-pasal dah jadik panjang pulak..menulis ni memang bole buat ketagih lagi-lagi menulis di “Jartatan di Jartanasfera!!”

p/s – bosan la kerja..aku mahu carik kerja baru…ughhhh…


DEMAM a.k.a PYREXIA a.k.a HIPERTHERMIA TERKAWAL

Aku tidak masuk ke opis pada hari ini kerana keadaan kesehatan yang kurang memuaskan..iyalahhh…pening kepala, badan panas, selsema, dan batuk-batuk..aku diserang sejenis penyakit..itulah demam..agak panas juga pada mulanya, tapi aku gagahi juga dengan melawan sedaya upaya dengan menyiapkan baju kemeja, seluar slack dan tie, ku kemaskan rambut dan mahu bersiap ke ofis..tapi apa kan daya, hingus keluar bagaikan air terjun, bersin-bersin melanda dan pening kepala datang menyerang, kepala kuat berpusing-pusing menyebabkan aku yang gagah ini, kantoi dan tumbang di atas katil yang empuk nan enak.

Sedikit info mengenai penyakit demam:

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal, merupakan isyarat perubatan biasa dengan cirri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan . Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil. Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – pfffffffffttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – –

Duduk di rumah tanpa berbuat apa dan tidak memikirkan hal-hal kerja adalah yang paling indah, biasanya setiap kali aku bercuti atau cuti sakit pasti ada-ada saja panggilan dari opis menggangu, bos telefon, kernai telefon, orang-orang konsultan telefon dan bermaca-macam lagi..tapi pada hari ini sungguh pelik dan ajaib..jika ada panggilan pun cuma “minor” kes sahaja, dan tidak melibatkan kerja-kerja yang terlalu bermasalah, rasa tenang dan cukup aman pada hari ini.

Tenteram betul….

Perlahan-lahan jam bergerak, dari satu jam ke satu jam..pagi, tengah hari dan terus membawa ke petang, tiada hiruk pikuk dan ketegangan ofis, tiada perkara-perkara yang perlu dikejar kesana-sini, tiada juga mengadap bos untuk membincangkan hal-hal berkaitan kertas kerja, sememangnya satu hari yang cukup istimewa. Demam yang juga bebanan pada aku hari ini juga menguntungkan aku juga. Aku cube berkomunikasi dengan Encik Demam..ini perbualan aku dan beliau di waktu awal serangan dan sebelum ke klinik…(hanya imaginasi)

“Demam..ape kate kao bertahan lebih lama lagi dalam tubuhku, justeru itu aku bole dapat cuti sakit yang agak lama..”

“Aku tak kesah kalao nak bertahan lame dalam tubuh kao..tapi tak takutkah kao..”

“Takut ape? kao boleh bermutasikah?”

“Mungkin….”

“Tapi kao sekadar demam biasa sahaja..mana mungkin kao boleh bermutasi..”

“Heiii…ini zaman moden, kao pernah dengar HINI? itu sepupu aku..hasil dari mutasi tahu?”

“Ye ke?…….er….kalao camtu..kao keluarlah dari badan aku petang ni..pasal, sekejap lagi aku mahu ke klinik, kalao kao keluar sekarang nanti badan aku tak panas..so…aku tak dapat pulak sijil cuti sakit…ok tak Encik Demam?”

“Ok…deal…”

p/s – Aku ke klinik, hasil dari demam yang agak panas…aku diberi cuti sakit dua hari..


SEDIKIT ULASAN TENTANG SUASANA POLITIK SEMASA

Entah kenapa ahli politik kini seperti tidak kuat pendirian, sewenang-wenangnya mahu masuk dan keluar parti, sesuka hati melompat ke sana dan sini, sesedap rasa merubah pendirian menjadi ahli bebas (bebas atau tidak kah mereka, atau ada sesiapa di belakang mereka) seorang-seorang ahli politik keluar parti sejak akhir-akhir ini..seorang-seorang ahli yang berjawatan “besar” meninggalkan parti asal dan ini berlaku setiap kali Pilihanraya Kecil bakal dijalankan.

Bermula dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Kedah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Wei Shu mengumumkan keluar parti dan menjadi Adun Bebas pada 15 April 2010, diikuti dengan tiga pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam dan empat ahli AMK Padang Jawa bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini selepas kecewa dengan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim, sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan yang terbaru, Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor yang juga pakar bedah saraf, Datuk Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada parti itu berkuatkuasa hari ini (19 April 2010) dan beliau turut mengumumkan menyertai Umno dalam pengumuman itu.

Ape yang berlaku?
Ape faktor yang mendorong mereka keluar parti lalu “join” parti lain?

Inilah jawapan tipikal bagi katak-katak yang melompat ni..

“Disebabakan sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti”

Itulah gaya politik zaman ini terlalu rapuh dengan semangat perjuangan jika dibandingkan dengan nasionalis tanah air seperti Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Mohammad mahupun semangat kental pejuang-pejuang yang lain. Kelunturan ini mungkin disebabkan minat kepada kuasa. Mungkin juga disebabkan duit yang ditabur tanpa kita, rakyat sedari. Kita tidak nampak semua itu..hanya “si katak” dan Allah S..W.T sahaja yang tahu. Apakah mereka-mereka ini tidak punya integriti dan jatidiri yang kuat dalam jiwa dan sanubari mereka tentang politik? Apekah prinsip hidup mereka ini sering berubah-ubah? Apakah mereka lupa bahawa mereka ini diperhatikan oleh masyarakat? Apakah mereka tidak tahu, apakah persepsi masyarakat kepada mereka? persepsi positif atau negatif?

Apa yang menyedihkan ialah risikonya terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila ahli-ahli politik ini melompat kesana dan sini..ya lah jika dahulu “si anu bin si anu” di undi oleh rakyat di bawah naungan Parti X, tetapi kini “si anu bin si anu” ini telah melompat sekuat kijang lalu menjadi ahli bebas..ape telah berlaku? ape ideologi yang “si anu bin si anu” ini bawa? masih samakah pendirian beliau kini dan dulu?

Lanskap dan pola politik ahli politikus kini juga mengamalkan sikap saling tuduh menuduh, salah menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain samada di dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen. Rakyat sekarang ini adalah lebih bijak dan berinformasi berbanding dengan 30 tahun yang lalu di dalam menilai keberkesanan dan khidmat yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat.

Politik…politik…pening memikirkannya…

p/s – Renung-renungkanlah..lanskap politik Malaysia begitu cepat berubah, “sekali air bah, sekali pantai berubah”..er…mungkin sudah diberi “sesuatu”  senang-senang saja mereka keluar parti?


