Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEDIKIT ULASAN TENTANG SUASANA POLITIK SEMASA

Entah kenapa ahli politik kini seperti tidak kuat pendirian, sewenang-wenangnya mahu masuk dan keluar parti, sesuka hati melompat ke sana dan sini, sesedap rasa merubah pendirian menjadi ahli bebas (bebas atau tidak kah mereka, atau ada sesiapa di belakang mereka) seorang-seorang ahli politik keluar parti sejak akhir-akhir ini..seorang-seorang ahli yang berjawatan “besar” meninggalkan parti asal dan ini berlaku setiap kali Pilihanraya Kecil bakal dijalankan.

Bermula dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Kedah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Wei Shu mengumumkan keluar parti dan menjadi Adun Bebas pada 15 April 2010, diikuti dengan tiga pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam dan empat ahli AMK Padang Jawa bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini selepas kecewa dengan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim, sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan yang terbaru, Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor yang juga pakar bedah saraf, Datuk Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada parti itu berkuatkuasa hari ini (19 April 2010) dan beliau turut mengumumkan menyertai Umno dalam pengumuman itu.

Ape yang berlaku?
Ape faktor yang mendorong mereka keluar parti lalu “join” parti lain?

Inilah jawapan tipikal bagi katak-katak yang melompat ni..

“Disebabakan sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti”

Itulah gaya politik zaman ini terlalu rapuh dengan semangat perjuangan jika dibandingkan dengan nasionalis tanah air seperti Ibrahim Yaakub, Ishak Hj Mohammad mahupun semangat kental pejuang-pejuang yang lain. Kelunturan ini mungkin disebabkan minat kepada kuasa. Mungkin juga disebabkan duit yang ditabur tanpa kita, rakyat sedari. Kita tidak nampak semua itu..hanya “si katak” dan Allah S..W.T sahaja yang tahu. Apakah mereka-mereka ini tidak punya integriti dan jatidiri yang kuat dalam jiwa dan sanubari mereka tentang politik? Apekah prinsip hidup mereka ini sering berubah-ubah? Apakah mereka lupa bahawa mereka ini diperhatikan oleh masyarakat? Apakah mereka tidak tahu, apakah persepsi masyarakat kepada mereka? persepsi positif atau negatif?

Apa yang menyedihkan ialah risikonya terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila ahli-ahli politik ini melompat kesana dan sini..ya lah jika dahulu “si anu bin si anu” di undi oleh rakyat di bawah naungan Parti X, tetapi kini “si anu bin si anu” ini telah melompat sekuat kijang lalu menjadi ahli bebas..ape telah berlaku? ape ideologi yang “si anu bin si anu” ini bawa? masih samakah pendirian beliau kini dan dulu?

Lanskap dan pola politik ahli politikus kini juga mengamalkan sikap saling tuduh menuduh, salah menyalahkan dan menuding jari antara satu sama lain samada di dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen. Rakyat sekarang ini adalah lebih bijak dan berinformasi berbanding dengan 30 tahun yang lalu di dalam menilai keberkesanan dan khidmat yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat.

Politik…politik…pening memikirkannya…

p/s – Renung-renungkanlah..lanskap politik Malaysia begitu cepat berubah, “sekali air bah, sekali pantai berubah”..er…mungkin sudah diberi “sesuatu”  senang-senang saja mereka keluar parti?

One response

  1. betul tu…

    baik parti kerajaan atau pembangkang, semuanya sama je.

    politik di malaysia kini seperti sebuah soap opera

    April 19, 2010 at 2:38 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s