Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KOPI DAN KAFFEIN BUATKAN PERUBAHAN BIOLOGI MANUSIA

Jam dah pun menunjukkan pukul 1 pagi, tapi mata tak jugak mengantuk-ngantuk. Kepala ni tak pulak terasa berat untuk tidur dan melelapkan mata, mungkin disebabkan penangan air kopi buatan nescaffe yang buatkan aku tak leh tidur.

Kopi….

Sedikit tentang kopi, Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang  pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia.

dan…………mungki angkara kaffein dalam kopi yang membuatkan mata aku seperti mata burung hantu…hehehe…

Bangun dari katil, tekan punat “on” tv dan biar ianya hidup…Ohhhh…cerita SPA-Q..aduhhhh…satu lagi cerita yang kurang berkualiti dan streotaip dari pembikin drama tempatan, tak habis-habis dengan filem jenis ini, tak de ke yang lebih membina intelektual dan “lain dari yang lain” sikit..heloooo…zaman dah berubah beb, ini zaman sains dan teknologi, zaman blackberry, zaman tweeter dan facebook..kenapa masih berada di takuk yang lama?? kenapa masih perlu cerita-cerita biznez yang berlaku konflik dalaman antara keluarga yang mahu berebut itu dan ini, kutuk itu kutuk ini, tikam sana tikam sini, tak puas hati sana dan sini. Aku rasa, sesuatu perlu dilakukan untuk membina kelainan dalam industri drama tempatan, tak jemukah anda disajikan dengan drama baru yang hanya tajuk ceritanya lain, tapi dari segi jalan penceritaan hampir sama??

Malam yang hening dan sunyi, hanya bunyi cengkerik yang kedengaran dan bunyi tv..itu sahaja..alangkah bagusnya kalau hujan turun, mungkin akan membawa rahmat..setidak-tidaknya bolehlah merangsang aku untuk tidur. Tapi ada eloknya aku tak boleh tidur, aku boleh menulis dan terus menulis. Setelah menyepi lama dan setelah beberapa blog milik aku yang bolehla dikatakan agak hot satu ketika dahulu telah aku delete dan buang jauh-jauh, kini aku telah pun kembali menulis dan aku akan berjanji pada diri aku, yang aku tak kan delete blog aku yang ini…yaa…PANDANG-pandang. (selalunya janji ini akan tidak ditepati oleh aku)

PANDANG-pandang

Ringkas sahaja tajuk bagi blog aku ini, mula ke-internet sejak dari bulan Mei 2008, sudah hampir 35 post telah aku coretkan dalam blog ini dan hampir 2 tahun jugak ianya telah berlayar dalam alam maya ini. Entah blog yang ke berapa bagi aku, mungkin ini adalah blog yang ke-5 atau ke-6 buat aku. Dengan tagline “dari pandangan aku yang berkaca mata” dapat aku rasakan yang ianya memang bersesuaian dengan aku, Ya..aku berkaca mata, terus aku luahkannya menerusi penulisan berdasarkan dari sudut sisi pandangan aku pada sekeliling, tentang masyarakat, hidup aku, ekonomi, semasa dan lain-lain.

Sambil menulis, fikiran aku terus melayang-layang…ohhh…belum pun pukul 1 rupanya…baru 12 lebih…aku tertipu!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s