BILA PILIHANRAYA “kecil” MAKIN HAMPIR (2)

Bila pilihanraya kecil makin hampir…setia pada parti makin terhakis..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…dok pakat ramai-ramai keluar parti..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…cerita-cerita buruk parti mula kedengaran..

Bila pilihanraya kecil makan hampir…canang keburukan sana-sini si anu dan si anu si polan dan si polan..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…serangan peribadi diguna bertalu-talu..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…propaganda dunia siber diguna meluas

Bila pilihanraya kecil makin hampir…blog-blog politik tumbuh bagaikan hujan..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…bloggers-bloggers freelance diambil upah..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…sana-sini nak tunjuk dialah hero..dialah juara..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…isu-isu panas mula keluar..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…ada tukang cucuk ada tukang adu domba..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…benda-benda rasuah dikata tidak rasuah..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…integriti dalam diri makin luntur dan luluh..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…jambatan naik, jalan tar siap, lebuh raya siap..

Bila pilihanraya kecil makin hampir…itulah fenomena-fenomena yang biasa kita lihat..

p/s – Dah semakin ramai aku tengok keluar parti..kononnya tak setuju “si anu” jadi calon bertanding..APE NAK JADIK?? semua ahli politk dah kehilangan jatidiri dan tak ada pendirian kukuh..!!


BILA PILIHANRAYA “kecil” TIBA

Bila pilihanraya kecil tiba..berduyun-duyun datang menabur janji..

Bila pilihanrayakecil tiba..beramai-ramai membawa retorik yang tak basi-basi..

Bila pilihanraya kecil tiba..SB-SB mencetus provokasi..

Bila pilihanraya kecil tiba..penyokong parti bergaduh, bertempik, membaling besi..

Bila pilihanraya kecil tiba..kawasan sepi, lenggang menjadi pesta yang tak mati..

Bila pilihanraya kecil tiba..media massa di jadi tunggangan dan harapan penyebar dakyah dan persepsi..

Bila pilihanraya kecil tiba..ke sana sini meraih undi..

Bila pilihanraya kecil tiba..menteri-menteri bersuara bagai panglima yang bertaring besi..

Bila pilihanraya kecil tiba..”katak-katak” menjadi penghibur hebat sekali..

Bila pilihanraya kecil tiba..pakat ramai-ramai keluar parti..

Bila pilihanraya kecil tiba..ramai yang nak menjadi wakil rakyat membawa lambang itu dan ini..

Bila pilihanraya kecil tiba..projek-projek besar, projek mega ditabur untuk memikat si pengundi..

p/s – Dalam masa yang terdekat ada 2 pilihanraya kecil bakal dijalankan (Parlimen Hulu Selangor dan Parlimen Sibu ekoran kematian penyandangnya) ..undilah dengan bijak, kerana ianya menentukan masa depan anda, keluarga anda, dan kawasan tempat anda itu sendiri.


WALI BAND..SEDIKIT INTRO..OH!! AKU RASA WALI BAND KENA BAYAR ROYALTI PADA AKU!!

Pernah layan lagu wali band? aku bukan nak promo atau nak intro kan pada kamu-kamu semua tentang band ini, dan dalam hidup aku, aku tak penah nak layan band indon, bagi aku lagu-lagu dari seberang tak begitu sesuai dengan jiwa aku yang sukakan musick-musick ganas, laju dan deras..tapi entah kenapa band yang satu ini tiba-tiba melekat kat dalam hati aku..

Wali band.

Untuk info, WALI BAND  dianggotai oleh 4 orang nak muda, Farhan ZM, Aan Kurnia, Hamzah SDhopi dan Ihsan Bustomi telah ditubuhkan sejak dari 31 Oktober 1999 lagi dan sebelum itu dinamakan sebagai FIERA.  Mahu tahu lebih lanjut boleh saja klik di web rasmi dorang (http://www.waliband.net). Musick atau genre yang mereka bawak  adalah dari kategori Local Pop Creative yang aku rasa senang untuk masuk dan lekat kat kepala. Setakat ini, mereka dah menghasilkan 3 album, iaitu orang bilang, carik jodoh dan ingat sholawat.

Tak pernah-pernah aku menulis lirik lagu kat blog aku mahu pun entri yang lepas-lepas..ape-ape pun, layan jugak lagu nih!!

~YANK – WALI BAND~

Yang coba kau jujur padaku
Yang foto siapa di dompetmu
Yang kok kamu diam begitu
Sayang jawab atau aku pergi sayang

[*]
Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain

[**]
Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Yang jangan kira ku tak tahu
Yang tak mudah kau bodohi ku
Yang tolong dengarkanlah aku
Tapi sayang
Masih pantaskah kau kupanggil sayang

Back to [*][**]

Salahmu mau bicara
Dan ku akan cerita semua
Apa mauku siapa dirinya
Karna memang tak ada yang lain

Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya

p/s – macam-macamlah band dari indon ni..wali band ada, kangen band ada, ada band, agak-agak ape lagi lepas ni ye??


DIARI HARIAN BIL.2

Hari Jumaat pukul 5 petang dengan target mahu sampai ke S. Alam dengan kadar segera, Mugen di pandu laju di kerah segala tenaga dan kepantasan yang ada untuk sampai ke destinasi dengan cepat, tepat dan selamat. Tiba di S.alam pada jam 5:45 petang tapi aku yakin jika tiada trafik lite, tol, dan kesesakan jalan pasti 5:30 petang aku sudah sampai..itu tidak mengapa, janji aku smpai dengan selamat.

Terus ku pandu hingga ke kediaman si dia, kereta ku “parking” bersebelahan dengan kancil L2s milik si dia..

“Ohhh…kotor nye kereta L2s, ape si dia tidak memandikanmu? apa si dia tidak menyental segala daki yang ada di badan mu wahai L2s ku?Dulu tika kao bersamaku, kao tidak sebigini L2s..kao kilat, ekjos kao kilat, kao membuatkan kancil-kancil standard yang lain begitu jelik dan dengki akan rupa paras gagah dan garangmu itu..tapi kini…ohhhhhh (aku harap si dia lebih prihatin terhadap L2s, iyalah…tanpa L2s, pasti si dia akan ke kelas menaiki bas atau berjalan kaki!!)

L2s banyak berjasa padaku (sebelum ku pakai mugen, L2s lah tempatku bergantung hidup untuk kemana-mana, L2s banyak berjasa padaku dan kini L2s dibawah jagaan si dia)…..L2s, L2s…aku hanya mengenang kisah silam ku..kisah cintaku..antara ku dan L2s..

