Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SEDIKIT INFO MENGENAI PENGANJURAN PIALA DUNIA 2010

Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia dijadualkan akan berlangsungdari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan . Ini merupakan kali pertama kejohanan ini dianjurkan oleh negara Afrika, selepas Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan seluruh Afrika. Undian akhir untuk mengambil tempat pada 4 Disember 2009 di Cape Town.

Afrika telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia 2010, sebahagian daripada polisi baru untuk penggiliran acara tersebut di antara konfederasi bola sepak (polisi ini ditangguhkan pada Oktober 2007). Lima negara Afrika membuat bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2010 antaranya, Mesir, Libya/Tunisia, Maghribi dan Afrika Selatan.

Berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA tidak membenarkan tuan rumah bersama, Tunisia menarik diri dari proses pembidaan. Jawatankuasa juga membuat keputusan untuk mengetepikan bidaan Libya yang tidak dapat memenuhi syarat tercatat dalam senarai permintaan rasmi.

Selepas pusingan pertama pengundian, bidaan yang berjaya diumumkan oleh presiden FIFA Sepp Blatter dalam satu sidang media pada 15 Mei 2004 di Zurich. Afrika Selatan telah dianugerahkan hak penganjuran kejohanan tersebut, menewaskan Maghribi dan Mesir. Jumlah kemenangan berdasarkan pada pengundian dimana Afrika Selatan mendapat 14 undi, Maghribi mendapat 10 undi, Mesir tidak menerima sebarang  undian manakala Tunisa menarik diri pada 8 Mei 2004 selepas penganjuran tuan rumah bersama tidak dibenarkan. Libya pula telah ditolak bidaannya selepas tidak memenuhi senarai permintaan dan tuan rumah bersama tidak dibenarkan.

Sebagai tuan rumah, Afrika Selatan layak secara automatik untuk kejohanan. Namun, Afrika Selatan mengambil bahagian dalam kelayakan Piala Dunia kerana Kelayakan CAF adalah sebahagian daripada kejohanan kelayakan untuk Piala Negara Afrika 2010. Mereka adalah tuan rumah pertama sejak 1934 untuk mengambil bahagian dalam kelayakan. Undian kelayakan untuk Piala Dunia FIFA 2010 telah diadakan di Durban, Afrika Selatan, pada 25 November 2007 dan sebanyak 32 pasukan dari negara-negara di pelusuk dunia telah melayakkan diri untuk ke pusingan akhir piala dunia 2010 ini.

p/s – aku pasti ramai yang akan melanggan Astro Sport Channel, termasuklah aku, jiran aku dan penduduk kampung aku!! Nantikan demam bola, tido bola, makan bola!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s