Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

CENDOL TERBAIK DARI JALAN ENGAN BATU PAHAT, JOHOR

Bila aku pulang ke kampung di Batu Pahat (BP), pasti aku tak lupa untuk pekena cendol di bandar. Bukan ape, cendol ni memang buat aku dan famili ketagih, tak pekena cendol ni boleh buat badan menggigil! Kalau minum cendol ni pulak, tak cukup satu mangkuk..pasti bermangkuk-mangkuk aku minum kemudian bungkus dan bawak ke rumah nenek open table kat kampung pulak.

Cendol minuman yang sangat melegakan di kala panas. Ia juga sejenis minuman sejuk yang boleh dijumpai di mana-mana negara di Asia Tenggara. Ia dibuat dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dgn air jernih dari mendapan kapur sirih kemudian dimasak air beras tadi dan dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak.

Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Bolehlah diwarnakan mengikut warna kesukaan, dahulunya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi ditokok tambah pula dengan pulut dan susu isian manis.

Nama asal bagi cendol ialah “chorn dooi” bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Ais perlu dibekukan dan perlu diparut, perlu ada gula merah dan santan dan kebiasaanya akan dibuat secara bekerja sama oleh masayarakt setempat pada ketika itu. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.

Minggu yang sudah aku dan adik beradik berkesempatan pekena cendol terbaik di BP. Lokasinya adalah di Jalan Engan, dan boleh dikatakan cendol ini adalah antara yang terbaik di BP. Menurut dari empunya kedai cendol ini, perniagaan cendol ini telah diasaskan oleh ayah pemilik ini disekitar tahun 1920an, dan telah diwarisi oleh beliau sendiri dan kini dikendalikan bersama anaknya sendiri dan mungkin jugak bakal diwariskan ke anaknya nanti suatu hari nanti. Menurut kata-kata dari orang-orang tua di BP, cendol di Jalan Engan ini mempunyai pengaruh yang tersendiri di samping “resipi rahsia” adunan cendol tersebut yang boleh membuatkan kita semua teringat-ingat akan kehebatan dan kenikmatan rasa cendol ini.

Rasanya enak sekali dan ianya hanya cendol biasa yang sangat-sangat biasa tidak ada tapai pulut, jeli-jeli bewarna dan lain-lain hiasan cendol seperti di bandar besar seperti disekitar Kuala Lumpur, ianya cukup ringkas tetapi amat lazat. Harganya pula amat berpatutan hanya RM 1.00 sahaja untuk semamgkuk, bila dah pekena sekali memang kamu-kamu akan nak lagi, mungkin 3 mangkuk cendol! Silap-silap siap bungkus bawak ke rumah. Berbaloi-baloi.

Bagi aku cendol perlu dinikmati secara asli yakni cendol “version original”, tiada tambahan perasa sebagai contoh, cendol letak tapai durian, cendol letak tapai pulut, cendol letak pisang dan lain-lain lagi. Jika dinikmati dengan lain-lain perasan, maka ke-aslian cendol itu tak wujud dan ianya bukan boleh dikategorikan sebagai cendol lagi. Tidak akan cendol hilang di dunia!! hehe…

p/s – Kalau kamu-kamu ke Bandar BP, sila-silalah mampir ke kedai cendol di Jalan Engan, terbaek beb!!

apasal aku nak upload gambar cendol tak boleh..siot betol!!

3 responses

  1. oh…
    sito cendol mmg terbaik beb.. terliur lak aku.. huhuhu…

    Mei 7, 2010 at 1:59 pm

    • faerrin

      beb, bila2 aku trun bp aku roger ang..kita pekena cendol situ sedap bro..ang blanja!!!

      Mei 9, 2010 at 4:18 am

  2. Kasiman

    risau aku nak minum selagi tak tau apa “resepi rahsia” tu..
    cendol biasa jee tapi sedap teramat.. pelik tul.

    Mac 27, 2012 at 9:18 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s