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – -pfffffttttttttttttttt- – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Kurang dari 15 minit aku menunggu, si dia muncul..dengan senyuman ceria dan lirikan mata yang menampakkan ke-manisan..si dia meluru kepadaku..aku hanya bersenyum..dengan memakaikan baju blause berwarna hijau epal, dan lilitan tudung hijau berbelang coklat ala-ala yuna beserta jeans Levi’s dengan wangian yg semerbak..emmmm (aku ketika ini agak busuk, mungkin..dari jam 7 pagi hingga 5 petang aku tak mandi lagi)…terus si dai menyapaku..

“Kita nak p mana bang?”…

“Entah laaa…jalan federal jem teruk lah..nak ke Kelang pun lebih kurang sama jugak jem”…

“Abes camne…sy tak penah pegi OU..kita p OU nak?”

“Tu lalu federal..pastu masuk naik LDP lagi..jem tu..depan UiTM pun jem teruk…tak pe, kita pegi jelah yang paling dekat, tapi agak menarik tempat tu..Sunway Pyramid..”

“Tu pun masuk federal jugak bang…kata tak nak lalu federal…”

“Kalao camtu..kita p Bukit Rajalah….dekat sikit…”

“Em….tengoklah camne…..”

Mugen bersedia untuk belayar, di tekan pedal minyak..Mugen meluru pantas..

“Jomlah kita terus p Sunway..best sket kat situ….”

“Emmm..ikut abang lah…”

Tiba di Sunway Pyramid, kami terus berjalan pantas ke TGV Movie..

“Adus…citer ape kita nak tengok….tak de yang best laaa….”

“Layan je lah citer Stilletto tu…saport la filem melayu bang..hehehehehe..selalu pun asek tengok citer orang putih je…”

“Ok lahhh…jom…”

p/s – habes menonton movie pada malam itu, aku terus menghantarnya pulang…dan sampai di rumah tepat jam 12:15 pagi..aku tak dapat lelap mata, bukan kerana apa..mungkin ada sedikit penat dan juga memikirkan yang pada hari sabtu dan ahad aku perlu ke ofis untuk bekerja. Dah kerana tak dapat lelapkan mata…aku terus menulis…dengan harapan, aku akan cepat mengantok..Hasilnya, aku sempat menulis satu entri “Sajak-sajak tiada nilai di waktu pagi”

Aku tidur dekat jam 3 pagi…

“Siot….esok pagi aku kena kerja!!!”


SAJAK-SAJAK TIADA NILAI DI WAKTU PAGI

Aku boleh memanjat ke langit dengan roket apollo jika aku mahu, tapi siapakah aku? aku bukan astronomi juga bukan astro boy..aku insan biasa..

Aku boleh manggaru belakang ikan paus jika aku mahu, tapi itu bukan kerja yang baik bagi ku, kerna aku bukan superman..aku cuma suparman bin suratman

Aku bisa menjadi penunggang basikal dan menjadi juara dalam acara trek mahupun keirin, tapi kaki ku tidak sekuat kayuhan azizulhasni awang..aku cuma penunggang basikal “takasima” sejenis basikal untuk senaman

Aku bisa ke Papua New Guine untuk menjaadi ketua puak Korowai, tapi aku tidak cukup kental untuk mengharungi kehidupan yang agak perit di dalam hutan tanpa apa-apa

Aku boleh menjadi pelakon handalan dan menggondol pelbagai award di mana-mana anugerah, tapi aku tidak mahu semua itu..kerna aku bukan pelakon pun!!

Aku boleh menjadi sekreatif aizat yang sudah menjadi kurus itu untuk mencipta dan menyusun pelbagai lagu, tapi aku bukan pelajar AF..semestinya ilmu musick aku tidak sehebat dia..

Aku bisa ke Jepun dan menjadi kepala yakuza, tapi oleh kerna masalah kewangan untuk kesana..aku batalkan hasrat murni itu..

Aku bisa lelapkan mata untuk tidur lena dan nyenyak, tapi aku tidak boleh..kerana apa?? kerana aku tidak mengantok..kenapa mata, tidak mahu lelap? kenapa mata mahu protes dan tidak mahu tidur?

p/s – jam sudah pukul 2 pagi, esok sabtu dan ahad aku perlu kerja…mata..tolonglah lelap..tolonglah…kenapa aku masih mahu menulis lagi, kenapa idea menulis datang ketika waktu-waktu begini?? Errr..esok aku mahu update Diari harian Bil.2..


TELEFON AWAM ATAU TELEFON MUDAH ALIH ??

Telefon awam disediakan untuk kemudahan dan penggunaan orang-orang awam seperti kamu, saya dan mereka serta keluarga mereka, pak cik makcik mereka, sedara mara mereka, sepupu sepapat mereka dan mereka kepada mereka (maksud aku orang awam). Telefon awam memang sengaja diletakkan di tempat awam..ya lah…Seperti namanya, telefon awam boleh dijumpai di tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, stesen bas dan keretapi, lapangan terbang dan juga di tepi jalan. Ia biasanya disediakan oleh syarikat komunikasi, tetapi terdapat juga telefon awam yang disediakan oleh pekedai bagi kegunaan pelanggan mereka.

Aku akui, dengan kemodenan dan kecanggihan zaman, penggunaan telefon awam agak ketinggalan zaman, kerana apa?? kehadiran telefon mudah alih seperti Norkiah, Simen, Sini Errikson, Strawberi, Ophone,keretarola,kg phone, dan lain-lain sedikit sebanyak telah mencabar kredibiliti kewujudan telefon awam itu sendiri. Mana tidaknya, dengan pelbagai aplikasi yang canggih kao bukan sahaja dapat telefon sahabat handai, malahan boleh mendengar lagu, meng”mms”, meng “sms”, tengok video klip lagu, movie-movie dan jangan terkejut, video klip blue a.k.a porno 3gp pun boleh!! malah boleh dikongsi beramai-ramai melalui bluetooth sambil berlutut!!

Canggih dan hebat bukan!!

Tapi..telefon mudah alih mahal pun tak de guna bro kalau takde kredit..ibarat kata orang lama-lama, muka je ensem, tapi tahi hidung tersumbul-sembul!!

Jangan kerana kita dah memiliki handphone a.k.a telefon mudah alih, kita terus melupakan saja telefon awam. Katelah credit habis, ataupun talian kao di “bar”..mane lagi tempat yang akan kao tuju, untuk selesaikan masalah perhubungan kao ketika itu?..dan ketika itu kao sedang mengalami keadaan yang sangat cemas dan boleh mendatangkan mudarat..

Mahu carik kedai kredit?..maaflah..kao sekarang berada di pekan koboi..satu kedai telefon pun tak de…

Mahu pinjam handphone kawan kao?..sorilaaa…kawan kao tu jenis kedekut macam haji Bakhil bin Kedekut bin Tahi Hidung Masin..kao tak kan dapatnye jekkkk…

Mahu mintak share topup dari rakan-rakan?…hahahahahaha…kawan kao pun abes credit jugak..

