Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

AKU JUGA MELAYU..YA..AKU PASTI AKU MELAYU YANG TAK LAYU!!

Kali ini aku mahu mengetengahkan isu berat sedikit…

Kadang-kadang bila kita bercakap mengenai isu melayu, tentang hak istimewa melayu, bahasa melayu, raja-raja melayu, kuota bumiputera dalam universiti, kuota dalam perniagaan dan sebagainya pasti akan membangkitkan semangat orang-orang melayu itu sendiri. Pasti ada segelintir golongan melayu akan marah bila ada orang lain yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang melayu dan ketuanan melayu. Lalu bangunlah sebondong-bondong “kumpulan” menjerit-jerit, menjerkah-jerkah, terlolong-lolong, bertempik-tempik dan berteriak seraya melaungkan “ketuanan melayu!!!”…diambilnya keris, dihunusnya keris, dihamburnya kata-kata yang berunsur perkauman, mengapi-api, diangkutnya “tentera-tentera” berarak dan berdemo di jalanan sambil memaki-maki, membawa sepanduk dan tunjuk perasaan.

Golongan ini akan menyatkan bahawa Malaysia, Tanah melayu, Asia Tengaara dan Kepulauan Nusantara adalah alam Melayu. Selain dari Melayu bangsa lain adalah pendatang belaka. Dia akan katakan Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan tunjangan dari inti-pati Perlembagaan Malaysia, tidak boleh diusik kerana ianya adalah bukti ‘Ketuanan Melayu’. Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa Orang-Orang Melayu juga adalah bukti ‘Ketuanan Melayu’. Tidak ada Raja yang berbangsa lain di bumi Melayu.

Adakah cukup dengan tertubuhnya pelbagai pertubuhan bukan kerajaan telah membuktikan bahawa itulah ‘ketuanan melayu’. Adakah cukup dengan adanya Sultan dan raja-raja atau Yang Dipertua disetiap negeri sudah cukup kuatkah ‘ketuanan malayu’. Apekah dengan bahasa melayu sebagai bahasa melayu membuktikan bahawa ‘ketuanan melayu’ akan kekal selama-lamanya?

Kadang-kadang aku tertanya-tanya…

Apekah itu sebenarnya ketuanan melayu, adakah ianya satu konsep perkauman yang menyatakan bahawa melayu itu adalah tuan di tanah persekutuan Malaysia ini dan ape yang akan mengekalkan ketuanan melayu itu?Adakah dengan bahasa melayu, raja-raja melayu, pertubuhan bukan kerjaan melayu, hak dan keistimewaan orang melayu, kontrak sosial, menghunus keris, mencium keris??

tepuk dada…tanya selera….

Ape-ape pun…kedudukan sesuatu bangsa itu tak dipandang oleh Allah S.W.T. ape yang dipandang oleh Yang Maha Esa adalah takwa dan amal soleh kepada-Nya. Yang penting melayu hanya kan jadi tuan sekiranya memiliki dan mengamalkan ilmu (berilmu), mengamalkan agama islam dengan sempurna (termsuklah dalam aspek rajin berkerja, masyarakat yang membaca, bersih dari segi luaran dan dalaman, justru menjadi role-model kepada kaum-kaum lain), dan berkahlak mulia serta berbudi pekerti yang tinggi di samping mempunyai ketegasan.

errr….bagi aku, istilah Me”layu” itu sewajarnya perlu di konstruk semula..mungkin kita bole tukar kepada ME”tegap”…Boleh tak kamu-kamu semua bayangkan jika ini berlaku dalam ic akan tertulis, “METEGAP”, dan jika isi ape2 borang di bahagian ruangan kaum akan tertera kaum “METEGAP”… (ini hanyalah cadangan yang berunsur jenaka, tak berniat mahu mengguris siapa-siapa)

Lucu!!!

ohhhh..sudah dekat pukul 3 pagi..aku masih tidak boleh tido…!!!

7 responses

  1. kao memang tegap. sejak dulu lagi rasanya…haha

    April 1, 2010 at 9:54 pm

    • faerrin

      sekarang dah tak lagi…huhuhuhuhuhu

      April 2, 2010 at 11:36 pm

  2. desperadol

    kasi ISA aje Melayu yang menunjuk perasaan 2..haha

    April 2, 2010 at 3:26 am

    • faerrin

      termasuk ibrahim al-kataki ke ???

      April 2, 2010 at 11:35 pm

  3. ketuanan melayu tu sebenarnye perjuangan melayu dalam parlimen mempertahankan hak mereka.

    manakal melayu luar parlimen macam kite ni, tak dapat apa2 keuntungan pun dari perjuangan mereka tu.

    April 2, 2010 at 6:52 pm

    • faerrin

      hehehehehehehe..aku nak tanya kao, ada tak istilah “kepuanan melayu” hehehe

      April 2, 2010 at 11:36 pm

    • kalau ade, aku tak pasti pulak apa maksudnya…

      tapi sebanrnye mcm tahu.. tapi tak payahlah aku ulas…

      April 3, 2010 at 6:33 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s