Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Mei, 2010

TRAGEDI DI PETANG HARI TANGGAL 31 MEI 2010

Pulang dari kerja dan setibanya di simpang rumah, kelihatan agak ramai orang sedang berkumpul, aku lihat ada melayu, ada juga india. Masing-masing seolah-olah seperti mahu bergaduh. Aku berhenti di tepi jalan, turun dari kereta dan lihat dengan lebih dekat.

“Uishhh…eksiden laaa…sape tu? eh, budak melayu laaa…kepala pecah…astaga…..”

Aku terus bergegas ke tempat kejadian, sambil itu semangat ultra melayu aku muncul, aku seperti Ibrahim Ali si Katak yang konon-kononya PERKASA itu. Tiba-tiba aku dengar jeritan.

“Pukimak! Sial kao! Aku tau kao yang langgar budak ni!” -Melayu Ultra sedang menjerit.

“Cibai lu paria..mana lu mao lari?-Seorang lagi Ultra Melayu menjerit

Aku lihat, india-india yang ada seperti “kool” sahaja. Aku tak tahu kenapa, di kumpulan-kumpulan melayu, masing-masing sudah mula bukak baju masing-masing. Bermacam-macam kaler ada, bermacam-macam rupa ada, dari cabang-cabang mana pun turun..punyala semangat! Aku diamkan sahaja, biarkan sahaja…tetapi aku masih bersemangat. Meluap-luap jugak semangat aku ketika itu, kalao pergaduhan tercetus aku tidak teragak-agak untuk turt serta.

Terus aku mencari saksi tempat kejadian…dan aku terjumpa, budak kecil, berumur 7 tahun barangkali. Aku jumpa budak kecil ni dan kumpulannya.

“Dik, cmne eksiden ni boleh jadik?”-Aku

“Camni bang..tadi mamat tu bawak laju, kat depan dia ada lori tengah buat U-turn,pastu dia tak sempat nak brek…dan terus terlanggar lori tu dari belakang…tercampak mamat tu, motor dia pun barai!” – budak kecil

Agak panjang lebar jugak budak tu bercerita…dan aku cuba kaji..betul jugak seperti yang budak kecil tu cakap (biasanya budak kecil tak pandai nak menipu), aku terus ke berhampiran mayat mangsa. Aku cuba menjadi Pegawai Penyiasat Tidak Tauliah. Aku buat cek list aku sendiri….

“Helmet?…Tak de!”

“Lesen?”….Tak de!”

“Motor milik siapa?….milik bapak mangsa!”

“Kesan brek tayar yang kuat mencengkam………tandanya sedang bawak laju!”

Sah…kesimpulan dan hipotesis awal aku…budak ni yang bersalah. Naik motor dengan merbahaya dan laju. Sudah tu tak pakai helmet, lesen pun takde..baru tingkatan 3! Semangat aku untuk bertekak dah kendur…lengan yang aku singsing tadi dah aku turunkan. “Baju” yang aku pakai sebentar tadi, aku simpan balik dan aku berfikiran secara waras dan wajar serta logik. Patutlah india-india yang ada rilek jeee..dah tau budak yang jatuh motor tu yang bersalah.

“Oh…Polis dah sampai..gua chow dulu…..”

“Innanillah hi wa innalillah hi rojiun……semoga roh arwah tenang”

p/s – Dont drink n drive but when u drive please use your safety appliances! pesanan dari JKJR

Advertisements

PERNIAGAAN INTERNET, KAIN SELENDANG & PENGGUNA

Sejak akhir-akhir ini kegiatan jualan secara langsung di internet semakin hangat. Aku maksudkan di sini bukan pernigaan jualan langsung atau pun MLM, aku juga bukan maksudkan perniagaan yang bodoh sebagai contohnya “Duduk depan computer, hanya goyang pelir kao akan dapat RM500!” atau “Hangat di pasaran bekerja dari rumah dan jana pendapatan sendiri dengan hanya log ini di sini kamu akan mendapat pulangan RM 5000 sebulan”

Bull shit!! Tahi lembu!!

Bukan itu…..Bukan yang itu…

Apa yang aku maksdukan di sini adalah perniagaan penjualan produk-produk yang masuk akal, tidak kiralah produk apa pun sebagai contoh produk kecantikan, selendang, perkhidmatan jurugambar untuk majlis kahwin, catering dan mungkin coli & bra aka underwear atau pun apa-apa sahaja. Secara jujurnya aku memuji mereka-mereka yang menceburi perniagaan begini, manfaatkan dunia IT. Kamu hanya perlu produk, camera, computer dan internet serta pandai menggunakan software Adobe Photoshop kerana tanpa software magis ini kamu mungkin tidak dapat mengedit kecacat-celaan produk kamu.

Ok, sekarang cuba kamu-kamu semua layari internet dan log in pada akaun facebook kamu, aku mahu tunjukkan satu contoh mudah. Sudah log in? Bagus…. Ok, apa yang kamu lihat? Pasti kamu akan terperasan yang kawan-kawan kamu atau kawan kepada kawan-kawan kamu “tag” kamu pada gambar-gambar tertentu. Ok, sekarang cuba kamu klik ada gambar itu, apa yang kamu nampak?

Ada seorang awek yang manis dan ayu sedang berdiri dengan gaya anggun sambil mengayakan selendang. Ada pose begini, ada pose begitu, ada yang berdiri, ada yang duduk. Comel bukan? Tapi, bukan awek tersebut yang dijual…kamu jangan beranggapan awek itu adalah produk jualan. Produk jualan adalah kain selendang beraneka warna, beraneka jenis dari pelbagai corak dan fabrik.

Ok, sekarang kamu perhatikan pula pada harga..yaaaa..kebiasaanya, penjualan sebegini akan menetapkan harga yang kurang munasabah (sapa-sapa tau tentang asal usul perkataan ini, sila pm aku okeh! Aku kerap memikirkan kenapa perkataan ini tidak menjadi muna”Sarawak”..dan kenapa ianya membentuk perkataan menggunakan nama “sabah”?). Berbalik pada soal harga, harga kebiasanya mahal..jauh lebih mahal dari biasa dan kualiti juga agak meragukan. Manakala dari segi metod penghantaran juga kurang memberangsangkan. Ada yang cepat dan ada yang lambat.

Dari pengalaman aku,  pernah seketika dulu membeli produk melalui internet, selendang. Kawan aku yang berniaga dan kata orang “Supportlah kawan-kawan, naikkan moral mereka dalam bidang perniagaan”. Ok, aku lakukan itu..aku ke web blognya, aku pilih produk dan ternyata aku terpukau akan penampilan produk-produknya, seperti biasa ianya telah diedit dengan sentuhan magis dari software Adobe Photoshop. Tanpa ragu dan percaya pada rakan, aku mengdepositkan duit kepadanya, dan telah menyatakan kepadanya tentang produk yang ditempah. Kain selendang berharga RM95 cantingan tangan dan sutera eksklusif, seperti yang dinyatakan dalam web blognya. Harga agak mahal untuk selendang kecil, tapi memandangkan aku bercadang untuk menghadiahkan pada ibu tersayang, wang ringgit bukanlah bandingan.

Dipendekkan cerita, aku terima produk tersebut..agak lewat, dan kualiti juga mengecewakan. Aku komen sikit pasal hal tersebut pada si peniaga, tapi..jawapan mengecewakan, dan si peniaga sendiri tidak mahu terima akan kenyataan ini, katanya dia hanya menyediakan produk yang berkauliti sahaja dan mungkin efek dari penghantaran menyebabkan kain selendang yang diterima telah rosak.

 “Cis, inilah kali pertama dan terakhit aku beli dari kao!”.

“Mahu sahaja aku tumbuk kao laju-laju dan kemudian seret kao di tengah-tengah jalan yang belum siap lagi pavementnya dengan menggunakan kuda!”