Mahu S.O.S kredit dari syarikat telefon?..hehehe..tetibe lak telefon kao abes bateri..oppss!! sori..

Mahu redeem point dari mata ganjaran Maxis?..sekali lagi mintak maaf..kawasan yang kao kunjungi tu takde “coverage”..kao tak kan dapat “clear line” punye..

Abes…ape lagi tindakan kao??

Dari jauh..kao terpandang satu pondok..bukan pondok burok..tapi……Pondok Telefon..tanpa berlengah dan berfikir panjang,terus kao bergegas ke sana untuk mendapatkan perhubungan dan bantuan kecemasan..tapi satu lagi masalah timbul!!

Kao tak de syiling!!!!

Kesudahannya…mati kutu lah kao di sana..pandai-pandaila kao nak hidup…mungkin kao perlu guna sistem perhubungan yang lebih tradisional…pakai asap ke..dan cube bentuk asap-asap yang berkepul itu membentuk perkataan S.O.S..

p/s – aku menulis pasal telefon ni bukan ape, kat luar sana tu, aku yakin dari sepuluh telefon awam yang dipasang..sembilan dari nya pasti rosak, tolongla jaga harta benda awam nih..nanti kesudahnnya kita jugak yang susah..


DRAMA KING SIANG HARI

Pukul enam pagi..

Alarm berbunyi..

Celik mata..

Gosok-gosok mata..

amek jam..tengok jam..matikan alarm..

“Ahhhh…baru pukul enam…awal lagi..lelap la lagi sepuluh minit….”

Sambung tido…

Sepuluh minit berlalu…

Alarm berbunyik lagi…

“Aduhhhh…kacao betol la alarm nih….aku baru je nak lelap…”

Sambung tido lagi..

ditariknya selimut…sejuk dari penghawa dingin berjenama york si raja pendingin menerjah hingga ke tulang sum-sum..di layannya lagi tido, dilayannya lagi hasutan syaiton, sambil diulit lena dan mimpi indah, juga selesa diselimuti “kulit babi”…

“Ape salahnya tido lagi sepuluh minit…tak luak pun…”

Buat ke sekian kali…dan sudah berapa minit terbazir begitu sahaja..

Di tangguh waktu bangkit..sepuluh minit, ke sepuluh minit sudah berlalu..

“Malas sungguh nak bingkas bangun..malasnyeeeee nak pergi kerja..”

Alarm berbunyik lagi..buat kali ke lima..

Ok, kali ni terus bangun..terkocoh-kocoh bingkas, digosok-gosok mata, di garu-garu kepala…terus dicapai tuala..menuju ke bilik mandi..

Siap mandi…terus berlari-lari anak menuju ke bilik, nak salin baju dan sebagainya..di capainya jam tangan…di lihatnya jam tangan..

“Ape!!! dah pukul 7:20…aduhhhh…abesla aku..lambat la aku pagi nih….tu la tangguh-tangguh bangun lagi…kan da lewat nih…!!”..bersungut di dalam hati

Dicapainya handphone…terus tulis pesanan ringkas…

“JON, TOLONG PUNCHKAN AKU PAGI NIH…JALAN JAMMED!!”

p/s – Lainkali bangun la awal-awal sket kalao kad tak mao merah..tapi, kalao mao lambat pun takpe…janji ada orang punchkan!!!err….jangan la buat selalu..bahaya!!


DIARI HARIAN BIL. 1

Ohhhh…baru saja pulang dari Shah Alam, bukan kerna apa..tapi kerna seseorang..pergi ke Shah Alam petang tadi tidak dirancang, tidak juga dipaksa..tapi secara sukarela..maklumlah..bertemu yang tersayang (heh!! tak pernah-pernah aku menulis pasal “yang tersayang” di sepanjang karier aku menjadi penulis ni, pada blog-blog dan entri-entri terdahulu pun tak pernah dan buat julung-julung kalinya aku menulis disini).

Aku bergerak dari rumah jam 4 dan terus menuju ke UiTM Shah Alam (kekasih hatiku sedang menuntut di situ, tetapi dibiayai penuh oleh UiTM dibawah skim Tenaga Pengajar Muda). Sang kekasih sedang buat assignment di fakultinya, tanpa endahkan apa-apa aku gagahi jua mendaki puncak menara gading tersebut untuk bertemu sang kekasih..Berbekalkan Mugen V-Tec yang baru saja di servis, nampaknya pemanduan aku kesana lancar dan tanpa masalah..

Sampai di sana, aku disambut dengan penuh mesra..senyuman manis (tapi kelihatan agak penat di raut wajahnya) di lemparkan pada ku..

“Ohhhh…mungkin sebab banyak assignment yang perlu disiapkan..mungkin itu yang buat dia penat..takpelah..aku tunggu dulu…”getus hati kecilku..

Aku biarkan saja si dia membuat assignment..tapi perut dah berbunyik..lapa katanya..dan dari pagi tadi last aku makan adalah ketika bersarapan pagi..nasik lemak berlaukkan telur mata dan daging berger yang agak “masam”..

“Lapar laaaa…..”aku bersuara..

“Lapar ke?”…balasnya…

“A’ah…”aku jawab ringkas…

“Jomlaaa….nak makan mana?”si dia bersuara…

“emmmm…abangkan nak makan char kuey teow laa…yang sedap tu….kat Sani Char Kuey Teow (Sani CKT)tu….” aku jawab..

“Ok jugak….jom…kemas-kemas barang jap ea….abang g la stat enjin kereta dulu” katanya lagi..

Tanpa berlengah…aku terus menuju ke keretaku, kebetulan aku parking kereta bersebelahan kereta si dia..ohhhh…kereta kancil L2S..fully modify (kereta lama aku, kasik si dia pinjam untuk kemudahan di Shah Alam)..Seminit kemudian, si dia muncul…dan kami bersama-sama “konvoi” ke kedai makan yang agak berhampiran dengan rumah si dia..

Sampai di kedai makan yang aku maksudkan…

“LAAAA…..tutup pulak kedai Sani CKT ni, time-time aku nak makan dan mengidam CKT, time tu la dia tutup…kalau aku tak hengen nak makan, bukak pulak…eh ape pulak tampal kat depan pintu kedai tu?”…aku tertanya..

—– KEPADA SEMUA PELANGGAN, KEDAI DITUTUP SEMENTARA KERANA TUKANG MASAK PENAT MEMASAK, TUKANG MASAK AMEK CUTI 2 MINGGU, JADIK KEDAI TUTUP 2 MINGGU—-

“Pulak…camni ke notis? nak tegelak aku baca…HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!”…tergelak kat situ jugak..

“Kenapa bang?”..tanye nya ringkas…

“Bace la kat notis depan tu…”aku jawab padanya..

