Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DIARI HARIAN BIL.3

Hari 1 mei merupakan hari buruh dan mengikut ape yang aku paham hari buruh di sambut setiap tahun. Hari lahir aku juga jatuh pada 1 Mei dan pada tahun ini merupakan hari buruh dan hari lahir yang istimewa.

Aku sertakan sedikit info mengenai sejarah hari buruh ni, Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti  tahunan  yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

Ok, tamatkan cerita hari buruh, tahun ini aku mengganggapkan sambutan hari lahir aku amat istimewa, di sambut di kampung rumah nenek di Batu Pahat, Johor bersama-sama nenek, tunang tersayang dan keluarga. Meriah dan ringkas.

Pagi sabtu, 1 Mei 2010 kami sekeluarga bersarapan di restaurant makanan pantas Mek Dogol Bangi. Kebetulan kami sekeluarga dapat berkumpul dan kebetulan kesemua adik beradik ku dapat berkumpul bersama. Sedang enak menikmati makanan yang terhidang, ayah mengajak kami semua pulang ke Batu Pahat. Ohh…aku terfikir, penat jugak tu, baru je nak berehat, iyalah aku baru saja pulang dari bekursus dan menguruskan kursus.

“Ajakla Yana sekali….” mama aku bersuara.

“Kenapa mum? dia banyak keje kot…” aku jawab ringkas.

“Takpe..pujuklah…bawak jumpe nenek, jalan-jalan kat kampung” mama aku tambah.

Tak berfikir panjang, angkat telefon dan terus bercakap dengan si dia

“Salam, tengah buat ape? jum ikut saya balik kampung?”

“Bile?”

“Sekarang…cepat siap-siap kemas baju, then drive p umah saya, kereta tinggal je kat rumah..pastu terus balik kampung…tapi sebelum tu kita p kenduri dulu kat Bangi..”

“Ok..nanti siap, yana gerak ye…salam”

tuttt…tutttt..tutttt…

Dipendekkan cerita, sekitar jam 12 tengah hari yana sampai di rumah. Kami bergerak ke majlis kenduri di Bangi dan kemudian terus menuju ke Batu Pahat. Sampai di Batu pahat (BP) sekitar jam 6 petang dan disambut dengan senyuman manis dari nenek. Walaupun sudah lanjut umur dan hampir mencecah 100 tahun, nenek masih gagah dan kuat. Matanya masih terang dan mampu melihat dengan baik.

Berehat seketika dan selepas solat Maghrib, kesemua kami keluar ke Pekan Batu Pahat. Ambil angin malam dan makan malam di luar ramai-ramai. Meriah dan enjoy. Secara ringkasnya, sambutan hari lahirku juga di jalankan serentak, hanya di restauran kecil, satey makanan yang biasa-biasa. Tiada kek, tiada majlis tari-menari, karaoke, dan pelbagai hiburan yang lagho. Ringkas tetapi disambut dengan penuh keyukuran bersama-sama yang tersayang (nenek, tunang, dan keluarga). Pukul 10 malam, majlis tamat. Kami sepakat ke rumah Mak Long yang tidak jauh dari pekan BP. Sampai di sana, kami layan borak hingga jam 12 malam, dan 10 minit selepas tu pulang ke rumah nenek.

Ahad pagi muncul, sarapan bersama-sama dengan makanan yang di masak oleh nenek. Nasik goreng ada, nasik lemak ada, karipap dan lontong. Sedap dan lazat. Enak sekali masakan nenek. Siap bersarapan, kami bersiap pula untuk pulang ke Kajang. Jam 10 pagi kami bergerak dan tiba sekitar jam 1 petang tadi.

Alhamdullilah….segalanya sudah selesai. Yana sudah pulang ke Shah Alam semula. Adik-adik sedang bersiap untuk ke Universiti dan sekolah berasrama masing-masing. Aku duduk dirumah, menulis hal-hal yang telah berlalu sehari dua ini. Selamat Hari lahir buat aku yang ke dua puluh lima……..Alhamdulillah.

p/s – Gembira dan hepi yang tak terhingga, walaupun penat…tapi aku puas!!

5 responses

  1. yann syaryanz

    Dear…tq fr the great journey with our beloved granny n family…eppy besday…my pray is always with u 4 yr bright n happiness…u r de best gift fr me, each second with u is de best moment in my life…tq 4 coming in my life…luv u much!!!

    Mei 3, 2010 at 4:48 am

    • faerrin

      thanx dear…

      Mei 5, 2010 at 12:33 pm

  2. hepi besday bro…kao pun dah makin tua. tapi kao dah bertunang. itu dah kira bagus.

    hebat jugak nenek kao. gagah lagi masak nasik goreng.

    Mei 3, 2010 at 12:03 pm

    • faerrin

      terima kasih bro…

      kao bile lagi???

      senyap2 jee….tah2….

      Mei 5, 2010 at 10:59 am

    • haha…lambat lagi nampaknya. baru nak memulakan kerjaya. tak macam kau. kerjaya dah lama bermula..

      Mei 5, 2010 at 4:34 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s