 Nak dijadikan cerita, pada satu hari aku ke jalan TAR KL,  saja jalan-jalan di sana mahu servey kain untuk majlis kenduri aku pada hujung tahun ini, dan ketika sebuk-sebuk membelek…aku terbelek satu kain yang macam pernah aku lihat…sebijik dari rupa, warna dan tekstur kain.

“Macam pernah Nampak je kain ni..kat mana ye? Oh!!!! Ini yang aku beli dari si Polan Bin si Polan..berapa harganya? Ohhhhh!!! Demn…cume RM 20 je…syiaaalll!!!

p/s –Membelilah dengan bijak, ingatlah poket yang tersayang! Kamu-kamu di luar sana, jadilah pengguna yang bijak, seharusnya membeli perlulah berhati-hati dan yang penting beringat juga dengan duit di dalam poket!


MAJLIS KAHWIN DAN FILEM SHREK 4

Dua hari berturut-turut aku memnuhi undangan Majlis Kahwin rakan-rakan. Semalam di Klang, hari ini di Dengkil pula, semalam rakan lama aku ketika di Uitm Johor, hari ini rakan lama ketika aku bekerja di UKM. Kedua-dua pasangan mempelai sudah selamat diijab kabulkan dan aku dapat rasakan yang masing-masing ada rasa gembira (malam pertama, mungkin), hepi dan juga mungkin sedih sikit..duit belanja banyak beb untuk majlis kahwin! Kopak jugaklah poket rakan-rakan aku ni!

Aku ke majlis kahwin masih bersama dengan si dia dan bukan dengan orang lain. Aku usung ke sana dan sini bukan saja-saja hanya untuk menayangkan si dia aku kepada umum. iyalah…si dia bukan artis juga bukan pengacara tv, jauh sekali selebriti  atau deyjay-deyjay radio popular, si dia hanya rakyat Malaysia yang biasa-biasa sahaja, orang kebanyakkan sama seperti aku.Lagipun, biarlah si dia lebih mengenali rakan-rakan di sekeliling aku, dan orang lama-lama pernah berkata pergi majlis kahwin  bersama dengan “si dia” aka tunang adalah untuk “ambil berkat”. Aku tak pasti akan kesahihan kepercayaan ini tapi sudah di kata begitu oleh orang lama-lama..cube, try, test je lah. Dah jadik adat melayu dan juga sapaan atau pertanyaan stereotaip akan terus-terusan menerpa ke cuping telinga aku ketika di majlis kahwin tersebut, maklumlah bersama “teman” yang berlainan jantina pastinya mengundang soalan cepu cemas yang tipikal..antaranya..

“Bila kamu berdua nak langsung ni ?”

“Nanti majlis kamu buat di mana?”

“Eh..datang dengan siapa?” (Padahal dah tahu aku datang dengan siapa, tapi masih mahu bertanya)

– – – – – – – – – – – – – – – – – PPPPFFFFFFFFFFttttttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Habis dari kenduri kahwin, niat di hati seperti terus mahu ke Shah Alam untuk menghantar si dia pulang. Malangnya niat yang tulus dan suci tersebut telah terbantut oleh kerana hati dan naluri aku seperti mahu menonton wayaang gambar. Kelmarin sempat menonton cerita aksi si “Putera Parsi Padang Pasir Berebutkan Jam Pasir” boleh dikatakan agak bagus juga garapan cerita aksi tersebut walaupun tak masuk dek akal. Terlintas di fikiran untuk menonton Shrek dan dari perbualan rakan-rakan yang sudah menonton filem ini, rata-rata memuji akan jalan cerita yang menarik di samping lawak-lawak pecah perut yang slumber si Donkey hasil suara Eddie Murphy. Lagipun ini mungkin filem Shrek yang terakhir.

Tanpa lengah terus sahaja menuju ke Sunway Piramid dan terus ke TGV. Tiket di beli, dan masa tayangan bermula jam 3:20 petang. Garapan cerita ini menarik mungkin dalam mood yang santai dan dengan kehalusan gerak geri pembikinan filem kartun ini menjadikan filem ini memiliki nilai tambah tersendiri. Bukan sahaja menerapkan nilai-nilai murni yang baik malah aku rasa ianya sesuai untuk tontonan sesisi keluarga.

Tapi biasalah…kalau dah namanya filem kartun..aku dah dapat agak, biasanya macam ini..

“Yang baik akan dibalas baik dan yang jahat akan dibalas jahat”

“Yang baik akan hidup bahagia selama-lamanya dan yang jahat akan hidup merana, terkurung tersepit, terseksa dan hanya menunggu masa untuk mampus”

Tapi aku tak kesah..Filem Shrek tetap menarik. Dari filem itu aku dapat simpulkan bahawa setiap apa yang kita ada di depan mata, kita perlu hargainya setiap masa. Jangan kita lewa-lewakan harta yang kita miliki itu, tak kiralah ianya benda hidup, benda bernyawa atau benda tidak bernyawa. Ambil contoh orang tua aka ibu bapa kita. Kamu masih punya ibu bapa, oleh itu hargailah ibu bapa kamu. Jangan kamu sia-siakan mereka dan jangan kamu mengecilkan hati mereka. Doa ibu bapa juga sangat mustajab! Gunakan itu. Tanpa ibu bapa, kamu tiada di dunia yang fana ini.

Contoh ke dua, barang yang hidup tapi tidak bernyawa. Kamu-kamu di luar sana kena faham dan hargai barang-barang seperti ini, aku boleh ambil contoh dari kategori ini adalah kereta. Kereta diibaratkan seperti bini ke dua, dan tanpa kereta kita tak akan ke mana-mana. Jagalah kereta dengan baik, servis kena ikut jadual dan jangan kamu cuba-cuba menggangu emosi mereka kelak kamu ke pejabat hanya dengan berjalan kaki!

p/s – Penat giler berjalan selama 3 hari berturut-turut ni!


Dilindungi: DIARI HARIAN BIL. 5

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.


KONFRONTASI MALAYSIA-INDONESIA (SEDIKIT KUPASAN & PENGENALAN RINGKAS)

Isu berat….Isu Konfrontasi…agak panjang..jadi, bawak bertenang..mahu baca..baca..tidak mahu, sila tinggalkan..

Konfrontasi adalah cabaran terbesar yang pernah dialami oleh Malaysia ketika usianya masih muda dan kurang berpengalaman dalam pengurusan konflik. Konfrontasi tercetus antara Malaysia dengan Indonesia ekoran daripada persetujuan Tunku dengan Melayu, Singapura, Brueni, Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) pada 31 Ogos 1963. Berdasarkan pengalaman tahun 1950-an, Indonesia menganggap Malaysia ditubuhkan adalah helah kuasa-kuasa barat untuk memencil dan mengepung Indonesia. Justeru itu, penubuhan Malaysia dibantah dan konfrontasi di lancatkan. Turut menentang penubuhan Malaysia ialah Filipina, rakan sekutu dalam ASA. Filipina menentang kemasukkan Sabah ke dalam Malaysia atas alasan bahawa wilayah itu miliknya.

– – – – – – – – – – – – – – – – – PPPPPfffffffffffffftttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Memang menjadi impian Tunku semenjak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, untuk membantu membebaskan wilayah-wilayah British di Borneo daripada penjajahan. Memikirkan bahawa Wilayah-wilayah tersebut tidak mampu untuk berdikari dan berkemungkinan akan dituntut oleh negara-negara jiran, maka Tunku mengemukakan cadangan gagasan Malaya Raya atau Super federation. Hasrat itu telah dimaklumkan oleh Tunku kepada Malcolm Mc Donald bekas Pesuruhjaya Jeneral British Bgai Asia Tenggara; Geofroy Troy, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu; Lor Hom, Setiausaha Luar dan Lord Pearth, Menteri Negara. Walaupun bersetuju dengan cadangan itu, pihak British lebih berminat untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat. Mengikut rancangan British, wilayah-wilayah British di Boreno hendaklah terlebih dahulu bercantum sebelum memikir untuk bergabung dengan Tanah Melayu dan Singapura, dalam persekutuan yang lebih besar. Kerajaan British sebaliknya menggalakkan Tanah Melayu bercantum terlebih dahulu dengan Singapura, tetapi telah ditolak oleh Tunku. Kedudukkannya yang strategik serta pengkalan tentera yang canggih menjadikan Singapura penting dari segi skema pertahanan British dan sekutu-sekutunya dalam SEATO di Asia Tenggara.