“Malaslaa…kalau tutup..kita makan je lah kat kedai sebelah tu….”

“JOM!!”…aku balas..

Kesudahannya…kami makan di kedai sebelah…nasik paprik, telur dadar tomyam dan ulam..Nak tunggu makanan siap punya la lama…dekat empat puluh lima minit, tapi makan..kurang dari sepuluh minit..

BLURRRRPPPPPP!!! Alhamdullilah…kenyang….

p/s – si dia belanja makan petang tadi..terima kasih daun keladi, lain kali..belanja lagi ye…errr..ape kate kat Secret Receipt..mesti lagi besh!!


AWANG HITAM, NEGRO DAN DOT DOT DOT…

Entah kenapa jiwa aku meronta-ronta untuk menulis berkaitan “awang hitam”. Ape itu awang hitam rakan-rakan?….heh!! awang hitam atau nama saintifikya “negro” dah semakin ramai dan banyak di negara kita ni, kebanyakkan awang hitam ini datang dari negara afrika terutamanya Sudan.

Sudan,negara terbesar di afrika dan ke-10 terbesar didunia dengan 42 juta populasi. Sebilangan kecil daripada mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas/visa pelajar, tetapi tak pernah menuntut di Institusi Pengajian Tinggi dan sibuk pula nak mengorat wanita tempatan yang gilakan dan dambakan cinta dari awang hitam. Tinjauan dan pemerhatian yang telah aku buat di sekitar lembah kelang dan kawasan-kawasan sekitarnya, mendapati sebilangan gadis melayu kerap berpelesaran dengan awang hitam, tidak kiralah di mana..di sekitar bukit bintang, di dalam komuter, di mid valley city..tidak kira siang dan malam!! Berpelukan dan berciuman di tempat awam merupakan satu senario yang biasa kelihatan dan perlakuan ini antara gadis melayu dan lelaki hitam yang entah dari benua mana munculnya!! Pada telahan aku, mungkin budak-budak melayu ini terpedaya dengan janji-janji manis si awang hitam ataupun berasa lebih nikmat memeluk tubuh sasa dan mencium bibir tebal si negro.

Bagi awang hitam pulak mungkin ini boleh dijadikan satu penanda aras atau satu kebanggaan mungkin juga satu cabaran bagi yang lain-lain menggomol tubuh genit gadis tempatan dan ia merupakan satu nikmat yang tak terhingga.

Kini aku rasa dah bersepah awang hitam ni, kalau dulu hanya kelihatan di sekitar lembah klang terutamanya di Kuala Lumpur dan sekitarnya (terutamanya area-area Damansara, PJ, Kelana Jaya, Subang dan lain-lain) tetapi kini, di Kajang, Semenyih, Bangi, dan ceruk mana-mana aja..kelibat awang hitam pasti kelihatan. Berbanding dengan sikap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) lain, (Indonesia, Myanmar, Nepal, India, Babgladesh dan lain-lain) awang hitam lain sedikit..dengan susuk tubuh yang secara lahiriah-nya besar, tinggi dan sasa (Seolah-olah ahli gymnisium dan atlet bina badan) mereka ini lebih hyperaktif, nakal, dan jahat.

Dari segi berpakaian, kalau diperhatikan awang hitam lebih trendi, dan berfesyen..dengan gaya-gaya hip-hop, kadang-kadang berbaju kot dan kemas seolah-olah ahli perniagaan yang berjaya. Perwatakan awang hitam lebih agresif dari PATI yang lain, belagak dan sombong serta tidak menghormati masyarakat tempatan. Boleh kita lihat aksi mereka di dialam komuter, pasang lagu kuat-kuat, menari dan terkinja-kinja dan pada masa yang sama mata meliar pandang wanita-wanita sekeliling..galak sungguh!!!

Kalau nak dikatakan pasal awang hitam ni..tak kan habis, semakin ramai awang hitam di Malaysia ni, dan dah terlampau banyak kes jenayah telah dilakukan, dari black money, pecah rumah, samun, rogol, liwat kanak-kanak, dadah, raba, perkosa, gaduh, bunuh, menipu, minum arak di tempat awam dan mengganggu ketenteraman awam.

Awang hitam-awang hitam…..

“bro…jiran baru aku awang hitam…baru je pindah..seminggu pun tak sampai”

“ye ke? bile pindah?”

“baru je….aku rase awal minggu hari tu dorang masuk…”

“kao kena hati-hati mat…awang hitam ni bahaya…dorang ni nakal dan agresif sket..dorang wat pe kat sini..stadi ke kat kolej depan tu?”

“ye ke bahaya?..aku tengok ok jeeee…siap bawak famili lagi..ada dua orang anak lagi…bukan student, katanya cikgu..”

“kao biar betul…awang hitam jadik cikgu..ape nama dia bro?”

“Kumaran A/L Munianndy…kalao tak silap aku lah…bini dia Nageshwari A/P Mariappan….”

“Bodoh…tu bukan awang hitam, kao ni..india ngan negro pun tak dapat beza!!!”

p/s – apa kata kita pakat ramai-ramai pukul awang hitam ni kat tepi jalan….sapa berani, angkat tangan!!!


KERJA KERJA KERJA..

Aku masih di opis..ketika manusia-manusia lain, penjawat-penjawat awam lain sudah beransur dan pulang ke rumah masing-masing dalam keadaan gembira mahu bertemu famili…aku masih di ofis..ketika si ibu-ibu yang juga kakitangan kerajaan yang lain sudang berfikir mahu masak apa dan makan apa pada malam nanti, aku..masih di opis..ketika si bujang-bujang yang juga kakitangan gomen sudah bersukan di lapangan sukan, aku…juga masih di ofis..ketika senja kala beransur-ansur melabuhkan tirainya dan sang malam merangkak perlahan-lahan menunjukkan dirinya..aku, masih juga di ofis..

Jam 5 sudah berlalu..jam 10 MALAM semakin menghampiri…aku, masih di ofis..masih duduk di depan komputer, masih menaip dan jari-jemari laju menekan-nekan papan kekunci memikirkan idea-idea itu dan ini yang bernas untuk kertas cadangan kepada Ahli-Ahli Lembaga Jabatan aku..yaaa…dan memang inilah kerja sebagai pencacai..aku tak pernah menganggap yang aku ini pegawai..bukan kerana apa, kerana pada dasarnya aku tertakluk pada ini..

“Saya yang menurut Perintah”

“Berkhidmat untuk negara”

“Mengikut arahan dari semasa ke samasa”

Tidak mengapa..alah bisa tegal biasa…kata orang kalau anak dinasour dijinakkan, anak kucing di hambat keluar..bak kata pepatah, menembak kuda padi sampai ke hujung padang ragut!!

