Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KETEGANGAN POLITIK THAILAND, SAMPAI BILA?

Demam lagi, badan panas dan hidung berhingus. Tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan. Kali ini aku mahu mengupas isu yang agak berat, oleh itu aku cadangkan kamu-kamu sekalian duduk dengan tenang, sediakan kopi panas dan biskut crakers cap ping pong untuk kamu nikmati ketika membaca isu ini. Aku mahu cerita sedikit isu berkaitan ketegangan politik di Thailand.

Tunjuk perasaan di Thailand semakin menjadi-jadi. Bermula di sekitar bulan Mac yang lalu. Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok untuk memberi kata dua kepada kerajaan Thailand yang disokong oleh tentera, sama ada mengadakan pilihan raya atau berdepan dengan demonstrasi yang bakal melumpuhkan ibu negara. Kira-kira 80,000 aktivis ‘Baju Merah’ yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra tiba dengan menaiki trak, kereta dan motosikal dari wilayah-wilayah luar bandar semalam, sambil mengibarkan bendera merah dan memainkan muzik mengenai demokrasi dan kebebasan.

Kekecohan yang berlaku di Thailand ini telah pun berlangsung lebih dari 4 minggu dan setakat ini telah mengakibatkan kematian di pihak berkuasa tempatan, pemberita dan juga perusuh. Ekonomi dan perniagaan juga terhenti dan ramai peniaga-peniaga mengalami kerugiaan akibat dari protes ini. Apa yang membimbangkan, penunjuk perasaan ini semakin berani dengan menggunakan senjata iaitu roket buatan sendiri untuk bertindak balas ke atas pihak tentera dan polis anti rusuhan.

Memang payah kalau diikutkan untuk menerangkan suasana semasa di Thailand malah situasi politik di Thailand sentiasa bergelojak, saban tahun ada saja yang akan berlaku dan sebelum ini tunjuk perasaan di cetuskan dari kalangan Baju Kuning dan kini dari kalangan Baju Merah. Ini belum lagi dengan kes pembunuhan dan pergeseran yang berlaku di kalangan umat islam di selatan Thailand, kes pembunuhan umat Islam ketika Ramadhan tahun 2005 dan ini berlarutan dengan kes-kes pembunuhan belia-belia muda islam hingga kini.Ok. Tamatkan cerita penderitaan umat islam di Selatan Thailand.

Kebiasaannya, ketegangan politik akan mencetuskan tunjuk perasaan dikalangan penyokong dan pendukung politik yang radikal pemikirannya. Dengan provokasi, kempen-kempen, ceramah dan tunjuk perasaan di jalanan secara kecilan, lama kelamaan hal sebegini akan menjadi semakin teruk dan besar, malahan lebih buruk dari itu. Lihat sahaja di Thailand sekarang, lihat sahaja di Bangkok, Don Muang dan kawasan sekitarnya dimana Baju Merah sedang berkuasa di jalanan.

Persoalannya, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Adakah sekiranya Perdana Menteri Thailand kini Abhisit Vejjajiva melatak jawatan dan membubarkan perlimen serta tunduk dan akur pada permintaan Kumpulan Baju Merah, baru semua rusuhan ini akan berakhir?……Mungkin tidak…Aku tak yakin politik Thailand akan pulih dengan cepat, mungkin ini juga bakal mencetuskan ketegangan yang lain…mana tahu penyokong Abhisit pula bangun dan menentang pelantikan Perdana Menteri yang baru dengan mengenakan “Baju Warna-Warna Pelangi”.

Entah sampai bila…………………………………………………………………………………………….

p/s – Kekadang aku terfikir, adakah suatu hari nanti ketegangan politk di Malaysia akan menjadi sedemikian rupa…entahlah, tunggu dan lihatlah!

2 responses

  1. itu la. kalau jadi kat malaysia, muat ke ISA nak sumbat semua penunjuk perasaan ni?

    April 29, 2010 at 4:10 pm

    • faerrin

      sumbat umah pak jib ada…

      hehehehehehe…muat kot!!

      Mei 2, 2010 at 8:09 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s