Perkembangan politik di Singapura pada penghujung tahun 1950-an menunjukkan parti pemerintah Lee Kwan Yew, PAP mungkin akan kecundang dalam pilihanraya yang dijadual pada 1964. Barisan sosialis yang didukung oleh Lim Chin Siong yang dianggap sebagai pro-komunis dan antibarat akan menguasai koloni itu. Sekiranya keadaan ini berlaku, Singapura pasti akan menjadi Cuba di Asia Tenggara dan kuasa-kuasa barat pasti akan kehilangan pengkalannya yang amat penting dalam konteks perang dingin ketika itu. Untuk menyelamtakan Singapura, British cuba mempengaruhi Tunku supaya menerima Singapura. Tunku menolak pelawaan British itu atas alasan perkauman dan politik. Sebalinya bersedia berkompromi sekiranya British sedia membenarkan wilayah-wilayah Borneo turut menyertai cantuman itu.

Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan tentang Gagasan Malaysia. British pada prinsipnya menyokong impian Tunku itu tetapi British lebih suka melihat Tanah Melayu bercantum dengan Singapura terlebih dahulu atas alasan bahawa wilayah British di Borneo, termasuk Brunei masih lagi mundur. Pada 23 November 1961, Perdana Menteri Harold McMillan dan Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasrat mereka untuk membincang Gagasan Malaysia.

Indonesia dan Filipina memandang serius keputusan kerajaan British dan Tanah Melayu untuk mewujudkan Gagasan Malaysia. Indonesia mengganggap Malaysis sebagai jelmaan British yang bertujuan untuk mengepung dan melumpuhkan Indonesia. Justeru itu ia menganggap Malaysia sebagai neokolonilis. Pemberontakan di Brunei pada awal Disember adalah kesempatan bagi Indonesia untuk membuktikan bahawa penduduk-penduduk tempatan menyerang penyertaan mereka dalam Malaysia. Filipina pula membantah penyertaan Borneo Utara dalan Malaysia.Filipina meminta British mengembalikan Borneo Utara kepadanya atau kekalkan wilayah itu sebagai koloni British. Seperti juga dengan Indonesia, Filipina turut bersimpati dengan pemberontakkan di Brunei. Bantahan dan tentangan dari negara jiran tersebut adalah cabaran baru kepada penubuhan Malaysia. Kerajaan British cuba menyelesaikan kontrovosi itu melalui rundingan tetapi gagal.

Sebagai usaha untuk menyelesaikan kemelut berhubung dengan Gagasan Malaysia, suatu persidangan peringkat Menteri-Menteri dan Ketua-ketua Negara telah berlangsung di Manila bermula pada awal April 1963. Persidangan ini berakhir dengan pemeteraian Perjanjian Manila yang antara lain bersetuju untuk mematuhi prinsip penentuan sendiri. Selanjutnya, mereka juga bersetuju untuk meminta Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan sama ada Gagasan Malaysia adalah satu isu besar dalam pilihanraya terbaru di Sabah dan Sarawak. Ekoran persetujuan itu, penubuhan Malaysia yang sepatutnya dibentuk pada 31 Ogos 1963, terpaksa ditangguhkan sehingga kerja peninjauan oleh kumpulan peninjau PBB selesai. Pengumuman Tunku menubuhkan Malaysia pada 16 September 1963, tanpa menunggu pengumuman laporan Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu, U Thant telah mencetuskan kontrovosi yang berkahir dengan tindakan Indonesia dan Filipina tidak Mengiktirah penubuhan Malaysia.

Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.Pada 28 Mei 1966 sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, termasuk Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.

p/s – Adakah konfrontasi akan berlaku lagi? Adakah ianya melibatkan Malaysia dengan negara-negara jiran terdekat? Beranikah tentera negara kita seperti tentera Indonesia untuk berkonfrontasi dengan tentera negara asing? Kita tunggu dan lihat…Sekarang, banyak sudah tanah negara tergadai ke negara asing…tergadai dengan jiran sendiri!


APA AKTIVITI HUJUNG MINGGU INI? PILIH ANTARA 3..ATAU..

Hari Wesak bakal tiba pada hujung minggu ini, jatuh pada hari Jumaat 28 Mei 2010 secara tidak langsung kami warga gomen dapat “public holiday”. Aku ucapkan Selamat Hari Wesak buat penganut agama Buddha. Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

– – – – – – – – – – – – Pffffffffffffftttttttttt – – – – – – – – – – – – – – –

Bukan itu yang aku mahu ceritakan disini, apa yang aku fikirkan ialah hujung minggu ini akan ada satu cuti yang agak panjang bagi aku. Cuti selama 3 hari, Jumaat, Sabtu dan Ahad, bagi kamu-kamu yang mahu cuti lebih, sila “apply” cuti kamu awal-awal dan oleh kerana cuti yang panjang apa aktiviti yang bakal aku lakukan?

Option 1

Di awal minggu ini ibu dan bapaku ada bersuara…

“Jum kita sekeluarga pergi cuti kat mana-mana..PD ke, Pulau Pangkor ke, Sabah ke…nak..kalau Long nak ajak Yana pun ok jugak?”

“Aiseh..nak cuti buat ape jauh-jauh mum..kite pergi dekat-dekat jelah..PD sudah..nanti long try carikkan hotel kat PD…”

“OK, lau camtu cariklah..tempah awal-awal senang sket..”

Di ofis.

“Helo Hotel Thistle PD, saya nak buat tempahan bilik yang boleh muat 6-7 orang…”

“Hye..incik..hotel kami penuh…maaf ye…penuh hingga cuti sekolah dan sampai hujung cuti sekolah”

“Oh ye ke..tak pe lah, terima kasih….”

Maka dengan sedaya upaya aku try contact hotel-hotel lain di sekitar PD, hasilnya..semua penuh! fully booked. Cuti-cuti Malaysia hasil gebangan Kementerian Pelancongan telah berjaya, promosi mereka dengan meng”psiko” rakyat Malaysia supaya bercuti di dalam Malaysia telah sukses! Bagus, rakyat marhean seperti aku, bercutilah di dalam Malaysia..kamu-kamu orang besar, Pak Menteri dan Mak Menteri…bercutilah di luar negara. Apa standard kamu bercuti di dalam Malaysia!

Di rumah.

“Mum, nak inform..tadi dah banyak kontek hotel…Thistle Hotel, Ancasa Resort, Corus, Eagle Ranch dan kebanyakkannya..hotel penuh..”

“Tak pelah..duk rumah je…tak payah pegi mane-mane”

Option 2

Bersama yang tersayang mungkin boleh dijadikan pilihan aku yang ke dua untuk menghabiskan cuti hujung minggu ni. Mungkin aku boleh bersama si dia dengan men”optimize”kan masa aku dengan membuat survey barang-barang hantaran (aduhhhhh…abesla duet aku). Mungkin juga aku boleh berkunjung ke Pasaraya Jackel Shah Alam untuk mencari kain ela untuk dijadikan tempahan baju nikah untuk digunakan pada majlis aku hujung tahun ini. Mungkin juga aku boleh mempelawa si dia ke pawagam dengan menonton cerita 2 Alam terbitan Dr. Rozmey (perlukah aku menonton? aku tak pasti….apa yang pasti aku tak kan tonton cerita itu!). Bersama si dia boleh membuat aku tenang seketika, dan kadang-kadang boleh menggangu emosi aku juga..iyalah, karenah wanita ni kadang-kadang sukar di ramal, sekejap begini..sekejap begitu. Apa-apa pun aku masih belajar untuk mendalami ilmu ini. Ilmu orang dewasa, dan aku juga bakal melangkah ke alam dewasa. Kata orang selepas lelaki bujang berkahwin, tingkah laku mereka akan lebih matang.