Yaa…aku lapar…perut dan segala-galanya sistem koordinasi badan aku tidak teke-ordinasi seperti biasa. Ada yang laju, ada yang perlahan, ada yang naik, ada yang turun..mungkin aku tak makan dari pagi tadi..iyalah..dek kerana terlalu sebuk dengan kerja-kerja hakiki dan yang tak hakiki membuatkan aku leka dan lupa akan biologi manusia..MAKAN!!

Tapi itu tak mengapa, berbekalkan rempeyek pisang yang aku ada, aku suapkan satu per satu ke dalam mulut..ohhh…nikmat..umpama manusia afrika kelaparan yang mendapat bantuan makanan dari UNICEF..rakus..kali ini tidak satu persatu rempeyek pisang yang aku sua kan ke mulut..lebih Dari itu..gelojoh, gopoh dan tak senang duduk..aku makan seperti tiada adab dan tidak berakhlak..nafsu makan dah menjelajahi segenap ruang dan bucu tubuh badan ku..nafsu makan dah menjajah minda dan fikiran ku..

Entah apa yang aku carutkan kali ini..hanya sekadar tempat melepaskan geram dan tensi yang melanda diri..yaaa..geram kerana selalu dan kerap aku lewat keluar dari opis (banyak gile kije)..dan mungkin kerana disebabkan lapar…ouhhhh…sudah hampir pukul 9..aku mau setelkan sikit kerja…kalau dah tak boleh blah…

AKU BLAH!! tak kan hari-hari mao balik pukul 11 malam..sudahlah keluar rumah seawal 6 pagi!!

p/s – Benarlah apa yang dikata..bebanan kerja semakin bertambah, tapi tenaga kerja tak bertambah-tambah..padahal diluar sana ramai lagi graduan-graduan yang menggangur yang bole mengisi kekosongan jawatan di jabatan-jabatan kerajaan..tapi..kenapa ini tak dilakukan, dan kenapa ini tidak dimasukkan dalam NKRA yang telah diumumkan oleh kerajaan?? adakah mahu graduan-graduan itu dibiarkan tanpa melakukan apa-apa?? adakah mahu menggunakan tenaga kerja yang sedia ada secara semaksimum mungkin?? tolonglah…kami bukan robot…buatlah sesuatu!!!


TEKNOLOGI ITU PENTING TAPI BERPADA-PADA..

Zaman sekarang zaman teknologi, zaman yang semuanya ada dihujung jari..klik-klik itu dapat ini..klik-klik ini dapat itu dan tanpa teknologi aku yakin tak semua orang akan dapat hidup sempurna..iyalah…dengan Blackberry, Ipod, Canon dslr, dan segala gadget-gadget canggih-manggih. Aku juga yakin tanpa kecanggihan teknologi ni, hidup manusia akan cacat, hidup manusia seperti kuno, mundur dan “osteoporosis” oleh kerana kebergantungan yang sangat-sangat dengan teknologi ini!..Aku juga yakin dan tanpa was-was menyatakan manusia ini terlalu dimanjakan dengan teknologi.

Ok, cube renungkan…di zaman sekarang ini, di zaman yang serba moden dimana segalanya berlaku dengan pantas dan laju serba-serbi hinggakan makanan juga pantas (fast food)..perhubungan dan komunikasi yang jauh umpamanya barat dan timur berlaku dengan kadar yang singkat dan pantas..dan..tiba-tiba..segalanya terhenti oleh kerana kerosakan yang amat teruk di rangkaian satelit komunikasi, kabel dasar laut, wayar bawah tanah, pencawang-pencawang telekomunikasi (ianya berlaku serentak dan berlaku di setiap negara di seluruh penjuru dunia)..boleh kamu-kamu bayangkan jika ini semua berlaku??

Segala yang pantas akan menjadi lambat dan lembab..kita, manusia ini yang terlalu dimanjakan, akan menjadi seperti orang dungu dan bodoh, seperti orang buta yang kehilangan tongkat, ibarat menembak jet pejuang menggunakan lastik batu, seperti menjerang air dengan menggunakan sebatang mancis kita cacat!!

Aku percaya jika kemusnahan teruk ini berlaku, tiada lagi sidang video secara langsung, mungkin tiada lagi “sms”, “mms”, 3G video, fax, dan aku yakin..nak mendownload video-video dan movie-movie adalah mustahil sama sekali..dan ini akan membawa kesan yang buruk, dan lebih teruk lagi akan membawa kesan berantai kepada aktiviti-aktiviti lain…

Ok, ambil contoh mudah dan tidak payah nak pening-pening kepala…tunang tersayang telah merajuk (ada perselilsihan paham masa buat kol) dan tiba-tiba kemusnahan besar ni berlaku..line telefon dah tak ok, ape yang kao perlu buat? mahu telefon? maaflah…line dah rosak..kao dah tak bole nak telefon dan yang penting, kao tak bole nak pujuk tunang kao…dan ini mungkin akan memnuatkan tunang kao makin merajuk tahap gaban (nak-nak tunang kao ni memang dari spesis yang kuat merajuk)..dan lebih teruk..ikatan pertunangan yang kao bina itu, terputus di tengah jalan dek kerana masalah komunikasi ni…siapa tahu?? mungkin ini bagi kamu-kamu semua adalah mustahil…tapi…tak mustahil ianya boleh berlaku??

p/s – Teknologi banyak membantu kerja-kerja harian..tapi janganlah terlalu bergantung..nanti kamu-kamu semua akan menjadi malas!!


SILA TINGGALAKAN HANDPHONE JIKA KE TOILET..TAHU!?

Ini adalah cerita benar..tiada yang benar belaka melainkan yang benar-benar belaka..kisah ini diceritakan oleh kawan kepada kawan aku…dan aku tak tahu sama ada nak pecaya atau tidak..kerana garapan cerita ini tak lah sehebat mana, tak akan membuatkan pecah panggung mahupun box-office..plotnya ringkas, tiada klimaks..malahan tidak juga bersifat anti-klimaks (pada yang ber-otak kuning mahupun berkaler biru..jgn fikir yang bukan-bukan)..jalan ceritanya ringkas..hanya perbualan dua orang sahabat yang berbual kosong sambil meluahkan pendapat dan persoala antara satu sama lain..kisah ini tiada kena mengena dengan orang yang dah mati..hanya berkaitan dengan orang yang hidup (kawan kepada kawan aku)….

Berikut perbualan kosong antara dua orang sahabat…

“aduhhhh….hp aku rosak bro…”

“rosak?….camne bole rosak?”

“iyelaaa…hp aku rosak…macam mana aku nak kol dan terima kol…zaman-zaman sekarang ni..kalao takde hp tak bole hidup!!”

