Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

INSOMNIA, MATA KUYU TETAPI MASIH MAHU MENULIS

Penulisan kali ini rasanya kurang kualiti (tak tahu pulak entri-entri sebelum ini berkualiti atau tidak, rase-rasenye macam low grade) Oleh itu, tak perlulah ambil serius untuk membaca (ramai sangatke yang baca hasil tulisan aku ni?). Bagi kamu-kamu yang masih mahu teruskan pembacaan, silakan. Oh ya! sila sediakan kopi panas! lewat malam begini sesuai sekali.

Lewat malam dan tidak dapat tidur adalah perkara biasa bagi lelaki bujang seperti aku. Tiada aktiviti lewat malam di hujung minggu yang boleh aku luangkan. Maksud aku, jika aku sudah hidup berdua, atau bersama “seseorang” tetapi secara sah dab “halal” mungkin lewat-lewat malam begini aku boleh penuhkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama-sama. Aku juga beranggapan, mungkin aktiviti lewat malam adalah satu aktiviti yang menceriakan dan “berpahala”. Bagi kamu-kamu yang berotak kuning, sila lupakan “hal-hal istimewa” itu.

Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Biasanya jika mahu tidur atau paksa mata ku lelap, aku akan cuba mengambil buku teks sejarah adik, dan cuba baca. Berkesan. Atau cara lain, aku ke dapur, cuba carik-carik makanan sebagai contoh mee maggi atau maggi cup yang masih ada. Panaskan air, ambil sebiji telur ayam. Masak maggi bersama telur ayam tadi. Makan. Bila dah makan, satu tindak balas iaitu “kekenyangan” akan muncul. Dari tindak balas itu tadi akan menyebabkan satu aura mengantuk tiba. Justeru, tidur adalah cara yang terbaik untuk merungkai tindak balas tersebut.

Kali ini lain sedikit, sudah ku cuba baca buku teks sejarah kepunyaan adik. Sudah banyak makanan dah masuk ke perut, Tapi mata masih utuh dan gagah untuk berjaga. Pada ketika inilah terus aku berfikir….

“Alangkah bagus kalau sudah hidup berdua”

“Indahnya kalau hidup sudah berteman…tidaklah aku keseorangan di malam hari..”

Cuba baring, lunjurkan kaki, bukak kipas dan berimaginasi lebih jauh. Menurut buku-buku lama yang aku baca, jika susah tidur ini dinamakan penyakit insomnia. Menurut kajian, insomnia adalah:

“Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau “merehatkan minda” buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan  atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.”

“Tak kan aku kena penyakit ni kot? Mana mungkin…..”

Aku masih tak dapat tidur, dan kini aku sedang menulis. Mungkin selepas aku siapkan entri ini, aku boleh tidur. Mungkin juga aku tak dapat tidur oleh kerana otak aku sedang berjalan untuk mencari idea. Jari-jemari aku sedang berlari-lari di papan keyboard lap top. Mata sedang fokus di skrin lcd lap top.  Mungkin kerana itu aku tak dapat tidur.
p/s – sejak aku kembali menulis dan tulisan aku di post di awangan blogosfera, aku kurang tidur. Jadi siapa yang harus dipersalahkan?

2 responses

  1. bila nak sambung entri diari harian 2 lak..haha

    Mei 2, 2010 at 7:09 am

    • faerrin

      udah update om!!!

      Mei 2, 2010 at 8:09 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s