Option 3

Berkunjung ke majlis kahwin. Hujung minggu ni aku menerima banyak undangan majlis perkahwinan teman-teman rapat. Teman semasa belajar di UiTM dan juga teman sepejabat, terlalu banyak undangan hinggakan mahu buat keputusan agak susah dan kritikal, yang mana satu patut di tandang dan yang mana satu patut didahulukan. Apa yang pasti jika tiada aral melintang atau jika tiada halangan aku pasti akan datang ke kenduri tersebut, bab-bab makan free memang aku suka. Tahniah buat kawan-kawan dan Selamat Pengantin Baru!

p/s – Cepat-cepatlah habis hari Kamis, aku mao rehat..mahu lari dari kesibukkan pejabat!


HOTEL MANIA

Jam 9 malam setiap hari Selasa akan bersiaranlah drama Hotel Mania. Aku tak pasti kamu semua minat untuk menonton drama ini atau tidak dan bagi aku yang bukan penggemar drama, aku tidak akan menonton! lebih baik aku membaca surat khabar atau bermain internet daripada meluangkan masa aku menonton drama ini. Mungkin juga aku lebih rela menyiram pokok-pokok bunga di depan rumah di waktu malam dari menonton drama itu. Jika kamu semua mahu tahu, Hotel Mania (HM) adalah sebuah drama muzikal pertama yang diterbitkan di kaca tv. Drama ini adalah terbitan KRU Studious yang menggantikan slot drama Tari Tirana. Aku boleh puji pembikin filem ini, credit untuk saudara Nizam Zakaria kerana berjaya mengarahkan drama yang lain daripada yang lain. Jauh lebih elok dari drama-drama swasta yang merebut harta, bergaduh berebutkan perniagaan, syer itu dan ini. Berebut mahu jatuhkan si polan itu, dan si polan itu pulak sebuk mahu jatuhkan si polan ini. Itulah drama-drama swasta melayu. Tajuk sahaja lain, jalan cerita, pelakon, pengambaraan malah hampir semuanya hampir sama. Streotaip!

Drama ini yang berkisarkan perjalanan hidup pekerja dalam bidang perhotelan ini akan menyaksikan mereka menyanyi dan menari sambil menyelitkan elemen drama dalam muzikal ini.Hotel Mania membawa konsep drama muzikal yang sarat dengan nyanyian dan tarian oleh barisan pelakon muda seperti Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Ryzal Jaafar, Adam, Zain Ruffedge dan Adeline Anthony. Drama ini akn bersiaran sebanyak 26 episod dan menampilkan hampir 200 buah lagu terbitan KRU dan dinyanyikan oleh ke semua pelakon yang menjayakan drama ini.

“Tolongla tukar chanel tu…muak la tengok..diorang ni nak keje ke nak menari dan menyanyi?

“Jap laaa..layan pe citer ni..lagipun gadis-gadis dalam ni mantop bro..nak-nak si emilia tu!!”

“Sebenarnya kao tengok citer ni pasal apa? jalan ceritanya? awek-aweknya? sinematografinya? lagu-lagu muzikalnya?”

“Aku tengok citer ni pasal gadis-gadis genit comel sedang menyanyi dan menari..berdarah hidung aku!”

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – ppfffffffffffffffffffffftttttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

p/s – Aku simpulkan mana-mana lelaki yang menonton drama bersiri ni hanya mahu menonton gadis-gadis comel menari dan menyanyi sambil berimaginasi yang bukan-bukan..aku pasti!


SUDAH TAHU..TAPI MASIH NAK BERTANYA

1. Kedai Basuh Kereta

“Bang, ni kedai basuh kereta ke?”

“Bukan, ni kedai jual putu mayam!”

“Abes tu..kenapa ada paip air, kereta-kereta tengah kena basuh, abes..apsal bangla tu tengah lap-lap tayar?”

“Kao ni..tak nampak ke sign board depan kedai aku ni…”Ahmad Craze Car Wash”! dah tentulah kedai basuh kereta!”

2. Pasar Pagi

“Ek eh Kak Mah..pergi pasar ke? beli sayur ke?”

“Eh Kiyah….tak lah..akak nak betulkan tayar motor akak ni, pancit!”

“Akak ni…begurau je..orang tanye betul-betul..dia memain pulak, akaK beli ape sebenarnye…”

“Kao ni Kiyah, kan dah kat pasar ni..mestila beli barang-barang dapur..tak kan memancing ikan pulak!”

3. Klinik Haiwan

“Mari saya tengok kucing kamu”

“Eh, doktor…bukan kucing saya yang sakit…saya yang sakit, demam ni..badan saya panas!”

“Kamu tahu tak ni klinik ape?”

“Tahu! klinik kesihatan…”

“Klinik haiwan kamu tahu tak!”

“Ye keee? tersalah klinik la ni…saya nak pergi klinik sebelah tadi sebenarnya…”

“Kamu keluar sekarang!”

4. Kedai Mamak

“Order incik….”

“Sini apa ada?”

“Roti canai ada, roti telur. roti pisang, roti epal, roti tisu, roti bom, roti peluru, roti paprik, roti nan, nan cheese, nan bawang, nan tandori, nan nangnak, nasi goreng ada, nasi goreng cendawan, nasi goreng kampung, nasi goreng usa, nasi goreng iraq, nasi goreng england, nasi goreng ikan masin, nasi goreng special 3 rasa, nasi goreng mamak”

“Cukup-cukup…bagi saya…air suam dengan telur rebus!”

5. Depan Masjid

“Allahu Akbar Allahu Akbar!”

“Eh, azan lah…dah-dah stop main..kita sambung esok je…”

“Bagus kao ni..nak pegi mana ni?”

“Nak balik…”

“Balik mana?”

“Pergi kedai mamak depan tu..lepak-lepak sat..minum air..sejukkan badan”

“Pulak…aku ingat kao nak balik dan solat!”

p/s – Kadang-kadang kita ni macam tak paham-paham!


TIDUR……ZZZZzzzzzZZZZzzzz

1.

“Tidurlah sayangku, intan payung”

“Beby..tidur ye beby, nah mama bagi susu nah…jangan nangish-nangish ye..cayang-cayang bucuk mama…ngantuk ye”

“Uwekkkkkk….uwekkkk…uwekkkkk….” (untuk makluman ini bukan bunyi muntah, ini bunyi bayi menangis)

2.

“Imran, cepat tidur dah pukul 10 malam ni, esok kan sekolah”

“”Pergi tidur, kang esok nak bangun pagi liat”

“Alaaaaaaaa…..baru nak maen game ni..tak abes pun lagi”…..

3.

“Cepat masuk tidur, esok pagi kan ade perlawanan hoki..kalau tak cukup tidur, nanti tak bermaya pulak kat padang”

“Kan ibu kate cepat tidur…esok ibu nak tengok kamu balik bawak piala…ibu nak kamu menang…”

“Yelaaaaa…yelaaaa….baru nak tengok Baywatch ni..sebelum tidur kena tengok Batwatch dulu ibu..baru la dapat tidur nyenyak…”

“Melawan pulak..sudah..cepat tidur!”

“Ok, baek……..”

4.

“Weh, kao ni berjaga malam jeee…esok kelas pagi-pagi pukul 8 pulak tu…jangan tak bangun pulak”

“Rilek laaaa…baru pukul 3 pagi, lagipun esok aku ada jam auto yang kejutkan aku”

“Lantak kao la jon, aku bukan ibu kao nak membebel panjang-panjang, esok kao lambat…aku tinggal ja..naek bas la kao p fakulti!”

“Yelah-yelah..main ugut-ugut pulak…esok kejut aku Subuh!”

5.

“Banggggg….malam ni malam apa?”

“Khamis malam Jumaat..kenapa?”

“Tak nak buat pahala laebih ke?”

“Pahala lebih? kan ke tadi kita da solat berjamaah ngan baca yasin..pahala lebih ape pulak ni yang?”

“Alaaaaaaa….pahala itulah..abang ni, buat-buat tak paham pulak”

“Ohhhh…pahala itu….hehehe….JUM, buatkan abang kopi ginseng aparagus tongkat ali jus mate 5 campur 1001 akar kayu”

“Ok bang..tunggula di bilik”

“Yaaaaaaaahhhhuuuuuuuuuu!!”

p/s – Tidur itu satu nikmat! apatah lagi bila tidur berteman…


CUTI SEKOLAH, MAJLIS KAHWIN, PERUT KENYANG, LOAN BANK DAN HUTANG KELILING PINGGANG = CERAI

Cuti sekolah semakin menghampiri dan jika cuti sekolah maka akan banyaklah undangan majlis kahwin yang akan dijalankan dan akan wujud satu persamaan linear di antara cuti sekolah, majlis kahwin dan perut kita. Ini dapat ditunjukkan dengan persamaan linear berikut (aku tak pasti ianya betul atau tidak)

Cuti sekolah + Majlis kahwin dan makanan yang lazat = Perut kenyang dan berat badan meningkat

Itu adalah hubungan di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah di atas di mana ianya akan membawa keuntungan kepada tetamu yang hadir dengan menikmati juadah yang dihidangkan, mari kita lihat persamaan linear di bawah.

Buat loan bank + Majlis kahwin = Hutang keliling pinggang

Hari ini jika sesiapa hendak berkahwin akan berfikir semasak-masaknya daripada soal jodoh, modal dan masa depan. Agak keterlaluan jika kita katakan apa guna berkahwin dan hidup bersama isteri yang dikahwini dengan kos ribuan ringgit tapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan kemampuan kewangan untuk hidup berkeluarga. Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Maka bercerai pun pantas, lalu ramai yang menuding jari kepada segala faktor menjadi punca dan akhirnya institusi perkahwinan menjadi sesuatu yang terlalu formal dan sebagai satu projek dan bukan perkara yang disunatkan dalam Islam dan digalakkan dalam masyarakat timur. Perkahwinan adalah mulia dan perceraian akibat masalah kewangan bukan perkara yang ganjil, malah itulah faktor utama. Remaja zaman ini yang bercinta seawal usia belasan tahun akan menganggap perkahwinan sebagai destinasi terlalu sempurna dan ingin dizahirkan serba mewah. Akibatnya perkahwinan yang dibuat tanpa sokongan ibu bapa akan berakhir dengan pasangan pengantin berhutang dulu bersakit membayar kemudian. Hutang kad kredit, hutang kawan, pak cik dan mak cik dan hutang along yang dibuat untuk berkahwin bukan boleh dilangsaikan setahun dua.

Ada yang berhutang sampai bermasam muka dan bermusuh dengan pemberi pinjam. Putus saudara dan sahabat malah putus nyawa akibat berhutang along. Bila hati ingin kahwin kosnya pula tinggi. Hantaran paling kecil RM5,000, cincin seribu lebih, mas kahwin RM300 di Selangor, belum masuk kenduri menyambut menantu perempuan RM5,000, bunga telur, beg cenderahati, kugiran atau karaoke memeriahkan suasana dan menggugat poket harus difikirkan.

Kos RM20,000 dalam tangan di bandar Kuala Lumpur untuk golongan pertengahan, baru layak bercakap soal kahwin kalau duit tidak cukup jangan mimpi hendak bersalam dengan tok kadi. Nafsu pula gagal ditenangkan akhirnya perkahwinan jadi angan-angan dan bukan cita-cita. Maka berlakulah maksiat dan asmara yang gagal dibendung. Bagi yang pandai mencegah hamil, maka selamatlah dirinya daripada mengandung.

Sebaiknya masyarakat negara ini tidak kira Melayu, Cina dan India melakukan upacara perkahwinan secara sederhana tanpa kos beribu-ribu ringgit kerana perkahwinan bukan sehari dua tetapi selamanya jika diizinkan Tuhan. Seks bebas menjadi-jadi kerana institusi perkahwinan dijadikan visi yang terlalu jauh hendak dicapai kerana memerlukan kos tinggi.

Sedangkan hubungan luar nikah haram di sisi Islam dan lain agama. Kita perlu menjadikan perkahwinan satu proses kehidupan mudah dan murah, tetapi tinggi nilai agama dan moral. Mungkin ia mampu menjadikan pembuangan bayi lebih minimum dan terus jadi sifar.

p/s – Alangkah bagus jika sesuatu perkahwinan itu mudah, tidak terikut-ikut adat dan hanya dilakukan dengan perkara-perkara wajib sahaja. Tapi…

Credit to: Saudara Razak di atas idea!


REMAJA SEKOLAH, “BUDAK BARU NAK NAIK” DAN “PERTUBUHAN”

Perhatikan situsai semasa tentang anak remaja kita, tentang pelajar-pelajar sekolah menengah kita, tentang “budak baru nak naik” yang berumur sekitar 13 tahun hingga 17 tahun, bagaimana akhlak mereka? Tatacara kelakuan mereka? Pergaulan mereka? Boleh dikatakan, rata-rata mereka ini berperangai sampah! Terus-terang dan jujur aku katakan hampir kesemua mereka ini seperti hilang pedoman, tiada akhlak dan rata-ratanya tidak lagi mempunyai jatidiri yang baik. Mereka belagak seperti gangster, mereka seperti Chan Hao Nam yang menguasai Wanchai dan Cause Way Bay!

Pergi ke sekolah dengan hanya membawa sekeping dua buku sambil menggalas beg kosong. Baju sekolah tidak dipakai dengan betul terkeluar sana, terkeluar sini langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang pelajar sekolah. Di sekolah dan semasa di dalam kelas, rata-rata pelajar sekolah kini tidak menghormati guru, tinggi suara kepada guru menjadi perkara biasa manakala membuat lawak bodoh pula seperti “habit” dan tabiat bagi mereka seolah-olah mereka memperbodohkan cikgu-cikgu mereka. Tambahan pula, mereka biadap dan tiada tatasusila ketika berhadapan dengan guru malahan di zaman kini, mereka tidak lagi takut kepada guru.

Tapi itu bukan isu yang aku mahu bicarakan disini, apa yang aku mahu katakan ialah trend pergaduhan di kalangan pelajar sekolah. Kini mereka lebih berani, bergaduh menggunakan parang dan senjata-senjata tajam. Pergaduhan ala-ala “gangster Hong Kong” kerap berlaku di sekolah. Tambahan lagi jika sesuatu perkara tidak setel di sekolah, maka pergaduhan tersebut akan bersambung di luar sekolah yang mungkin melibatkan lebih ramai lagi pelajar dan geng-geng mereka.  Sebagai contoh, pergaduhan yang berlaku pada 8 Mei 2010 yang lepas, melibatkan dua kumpulan pelajar bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan topi keledar dan senjata lain. Punca perkara ini berlaku adalah berpunca dari perselisihan faham dan meleret hingga menjadi pergaduhan.  Kejadian ini dilaporkan berlaku di Jinjang Selatan, Kuala Lumpur dan mengakibatkan lima pelajar cedera.

Selain itu, seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Rompin, cedera di badan dan kepala selepas dibelasah 10 remaja lain dipercayai berpunca daripada masalah peribadi di Jambatan Tabung Haji, Kota Bahagia, dekat Rompin, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pelajar lelaki berusia 14 tahun itu ditinggalkan bersendirian di jambatan berkenaan selepas dibelasah, manakala telefon bimbitnya dirampas.

Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Tiadakah diplomasi lagi dalam menyelesaikan masalah? Adakah penyelesaian hanya dapat dilakukan dengan pergaduhan? Mengapa mereka ini begitu berani hingga sanggup memukul dan bertumbuk di khalayak ramai seperti gangster?

Dari pembacaan dan pemerhatian, kebanyakkan mereka ini begitu berani disebabbkan oleh “backup” yang ada dibelakang mereka. Mereka fikir dengan adanya bantuan-bantuan ini akan menjadikan mereka “besar” dan berani. Baru sahari dua menjadi ahli kepada sesuatu pertubuhan sudah berani mahu bukak baju dan bermain buah. Baru menjadi adik kepada si polan dan si polan sudah mahu tunjuk belang. Baru sahaja menjadi ahli, sudah gantung sticker dan key chain, maka ditunjukkanlah kepada khalayak. Aku dapat rasakan yang mereka ini mengangotai sesuatu pertubuhan hanya mahukan “payung” dan “naungan” sahaja, tidak lebih dari itu. Aku berani berkata begitu kerana banyak perkara seperti ini berlaku di depan mata.  Aku tidak salahkan sesetengah pertubuhan kerana isu ini, kerana tiada halangan bagi mereka untuk meyertai sesuatu pertubuhan seperti ini.

Kadang-kadang pergaduhan seumpama ini memang melibatkan sesetangah ahli dari pertubuhan-purtubuhan sulit di negara kita, dan perilaku mereka inilah yang telah membuat persepsi buruk masyarakat hari ini terhadap sesetengah pertubuhan yang mana mereka tidak mengenali erti sebenar misi dan visi pertubuhan itu. Kadang-kadang persepsi mereka manyatakan yang pertubuhan itu adalah gangster, pertubuhan ini adalah kongsi gelap. Sedih juga bila keadaan ini berlaku, iyalah..aku juga adalah ahli baiah..ahli baiah dari simpang mana dan baju apa yang aku pakai tidak perlulah aku sebutkan disini. Biarlah ianya menjadi rahsia, dan yang rahsia itu tetap rahsia. Simpan akan tetap disimpan.

p/s – Sepatutnya, mereka-meraka ini perlulah mengutamakan sifat tolong-menolong, bantu-membantu, menjauhi sifat dengki-mendengki, mengumpat dan tidak membezakan taraf hidup bertepatan dengan firman Allah SWT dari Surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud;

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah dari mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”

Jika kamu-kamu ada baju, silalah simpan…jangan ditunjuk-tunjuk dan jangan pula dipakai hanya untuk tujuan bergaduh. Salam /// Putrajaya


CERITA DI KEDAI KOPI

“Ape yang kao tonton tu..hinggakan tak bekerdip mata..” sapaan aku kepada teman..

“Aku sedang tonton sampah kitar semula…”jawab temanku ringkas dan slumber..

“Sampah..aku tak nampak sampah pun…”aku cuba mencari kepastian..

“Kao tengoklah apa yang aku tengok di layar putih tu…bukanke edisi kitar semula..jadi, kalau dah dinamakan kitar semula samalah maksudnya dengan sampah..aku dah jemu dah tengok rancangan ni, dari edisi pertama, hinggalah ke edisi yang ini..” temanku menjawab panjang lebar..

“Kalo begitu wajarlah ianya di buang atau di tong sampahkan” aku menambah..

“Lebih baik di tong sampahkan, dan diganti dengan sesuatu yang baru dan lebih ada idea!”

Situasi di atas berlaku di kedai makan, sambil aku menikmati juadah yang terhidang aku terus memerhatikan keadaan sekeliling. Aku makan bersama kawan-kawan lama, sudah lama tidak ketemu, jika ada masa terluang kami akan keluar makan bersama dan berbual kosong atau berbual penuh mungkin juga berbual separuh penuh dan ianya bergantung kepada keaadaan sekeliling. Kebetulan di kedai makan tersebut menyiarkan Konsert Akhir AF edisi ke 8 di skrin besarnya. Ada yang menyokong, ada yang meminta tauke kedai tukar ke channel lain, ada juga yang buat tak tahu sambil layan awek, ada juga yang berbual kosong dan ada juga yang hanya menghisap rokok sambil minum air teh tarik.

Aku lihat di meja depan aku ada dua kumpulan famili, begitu setia menanti dengan penuh debar perincian dan perjalanan konsert tersebut. Jika pengacara AF, membuat lawak yang tak berapa jadi, maka berdekahlah famili itu di meja, habis dengar hilai tawa..hilang adab ketimuran, si anak perempuan tak habis-habis menyokong dan bersorak seperti “perempuan gila”. Mereka menonton siaran AF dengan begitu bersemangat, siap dengan baju hitam bercorak ungu dan tertulis AF serta logonya sekali. Dari mula konsert tak habes-habes menyokong Shahir salah seorang peserta AF.

“OOOhhhh….damn! ade jugak famil yang macam ni, tergila-gilakan AF..buduh betul…” aku merungut sorang-sorang di dalam hati

“Kenapa tak tengok je kat rumah, nak jerit ke pekik ke suka hati kao oranglah..ini tempat awam, tak senonoh betol..mak, bapak, anak semua sama sahaja! haram jadah!” sekali lagi aku bermonog dalaman.

Di meja kiri ku, ada seorang pak cik dan mak cik, perwatakannya agak tenang. Sementara menunggu order yang di pesan, di keluarkan sebatang rokok Sampoerna Hijau, diketuk dan dibakar rokok itu. Ditarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan ke udara. Kepulan asap putih memenuhi kawasan meja tersebut. Terbatuk-batuk mak cik di sebelah, tanpa mengendahkan konsert AF, pak cik terus-terusan menghisap rokok. Terpancar kenikmatan di wajah pak cik dan tak lama kemudian, order yang dipesan telah tiba. Tom Yam dan telur dadar serta sayur campur dihidangkan. Tanpa lengah, terus di jamah makanan tersebut.

“Lapar gamaknya pak cik dan mak cik ni, biarlah…..”aku bermonolg seorang diri.

p/s – Aku dan temanku terus makan dan lepak di kedai tersebut hinggalah ke lewat malam. Nikmat!


FACEBOOK DAN ANDA! / MUKA BUKU AND YOU!

“Kao tak de facebook, gile kuno kao”

“Weh, ape-ape aku update kat facebook..kalao kao nak tengok gambar-gambar terbaru aku pun kao tengok je lah kat facebook”

Facebook dan kita seperti tidak boleh dipisahkan. Ianya umpama lagu dan irama yang seiring dan sejalan. Kalau tiada akaun facebook, ibarat kata seperti kita jauh ketinggalan, namakan sahaja..pakcik makcik di kampung, mereka ada akaun facebook, selain dari akaun bank. Mak dan ayah kita..barangkali juga ada akaun facebook, cuba cari di “search friends” mana tahu boleh ketemu mak dan ayah di situ. Remaja-remaja belasan tahun juga ada akaun facebook malahan golongan dari peringkat umur inilah pelopor penggunaan facebook. Siapa lagi? ahli politik, ustaz-ustaz, ustazah, pensyarah, guru, tentera, pak-pak menteri malahan budak-budak tadika juga ada akaun facebook! Begitu terkesan facebook ini dengan cara hidup kita. Sehinggakan, tanpa mengadap facebook sehari, kita umpama layang-layang terputus tali. Iyalah..mahu “update” itu dan ini, mahu beri ayam makan, mahu “poke” rakan-rakan, mahu kutuk sana dan sini, juga barangkali mahu jaja iklan MLM kamu dengan menayangkan “duit pinjaman” bank di galeri gambar kamu. Itulah facebook.

Dengan penggunaan facebook, kao tak perlu bersosial di luar rumah, kao hanya perlukan komputer atau paling tidak pun sebuah laptop. Tetapi harus ingat, penggunaan talian internet adalah penting, tanpa internet…mana mungkin kao boleh”log in” ke akaun facebook. Sudah “log in” kao boleh tengok apa status rakan-rakan kao. Mungkin ada yang berbunyi begini” (update-update ini aku amek tanpa kebenaran dari page rakan-rakan terdekat ku..lepas ini aku akan minta izin kepada mereka-mereka menerusi akaun facebook aku)

“ada jiran baru pindah dekat2 dgn rumah aku. Ada seorg anak dara dia tu setiap kali kalau aku lalu depan rumah dia & kalau dia ada kat luar rumah, mesti dia senyum2 & cakap hi kat aku. kalau dari jauh lambai2 jer. dgn jiran lain dia x camtu pulak. kalau diorg lalu dia buat selamber jer..musykil2..”