“aku tau laaa….masalahnya skang, ape yang menyebabkan hp kao rosak?”

“camni…tadi aku p toilet…..”

“aku tau…aku tau…musti hp kao jatuh kan..pastu begegar…pastu rosak…”

“ish….bukan laaa….malu lak aku nak cakap…”

“malu..apahal lak kao nak malu..kao ngan aku je nih..lagipun, kao berpakaian lengkap..justru, kao tak perlu rasa malu bro!!”

“errr….tadi camni…aku p toilet…aku nak membuang air besar….”

“pastu..ape yang berlaku?”

– – – – – – – – – – – – suasana sepi seketika – – – – – – – – – – – – – – – –

“lepas aku da siap sume tu…aku nak pakai la suar aku….”

“lepas tu-lepas tu…”

“aku pun pakai la seluar….tetibe hp dalam poket aku melurut jatuh ke dalam lubang toilet….”

“what ta hell!!!….jatuh dalam toilet?”

“ye la bro…jatuh dalam lubang toilet a.k.a lubang jamban..bukan jatuh toilet…”

“lubang jamban!!!?”

“a’ah…lubang jamban…”

“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!! KAHKAHKAH!!!! lubang jamban…hahahahahahahahaha…hp masuk air la tu…”

“syial lu…gua tengah sedih-sedih, lu bole lak gelak-gelak…haram betul…dah laaa…aku mao masuk opis!’

p/s – lainkali kalau mahu ke tandas dan melepaskan hajat..eloklah kamu-kamu semua tinggalkan barang-barang berharga…kalao tidak…hp masuk air la jawabnya (masuk lobang jamban)!!…owh…maggi saya sudah kembang


KEDAI MAKAN BERSIH DAN SELERA RAKYAT MALAYSIA

Kalau bab makan, memang masyarakat Malaysia ni nombor satu dan kebetulan pulak negara kita ni memang kaya dengan pelbagai resepi dan juadah dari kaum-kaum yang berlainan di sini, ada roti canai, murtabak, tosai, nasik lemak, nasik kerabu, yong tau fu, nasik ayam hainan, lai chi kang, dan lain-lain..aku rasa kalau nak listkan semua nama-nama makanan yang ada di Malaysia ni, sampai esok petang pun tak kan abes..ye lah..negara bertuah kita ni kaya..kaya dengan masyarakat yang kena kencing manis dan darah tinggi hasil daripada makanan-makanan kita ni jugak.

Ape yang aku nak kupas kat sini bukan sebab kesihatan, penyakit darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang disebabkan oleh makanan kita. Bukan juga pasal ke-enakkan makanan Malaysia yang boleh menyebabkan kao menjilat jari-jemari hingga ke jari kaki, bukan juga faktor harga makanan yang tak reasonble di kedai-kedai kecik (kedai ciput, amek lauk ayam n nasik campur dan kuah dekat enam hengget lebih!!)…bukan itu semua yang aku nak repekkan..bukan itu..tapi…

Kebersihan!!!

Ok, ape yang aku perhatikan dan aku lihat..masyarakat Malaysia ni tak kiralah melayu ka, cina ka, india ka, mamak ka, punjabi ka, dan lain-lain..cukup tak kesah makan di kedai makan yang tak bersih..

Cuba bayangkan…satu kedai, yang terletak di kawasan yang agak pesat membangun..boleh kita ambil di sekitar bandar kajang, atau sekitar bandar baru bangi . kedai tersebut terletak di sekitar bangunan-bangunan pejabat kerajaan dan syarikat-syarikat swasta dan mungkin juga terletak bersebelahan bank perdangangan…lokasi yang strategik ini membuatkan kedai itu menjadi tumpuan pelanggan.

Kedai ini menyediakan makanan yang enak…masakan yang panas-panas dan menyelerakan..sekali makan, kita akan rasa nak makan lagi…dan lagi…dan lagi…air sejuk jus buah yang didhidang pulak cukup melegakan tekak yang sedang kering..mengalir laju membasahi kerongkong…ahhhhh…nyamannya…

Pada ketika itu…kita sedang berasa haus, dahaga dan lapar yang tak terhingga!!! Di dalam benak fikiran dok terpikir ke-enakkan makanan dan kelazatan air sejuk..tapi..ada tak kamu-kamu terfikir tentang kebersihan kedai makan itu??? kebersihan dalam penyediaan makanan, ada kamu-kamu fikir?? dapur masak kedai makan itu…bersih atau kotor?? bagaimana pulak dengan sistem pembentungan dan longkang-longkang di sekitar kedai makan tu, tersumbat dengan sampah sarap yang menjijikkan?? lantai di ruang makan, cmne pulok…bersih di sapu atau…..???

“Beb, nak makan mana beb?”

“Alahhhh……..makan je la kat tempat biasa, murah pun murah…sodap pulak tu…”

“Aduhhh…malas la aku…tempat lain la pulak..tak kan nak makan kedai tu lagi…”

“Makan je laaaa situ…macam tak biasa pulak kao dengan kedai lalat (kedai ni memang banyak lalat) …”

“Aduhhhh..kang kena taun kang…”

“Kao ni…da berapa ratus kali kita makan sini..ade simptom-simptom taun muncul tak kat kao dan aku?”

“err….tak de!”

“dah….JOM!!!”

“baekkkkk….”

p/s – Berhati-hatilah kamu-kamu jika nak makan di kedai makan, esok atau lusa kalao dah kena penyakit Leptospirosis..barulah kamu-kamu mahu menyesal…dah tak berguna dah beb!!!


PAKAILAH HELMET KETIKA KEHILANGAN IDEA

Aku tak faham kenapa sesetengah manusia akan meluahkan perasaan dan ketidak puas hatian  mereka dengan cara kekerasan, dengan cara keganasan dan melepaskan apa sahaja yang terbuku di dalam hati dengan cara yang salah, menengking, marah-marah dan melakukan kerosakan atau vandalisme. Kenapa tidak diuruskan kelesuan hati atau stress itu dengan cara yang betul? bukankah itu lebih baik??

“Aku betul-betul stress ni jon…mana tidanya, aku kena jawab lebih dari 10 soalan Parlimen dalam masa yang singkat, depa nak petang ni jugak..dah la aku baru dapat tadi…pukul 3 sengah tadi”

“Ye ke johan?..diorang nak jawapan tu pukul berapa?”

“Sebelum pukul 5 jon….aduh…matilah aku…skang ni da dekat pukul 4…”

“Rilek-rilek…cuba kao bertenang johan..kao kan da expert kalao nak jawab-jawab maklum balas Parlimen nih…aku tau la kao bole buat”

“Rilek ape nyeee…dah-dah..kao ada helmet?”

