Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TEKANAN PERASAAN, STRESS..

“Siapkan data-data yang saya mahukan ini, data latihan, dan juga kertas kerja hari keluarga dan kursus kekeluargaan..semuanya saya nak sekarang!”

“Baik, puan….”

“Lagi satu, saya nak kamu uruskan pegawai-pegawai yang bercuti belajar dengan kadar segera..!”

“Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Pemilih saya nak petang ini juga…mana surat-surat dan memo keluarkan petang ni juga!”

“Baik puan, menurut perintah….”

Kao akur..kao diam tunduk membisu..kao tiada sebarang riaksi. Hati kao terbakar, minda kao semakin celaru, ape yang kao pikirkan kao hanya nampak muka bos kao yang “cengei”..dan ape yang kao pikirkan..kao seperti mahu pancitkan saja tayar kereta bos kao..seperti mahu calar-calarkan kereta Merc hitam yang dipandu bos kao..tapi..kao tak berdaya. Kao pendam perasaan itu, semakin kao pendam, semakin kao stress. Sinaps-sinaps di sereberum dan serebelum kao seperti mahu terputus, kelenjar endokrin, pankreas, tiroid dan lain-lain seperti tidak berfungsi dengan lancar akibar dari kecelaruan minda kao. Kao yang aktif dan ceria semakin murung dan diam seribu bahasa. Kao dilanda stress yang mendalam dan perlu segera di ubati.

Ape yang perlu kao lakukan? Fenomena seperti di atas sering berlaku di pejabat-pejabat. Tidak kiralah pejabat kerajaan, pejabat swasta, pejabat polis dan lain-lain..kemungkinan pejabat kadi kurang berlaku masalah sebegini. Barangkali…

Kalau fikiran bercelaru, stress dan hilang kawalan aku syorkan kamu-kamu sekalian dapatkan pengubatnya. Carilah doktor atau paling tidak pun carilah tempat yang boleh mengubat penyakit stress kamu itu. Pergilah berjalan-jalan, dapatkan satu feel yang agak lain dari yang lain. Lari dari kehidupan seharian kamu, lari dari kehidupan kota yang penuh dengan pancaroba dan kesibukkan, lari dari hiruk pikuk dan hidup yang carca marba seperti di pejabat, lari dari kesesakkan lalu lintas, lari dari berasak-asak ketika di dalam komuter dan monorel. Carilah ketenagan, carilah kedamaian, carilah tempat yang sunyi sepi tetapi cantik di mata, sedap mata melihat dan mengembirakan perasaan.

Mungkin untuk mencari kedamaian itu perlu sedikit masa dan perlu pengorbanan untuk ke sana. Iyalah, perlu mencari masa yang sesuai bukan satu perkara yang mudah, kamu perlu mengisi borang cuti dan perlu kelulusan dari pegawai atasan. Yang keduanya, kamu juga perlukan persiapan rapi dari segi kewangan dan juga sebarang perbelanjaan. Seterusnya, kamu perlu carik tempat yang sesuai untuk ketengan jiwa kamu itu, tidak kiralah di mana..tepian pantai, air terjun, di sawah padi..pastinya mengusik jiwa.

1 Mei bakal menjelma, cuti untuk sekalian pekerja di saentero dunia makanya hari cuti untuk aku juga. Itulah hari yang sesuai untuk bersantai dan bersenang-senang. Rehatkan minda kamu, buang segala stress dan kecelaruan minda. Carilah pantai, duduk di tepian pantai dapat mententeramkan jiwa. Deruan ombak dan desiran angin yang sepoi-sepoi bahasa sedikit sebanyak dapat mengubati hati kamu yang sakit. Perhatikan kehidupan sekeliling , riak perilaku manusia dan pergerakan alam, pastinya menuntun jiwa kamu. Ooooohhhh…tenangnya…..

p/s – Kenapalah 1 Mei ni jatuh pada hari Sabtu, kalau lah jatuh pada hari Jumaat kan ke bagus..stress betul lah aku pikirkan hal ni..!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s