-Petikan update di atas di ambil tanpa kebenaran dari seorang rakan, Helme Shahrizal, bukan nama sebenar

atau begini….

“ape yang kao impikan?” tanya rakan beliau..”aku hanya mahu menjadi pengacara popular” jawab beliau..”justru, kenapa kao tak masuk malaysian top host?” tanya rakan beliau…”bukan aku tak mahu, kalao aku masuk..alamatnya kempunan la peserta-peserta lain, semua aku tapau!”…jawab beliau slumber

-petikan update di atas dari laman facebook, Encik Faerrrin Syarin Faer, juga bukan nama sebenar

atau mungkin juga begini…

“biasa pagi2 ni ramai yang online. pagi jumaat sikit je. mana semua orang pergi? tengah mengaji ke?”

update di atas di ambil tanpa kebenaran dari laman facebook Nai, bukan nama sebenar

ada juga yang mencipta madah-madah, perumpamaan atau simpulan bahasa baru, contohnya…

“ibarat jarum yang keluar dari trakea~ beerti, mak nenek. “If u haven’t got anything bad to say about anybody, go sit beside him, u’ll know what mak nenek is.” Ujar beliau kepada seorang pelancong yg ingin membeli mak nenek, yg ntah mana didengarnya. hadOoi, igt mak nenek sejenis makanankah? Utterly nonsense. huhuhu~”

-Telah dipetik atau di “copy and paste” dari laman facebook Wsnitre, nama samaran bagi beliau

Kesemua update-update di atas adalah “real”. Di ambil tanpa ubah sturuktur ayatnya dan ianya adalah asli. Jadi, kenapa aku ambil update-update ini? Ini menunjukkan bahawa pada setiap masa atau jika ada kesempatan, kita pasti akan memberitahu kepada dunia luar apa yang sedang kita lakukan, apa kemahuan kita, ketidak puas hatian kita, keluh-kesah kita. Malahan facebook boleh  juga dikatakan sebagai tempat meluahkan perasaan atau stress. Jika anda tidak puas hati pada sesuatu, jeritkan sahaja pada facebook, maka berduyun-duyunlah yang akan memberi komen kepada kamu. Tadah saja, mungkin ada komen yang membina, ada juga yang mengutuk, atau apa sahaja..terima sahaja.

Facebook merupakan laman web sosial yang telah dicipta oleh seorang manusia berketurunan Yahudi, Mark Zuckerberg (seperti di gambar) dan beberapa lagi rakan iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovic dan Chris Hughes. Pada asal penciptaan laman web sosial ini adalah bertujuan untuk penggunaan pelajar di Universiti Havard tetapi lama ke lamaan diperkembangkan ke beberapa Universiti lain seperti beberapa Kolej di Boston, Ivy Kolej dan Universiti Stamford hinggalah ke sekolah-sekolah menengah. Target penggunaan laman web sosial ini menjurus kepada remaja. Facebook telah dilancarkan pada 4 Februari 2004 dan ianya tercipta di USA dengan pendapatan melebihi 400 juta USD!

Fenomena facebook ini telah menular ke sarata dunia hingga kini telah terdapat lebih 400 juta pengguna dari kalangan penduduk dunia dari pelbagai bangsa dan negara. Hinggakan dari servey yang telah di lakukan di penghujung 2009 telah menyatakan facebook adalah laman web yang paling kerap digunakan manakala myspace telah jatuh di tempat yang kedua.

Aku tak mahu menulis panjang lebar mengenai isu facebook ini, tetapi setiap dari kebaikan ada juga keburukkan. Di entri akan datang aku kan kupaskan isu-isu negatif facebook, maksud aku isu yang berat. Berat bagi kita yang muslim ini. Kerana apa, baru-baru ini satu tunjuk perasaan besar-besaran telah di adakan di Pakistan bagi membantah penyebaran gambar Nabi Muhammad SAW, atau adakah selamat kita memiliki akaun facebook. Barangkali CIA, MI6, MOSSAD, KGB, FBI dan lain-lain agensi perisikan menjadikan akaun facebook ini sebagai satu pengkalan data maklumat bagi kegunaan risikan mereka. Siapa tahu?? Ini satu isu besar, dan ianya tidak boleh di buat main-maian. Mungkin aku akan tuliskan kebaikkan penggunaan facebook, atau…. Nantilah aku akan cuba tulis, jika ada idea, jika sereberum, medula oblongata dan serebelum aku dapat berjalan dengan baik..jika tidak..carutan dan sampah sajalah yang akan keluar di sini.

p/s – Ohhh…aku perlu update facebook aku!


AKADEMI FANTASIA, REALITI ATAU FANTASI

“Weh, kao nak join kitorang pegi tengok finale AF (Akademi Fantasia)?”

Itulah soalan yang menerpa telinga kananku petang tadi. Ketika itu aku sedang memandu kereta dan hujan renyai-renyai sedang turun membasahi bumi, kebetulan aku menerima panggilan telefon dari seorang temanku. Soalannya agak ringkas dan begitu directive, maka jawapannya juga pastilah directive sama ada “ya” atau “tidak”. Bagi aku yang bukan penyokong tegar juga bukan peminat setia maka jawapan yang terpacul ketika itu adalah “tidak”. Iyalah..setelah lapan musim AF berlalu, tidak pernah satu musim pun yang aku ikuti perkembanganya, tidak terlintas di benakku atau fikiranku untuk menonton konsert murahan AF di setiap hujung mingggu. Maksud aku, aku tidak pernah mengambil endah akan penyiaran AF ini dari segi siapa pengetuanya, siapa guru-gurunya, siapa peserta, dari manakah asal mereka lagu apa yang bakal mereka nyanyikan, siapa juru acara dan lain-lain lagi waima aku tak pernah ambil tahu cerita-cerita sensasi mengenai AF. Bagi aku ianya seperti meloyakan dan memualkan. Itu bagi aku..pendapat aku, bagi kamu-kamu yang menyokong AF ini, aku tak kesah dan tak peduli..itu hal kamu, hidup kamu dan juga hak kamu.

AF sebenarnya adalah satu program realiti yang muncul di Malaysia dimana, peserta bagi program ini di panggil “pelajar” dan ianya adalah satu program yang mengetengahkan bidang nyanyian atau seni suara. Pelajar ini akan mempersembahkan nyanyian mereka di setiap hujung minggu secara langsung di hadapan penonton dan di situ mereka akan dihakami oleh para juri yang arif dan pakar dalam bidang masing-masing. Penghakiman ini adalah berdasarkan nyanyian, persembahan, aksi di pentas, penggunaan props, lengguk badan ketika persembahan hingglah kepada “feel” seorang pelajar itu mempersembahkan nyanyian mereka. Ini akan di komen secara terus sejurus selepas nyanyian mereka tamat atau habis deperdengarkan.

Sedikit info mengenai AF…..

Musim pertama penganjuran AF pada Jun 2003. Ketika itu AF bagaikan satu fenomena, ke sana ke sini masyarakat membicarakan mengenai AF. Mak cik-mak cik di kawasan kejiranan menjadikan AF sebagai topik utama perbualan atau sembang petang sambil di selang-selikan dengan mengata dan mengumpat orang. Di kedai kopi tiada lagi tayangan wrestling, lenyap seketika, hanya dimainkan siaran AF berulang-ulang kali. Hinggakan kedai-kedai yang memiliki piring astro umpama mini konsert AF! Itulah kehebatan AF di awal kemunculannya. Kini, setelah lapan musim berlalu..ianya ibarat “menunggang kuda di jalanan, siput mati di langgar kereta, si pemandu tidak peduli” yang membawa maksud ” Di awal kemunculan AF, ianya umpama tsunami yang melanda, tetapi setelah lapan musim berlalu tiada siapa pun kesah mungkin sudah bosan barangkali.

Sebenarnya, AF di adaptasi dari program “La Academia” dari Mexico. Malaysia merupakan negara pertama dari Asia Tenggara yang mengambil format program ini dan diikuti oleh Indonesia dan Thailand. Format persembahan secara dasarnya, setiap musim akan disiarkan sebanyak 10 episod/konsert dan akan disertai pelajar seramai 10-16 orang. Konsert prelude akan di adakan pada awal musim dan dari situ hanya pelajar yang terpilih sahaja akan layak ke pusingan yang seterusnya. Di pusingan ini, pelajar akan menghadiri kelas yang akan dikendalikan oleh guru-guru yang terlatih dan pakar dalam dunia hiburan dan arif dalam bidang masing-masing. Pengadilan pelajar-pelajar ini adalah dari undian sms dari penonton. Pelajar yang “kantoi” atau “fail” akan disingkirkan. Maka berkumandanglah lagu…Menuju Puncak versi sedih. Pelajar yang tersingkir akan memberi ucapan akhir kepada penyokong, bersedih-sedihan bersama-sama teman, berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman dengan guru-guru. Setelah itu, mengambil beg dan dihantar ke stesyen bas berhampiran atau ditinggalkan di tepi jalan. Pulang ke rumah ketika penyingkiran adalah tanggungjawab pelajar itu sendiri.

Setelah 8 musim berlalu, aku tak pernah peduli AF. Bagi aku, ianya hanyalah rancangan untuk suka-suka dan perlu di tong sampahkan kerana menggalakkan masyarakat hanya untuk berhibur, berhibur dan terus berhibur seperti di dalam dunia khayalan dan fantasi. Dari pemerhatian aku, dan perkiraan aku hampir 90% peserta ketika ujian ujibakat adalah dari kalangan melayu yang beragama islam. Ketika konsert AF pula, hampir 90% pelajar yang layak menyertai AF adalah dari kalangan melayu dan beragama islam juga. Jadi, disini aku dapat simpulkan yang masyarakat melayu beragama islam lebih memperagungkan budaya hiburan dan budaya hendonisme. Ke mana arahnya masyarakat melayu, adakah lebih menjurus kepada hiburan? Sedangkan kaum-kaum lain sedang sebuk menjadi jaguh sukan, jaguh perniagaan, jaguh itu dan ini, tetapi masyarakat melayu? Bidang hiburan sahajakah?

Aku tidak nafikan ramai juga orang melayu yang mengejar ilmu, menjadi jaguh sukan serta ahli perniagaan yang disegani, tapi tahukah kamu, berapa peratuskah golongan ini dari masyarakat melayu yang beragama islam? Sudah-sudahlah AF, aku harap dengan adanya Kelab Anti Akademi Fantasi (KAFAN) di muka buku, ianya bakal menjadi batu loncatan kepada kami-kami yang muak dan mual dengan AF dan menjadi medium supaya AF dihentikan penganjurannya di masa akan datang.

“Kao nak join tak bro” tanya teman…

‘Nope…aku tak nak” jawab aku ringkas…

“Apsal kao tak nak..rugi ar tak pegi…konsert finale nih..bole tengok sape yang menang..” tambah teman

“Ada aku kesah?” aku jawab dengan nada kerek…

“Tak nak pegi tak pelah…”teman ku kecewa…

“Aku memang tak nak pegi, tu sumpah aku..AF ibarat taboo bagi aku..sori der…”aku jawab…

p/s – Untuk peminat-peminat AF..jangan melatah ok! teruskan usaha kamu-kamu menonton AF, tapi aku rasa pitching kamu ada lari sikit ketika bersorak, not tinggi kamu macam tak sampai bila menjerit nama pelajar kegemaran kamu..kemudian, bila menyokong pelajar seolah-olah tiada feel dan eksperesi muka kurang, penggunaan props pula tak kena tempat! ( Baca seperti Adlin Aman Ramli ketika memberi komen pada pelajar AF)


MENCARI ‘RAMUAN TERBAIK’ MENANGANI KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

Berdasarkan entri aku sebelum ini, keruntuhan moral remaja atau di kalangan pelajar memang tidak dapat dinafikan. Tidak dapat tidak, akhlak di kalangan remaja jauh lebih teruk kini, dengan kecanggihan teknologi, kemudahan itu telah di salah gunakan. Telefon bimbit moden yang dilengkapi kamera, pemain musick, pemain video dan sebagainya sebagai contoh dijadikan medium untuk melempiaskan nafsu. Dari situ, mereka boleh memuat turun video-video lucah 3gp, ber”sms” lucah, berbual tentang seks, menonton gambar-gambar lucah dan lain-lain. Paling teruk perbuatan di kalangan remaja atau pelajar sekolah adalah menonton video lucah secara “berjemaah” atau beramai-ramai di kelas! Satu perbuatan yang menjijikkan! Tambahan pula, video-video seperti amat mudah di dapati untuk di muat turun..semudah ABC..hanya perlu ke komputer, pastikan mempunyai talian internet, cari di pelayar internet apa video yang kamu mahu menggunakan software atau perisian tertentu, kemudian..muat turun. Siap!

Dalam konteks gejala sosial dan jenayah yang cukup kronik masa kini, semua pihak sering menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan ’ramuan terbaik’ untuk mengurangkan dan sekaligus menyelesaikan permasalahan yang wujud. ’Ramuan terbaik’ itu  tak lain dan tak bukan hanyalah kembali kepada Islam.

Kementerian pendidikan perlu menghasilkan ’formula’ terbaik silibus pendidikan supaya anak-anak ini dikenalkan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mewujudkan lebih banyak program kesedaran yang mengunakan ’ramuan terbaik’ mengikut acuan Islam agar ibu bapa dapat diterangkan tentang peranan mereka mendidik anak-anak mengikut kaedah Islam.

Kementerian Belia dan Sukan perlu memikirkan ’resepi’ yang berlandaskan syarak’ bagi menarik remaja untuk aktif dalam aktiviti sukan dan kesenian. Apa yang kita lihat masa kini, remaja-remaja kita bergaul bebas dalam aktiviti sukan dan hiburan yang melampau. Majoriti remaja masa kini telah sesat jalan dan adanya yang telah rosak aqidah kerana hilangnya pegangan tentang ajaran agama.

Kementerian Penerangan perlu memastikan program-program hiburan yang dipaparkan tidak menggalakkan anak-anak remaja ke arah perlakuan maksiat. Banyak program-program hari ini mendedahkan kehidupan bebas remaja yang mengikut trend semasa  dan majoriti ’idol’ yang ditonjolkan sama sekali tidak mengikut cara hidup Islam yang betul. Selain itu, anak-anak sekarang lebih dimomokkan untuk takut dengan ’hantu’ melalui drama-drama seram dan ngeri berbanding takutkan Allah dan Pencipta mereka. Remaja sekarang lebih mudah percaya apa yang ada di kaca TV daripada percaya dengan nasihat ibu bapa dan guru.

Jika semua pihak menjadikan Islam sebagai POLISI atau DASAR dalam perlaksanaan sesuatu program, aktiviti dan pelan tindakan;  maka sudah pastinya gejala sosial dan jenayah yang menghantui kita selama ini dapat dikurangkan dan seterusnya dibasmi sebaik mungkin.

Lantaran itu, saya menyeru kepada semua pihak sama ada ibu bapa, pemimpin, pihak berkuasa dan masyarakat agar menjadikan ISLAM sebagai ’formula’ atau ’ramuan terbaik’ mengatasi sebarang masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Marilah kita sama-sama membawa anak-anak kita, remaja kita yang telah sesat jalan untuk kembali menghati ajaran Islam.

p/s – Ingatlah dan renungkanlah pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w buat ummatnya “Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.