“Takde la johan…awatnyaaa?”

“adalaaaaa…aku kalao tensen aku perlukan helmet…..”

“Tak pelah …nanti aku tanyekan..kot2 budak-budak kerani ada helmet, bolelah aku bagi hang nanti…”

“Ok…trimas ye jon”

– – – – – – – – – – – – – – – – – -Pffffffffffffffffffffffffftttttttttttttttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – –

5 minit kemudian………….

“Nah johan..aku dah dapatkan helmet..kao nak buat ape?”

“Aku perlukan helmet jon..kalao aku tensen dan bile aku buntu untuk dapatkan idea..memang aku perlukan helmet..tak kiralah helmet macam mana, janji helmet”

“So…ape caranya…helmet, kao dah dapat pun….”

“Simple je jon, aku cume perlu pakai helmet ni, dan terus mengadap komputer, dan terus buat kerje macam biasa…”

“Aik….sampai macam tu..maknanya kao buat kerja sambil pakai helmet…ape punye pelik kao ni johan…hahahahahahahahahahahaha”

p/s – Pakailah helmet ketika menunggang motosikal (pesanan untuk penunggang dan pembonceng motosikal)…dan….pakailah helmet ketika kao orang tiada idea atau di jalan buntu..mungkin ianya dapat membantu kao orang!!

“Alamak…aku hilang idea lah nak menulis post yang ini…patutkah aku memakai helmet??”

“PELIK!!!!”


KAO MENEMBAK ATAU KAO DITEMBAK..PILIH ANTARA DUA (2)!!

Menjadi kegilaan dan kepuasan terjelma..itulah yang aku dapat ungkapkan untuk paintball, mana tidaknya, kao akan dapat rasekan satu situasi dimana kao akan menembak dan juga ditembak!! Dengan selaras “marker” dan “mask”, dan diberikan sejumlah “pallet” berwarna biru, dan “body protection” kao sudah bersedia beraksi. Seolah-olah kao ni adalah dari satu pasukan komando elit yang akan beraksi untuk menumpaskan pengganas. Serius!!

Sebelum permainan bermula, marshall akan memberikan arahan….

“Barrel Socks Off”

Tanpa was-was, kao kan lepaskan barrel socks tersebut..dan menunggu arahan seterusnya..

“Safety Pin Off”…..

Diwaktu itu…perasaan kao akan berdebar-debar..adrenalin tiba-tiba akan mengalir deras, medula oblongata, sereberum dan serebelum terus-terusan bergerak dan berfungsi lebih daripada biasa, dan diwaktu itu kao tahu yang permainan akan bermula…..

“Game On!!!!”

Yaaa…..permainan telah dimulakan, kao tanpa berfikir panjang akan terus berlari mencari tempat perlindungan, sambil memerhatikan gerak-gerak rakan-rakan dalam kumpulan kao, kao juga perlu mengawasi dan mencari, memerhati dan menganalisa gerak-geri musuh..lalu kao akan bertindak balas melancarkan serangan, tapi awas….silap percaturan..kao yang akan ditembak!

Diam-diam kao menyorok di salah satu “bunker” yang ada, kao menjadi penembak hendap, satu persatu musuh kao berjaya tumbangkan, dan kao leka sehinggakan pallet yang ada hampir habis digunakan, tapi jangan panik..lebih baek kao guna taktik “diam membisu seribu bahasa”..maka, kao akan lebih berjimat dalam penggunaan pallet.

Permainannya mudah..kao perlu tewaskan musuh, tawan bendera dan menyelinap ke kem musuh, dengan itu..kumpulan kao diisytiharkan pemenang..Baru je tadi aku dan rakan-rakan bermain permainan ini, dan ianya menjadi kegilaan buat aku dan rakan-rakan.

“err…naim, bila nak maen lagi nih?”

“nanti la jon…next month kaaaa…ka kita nak maen setiap minggu?”

“eh, tak kan lah setiap minggu..kopak la bro..kita maen setiap bulan pun ok, paling tidak sebulan sekali, dua kali seminggu pun ok…pa kata pasni kita try maen kat ulu yam, lepaih maen kita p lepak air terjun..masyukkkkk…”

“ok jugak tu..nt kita try la p sana..hehehehehehehe, apa lagi naim..kao kan ketua projek…jalan!!!”

“CHANTEEEEKKKKK!!!!”

p/s- daripada maen game counter-strike ka, apa kaaa, yang dok depan komputer tu…baek angpa soma try maen paintball nih..lagi CARA!!!


AL-FATIHAH BUAT MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI a.k.a DIN BERAMBOI

Perginya seorang pelawak tanah air, membuatkan ramai yang berasa sedih dan sebak. Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Allahyarham yang menghembuskan nafasnya yang terakhir di Wad ICU, Hospital Selayang kira-kira jam 12:30 malam tadi (Jumaat pagi, 2 April 2010). Turut berada disamping arwah sewaktu  pemergiannya ialah ahli keluarga, isteri, anak-anak serta tiga orang rakan artis iaitu Zul Yahya,  Ifa Raziah termasuklah Azwan sendiri.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi

Ramai yang menangisi pemergian arwah, ahli keluarga, rakan artis, sahabat handai dan peminat-peminat dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai keturunan. Selepas ini, tiada lagi gelak tawa dan lawak slumber Din di riuh pagi Era, tiada lagi lawak spontan Din Beramboi di Spontan, tiada lagi Wuhai Beramboi, tiada lagi sawan cara, tiada lagi rancangan mandi dan tiada lagi riuh rendah Din Beramboi buat selama-lamanya.

Aku pada asalnya tak berapa minat dengan arwah Din Beramboi ni, mungkin kadangkala lawaknya agak keterlaluan, tapi….ternyata kerana lawak keterlaluan beliaulah membuatkan arwah lain dari yang lain. Lawaknya bersahaja, tak di rancang dan ideanya keluar secara tiba-tiba dan spontan!! .Mungkin ini adalah anugerah yang diberi oleh Allah kepada arwah, bakat lawak yang dapat menghiburkan masyarakat. Kalau Mawi ada x-factor dalam nyanyian…arwah Din Beramboi ada AUTA dalam setiap lawaknya.

p/s-  masih terngiang-ngiang di telingaku lagu AH LONG Bukit Beruntung yang dinyanyikan oleh arwah bersama Afdlin Shauki…masih nak tergelak lagi bila aku dengar lawaknya di riuh pagi Era..ape-ape pun…salam takziah buat keluarga arwah Din Beramboi, moga tabah, sabar dan kuat semangat untuk menempuh kehidupan yang mendatang tanpa orang tersayang yang turut disayangi oleh masyarakat Malaysia.

Moga-moga arwah akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat…Al-Fatihah buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri…